Showing posts with label Aleesya. Show all posts
Showing posts with label Aleesya. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Hari ini 2 Tahun 6 Bulan dah

Dah lama aku tak update tentang umur Aleesya, My charming dotter
mana tak nye kan, semua orang dia charm. ngeee..

Ok, hari ni genaplah usianya 2 Tahun 6 bulan, a.k.a dua tahun setengah kan..
hmm..rasa mcm baru je melahirkan dia. Then tatkala ni juga aku dah berazam nak BF 
my dotter until umur dia 21/2 year. 
Alhamduliullah, Allah dah makbulkan doa aku.
""ye..kaum kaum ibu di luar sana, kalau susu kurang, banyakkan berdoa.
Allah pasti makbulkan doa kalian. ""

senang saja upernya nak hentikan si Aleesya dari BF, ahaksssss
tak sangka tau,tak de la nak merengek bagai .


Aku tak de lah rahsia apa apa yang nak berkongsi tentang cara cara nak hentikan BF ni.
cuma inilah pengalman yang Allah berikan untuk aku.

aku cuma cuba untuk stopkan BF ni pun dalam seminggu dua ni je
Bila Aleesya minta nak BF, aku akan cakap yang  aku sakit
then kalau dia nak jugak BF, aku cubalah nangis nangis..
So, she will stop and continues lagi..

Tapi kejap je, mungkin dia worried sebab aku selalu cakap sakit. hahaha trick la kan.
bila selalu sangat aku cakap sakit, dan aku gantikan dengan susu botol
so, Aleesya mcm dah lupa kejap tentang BF.

Biasalah kan, sesekali dia akan rindukan nak BF jugak kan
So, dia ckp kat aku " Nak gosok  ja, nak sayang ja.."
hahahaa... sian jugak aku tengok..
But yes.. after she's done all this dia tak de pun nak BF dah sekarang.



Note:  Ok..pas ni dah boleh tambah production. gulp....gulp..gulp..





****  I want to be in your arm, where you hold me tight 
          and never let go...
          I miss you...


Thursday, June 27, 2013

Bahana Selepas Menikmati Kesedapan....

Kalau tak bagi menangis meraung bagai.
bila dah bagi.. gini lah jadinya..

 susah sangat nak jilat masuk semua jari

 enjoy..

 cuaca tak elok utk aku dan anak anak nikmati durian
tapi dah orang belikan takkan nak tolak



Aleesya makan durian, aku pulak makan nasi dengan lada ( black pepper) semalam.
pas tu nyusukan Aleesya.
Pagi tadi.. Aleesya cherry berry... sian dia..


My hubby kelmarin belasah satu tupperware durain. pas tu pergi kerja shift malam kul 7.00 ptg.
Kul 12.00 semalam ketuk pintu umah...
tengok tengok dah demam.. gigil gigil..
baru je balik dari klinik.... MC katanya..
huhuhuhu...


Note:  Rasa bersalah sebab makan lada semalam. 
Then bwersalah juga sebab aku yang bawa balik durian tu...


Friday, March 8, 2013

My homework is more than you la abang...

Bila time malam je, aku macam acam biasalah kena belek belek buku sekolah Amirul
kerja sekolah kena disiapkan okey.
sambil Amirul do his homework
datang la budak kecik tu terkedek kedek nak ambik port jugak.

see.. iam so busy ok. nak tulis lagi nak kaler lagi
memang banyak tau. 
* pegang pensil tu mcm ye ye ja nak menulis*

tepi.. tepi.. nak check semua kaler pensil tu cukup ke idak, nak buat kerja sekolah ni
draw le apa yang patut dak kecik tu
buku kena sama mcm buku abang ok.
kena la ambik buku abang standard One punya.
saja la aku draw tangan dia tu, nak suruh dia kaler la jari jari tu
argh.. konfius pulak, kaler yg mana satu ni.
tak per.. kasi pensil dan kaler tu kissing jap..

tak sempat ni, dah tak cukup tangan nak buat homework.
kerja sekolah abang dah hampir siap.
otak dah mula dok cari akal.
nah.. ambik. tak cukup tangan nak nulis
tulis aja ngan kaki.
bileh pulak tetiba dia angkat kaki tu nek atas meja.

motif utama ialah nak kasi buku tu gerak sikit kedepan
so, boleh la kacau abang.


memang dia suka nyakat abang. dulu ni sekali ngan walker tu dia tenyeh buku abang
hambik... memang korang semua tak kan duduk aman
kalau beta belum tidur hahahahaha (ketawa geng jahat).

