Wednesday, June 5, 2013

Makan Burung Merbah

Korang pernah tak makan burung Merbah..
Kat umah MIL aku, ada pepohon buluh yang sangat cantik.
bila time senja je akan datang kumpulan burung merbah untuk tidur.. rasanya le kan.
Sebelum ni dorang dah dapat tangkap 15 ekor.
 berita itu telah mengiurkan kami..
apa lagi kaum adam semua sila siapkan jaring.. kita kenduri burung pulak malam ni yeay!!!!


 Guna segala alternatif yang ada
tangga le kayu la.. apa sahaja
asal burung dapat di ngap.. muahahaha..

 sib baik my hubby pakai baju
kalau dia pun tak berbaju, sure  story ni tak akan ku up kat sini
terkubur dalam memori sahaja.. tanpa sebarang bukti..



Ok sekarang kita tunggu burung tu masuk tidur
kalau ada rezeki 30 ekor boleh dapat.. wahahaha.. tamak la pulak.

tungu.. punya tunggu.. teyiba dapat sekor, pa stu sekor.. pas tu sekor lagi..
wah... cepat sembelih..
kalau di biar lama burung tu akan mati.. kata my BIL la..


gambar ihsan google.

Ha.. burung ni la yang kami dapat
burung merbah.

Nampaknya penantian kamiu sia sia.. hanya 3 ekor je yang kena.
Tapi aku best la my BIL ( Mizi) dengan susah payahnya dia masak jugak

dapat la aku merasa daging burung merbah ni walaupun hanya secubit.
terima kasih Mizi.. tak puas tau..
nenanti kita pasanga jari 4 penjuru...hahahaha...
kita kepong... kita kepong..



*** kalau semua  adik beradik my hubby balik kampung, segala idea dorang ada..
yang pastinya I gain a new experience !****



Note: Gambar makanan tak sempat nak snap. sekali hidang.. tengok tengok tinggal bawang je dalam piring. muahahaha...



Bidan Terjun

Sehari sebelum my Brother In law nak akad Nikah
dia call aku, bagi tau yang photographer yang dia hire tu accident.
Sian dia.... dia mintak le tolong aku jadi Bidan Terjun kejap

Sampai hari ni pun aku masih tak yakin yang aku boleh ambil gambar orang kawin
Aku beli DSLR tu pun bukan nak jadi photographer pun
just suka suka je..
Kang lingkup semua.. lagi teruk kan..

 Jenuh jugak le nak snap photo ni kan.
kalau yang dah pro tu tak pe lah..
aku yang terkedek kedek ni .. nak cari  posisi pun  puaih aih..
kang jatuh dalam tasik baru tau.. hahahaha...

main redah je nak gaya mcm mana pun..
sib baik le pengantin jenis yang sporting..

kalau yang malu malu meow tu, lagi la mati kutu mak bidan ni kan..kan...
Ini persalinan di sebelah pihak perempuan..
Ni pulak persalinan di sebelah pengantin lelaki.
Umah Mertua aku le.. ngeee...

Tak dapat nak buat outdoor, sebab hujan lebat sangat..
aku terkilan sangat, sebab aku dah plan nak snap kat bawah pephon bamboo..
nanti aku tunjuk View pepohon bamboo tu yer.


*** kalau korang nak tau, memang cabaran bila tuan rumah yang jadi photog. 
ye la umah mertua tu kira aku pun tuan umah jugak le, kena jugak layan tetamu at the same time**

***Tengah syok syok aku aim nak shoot, ada yang panggil aku suh tambah nasi le,
suh tambah lauk le, suh ambik sudu le.. arghhhhhh***

** Aim lagi nak shoot.. dah sedara mara pulak yang sahut sahut.. ngusik..
ada pulak yang cakap " asyik ambik gambar pengantin je..gambar aku tak mo ambik ke?
pas tu suh ambik gambo orang gedehuk ( orang kerja)
Hello.... aku ni bidan terjun tuk pengantin je tau...


*** Yang best tu ada lak pak Aji dok usha aku je.. dalam ati dok ingat, mesti dia cakap
tak bape manis kot gaya aku berphotog tu, nak duduk ayu ayu..kang gambar tak cantik pulak.
sekali dia dia bersuara  " ni..ni... dari tadi dok ambik gambaq.. ambik la gambaq kami 2-3 keping sama..
muahahahaha... Pak Aji pun nak layan bergambar...****



Note: Tengah dok pikiaq nak wat photobook ke nak buat album tuk pengantin ni...

