Friday, March 8, 2013

Langkawi - Pasar Malam

20/02/2017, on the way balik dari bertawaf ke semua tempat tu
nampak satu Pasar malam. wajib singah. So malam ni tak payah keluar makan dah.
jalan jalan tu tetiba nampak orang tengah grille kambing
bau sedap hubby pun beli
RM 8.00 sekeping.
 Hubby tu nak try la kan. adakah sesedap air tangan isterinya
my hubby ni kalau dengan kambing, mcm magnet tak boleh gerak ke mana dah..
aku kurengggggg sket. 
bukan tak makan, cuma tak bape minat.

 aiyo..aiyo.. aiyo.. aiyo kozambo.. sdah jumpa makanan kegemaran aku. kali ni kaki aku pulak yang kena magnet. Memang kompon aku beli. 
Tak sangka you, RM 4.00 je, kalau kat Penang jgn mimpi le nak dapar harga tu.

aku ni memang gila som tam, asal balik kh je, kedai Pattani  kat jalan nak ke padang sanai tu la jadi mangsa.
urut urut janggut my hubby tau, semata mta nak mkn som tam.

 Jalan lagi.. kozambo lagi aku ni, ternampak Puyuh siap goreng harga RM 4.00 je
aku dah pun beli ayam goreng utk Aleesya, tapi puyuh tu mcm dok ngorat aku la
apalagi.. sambar 3 ekor.
 penuh dah tangan ni dengan makanan.
Lepas je selesai membeli makanan, tetiba kawan hubby yangtinggal kat Kedawang tu call
ajak my hubby datang rumah dia.
so lepas magrib jumpa k.

balik hotel. mandi sembahayang bagai.
pas tu makan nyum nyum..

My hubby makan kambing tu, terus dia cakap tak best la.
awak masak lagi best, sos dia tak sedap. manis je rasa dia.
kembang pulak funggung ni. 
ada la tu, lepas ni mesti beli kambing suh aku masak. 
alasan... nak balas dendam sebab that day makan tak sedap
dah biasa dah...


Pukul 8.00 mlm kami pun bertolak ke Kedawang.
singgah kat kedai tepi jalan beli buah tangan tuk dia anak beranak
classmate merangkap orang kampung. mesti kamcheng punyalah..


My homework is more than you la abang...

Bila time malam je, aku macam acam biasalah kena belek belek buku sekolah Amirul
kerja sekolah kena disiapkan okey.
sambil Amirul do his homework
datang la budak kecik tu terkedek kedek nak ambik port jugak.

see.. iam so busy ok. nak tulis lagi nak kaler lagi
memang banyak tau. 
* pegang pensil tu mcm ye ye ja nak menulis*

tepi.. tepi.. nak check semua kaler pensil tu cukup ke idak, nak buat kerja sekolah ni
draw le apa yang patut dak kecik tu
buku kena sama mcm buku abang ok.
kena la ambik buku abang standard One punya.
saja la aku draw tangan dia tu, nak suruh dia kaler la jari jari tu
argh.. konfius pulak, kaler yg mana satu ni.
tak per.. kasi pensil dan kaler tu kissing jap..

tak sempat ni, dah tak cukup tangan nak buat homework.
kerja sekolah abang dah hampir siap.
otak dah mula dok cari akal.
nah.. ambik. tak cukup tangan nak nulis
tulis aja ngan kaki.
bileh pulak tetiba dia angkat kaki tu nek atas meja.

motif utama ialah nak kasi buku tu gerak sikit kedepan
so, boleh la kacau abang.


memang dia suka nyakat abang. dulu ni sekali ngan walker tu dia tenyeh buku abang
hambik... memang korang semua tak kan duduk aman
kalau beta belum tidur hahahahaha (ketawa geng jahat).

Note: abang tengah sedap makan nasi, ambik air tuang dalam pinggan abang.
ko memanggggggggggggggggg...


Langkawi - Makam mahsuri



MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.


 Sambil menunggu hubby beli tiket, sempat jugak aku tengok gambar kat luar tu
gambar Aisyah. genrasi ketujuh Mahsuri\
oooo dia dah kawin rupenya.. cantik kan.
suaminya tu mcm hero filem thai la pulak aku tengok.
Tahniah.. moga bahagia.

