Wednesday, June 12, 2013

Chak Blum Boya Katak @ Buaya Buaya Katak

Ada yang bertanya tentang apa la permianan yang aku dok main masa kecik kecik dulu kan
Aku gunakan Bahasa Kedah
kalau kat tempat lain, aku tak pasti permainan ini di namakan permainan apa
Aku ada jumpa satu artikel di mana cara permainannya se akan sama tapi
di namakan Permainan "Buaya Lapar" atau Buaya Buaya Katak

Permainan "Chak Blum boya katak" adalah sejenis permainan yang berbentuk rekreasi
dan bukannya untuk pertandingan.Sama jugak la seperti kita main aci sembunyi ( hide and missing) tu
main untuk suka suka dan mengisi masa lapang.

Buaya Katak adalah nama spesis Buaya.
Peraturan Permainan
Permaianan ini selalunya di sertai oleh 3-8 orang ( mengikut persetujuan)
salah seorang dari ahli kumpulan kena jadi Buaya dan lelain kena jadi Mangsa
Tempat permianan mesti ada satu tempat untuk mangsa menyelamatkan diri
kalau ada tebing lagi bagus.
Siapa yang akan jadi buaya di tentukan melalui undian 'O Som"

tangkap...tangkap...hehehe
Cara Bermain
Siapa yang jadi buaya harus menangkap mangsa yang kekononnya turun mandi dari tebing
bila turun dari tebing mesti Nyanyi " Chak Blum Boya Katak Sambil Lari Sambil Sentak"
Buaya akan cuba menangkap mangsa
jika gagal menyelamatkan diri, akan kena tangkap
kemudian si kena tangkap tu pulak akan jadi buaya
begitulah sampai masing masing penat dan bersetuju untuk tidak main lagi.


Tujuan Bermain
 
1) dapat mengisi masa lapang yang sangat sangat teluang pada masa dahulu
sebab tak de TV nak nonton, tak de komputer nak ngadap, tak de tuisyen nak kena attend
tak de pusat hiburan atau kelab yang harus kaypohkan diri untuk lepak lepak
Supermarket pun tak nampak batang hidung.

2) Meningkatkan stamina, tak payah berjogging tuk keluar peluh.
mengajar diri untuk bertindak bila mernghadapi saat saat genting ( Di tangkap Buaya)
Asah skill larian.

3)Mengeratkan hubungan di kalangan kanak kanak dan kena jaga hubungan yang baik antara satu sama lain
sebab... kalau sengsorang permainan ini tak boleh la nak main. Perlukan satu pasukan.

4) Mak bapak tak payah nak risau sebab kawasan permainan hanya kat  halaman rumah saja
Mak bapak pun boleh tau anak dia bermain dengan anak sapa
pape hal senang ....

5) terapkan nilai kasih sayang. Tak caya...
sebab korang akan teringatkan teman sepermainan tu sampai ke tua.
silalah percaya sebab aku pun sangat rindukan saat saat itu. hehehehe..


Peristiwa Hitam
ketagih benor aku nak main Chak Blum Buaya katak ni, bila mak tak de umah, aku adik beradik
mula le nak main chak blum boya katak ni dalam rumah. hahahaha...
mangsa utama ialah katil. dijadikatan tempat untuk menyelamatkan diri. ( sila jgn tiru)

Seronok la main kejar kejar. kalau mak ada sure tak boleh kan,
sekali...masa aku nak lompat naik katil tu, ada air tumpah
slip kat situ, satu kaki masuk bawah katil, muka aku tersembam kena pada body katil
katil pulak katil kayu,
toing.. patah gigi depan aku...
nangis tak berlagu..

 
kekonon nak rahsia dari Mak la kan, sekali Mak balis habis semua kami kena Rotan
hambek!!!!..
dah le sakit gigi patah sakit pulak kena Rotan.


Note: Permainan Tradisional yang dah pupus kot.

Melatih Anak Sembahyang Subuh from the Expert

ok.. hari ni nak wat entry panjang pajang sikit.
sape rajin baca di ali alukan sape yang malas.. boleh simpan qada' baca lenkali. ngeee..


Korang bangga tak?
1) Bila anak anak korang
bangun subuh dengan sendirinya
tk payah nak terpekik terlolong kejutkan?


2) Bila suami/anak lelaki korang jadi Imam sembahyang kat rumah
Imam sembahyang kat Majlis Majlis tertentu
Imamkan sembahyang Jenazah

3) Bila anak korang, sebelum magrib dah siap mandi
berbaju melayu terus ke Masjid

4) Bila ada Majlis kenduri kendara kat rumah atau rumah sedara korang
anak/suami korang yang bacakan doa?