***Bidan Terjun bermaksud terpaksa membuat sesuatu secara tiba tiba***

Tuesday, June 4, 2013

Bila Kami di candid.

Penat sangat... lepak jap
sape la punya kerja dok curi curi snap ni ye..
 
see.. where is my handbag?
akukena jadi tok bidan kejap..
so, hubby kena la carry my handbag..thanks yer laling..

Tengok le kan aku ni..
asyik ketawa je.. 
 
ada la mangsa aku yang kena usik tu
 
 
hai.. ibu ngan papa dok dataing
anak anak ke mana ni?


hari ni dah start keje.. penat pun belum habis lagi
rasa mcm seluruh badan aku ni seperti di ketuk ketuk je

kalau dapat orang mengurut badan aku ni
tentu best kan....
 
 
Note:Sure la ku kan terjah umah korang lepas ni. :D

Thursday, May 30, 2013

Bila Pak Ali Eksyen Sangat!

Kalau Sebut je Jeruk Pak Ali, memang Gah satu Malaysia  la kan
Sana sini orang cakap Jeruk Pak Ali tu sedap
Jeruk Madu la itu la ini la..
Semalam/kelmarin aku pergi la ke gerai Jeruk Pak Ali yang terletak kat Baazar Chowrasta
sebelum ni aku tak pernah pun masuk, this is the first time aku masuk kedai tu
My Biras suruh aku beli, jeruk asam campur campur
suh dia buat sebungkus RM10. beli 2 bungkus
then beli lagi Jeruk buah pala bagai.
Bila aku masuk je, aku mintak le seperti my biras order tu
Dorang cakap. 
'mmmm Tak de la kak, ambik yang packing dah je la..harganya RM 12.00
kalau nak pilih buah utk packing ?
mmmm... semua dha siap packing kak, 
aku tengok, dorang tu asyik dok packing je.. nape tak boleh nak pilih pulak.
kalau tak kerana my biras ckp "Jeruk Pak Ali"
aku pilih je kedai lain.
Then aku nampak la Jeruk Buah Salak
aku nak RM 10.00 jugak
dia ckp lagi
mmm... kalau kak nak ambik je yg packing tu RM8.50 /500 gram
Bila aku nak ambik yg baru di packing tu ( nampak fresh sikit kan)
selamba dia ckp 
ambik je la yg dah packing, yang tu tak seal lagi
susah sangat ke nak seal. aku tengok kat kaunter tu ada je org dok seal.
Aku memang tak puas hati dengan mutu layanan dorang
Dah le harganya mahal.
Aku ke kedai Nasir dan Aisyah, boleh pulak dorang buatkan untuk aku.

hai.. gitulah kan bila dah femes, mula nak hidung tinggi
esok esok ni bila jatuh merudum, mula la dok fikir silap kat mana.


***Tapi aku refer kat "JERUK PAK ALI" baazar Chowrasta je la
kat gerai lain aku tak sure la layanan dia
kalau kat bayan lepas tu aku pernah pergi dorang ok jer..***



** memang le boleh je beli jeruk campur yg korang pack tu. Tapi ada jugak sesetengah jeruk yang  pelanggan tak makan, so kalau di paksa membeli kan ka membazir**


Hari ni  aku spend banyak jugak le kat kedai jeruk.
tapi yang pastinya bukan di kedai "PAK ALI"


Note:Sedikit Sebanyak nama Pak ALi ga terpalit.


Aku Jujur ..Tak Tipu.

Dok lepak lepak kat umah Hari ahad lepas
dari pagi layan rumah dan putera puteriku saja.
Masa aku kat dapur Amirul bawa Phone aku, sebab ada call masuk

Perbualan bermula
Dia- Hello..siti..siti... hang ambik sawi kat aku sat. Suara seorang perempuan 
Aku-Sawi apa? 
Dia- Ni siti ke ni?
Aku : Ya la siti.. sape ni?
Dia- terus mati kan talian telefon.

Pas semua kerja siap. Aku tonton TV sambil Sterika baju
Tetiba ada SMS masuk

memandangkan aku received call tadi, suara pompuan kan. 
so, aku layan je la SMS ni.
Mana la tau kawan lama boleh  eratkan semula persahabatan.

Aku mcm dah boleh agak umur dia melalui cara dia sms tu
kalau dah berumur tak de na nak tanya budak mana bagai tul tak?

