Wednesday, April 3, 2013

Bank dan Biskut Tambun

Semalam dah pergi ke Bank nak buat " Authorised Personnel"
Tapi, anak Bos aku plak tak sign kat surat tu
So, hari ni  keluar pukul 11.00 pagi, nak pergi Bank tu
boleh lah lunch terus. hehehehe...
Sampai kat Sana dah buat itu ini
Lepas ni, aku boleh dah nak check company account, balance
atau apa apa la yang berkaiatan tentang account company
cuma aku tak leh sign cek je. ngeeeeee...
balik tu, aku sengaja nak ke Baazar Chowrasta,
motif utama ialah sebab dah lama aku tak gedik santai di sana
then kat atas tu ada nasi melayu yang aku suka..

kat Baazar Chowrasta ni, memang penuh la peniaga Cina yang jual Jeruk
dulu dok beli kat Cina tu la..
Tapi sekarang tak lagi, dah ada peniaga Melayu.
Nantilah citer tentang jeruk K.

masuk kedai Aisyah tu, aku ternampak Biskut Tambun
Aku memang suka makan Biskut Tambun ni
sejak tak singgah Mydin tuk beli, tak jumpa pun kat tempat lain
maksyd aku yang orang kita buat le.
Sekali tengok Biskut Tambun ni Keluaran Bumiputra pulak tu
apa lagi rembat la..
 Ni ha alamatnya
No telefon pun hado, kekalau korang nak beli borong.
comel comel je kan, biskutnya
ada dua kategori
kotak kecil RM 7.00
Kotak Besar RM 12.00

Aku beli kotak kecil je, ada 16 biji dalam satu kotak
ni la bentuk inti biskut tambun ni
Ramuannya terdiri daripada
telur, kacang hijau, tepung gandum, gula, Minyak sayuran, garam dan bawang.

menurut my klik, Biskut tambun keluaran Cha Ya Nun Alif ni sama je 
mana mana pun sama
Cuma bezanya, dorang letak  lemak khinzir kat atas kuih tu sebelum bakar
untuk nampakkan shining.

Lemak tu org panggil lard ( klau tak silap le)

Note: Teruja makan tempe hari ni sebab nak jawab soalan Tirana Aduka tu. muahahahaha..


Setahun Lapan Bulan

Sejak usianya meninjak Setahun Lapan Bulan
perangai pun makin ngada ngada..
Sape lagi Budak Aleesya ni la.
Kalau dapat peluang je, dia akan sembunyikan diri kat bawah kain lapik Kabinet ni
sebab..kat dalam tu tersimpan segala stock alatan menulis si abang
bila dapat chance je, semua eraser dia gigit... pensel semua dia ambik 2-3 batang
hancus semua susun atur stock alat tulis abang tu.

yang tak leh tahan tu, sharpener tu, dia main hembus hembus je
last, terus tak leh guna. asal asah je mata pensil patah!!
kenapa begitu ek? 
mistik mistik...
Dah terlebih pandai sekarang ni. 
kalau setakat bukak seluar sendiri tak pe lah..
sekali ngan pampers tu dia dah pandai bukak.

Bila dapat bogel, happy.. siap lari lari seluruh rumah
maklumlah kan, Ibu ni sure la akan pekik terlolong panggil suh pakai pampers
pakai kejap, dia tanggal semula.
geram tau, buat menda yang sama berulang kali.

ko jangan bagi ibu naik hantu, kang.. ginilah jadinya
hambek, ambik scotch tape yang bandage luka Amirul tu
still ada lebih.. prap. hambek
hahaha.... tak leh bukak...
2-3 kali try tak boleh bukak jugak, mulalah melalak
hahahaha... 
inilah akibatnya kalau suka sangat bukak pampers..

Mungkin dah tiba masanya dia pakai diapers cloth kot.
So, aku pakaian dia.
Diapers Cloth ni benornya hat abang dia dodulu.. so sekarang dah jadi miliknya..

hahaha.. dia lagi geram 
sebab button kat Diapers Cloth tu lagi kuat mencengkam.
Memang sesuai snagat untuk budak yang suka bukak pampers sendiri.


