Saturday, December 15, 2012

Malaysia Negara Paling Biadap Di Dunia

Lumrahnya manusia yang elok elok je nak dengar
bila dengar orang klasifikasikan Malaysia sebagai Negara Biadap
bernanah jugak telinga ni.
tak pe.. tak pe.... meh kita kongsi sesama k

Tadi dengar Radio ada keluar berita yang Malaysia mendapat tempat ke 33 negara biadap di dunia
sebab apa pulak.
mcm mana ianya di nilai.
meh sini usha usha..
1- Memandu secara merbahaya, tukar line tanpa memberi signal, suka cucuk dan hon sesuka hati.
memang tersangat la betul. part tukar line tu la boleh accident.
kalau bab "cucuk" tu memang aku geram. tau le dorang keta sempoi, aku keta siput
apa kes nak cucuk cucuk. selalu  berlaku kat Hightway. betul tak?
2-Tak patuh papan tanda arahan-Makan dalam LRT, Merokok di tempat larangan merokok, buang sampah merata rata dan parking di kawasan yang tidak di benarkan.

tak patuh arahan tu aku selalu tengok bila dah tulis pun no entry, dok gagah drive masuk jugak.benci.
pasrt merokok tu lagi lah meluat, makan kat restoren pas tu isap rokok depan budak budak/baby buat muka selamba beruk. sampah jgn ckp la.dari atas flat pun buang ke bawah..
3- Mengambil hak parking kereta walaupun tahu ada orang menunggu untuk memasuki parking tersebut.
Ni satu lagi perangai. dok wat lengah lengah bila nak keluar parking. saja la tu. Then parking pulak kat tempat orang cacat. memang dasar biadap.
Ada yang lagi best block parking orang. cam no orang nak keluar? habaq mai sat.
4- Tak beri tempat duduk kepada wanita mengandung dan orang tua
Ha.. memang mangkuk tenuk punya perangai. pentingkan diri sendiri .
5- Tak beri laluan kepada penumpang untuk turun dan terus nai ( pengankutan awam)
tak pandai nak komen sebab dah lama tak naik pengangkutan awam ( bas)
6- Cakap telefon dengan bisingnya di kawasan awam terutamanya panggung wayang.
hahaha.. ada yang jawab phone siap tangan kaki semua bergerak.
terutama bila jawab phone utk tentutakan arah jalan. lawakkkkkkkk
7- Tak tolong bukak pintu masuk atau lif kepada orang belakang.
hahaha.. kekadang tu terkepit orang belakang bila nak masuk.
hampehhhhhh
8- Tak cakap terima kasih selepas mendapat sesuatu manfaat
rasanya, segelintir ja kot. tak baerapa nak setuju la yang ni.
9-Takde Tanggungjawab- tingal troli kat kawasan letak kereta, tinggung atas tandas duduk dan mengotorkan tandas awam
ha.. yang ni sokong sesangat. banyak sangat troli lepak kat parking terutama kat tesco.
sebab tu tak suka masuk tandas duduk. geli la dorang ni.
tak tau guna tandas ke hape?
10- selalu lambat
hahaha... dah tertanam dalam jiwa kot. "Janji Melayu"
cal bagi tau on the way tapi baru nak mandi...



Semoga kita sama sama perbaiki kelemahan yang ada. eh.. rajin pulak orang yang buat statistik tu kan..
Ada tak senarai bos yang paling teruk atau bos yang paling baik..
ala.. baik mcm bos aku tu.kahhhhhhhhhhh

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

sepatutnya tak kerja harini
tapi dak Cik handphone tertinggal kat toilet office kelmarin
makanya kena datang dan buatlah apa yang patut
sementara nak tunggu cukup masa lepak kat blog leeza jap

 

wah.. leeza buat segmen la.
mesti la join sebab saya memang suka support niat murni kengkawan blogger yang buat segmen ke, GA ke hapa ke. Asal tag saya, saya cuba untuk join.
kalau sempat la. But majority tu saya join k.

Bukan kerana hadiah saya join ni
tapi sebagai rasa tanggungjawab seorang sahabat blog tau.
semoga ikatan persahabatan berkekalan.