Note: abang tengah sedap makan nasi, ambik air tuang dalam pinggan abang.
ko memanggggggggggggggggg...


Tuesday, January 29, 2013

Setahun 6 Bulan

27/01/2012 genaplah usia Aleesya Setahun 6 Bulan.
hmmm... kejap je rasa. Lagi 6 bulan 2 tahun le kan..
Jiran kat depan Umah aku yg anaknya sama ngan Aleesya tu pun dah ngandung lagi
Dah tujuh bulan pun preggy..

Rasanya, ni la masa yang sesuai untuk aku campurkan Aleesya dengan susu formula
nanti tak de lah susah susah nak lepaskan BF.

Syukur Alhamdulillah. Cukup cukup setahun setengah aku menyusukan dia tanpa campur susu formula
Tapi tu lah... payah benor budak kecik ni nak minum susu formula
Asyik menggeleng jer.
harap harap Baby Sitter dapat membantu .


Macam macam aku buat supaya dia sukakan susu formula
siap bancuh dalam cawan - minum sikit je
pas tu siap letak straw lagi.- minum sikit jugak..

kalau air masak. laju je dia minum.


Amirul pulak yg kay poh lebih,siap hujah kat aku tentang najis najis lagi
siap ckp kalau baby umur 2 tahun ke bawah minum susu ibu, air kencingnya senang nak cuci la...
kalau dah campur makanan kena basuh begini begitu lah..

hahaha... itu hanya terguna pakai kalau baby tu lelaki la Amirul oiiii...
adik kamu ni pompuan da....


Tuesday, December 18, 2012

Potato Cream Soup yang mudah

Aleesya kurang makan pulak 2-3 hari ni
haruslah usahakan sesuatu.
makanaya ting!!!!!!! teringat nak buat potato soup.
 tara.. dah siap. satu penyediaan soup yang amat mudah
cara yang sama jugak le kalau korang nak sediakan cream soup labu ke, mushroom ke..

caranya senang je.
rebus beberapa ketul kentang dalam air stok ayam
kemudian masukkan sayuran yang korang suka
carrot ka, bunga kobis ka atau brokoli.

yang ni akuletak  potato dengan bunga kobis je
masuk kan garam secukup rasa
dah. bila mendidih
masukkan dalam blender
blend kan kemudia tapis
masak semula dengan api perlahan dan masukkan 2-3 sudu cream
tutup api dan hidang.
renjiskan sedikit lada sulah
dah boleh makan.
 Nampaknya Aleesya suka dengan cream soup ini
aku tak de la letak lada sulah untuk dia

siap jilat jilat jari lagi tu

 ok. nak cicah sendiri
suka ati kamu le....

 Buat macam ni makan pulak roti tu
kalau idak jgn mimpi nak masuk mulut.

Habis roti kat tangan. 
apa lagi hirup sampai licin.

suka kamu ek. lepas ni ibu buat soup cream labu pulak yer.
hmmm... kang ibu pulak yang membuntak mcm labu.

Friday, November 9, 2012

Kat Rumahnya terror

pics Aleesya mandi manda kat Puncak Janing..
Haish.. ni baru sempat nak buat N3 
apa apa pun layan....
 hahaha... kalau kat bathroom main air tak hengat
nah.. menangis ko

 hehehe... ibu tak mandi le
rasa mcm mak dugung plak le kalau mandi
layan anak anak dah le.

 main air kejap je Aleesya ni
mungkin air tu sejuk sangat kot.

 yea.. yea.. kena sakat ngan abang
terus angkat kaki nak blah....

 ha.. rasakan.. kalau kat umah
pantang orang bawa tuala nak main air sangat
ni dah terbentang air punya belambak, penakut pulak!!!

huh... basah badan sikit je
pas tu kena pakai baju semula..

apa ke hay ko main air cenggini Aleesya oi..
cam ne nak bawak main air kat Sunway Lagoon tu?

Note: Kat rumah je teror main air.. kat sini hampeh.

Thursday, September 27, 2012

Alahai anak anakku.

al kisah Aleesya bila aku demam.

