Monday, April 22, 2013

Nak tahu cara cara stop breast Feeding

 
sejak akhir akhir ni aku notice yang Aleesya suka benar sebut satu perkataan
yang bunyinya sangat cute..


bila dia ketawa berbahak bahak..pas tu kat akhir ketawa
sure dia akan sebut. adei..
kekonon girang  sangat sampai tak tahan nak ketawa le tu..

then bila dia cuba nak duduk kat atas sofa
ala.. duduk gaya mcm orang dewasa duduk tu
dengan susuah payah. ish ..ushkk bagai
dan bila dapat je duduk.. terus sebut adei...
mcm teruk sangat la nak lepak mcm org dewasa tu kan..

tak tahan tengok gelagat dia
asyik adei.. ja bila ending dia tu
alahai.. mcm nenek umur 100.asyik ber ' adoi" je kan..


then, sekarang ni Aleesya dah pandai satu benda lagi
lately, dia akan bagitau yang dia pow pow..( berak)

Caranya sangat senang, kalau dia pow pow, dia akan  tunjuk perut
sambil cuit cuit aku, tunjuk perut then tunjuk bilik air
hah.. faham le tu, dia nak suruh basuh funggung
sebab dah selesai hajat.. hahahaha


memandangkan sekarang ni aku tengah train dia untuk stop BF
Ya allah punya la susah dia nak minum kalau aku ada..

sekarang pulak dia dah pandai claim.. " Nenen  Sya"
Nenen Sya tu BF le..
kalau aku bancuh susu botol, dia geleng geleng kepala

siap cakap na.. nak.. nenen sya!! sampai jerit jerit  mintak tau
" Aku cakap Nenen Sya dah habis"!!
tak dak... Dia still cakap.. Adaaaaa... Addaaaaa....
 adoi.. letih tau.. 


another four month more for me to make sure she stop feeding.
fuh.. kat umah Baby sitter dah ok. minum dalam botol tu
cuma kat rumah je yang masalah ni..


Note: Boleh  rekomen tak mcm mana cara nak stop BF?





Mulut Manis Dalam hati "Meletup"

Dah jadi my tabiat tau, kalau nak mengur tu guna bahasa yang semanis yang boleh..
tak suka la nak jerit terpekik terlolong bila nak menegur
tapi kekadang terbabas terlolong lolong jugak. ngeee...
Aku sebenarnya tak suka nak tegur org
biar dorang terhantuk, sendiri tegadah baru tau
biar dorang faham melalui pengalaman dorang..
mcm aku pun, kalau selalu org tegur, boleh berangin jugak..
sekali sekala ok la..kalau dah berkali kali..
mau je mulut ni nak menjawab...
aku suka guna pendekatan yang org tu akan faham yang aku sebenarnya sedang marah
tapi still maintain ayu.. muahahaha
contoh ayat yang aku guna
*** tak pe lah, dia tipu duit saya, mungkin duit tu bukan hak saya, jadi Allah ambillah***
( bila beli barang yg murah dengan harga yang mahal. then baru dapat tau)
***Biarlah saya terluka, kalau tak sembuh sekarang , biar masa yang sembuhkan***
( bila orang tuduh kita bukan bukan, hati pedih sangat)
***Inilah harga yang saya perlu bayar kerana menjadi seorang wanita/ isteri/  anak/kakak/adik/ibu**
( Bila kesalahan ahli keluarga di paksanya aku tanggung sekali)

*** tak perlulah saya explain panjang panjang, lagi banyak saya explain , kesalahan lain pulak akan di lihat***
( bila explain org saja buat tak mau faham. tak de gunakanya nak explain lebih lebih)



kekadang dengan linangan air mata saya lafazkan, dalam hati Allah saja yang tahu
geram dan marah . tapi bila lafazkan kata kata ni. Rasa mcm satu kekuatan pulak.