Note: Wahai Aleesya anak ibu.. inilah perangai kamu di usia Setahun 8 Bulan.

Tuesday, April 2, 2013

Simple giveaway

Bila orang dah datang menjemput
tak baik la pulak kalau aku tak pedulikan..kan..kan..

 

kelebihan blog aku?
mmmmm.... ok blog aku ni tak de la vogue mana pun.
tapi kelebihannya terletak pada Entry yang aku post tu
kekadang ada entry yang ala ala ilmiah, lawak, kekeluargaan
dan yang penting tak de entry maki hamun!!

cuma entry aku tak de wordless Wednesday.. hahahaha..
sebab aku tak mau korang pening kepala fikir  okey. sebab aku sayang bangat sama korang..

then yang link within kat blog aku ni, benarnya tak berkaitan pun dnegan blog aku
bila korang klik kat gambar di link within tu, secara automatik akan ke blog orang lain

tak caya cubalah klik. 
pas tu tengok address blog tu..
ala klik je nanti korang faham lah..

kalau nak citer tentang semua kelebihan yang ada
kang mengulat ngulat pulak korang nak baca
cukup je la yang simple ini.
 


Note: sape nak join klik je kat banner tu.
tarikh tutup 13/4/2013

Up-dated " Amirul"

Lama jugak aku tak updated tentang aktiviti anak terunaku ini.
Sekarang dia makin ligat lagi ngan aktiviti persekolahannya...
Aku dan suami benornya tengah dok buat pemantauan
ye la.. dodulu doktor kata dia ada bronkitis. dan kalau dah usi 6 tahun dia tak baik juga
maka berlarutanlah sampai ke tua.
rindu la masa zaman dia kecik kecik dulu. 

So, kami pelan pelan lepaskan dia beraktiviti cergas
cuma nak tengok, dia ada penat or asma ke idak.
kalau ok semua, kiranya dia bebaslah...
masa ni umur 4 tahun.

pagi pergi sekolah, Time Pendidikan Jasmani dia ok. kata cikgunya la..
Then, masa hari Sukan That day ( tahun Satu) dia lari ok jugak kami tengok
Sekarang  ke Fardu Ain, kami biarkan dia Kayuh Basikal je- ok jugak
Petang petang dia kayuh basikal ke hujung perumahan ni, main bola
Then petang nanti ada takraw pulak.- ok jugak
dah putih melegam kulit dia.hahahaha... Terserlah gigi kapak dua puntung.

Recently, kami register dia untuk Tae- Kwan Do
Nampaknya dia dah tak de asma. Alhamdulillah


listing of Amirul Aktivity daily/ weekly

Petang  - ronda with basikal ukur keluasan perumahan
- Main Bola Sepak
-Main Sepak Takraw
- time cuti pergi Library Desa ( Nak buat  Familly Library Card)
-Setiap Jumaat ada Latihan Tae Kwando

Malam- Berperang ngan aku tuk dia siapkan homework
- Berperang ngan Aleesya sebab dia pun nak nulis jugak

Pagi- Berperang ngan aku sebab liat bangun pagi
-Berperang ngan Aleesya sebab budak kecik tu pun nak ngekoq pi Sekolah


Note: hmm.. mcm tak caya la yang Amirul dah besar sekarang ni..
eh.. boleh plak gitu yer...

Ngeri 18SG

 Kalau aku le diberi makanan yang berupa bentuk anggoita badan manusia ke, Muka manusia ke atau apa jua bahagian manusia la, memang aku tak akan makan...tak akan okey!!

  Actually pernah tengok menda ni lama dulu, tapi tak de la terkejut sangat. sebab Manusia memang suka buat menda menda yang pelik kan... kan...
 
tengok gambar kat atas tu, ada ke patut wat kek berbentuk bayi
sempena nak sambut kelahiran bayi..
ish... pra cannibal ke hape ni?
ketagih nak makan orang ke?