Hari selasa tu, aku gagahkan diri utnuk pergi hantar Aleesya kat bb sitter
then petang tu bb sitter datang jenguk aku yang sedang demam
then dia janji nak jaga Aleesya sampai esok pagi
biar aku rest betul betul

Tak pe lah, Aleesya kan menyusu badan nanti susah pulak bb sitter nak bangun malam 
untuk suamkan susu, so tak payah la..

Malam tu Amirul ke rumah bb sitter untuk dinner sebab aku tak masak
lepas je dia makan terus zzzzzz kat umah bb sitter
makanya tinggallah aku ngan Aleesya je kat umah ( hubby kerja)

bila malam, mcm biasa lah Aleesya selalu main ngan abang dia
bila abang dah tak de depan mata
mencari ke dapur tak de
bilik air tak de
sini tak de, sana tak de.. bila tak jumpa mula la melalak
tangan tu tunjuk pintu je ( ingat abang sembunyi kat luar kot)
memang selalu Amirul usik nak tinggal dia & sembunyi kat tangga kejap pas tu masuk balik
tapi malam tu, tak de.. mestilah adik nangis.

dah pukul 11 lebih, dah kat atas katil pun, dia boleh turun semula
kemudian pergi kat toto abang dia angkat ( kot kot abang sembunyi bawah toto)
tak de jugak 
then dia masuk bilik semula.. kemudian turun katil lagi, pergi kat hall
( kot kot abang nonyon TV)
tak de jugak , melalak lagi mlm mlm buta..



Haish.. dah la ibu demam, Aleesya pulak cari abang tak jumpa jumpa
kepala yg sakit ni jadi semakin sakit..
jenuh nak pujuk...
dah pukul 1.00, aku dah tak tau nak buat mcm mana dah
ambik selimut amirul, suruh dia guling guling atas tu
tetiba aku terlelap
bila aku jaga, Aleesya pun dah zzzzz...

semalam, aku dah warning Amirul jgn nak gedik gedik tudur umah Mak
adik tak boleh tido kalau tak main ngan abang
pas tu semalam ok je dua beradik tu
main sama sama, penat sama sama
last.. lepas abang terlelap kul 11.00
adik pun datang kat aku nyusu dan tido..
legaaaaaaaaaaaa....



Nota : Amirul ni manjakan sangat adiknya, that Y la tak boleh berenggang...

Wednesday, August 29, 2012

One Year One Month

27/08/2012 genaplah usia saya  satu tahun satu bulan
mmmm.. saya dah cekap berjalan
dah pandai wat flying kiss
 susah woo nak duduk kat lappy papa mcm ni, sebab ibu tak kasi
ibu jeles la tu..
 keta tak bergerak boleh la duk mcm ni
kalau keta bergerak jgn nak mimpi la nak bersukaria cenggini.

 sekarang ni kan, saya suka snagat ngusik abang
main kejar kejar ngan abang
then kalau abang meniarap, cepat cepat saya naik kat belakang wat kuda
best...

kalau bab makan, semuanya saya makan
mee, bihun, kerek, buah.. semua saya bedal.
harap harap lepas BMI saya cantik...

Note:- tunggulahturn gambar raya datang kat blog ni yer.

Tuesday, August 28, 2012

Tak Payah Pegang Dah


Inilah shopping kami yg last minit kat sunshine square
temankan hubby nak beli seluar.

selepas semua selesai, masa on the way nak balik
Amirul nampak motor hitam ni
 ha... adik dah pandai duduk kemas
bolehlah berdua duaan, dia atas motor ni.
suka betul Aleesya..

 biasala dak Aleesya ni, kalau nak bergambar kemain susahnya
by the way, tertunai gak hasrat Amirul nak naik motor ngan adiknya

 ba..ba.. cak! dapat snap gambar dekat
permata hatiku
ok.. pas ni dah nak bertolak balik kampung.

 
 Entry ku sebelum ni. ish.. abang ni
ni le gambar Amirul nek motor ngan Aleesya, 
dulu kena pegang, sekarang dah ok dah
maklumlah dah setahun

Note:- 9 hari cuti mcm tak puas je kan...