Bila keadaan reda, my hubby suka la usik .
Awak ni kalau marah. cool je kan
Mulut manis bak gula, tapi dalam tu " MELETUP"


kalau org lain ckp " dalam hati ada taman"
my hubby pulak cakap dalam hatiku da " BOM" kebabom..


pepatah my mum yang akupegang sehingga ke hari ini

" Alah tak salah, Menang tak Senang"
Kalau kit amengalah tak bermakna kita ni bersalah.
Kalau kita menang dengan cara tak baik pun, hati kita tak kan tenang/senang/bahagia
Jadi aku mengambil pendekatan "beralah" 



Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun.

kalau hal hal yang berkaitan dengan kisah para Nabi, Amirul memang "willing to Know"
segala soalan dia akan tanya..
sejak kecil aku cuma di momokkkan dengan cerita Nabi Yunus A.s di telan dengan Ikan nun.
ingat tak ingat aku pun cerita tu.
Tapi .. Amirul tanya,..
Macam Mana Nabi Yunus Boleh kena telan dengan Ikan Nun?

serious cakap aku memang lupa terus kisah bermulanya peristiwa itu.


Nasyid ni dah ada dalam otak Amirul. 
mana taknya hari hari dok ulang tengok...

Bila hubby, ada kat rumah aku pun cakap le 
Hah.. awak tolong la cerita kat Amirul tu
Macam Mana nabi Yunus a.s tu kena telan dengan Ikan Nun.
Saya lupa dah le cerita tu...

Jawapan si suami yang ringkas. Tapi membuatkan aku sendiri ingin tahu jugak

" Masa tu Nabi Yunus ni merajuk dengan kaumnya yang tak mau ikut ajaran tauhid.
Lepas tu Nabi Yunus a.s telah menbawa diri. kemudian Allah telah turunkan bala kepada
kaum Nabi yunus sebab ingkar ajaran Allah.

Masa belaiu membawa diri tu, Belaiu naik la satu kapal
Bila sampai di lautan, kapal tu hampir karam
Pas tu bila dorang undi, dapat kat Nabi yunus. undi lagi Nabi yunus lagi.
sampai 4 kali undi. Maka Nabi Yunus pun akur untuk di baling/buang ke laut
bagi meringankan muatan kapal.

 Ha.. masa tu la Nabi yunus di telan dengan  ikan Nun"

***Wah ringkas benar jawapan my hubby untuk Amirul. Ye la semoga dia faham dan
lepas ni dia sendiri akan cuba mencari bahan ilmiah itu dan baca
keseluruhan cerita dengan terperinci****


Aku masih lagi tak berpuas hati. mcm mana aku boleh tak ingat langsung akan kisah ini
wal hal banyak juga yang aku belajar masa sekolah dulu.
ini tak boleh jadi.. Rasanya aku kenalah membelek buku semula.



Note: Kad Library Negeri tu kat mana pulak aku letak?
nanti update full version of the story K. full version la sangattttttttttt

Saturday, April 20, 2013

Wanita Dilarang Bekerja Di Sekolah Lelaki

 



Qatar- Pemerintah Qatar baru baru ini telah melarang kaum wanita bekerja di sekolah lelaki.
Lebih menggejutkan lagi apabila Lembaga Pendidikan di Qatar melarang wanita untuk turut serta dalam sektor pendidikan tidak kira sebagai guru, pentadbiran, akauntan dan sebagainya dengan alasan ia hanya dikhususkan untuk golongan lelaki.
Arahanterbaru itu di beritahu kepada semua kaum wanita yang terlibat sebagai guru dan pekerja pentadbiran melalui surat perintah yang di hantar ke alamat tempat tinggal mereka.

Manakala Pekerja asing pula diberikan surat pemberitahuan dan syarat sehingga  mendapat pekerjaan baru di tempat lain.

Keputusan yang di buat amatlah menggejutkan kerana ianya di umumkan di tengah-tengah tahun ajaran menjelang ujian tengah tahun. Disamping itu, banyak pekerjaan yang harus dipindah tangankan ke staf pengganti. Dan urusan komitmen kewangan antara guru, staf adminstrasi, sekolah dan bank juga harus disesuaikan. Untuk itu mereka meminta agar pemerintah memberikan kelonggaran hingga tahun ajaran berakhir.

 
Untuk pengetahuan umum, sistem  pendidikan di Qatar sebelum ini pendidikan di antara anak laki-laki dan perempuan dipisah, meskipun begitu  guru wanita boleh mengajar anak laki-laki sampai kelas enam.