 Ni gambar belaiu masa kecik kecik dulu kot.


 Aleesya tido, penat sangat. asyik meronda je kami ni
gambar kenangan kat sini kejap.
 Ni view rumah Mahsuri. Aku tak naik pun kat atas tu, lenguh kaki dok berjalan rasa malas pulak
Amirul ngan papanya je yang explore.

Biar dorang explore, aku ngan Aleesya nak ronda di sekitar kawasan.
cewahhhh... mcm YB pulak dok melawat kampung. ngeee

Jumpa Jantung pisang kontot ni. Masa aku datang dulu ada pisang yang berjuntai ke tanah
buahnya kecik kecik je.
My uncle ckp, sumpahan tu masih dok ada lagi, tengok... pisang pun tak menjadi bila di tanam di sini

Ni peralatan membajak sawah yang bernama tenggala
tak sure la pulak tenggala ni yang orang letak kat kerbau tu kot
aku pun ingat ingat lupa la, cecara membajak sawah
sawah nenek pun dah tak ada sekarang ni.. 
 yang ni namanya lesung hindik. dorang tumbuk padi
di hujung sana orang dok pijak dan yang dekat dengan lubang tu ada sorang duk jaga
masukkan semula padi yang dah terkeluar.

Tak sure pulak mcm mana kulit padi tu boleh terpisah elok je, tak hacur pun..
Tapi, aku pernah tengok orang buat emping dengan lesung hindik ni
hindik ramai ramai, bergilir gilir
pas tu parut kelapa makan emping dengan kelapa sedappp...
 Ni namanya jelapang padi.
tempat orang simpan padi, Tok wan aku dulu ada sebijik mcm ni
bila dah tak buat padi, tempat ni dah jadi tempat kami main aci sembunyi
"hide and missing"


kat hujung sana ada persembahan teater lagenda mek mulung
aku pun tak sure cerita Mek mulung tu
Time aku nak pergi tengok dah dorang rehat seketika
So, tak jadi la nak tengok..



Note: tension sebab info aku bagi tak berapa nak sampai, Amirul google dan baca kuat kuat
saja le tu nak bagi aku dengar. huh.. 

 

Thursday, March 7, 2013

Amirul- Kau Memang Kelakar


Hari Ahad lepas Amirul naik basikal mcm biasa le
pepetang mesti nak main basikal
tetiba dia jatuh basikal dan bahagian ibu jari tu melecet, berdarah bagai la..

balik umah nangis nangis protes sebab kaki dia sakit
siap ckp. tau dak orang jatuh basikal.. ni ha luka ni..sakit tau
ewah... kang debik sebiji baru tau, sendiri jatuh balik umah nak mengamuk pulak
sat tambah dua tiga das baru tau. ganas bunyi tu kan.
 bila monday kena la pergi sekolah pakai selipar.
aku kena la balut ibu kaki tu, letak bandage bagai. walaupun kecik je luka balut biar besar
kang pengawas tangkap pulak.

Adei... memang pengawas tangkap le, angin satu badan dia time tu
sebab aku memang cakap pengawas takkan tangkap dia
sebab nampak balutan ni
hampeh.. kena tangkap juga. hahahaha...
sib baik cikgu tu cover dia, tak denda sebab dah kaki sakit.

 mcm biasa, kalau hubby masak kat daput mesti minyak berjejek jejek. kata orang kedah
nak pulak goreng kaki ayam. meletup letup.
Bila amirul pijak je lantai tu melekit lekit la kan.

Then bila aku balik kerja dok pot pet pot pet
ish.. lantai ni bergetah getah 
kat hall pulak Aleesya bagi tumpah sumi, bergetah jugak.

Last, Amirul request nak mop lantai
Ni tau tak, lantai dah bergetah getah semua
kalau kena api sikit boleh bakar rumah , maih sini mop nak mop lantai.