Thursday, March 8, 2012

Baju Dari Aunti El

Kelmarin, actually aku dah janji ngan el nak gi office dia kul 9.15 cam tu
tapi, masa el call aku tu kul 9.00. mandi pun belum lagi
sori el.. sori.. sibuk la kan pepagi nak urus anak anak

Then berdesup aku pergi office el
dia hand over aku satu barang.
dia ckp tak sempat nak balut elok elok
ala... bukan nak guna pembalut tu
barang yg kat dalam tu yg penting


tara... ni ler hadiah dari El untuk Aleesya.
suka sangat aku. memang dok impikan nak beli cenggini tuk Aleesya

Terima kasi el, sebab tolong belikan
sungguh hepi.. hepi..& hepi..
jer tengok baju ni


ok, kita mulakan dengan aksi baring k
Aleesya ni baring kejap je, pas tu nak pusing pusing pulak
aksi pusing pusing tu tak leh nak snap
sebab asyik nampak pampers jerk
hahahaha....


ok aku kasi dia duduk pulak.
tak pandai imbang badan lagi ler
menyenget je.. sabor je lah
punya la gigih dok suh aleesya duduk cenggini la cenggitu la
sian dia semalam nih..

Aku guna button yg snap berkali kali & non stop tu
ha, leh la dapat aksi ni
pas tu korang tau la kan, melongsor je aleesya ke bawah..


nampak tak ibu jari sape tu.
hahaha... aku le tu, sebelah dok pegang camera
sebelah dok berjaga jaga takut takut Aleesya jatuh


ok lah.. last..last..
Peace... by Aleesya tuk auntie El.
sebab baju tu ngam ngam padan tuk Aleesya.

nanti ibu nak pi meroyan cari yang kaler lain pulak
versi cenggini jugak!!!!!
doakan semoga aku berjaya ke sana ya el... amin...

muahahaha.. peace Aleesya tu, jari masuk mulut da...

Thursday, February 2, 2012

6 month of Aleesya

Hai..on 27/01/2012 I'm six month yers old
sukanya saya sebab dah membesar & dah boleh kaco kaco ibu, papa & abang.

upss... ibu nie, 18sx plak gambo ni. bukannya hape, ramai yg dok ckp yg saya ni tak bertubuh
tak debab.. tapi to saya ckp saya memang bertubuh
tapi bertubuh in my style
badan kejap, tak le flabby mcm budak budak lain

walaupun berat saya naik sket je, tapi saya aktif


hahaha... ngaco org kerja saya
bila ibu masak, saya menjulur ke dapur tolong sepahkan tupperware kat rak pinggan
tolong lapkan lantai bawah meja makan

kalau papa baca paper saya ronyokkan, saya koyakkan
kalau abang wat kerja sekolah
saya lenyek buku ngan walker saya.
hahaha... nakal tak saya?


saya ni ok tau. sebab sape ambik pun saya tak nangis
ngan sapa pun saya ok jer.
acah sket je saya dah senyum

kalau saya pegang sesapa pun le, part isi yg lembut
saya cubit kuat kuat
ibu, papa, abang, mak adalah mangsa tetap saya
ngeeee....

saya tunggu je, bila la ibu nak buatkan saya "ikan Yu"
sebab saya dah nak merasa ayam, ikan & ikan bilis dalam moi saya

ibu tengah cari, tapi tak jumpa lagi

kalau jenjalan, saya wajib dalam dakapan papa cam ni
kalau boleh jenjalan, nangis pun idak
lapar susu pun saya tk nangis.
ibu kena la faham yer.. jgn le asal tak nangis tak kasi nenen!!


bulu mata saya panjang. tapi tak lentik mcm papa & abang
tak pe, kalau panjang je tapi tak lentik
nanti bila dah besar, boleh kepit kasi lentik.

rambut saya panjang kat tengah
dan kat bahagian tepi tu dah start curly



ha.. tengok tu rambut tepi saya
tak mo lurus mcm rambut ibu, dia jadi curly curly gitu

kalau leh neyrap cam ni
apa je kat depan mata saya ambik & masuk dalam mulut
selalu la jugak ibu korek mulut ni
jumpa mcm mcm
kulit bawang pun saya makan...

saya ni jenis yg geli tapak kaki
kalau letak cenggini mesti nak jengkekkan kaki
ibu ckp, abang saya dulu pun cam ni jugak
geli kaki bila pijak tanah.


yeah.. papa dah janji nak bawak saya jenjalan
pas ni saya tunjukkan ke mana kami pergi yer

happy sangat kalau ibu & papa cuti
sebab saya idak le terkurung dalam rumah je
papa mesti bawak kami jenjalan.

walaupun masa terhad,tapi curi curi jugak masa yg tersisa tu
untuk kami bergether gether