Masalah murid-murid putra yang diajar guru wanita ini menimbulkan perdebatan. Mereka yang mendukung berpendapat, sentuhan lembut dan kesabaran guru wanita dalam mengajar akan membantu anak-anak putra belajar. Namun, menurut kelompok penentang, apabila guru wanita mengajar anak laki-laki maka dikhawatirkan mereka akan meniru tingkah laku kewanitaannya, termasuk dalam bermain.



Note:Mesti ada sebab dan musabab bila sesuatu keputusan yang drsatik terpaksa di buat oleh pemimpin.

Friday, April 19, 2013

Batu dalam Guni Bawang

Dah sedia maklum, aku memang hari hari masak kat rumah 
jarang sangat makan kat luar, So, senang citer stock bahan mentah kena la selalu updated..
Aku senang je, asal beras ke, bawang ke apa ke yang habis, terus ckp
"Bang  beras habis.. bang itu habis ini habis. mesti si abang akan cuckupkan..

 

Ni pulak hal bawang, my hubby kalau beli bawang mesti beli dalam guni ni
ala.. yang 5 kilo tu je. bukan la besar mana pun.
lagi pun kalau beli  seguni ni harganya jauh lebih murah
Rasanya 5 kilo RM 5 ringgit.

Aku pun tak de la re check balik, betul ke 5 kilo seguni tu.
hehehe..
.

Nak jadikan citer, aku tengah tranfer bawang bawang tu kan dalam bekas
tetiba terpegang seketul batu
apa pulak batu ni buat dalam guni ni.
kalau batu tu kecil tak pe la, ni lebih kurang je saiznya dengan bawang besar.

Tak kan anak aku main batu pulak
kalau ye pun nak  main batu tak kan le nak letak dalam guni bawang 
logiknya memang anak aku tak main batu la kan.
Umah aku pulak umah atas, nak cakap batu termasuk umah pun tak patut sangat.


kalau nak cukupkan berat bawang tu tak yah le letak batu kan.. kan..
cuma aku nak suarakan kat sini le.

***kalau yang buat kerja ni orang islam, ku halalkan saja yang terkurang di pihak aku dan terlebih di pihak kamu, Moga moga rezeki yang kamu jamu anak isteri/suami tu menjadi darah daging yang halal, Moga Allah beri keberkatan dalam rezeki kamu. ****

*** kalau yang buat ni orang bukan islam.. hmm tak payah cakap la, orang kafir..
kalau tak tipu orang islam memang tak senang hidup****


Note: satu guni sebiji batu, kalau 100 ribu guni. mau satu lori batu di perlukan.ngeeee

Larangan Menyebut Aku Hang

Sejak aku kecil, hinggalah ke hari ini, perkataan 'Aku"
di dalam keluargaku di haramkan.
Mengapa dan kenapa Mak begitu Marahkan kami jika
perkataan "Aku" terpacul dari mulut kami adik beradik

Mak,
Mak memang seorang yang tegas,
Memang pantang kalau kami sebut "Aku" dalam perbualan sesama adik beradik
kalau mak dapat dengar sekali je pun kami sebut "Aku"
siap le betis kami ni berbirat di rotan oleh mak
Tapi.. Mak tak pernah cakap
kenapa kami di larang menggunakan perkataan "Aku"
Malah Mak sendiripun tak pernah sebut dirinya "Aku " dengan kami.

Makanya, perkataan Aku hanya digunakan bila kami berbual dengan kengkawan sahaja
di rumah abang akan bahasakan dirinya 'abang" 
dan adik adik pula akan sebut nama sendiri jika berbual dengan abang
contoh:-
Abang, esok Ana nak ke sekolah.. Abang boleh hantarkan tak?
ha.. mcm tu la.