Hahahahaha... tu la simpulan bahasa sangat
melekit lekit ayat yang betulnya
tapi org kedah suka sebut bergetah getah.. 
jauh benor imaginasi kamu yer nak..

pagi kelmarin Amirul bangun awal sikit, pas tu sebelum papa balik kul 7.20 dari kilang
dia nak tengok kartun dulu. memang gini la pepapgi tunggu papa
nak hantar dia ke sekolah.

ibu jari tu sakit lagi, still tak boleh pakai kasut sekolah.
tengah syok tengok kartun, papa dah hon kat bawah
cepat cepat la Amirul keluar, angkat beg pas tu lari lari ke umah baby sitter
ambik sarapan.

Balik sekolah, terus dia cakap
Ibu.. pagi tadi ibu tak perasan ke Mirul pakai kasut ( selipar)  sebelah berlain
org kedah panggil selipar tu kasut jugak.
What??? betul ka????
Mirul pun tak perasan, masa papa panggil tu terus pakai je, pi sekolah baru sedaq kasut
tak sama.  hahahahaha...

Aku tanya malu dak pakai kasut mcm tu
Nak malu pa, dah salah pakai tak kan nak balik tukaq kot.
papa pun dah balik umah lepas hantaq mirul tu
Ni la kan budak lelaki, kurang sikit malunya
belasah ikut dan dia je..


Note: sori, entry banyak guna bahasa kedah. tak faham boleh tanya .
hari ni dah boleh pakai kasut sekolah.

Aleesya - Setahun 7 Bulan

tertinggal pulak entry ni, tak pe lah nak jugak buat N3 ni
27/2/2013 genap usia Aleesya setahun 7 Bulan.
da besar anak ibu.
Moga hari hari mendatang Allah bagi kekuatan kepada Ibu
untuk menjaga dan mendidik kamu dengan penuh gembira, tabah
dan bahagia demi menjaga amanah Allah ini.
 
 Ada le 2-3 patah perkataan yang terpacul keluar dari mulutnya yg aku rasa betul sebutannya tu
perkataan yang paling dia suka sebut.
Amboi.... becha ni...
pas.. mbik ja ( lipas ambik dia)
semua ayat nak cari gaduh memang kompom dia boleh dulu.

Panggil aku. Appuuuu... a.k.a  Ibu..
panggil Mak lajusssssss je..

 Dia dah di sulam dengan susu formula. sama jugak. kat rumah bo layan susu formula
kalau kat umah baby sitter langgah semacam je.

suka tido lambat. kekadang aku tido dulu baru dia hegeh hegeh lompat naik atil
nyorok bawah ketiak, mintak nenen..

bila nak nenen, siap angkat tangan baca doa makan. sweet kan.
kalau menulis kat buku sendiri mesti nak ngorat buku sekolah abang jugak
abang angin, dia lari sembunyi.. main tut chak pulak.
ligat betul.

 
sekarang dah pandai main tembak tembak
pong...pong..pong...uwekkk... mati..
hahaha... siap jelir jelir lidah lagi bila sebut uwek sambik kepala teleng ke kanan..

dah pandai bukak baju seluar sendiri
asal org pakai helmet dia pun. :Vroom... Vrooom.. 
dah pandai ngadu.. tunjuk sape yg pukul dia..

kekadang sendiri langgar meja, tuduh meja tu yg buat dia. hahaha
ya ..ya... la aku pi ketuk meja tu
baru diam nangisnya...


Note: paling tak tahan bila ambik semua kain yg aku lipat, buang dalam mesin basuh yg penuh sabun!
Moga membesar jadi anak terbaik tau. sayang kamu

Langkawi- Air Hangat Village & Open Air Toilet

20/02/2013
destinasi seterusnya ialah ke kolam Ayaq Hangat. Airnya masin ok.
tak sama macam air panas kat Lenggong tu, di situ air tawar, tapi kat sini air masin

""Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas. Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut mengasilkan telaga air panas yang wujud sekarang. Terletak dikawasan Telaga Air Panas seluas 4 ekar,""

lama dah aku datang sini, sekali ni datang tengok dah banyak berubah..
apa apa pun kita cuci mata tengok view dulu
masa kami datang dah tak ramai pengunjung datang ke sini

serious cakap memang tak de apa yg best. lagipun airnya tak de la panas sangat
masa kami datang ada la satu familly cina tu letak tangan kat dalam air ni
then aku tanya, ada panas ka?
selamba dia jawab..
" ini air ar, duduk hot sun punya , kalau biasa punya iar pun boleh panas ma" hahahaha
eh..mcm betul pulak kata katanya tu.

 kat dalam air tu ada lumut lumut. bila dah lama lumut tu akan sendirinya tercabut
dan terapung kat atas air.
eh.. lumut tu kalau ambik tempek kat muka boleh cantik tak?

kenapa lumut yang terapung tak di bersihkan? adakah dorang nak benda ni nampak natural gitu
serious cakap, chinese tu pun ckp. " maintenance zero la..."
memang nampak usang

 then kat hujung sana ada satu kolam untuk kita rendam kaki\
aku tak rendam pun sebab risau Aleesya dok sebelah tu
silap haribulan di aboleh jatuh dalam tu.

 dengan panas dan penat pun ada jugak time ni.
Amirul tu lari laju je sebab nak terkucil
Amirul ni melabur di merata rata.. tak de injap kot
memang gitu la kalau berjalan ngan dia
asyik nak ke toilet je..

 bila jenjalan mesti la nak cari toilet kami anak beranak
terus je ke toilet, aku jadi cuak nak melepas sebab tandasnya yang berkonsepkan open air gini

risau jugak, mana la tau tengah baik  dok melepas, ada bangla dok repair bumbung ke hape ke
kang tak pasal pasal trauma jadinya.

ok aku closed up sikit konsep open air tandas ni. tandas lelaki dan perempuan bersambung ok
risau pulak aku, sebab dari sebelah sana boleh je panjant ke sebelah sini
last, terbantut niatku. 

memang tak boleh la.. ntah la.. memang tak boleh
mungkin konsep open air ni tak sesuai bagi orang yang mcm aku kot.

 Note: Cuaca yang sangat panas, minum air banyak!



Wednesday, March 6, 2013

Langkawi Galeria Perdana

20/02/2012
My hubby memang dah aim nak masuk Galeri Perdana
ntah le, minat betul dia nak tengok benda benda dalam tu.

Di dalam Galeria Perdana ni terdapat himpunan  hadiah hadiah yang diberikan kepada Tun mahathir dan isteri sepanjang menjadi Perana Menteri Malaysia.


senibina bumbungnya memang cantik. bertingkat tingkat
punya berlambak hadiah yang Tun dapat. sampai 3 block penuh dengan hadiah tau
semua hadia tu dari kerajaan  di seluruh dunia ni.

 tak terasa lenguh kaki naik tingkat demi tingkat sebab boleh jalan macam ala ala menuju ke ballroom gitu.
memang luas dan cantik. susun atur pun kemas.
di setiap penjuru di letakkan semua jenis hadiah yang Tun perolehi.
yang paling aku kagun ialah lukisan yang di perbuat dari serbuk batu permata
memang cantik. tak snap photo pulak haku ni.
tapi syes cantik.. merelip relap tau.
habis satu block jelajah block lain pulak.
nun..jauh di hujung sana tau
eh... zaman sekarang lelaki galas handbag is fashion ok.
kikikik.. cover laine la bila hubby carry my h/b.


antara barang barang yang di pamerkan
kenangan kat keta keta ni
kalau dapat sebijik memang sempoi..
Aleesya with her own world.
ish.. intai apa tu?
banyak sangat barang  di pamerkan. aku snap gitu gitu je la.
last.. bila dah keluar nampak kapal besar ni.
hubby cakap Tun Mahathir yang punya
aku tak pergi dekat pun sebab kaki dah lenguh..

snap dari kejauhan..

sesapa yang minat sejarah dan geografi macam my hubby
sini adalah tempat yang sesuai, sebab dia pandai dok explain, kalau negara ni dorang bagi ini sebab bla.. bla.. bla..

aku tak payah baca. sebab pensyarah dok sebelah.
dengar je dia memang setia mencurahkan ilmu di dada..