Aku jujur tak tipu ok.
aku jawab sebetulnya
tapi still nak tanya jugak aku kawin ke idak..

seyes aku memang caya yang penghantar SMS ni pompuan
Amirul pun cakap pompuan sebab dia loudkan speaker masa aku jawab phone tu.

perbualan sterusnya. 
Aku dah mula rasa pelik. Kenapa tadi yang call perempuan
suruh orang lain call ke?
Apa motif dia sesaja suruh orang lain call, pas tu buat buat tanya sawi bagai?

Last.. aku tak layan pun sms tu
akhir sekali dia sms lagi nak dapatkan kepastian.
may be nak try the last chance kot.

See.. my answer is very jujur. 
sebab aku memang jujur dan tak tipu ok..

***  korang mesti ingat, nape la aku layan sms ni, wat tak tau dah le, dah nombor pun tak kenal**
okey.. Ini memang sikap aku, aku tak nak sesuatu yang meragukan tergantung dan bakal menyusahkan aku di masa hadapan. Lain rumahtangga lain le cara dan percaturannya.Inilah caraku mengekalkan keharmonian rumahtanggaku.
sape yang pandai judge maksud tersirat aku tu, terima kasih ye..


Buat callers tu, siapa jua pun kamu, kamu kenal aku ke tidak, kamu sengaja ke tidak
aku tetap tak marahkan kamu
sekurang kurangnya, kamu masih ada perasaan respect dan menghormati
rumahtangga orang lain.. Cari yang single ok.
Aku doakan kamu temui jodoh yang baik dan beriman.


Note: I know my limits ok.

Wednesday, May 29, 2013

Tak Ada Orang sayang Aku Mcm Dia

Hari tu balik kampung tak sempat pun nak jumpa my third abang
windu wooo.... My third abang ni tinggal ngan my ayah.
temporary la sebab my ayah tak bape sihat..
 
tak puaih ati, aku pergilah umah ayah tuk jumpa my third abang.
 
Aku paling rapat ngan my third abang ni. beza umur kami 2 tahun je
tape aku jeles ngan dia. Cam no la dia leh menten badan kurus tu
kikikikik... abang abang aku semuanya kurus, cuma haku je yang gemoks dalam
semua adik badik aku.

Mak aku citer dodulu kalau mak beli rambutan, kena kira seorang dapat bape biji
bila dapat sorang 5 biji. abang abang aku akan makan 4 biji je
lagi sebiji dorang akan bagi kat aku

maknanya aku akan dapat extra 3 biji la. 
apa apa yang dorang makan dorang mesti akan simpan tuk aku
akhirnya, aku jadi cengginilah, gemuks.. muahahahaha..
 
Dodulu kalau nak apa pun abang aku akan belikan ( yang dia mampu la)
Yang paling aku tak lupa, bila abang aku ni beli Handphone kat aku
masa tu tahun 1997. Best giler sebab dalam kegawatan ekonomi tu
aku mampu pakai handphone. muahahaha..

Sayang betul abang aku ngan aku tau,
tiap tiap minggu dorang akan datang jenguk aku kat Penang ni
Best woo.. rasa di layan mcm puteri.
maklumla kan... adik pompuan sorang....


my third abang ni layan aku masih sama walaupun aku dah kawin dan beranak pinak tau
ingat lagi.. masa aku keguguran tu. Pukul 5.00 pagi dia speed dari seberang
datang jumpa aku semata mata nak bawa aku gi spital.

Ni rahsia okey!
"Lepas kawin baru aku dapat tau yang my third abang ni, sangat sangat risau
kekalau aku terpikat kat Bangla. That Why la dorang tak jemu jemu datang jenguk aku"
hahahahaha..


Aku manja sangat ngan abang, mintak itu ini. abang pulak layan je kan
Then..suatu hari my Hubby cakap " kalau nak apa apa awak minta lah dengan saya
saya kan suami awak".
Gulppp... tetiba aku tersedar tau.So.. pelan pelan la aku ubah pangai ni.


Note: Untung jadi anak perempuan tunggal



Tuesday, May 28, 2013

mati kutu

Rindu benor aku nak updated blog ni
5 hari tau aku tinggalkan blog ni usang

Actually line tenet office buat hal
Balik umah  plak. Anak asyik main je  note


Dah call tm suh settle
Harap harap esok boleh ok.

Ok. Aku lepak jap kat  sini
Sori kat korang sebab tak sempat nak jengok
Umah korang yer..


Nanti aku bertandang yer
Klu yg tak sempat aku jengah jgn majuk tau.


Note. Sepinya hidup tanpa tenet. Mati kutu weih......