Sesapa nak join
sila klik SINI or banner tu je

cepattttttttt... tarikh tutup 30/12/2012

Friday, December 14, 2012

Bayi lahir jam 12.12 pada 12/12/12 dan melibatkan masa selama 12 jam

kalau ikut perecaman melayu.
ewahhh.. guna bahasa kedah la pulak." perecaman"
Perecaman tu mcm kebiasaannya la.

kalau baby lahir tengah hari rembang
baby tu nanti akan ketegaq, panas baran
hmm.. mcm mcm la andaian org dodulu

kekononnya, masa lahir tu tak de azan dah. sebab dah bukan waktu sembahyang la
ntah le. tapi jarang benor kita dengar baby lahir tengah hari rembang
ada la sorang dua cam tu la.
tapi yang duk jumpa pun cam tu la, spesis degil..
degil sampai ke tua. ( ke betulan je kot)

Tapi yang ni berlaku kat Boston
Bayi lahir jam 12.12  pada 12/12/12
dan melibatkan masa selama 12 jam..

sib baik bayi tu berat 4.1 kilo je
kalau berat pun 12 kilo. arrrghhhh pengsan aku weih..

  

BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.
Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi.
Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.
Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan rahmat buat keluarganya.
Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa dilahirkan. – Agensi

Tapi tak sure la pulak dia beranak normal ke atau melalui pembedahan
Kalau Normal tu aku memang respect la,
Tapi kalau pembedahan tak heran pun
ala... benda tu semua boleh plan..

kat Malaysia ni pun dah banyak orang plan nak beranak tarikh mcm ni le. masa mcm tu la
pokok pangkalnya. ada duit 
semua boleh....


Rahsia- Perjumpaan Rahsia dan segalanya Rahsia

syyyy... baru baru ini telah dihidu satu pertubuhan rahsia yang tidak berdaftar
telah bergiat aktif di Penang
di khabarkan bahawa pertubuhan ini bakal menggugat jumlah undi 
untuk jawatan Ketua Wanita.

Golongan wanita ini selalu di lihat
mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan ahli ahlinya
dan baru baru ini telah mereka telah dihidu mengadakan perjumpaan di 
tempat yang juga Rahsia..


ini bukti perjumpaan mereka
yang berjaya si paparasi a.k.a papa kepada mohd Razi.
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 salah seorang ahli persatuan yang di kenali sebagai Hot Mama
telah order minuman rahsia ( sebab resipinya pun rahsia)

dan lasagna ini pun rahsia jugak resipinya.
 lihat ahli kumpulan ini yang bernama Zura
sedang melihat mesej rahsia tentang misi misi yang bakal kumpulan ini
laksanakan.

dannnnn .. adakah mamat yang sedang melihat itu sedang melihat 
gerak bibir ahli kumpulan itu utk mengetahui rahsia mereka?
ok.. kita terjah lagi.

 aksi wajah  kenyang si kaca mata sebab dah kenyang
si El. dan Si Nureen yang masih lagi menunggu menu rahsianya

adakah mereka ini berbahaya
dan bakal menggugat jumlah undi PRU akan datang?
sama sama la kita lihat.

 adakah ketawa girang mereka ini
menunjukkan sebahagian daripada misi mereka telah berjaya.

owh.. di manakah ahli mereka lagi seorang, gieyana
adakah dia sedang mengepalai misi misi ?
di fahamkan beliau tidak dapat hadir kerana, 
teramat takut dengan kesesakan Jalan Raya
sebab perjumpaan ini berlaku pada hari Jumaat?


 Di lihat juga salah seorang ahli iaitu El, telah meberi goodies rahsia
yang hanya tertera nama ahli
dan tidak di ketahui apakah sisi goodies tersebut!!!
ini pun rahsia juga..

adakah di dalamnya mengandungi surat berantai
Bom Tangan?
mari kita selongkarrrrrr
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/
 
Ternyata di dalamnya ada seekor ikan yang di perbuat dari kayu
made from Bali

ternyata ikan ini tidak perlu di masukkan di dalam fridge
hanya lekat aja di pintu fridge. FM da...



sekian laporan rahsia. daripada ahli kumpulan Hotmama yang bernama wantie
sempena perjumpaan mereka di Rahsia Resipi ( Secret Recipe)

Note: Thanks El for the FM. dan sangat sangat happy bila kita bersidang.
hahahaha... nati gather gather lagi yer.