BERGADUH,
Bila time bergaduh sesama adik beradik.( gaduh budak budak le)
bergomol gomol pas tu nangis bagai.. 
Si adik geramkan si abang si abang pulak geramkan si adik
siap bertikam lidah
"Abang yang mula dulu, pas tu abang tuduh adik pulak".. ( lebih mesra)
"Hang yang Mula dulu, pas tu tuduh Aku pulak" (ckp mcm ni memang makan tali pinggang le)

begitulah seterusnya...
sehinggalah kami adik beradik semuanya telah mendirikan rumahtangga
Bila aku ada anak sekarang ni, aku pun amalkan begitu juga
kenapa aku rasa perlu aku terapkan didikan Mak aku tu.
Jawapannya.
 Bila kita panggil abang/kakak perasaan hormat tu tetap akan ada
Tak kira, bila kita Marah pun kita tetap panggil dia Abang ( hormat)
nak tak nak kena jugak panggil Abang..
secara tak langsung, ianya mendidik diri kita bahawa dia tu abang dan aku ni adik kena hormat.
Ini hanya pendapat aku sahaja tiada berkaitan denga yang hidup ataupun yang dah meninggal.
  

Jika kita yang menjadi abang pulak, selalu sebut adik, secara tak langsung
kita akan ingatkan diri kita bahawa kita ini abang, yang itu adalah adik.
Jadi abang kena lindungi adik adik.
 dengan ertikata lain, saling bertanggungjawab di antara satu sama lain.


***Bak kata someone" Marah sesangat, tapi sebab hormat kudiamkan aje"*****

 Note: Entry ni cuma tentang keluarga aku dan pendapat aku tentang didikan mak aku je.
Aku tak de la judge yang panggilan Aku, Hang dan Kau dlm sesebuah keluarga tu akan menhilangkan terus rasa HORMAT/RESPECT.



 

Thursday, April 18, 2013

Punca gagal diet

Berapa kali diet korang telah cuba.Bagaimana dengan hasilnya?
Hehehe.. mc mcm diet yang kita cuba kan, sampai ada yang sanggup tak makan malam..
tidur kelaparan. 

 Nak tahu kenapa diet yang anda amalkan tidak berkesan?

Di sini kami berikan sebab-sebab beberapa diet popular telah tidak berjaya melangsingkan badan anda!!!!!


 

Diet 17 Hari

Diet ini melibatkan ketukaran stail makan setiap 17 hari, sebelum badan membiasakan diri dengan makanan. Mereka mulai dengan makanan yang berkalori rendah, berubah kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.

Punca : Ia tidak berhasil kerana ia tidak ada bukti pemakanan ini mempercepatkan metabolisme badan.

*** belim pernah try lagi diet ni***

Diet Paleo
Makanan dalam diet ini termasuk sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging, sebagai diet pra-sejarah.

Punca : Ia tidak berhasil kerana badan akan hadkan makanan sehingga kekurangan susu, bijian dan kacang yang merupakan sumber nutrisi penting untuk kesihatan badan.
**** alahai.. mcm best je kan sebab verity of food kita boleh pilih as a menu***

Diet Air
Minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan sepanjang hari. Orang yang melakukan diet air ini akan membakar banyak kalori.

Punca : Diet ini tidak masuk akal. Memanglah air yang diminum setiap hari akan berikan gaya hidup sihat tetapi anda mungkin akan mempunyai pengekalan cecair dan elektrolit yang tak seimbang.
*** minum banyak air, kencing pun  kerap jugak. Mungkin tak kurus le, tapi kulit jadi lebih lembab****

Diet Sup Kobis
Cara makan yang ekstrim ini boleh menurunkan berat badan secara drastik tetapi ia akan gagal kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral.

Punca : Ia juga merosakkan keindahan rambut, kuku dan kulit. Anda juga tidak akan mendapat apa-apa kalori, dan perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat.
*** part perut masuk angin tu sokong sangat, sebab kalau maka kobis perut aku ni memang akan masuk angin. lagi seksa kalau perut masuk angin, rasa mcm mau mati pun ada****

Diet Susu Coklat
Diet ini adalah bila anda minum tiga gelas coklat susu sepanjang hari bersama pemakanan yang sihat. Gabungan kalsium, vitamin D, protein, karbohidrat dan senaman.

Punca : Tidak ada bukti bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Yang paling lawaknya adalah anda harus juga bersenam jika ingin berhasil dari diet ini. Memanglah senaman boleh bantu badan tetapi anda tidak payah minum susu coklat.
*** yang ni tak pernah try, mungkin sebab coklat susu tu kot.mind set "coklat boleh gemuk". hehehehe ****


Note:- Perlukah aku diet bila makanan semuanya enak enak!!!