Dan lagi satu, sebab sayang ke, fanatik ke atau marah.. aku pun tak tau la.
Buat satu kombinasii daging seperti lembu dan khinzir, rasa seram yang terhasil dari seni rekaan makanan ini .
maka terhasillah wajah si Justin biber ni.
sememangnya tidak boleh dinafikan. Lebih mengerikan lagi, si pembuat turut meletakkan 'mata' dan 'gigi' ke makanan tersebut untuk memberikan rupa yang lebih realistik!

 
geli aih nak makan.. bluwekkkk...
siap ada mata dan gigi pulak tu.

 
tapi kan.. kalau bagi kek berbentuk  kamera DSLR ni..
aku bedal.. 
hohohoho...

Note: busy sesangat.. banyak betul backlog yang ditinggalkan utk ku setelkan..huhuhuhu...

Monday, April 1, 2013

lentikkan bulu mata dengan Sudu Panas

Sebut saja untuk cantik, wanita sanggup melakukan apa saja
habis wang beribu ribu, makan ubat itu ini semata mata nak kelihatan cantik.
siapa tak mahu cantik kan..

26 Mac – Bulu mata melentik pasti membuatkan mata nampak lebih besar dan bermaya di samping memberikan imej wajah yang menggoda. Malangnya, tidak semua orang dikurniakan dengan jenis bulu mata sedemikian dan sering berpaling kepada produk kosmetik.

Namun, terdapat cara mudah dan menjimatkan bagi anda yang ingin mendapatkan rupa bulu mata lentik semulajadi tanpa bergantung kepada maskara ataupun pelentik bulu mata. Salah satunya adalah dengan menggunakan sudu besi yang dipanaskan. 
 
Sebuah teknik yang sudah lama wujud semenjak beberapa ratus tahun dahulu, ada juga segelintir pihak yang mendapati bahawa penggunaan sudu besi adalah lebih efektif berbanding dengan pelentik bulu mata moden disebabkan oleh kesannya yang berkekalan sepanjang hari. Antara selebriti terkenal yang mengamalkan teknik ini adalah model Victoria's Secret, Miranda Kerr.

Untuk dapatkan kesan lentikan yang lebih baik, anda di nasihatkan untuk menyapu bedak terlebih dahulu pada bulu mata anda. Ini di lakukan agar ianya tidak melekit sekaligus dapat menghindari sebarang gumpalan yang selalunya terdapat ketika menggunakan maskara.

Setelah itu, posisikan sudu besi yang baru dipanaskan betul-betul di atas bulu mata dengan pandangan mata anda menghala ke arah bahagian dalam sudu tersebut. 
 Sebelum lakukan semua itu, pastikan sudu tersebut tidak benar benar panas. Ini untuk mengelakkan agar kulit anda tidak melecur. rasa dulu tahap kepanasannya ye.
. Dengan perlahan-lahan, anda tarikkan bulu mata yang kemudiannya ditekankan ke permukaan bawah sudu selama sekurang-kurangnya 10 saat.

Teknik sedemikian boleh dibuat secara berulangkali sehingga anda mendapat lentikan bulu mata yang ideal.

Jika anda ingin memakai maskara, pastikan anda menekap sudu panas tersebut sebaik selepas maskara disapukan semasa ia masih basah bagi mengelakkan maskara dari merebak ke sekitar kelopak mata dan membuang gumpalan yang ada.


Note: Adakah anda sanggup lakukan? Nak cantik? fikir fikirkanlah...

Sold Out!!!! Laku macam Pisang Goreng.

Pengumuman.
Berkaitan my Entry tentang Tiket/tag tangan ke Bukit Merah

Pergh... Semalam dah ada callers yang nak borong semua 20 ticket tu
so sesapa yang ada hati or jantung yang na beli tu
harap maaf la sesangat..
sebab dah Sold out!!!

 

Nanti lah , kalau ada offer lagi akan aku buat jualan lagi yer.
Ni pun tulun kengkawan...

Note: Sape tak nak kan, kalau harga murah giler kentang. hehehehehe...
So, tak boleh lah jadi entry melekat. ngeeeee