**Seriously, aku memang bangga bila melihat anak muda yang tanpa segan silu 
menjadi imam sembahyang, berdoa di majlis ilmu. Malah aku memang idamkan anak anakku kelak
menjadi salah seorang dari mereka.

ok, berbalik kepada Amirul.
Seminggu terakhir cuti sekolah, Dia kat rumah baby sitter je
kebetulan abang abang dan  kakak kakaknya yang belajar kat sekolah Tahfiz tu balik
meriah la dia kat sana..

Best..bila dia balik citer yang dia pergi sembahyang kat masjid bersama sama
abang abangnya. Then..dia ckp kalau dia malas sembahyang nanti Bapak marah

 
Hari isnin tu, Aku mcm biasalah lepas sembahyang subuh baru nak kejutkan Amirul ke Sekolah
menggeliat.. itu ini last pukul 7.00 baru bangun.
Bila bangun Amirul pun mengomel ckp yg akusengaja tak nak kejutkan dia utk sembahyang subuh
lorr... dah pukul tujuh kan.. nak subuh apoa lagi. SUBUH GAJAH ke?

ini jawapan Amirul
" Ala... bapak bagi, kalau mirul nak sembahyang lewat. pukul 8.00 ka pukul 9.00 ka
kena sembahyang jugak. Tak boleh tinggal."

hmm.. aku mula terfikir, adakah ini caranya melatih anak anak utk belajar sembahyang subuh.
Sebab aku tengok anak anak Mak Sitter tu, tertib je menjaga solat.
Mungkin dari kecik, bapaknya ajar anak anak dorang supaya sembahyang
meskipun terlewat bangun, perlu juga sembahyang. jgn sesekali mengelat!

Mungkin masa kecik dorang tak faham tentang menghormati waktu Sembahyang tu
bila dorang besar, dan belajar dorang akan tahu yang sepatutnya
tak boleh la sembahyang melebihi waktu.

So, aku sekarang masih bertaktih untuk melatih Amirul lekat sembahyang subuh tu
kalau dia terlewat bangun pun aku tetap suruh dia sembahyang jugak
bila dia besar sikit dia sendiri akan tahu apa itu qada' sembahyang
buat masa sekarang ni, biarlah dia niat sembahyang subuh dulu
kang konfius pulak dia..hehehe..
**walaupun solat subuhnya tu tanpa doa qunut**

Dan aku masih lagi terngiang ngiang di telinga tak lama dulu
Bila my abang sulung marahkan anaknya yang sedang bergaduh
sewaktu dia tengah solat.

Dia panggil ketiga tiga anak daranya ( masa tu masih kecil lagi)
Dia tanya, dah solat ke belum?
sure la tak solat kan, dorang geleng kepala
abang aku ckp" kenapa korang bergaduh? korang bergaduh sebab korang tak solat
Bila abah solat setan tak datang kacau, setan masuk dalam diri korang semua, pas tu korang start bergaduh
cuba la kalau korang pergi ambik air sembahyang dan solat
setan yang duduk dalam badan tu pun tak berani nak dekat.

 
fuh.. aku respect gila gila la kat dia
ingat senang ke nak tarbiah anak anak, pas tu nak relate kan dengan setan bagai
benda tak nampak di mata kan..

yang bestnye..anak anak abang aku ni sekarang
tak delah nak tarik muka or bentak bentak kaki bila di suruh solat
walaupun dorang tu masih lagi di sekolah rendah

 
kekadang aku yang dok delay waktu solat ni termalu ngan dorang
yang selamba je berwuduk bila dengar azan..

Then lagi satu, kalau anak anak di didik dengan  solat yang teratur
tak denya dorang bantah bila suruh sambung belajar di sekolah agama.
Aku tahulah sebab anak sedara aku dan adik adikku semuanya sekolah Agama. hehehe..

org solat ko main H/p ke kak? - sekadar hiasan
Sikap Amirul time solat
** Bila time solat suka nak betul betulkan baju/kain
*** sebelum sujud suka pulak nak betul betul kan sejadah
**** Time qiam tu suka sangat nak garu garu hidung le mata la
*** Bila nak duduk anatara dua sujud tu kekadang bersila dulu le
***  bila aku/papanya baca doa suka sangat nak pergi jenguk tapak tangan kami yang sednag menadah ni
adoi.... banyak betul error kan..

Note: Jgn sesekali percaya bahawa anak anda bersolat dengan sempurna selalu.
sesungguhnya dorang adalah kanak kanak yang kerjanya hanya 'bermaiiiiiinnnnnnnnn je"
walaupun time dorang solat!

 

Tuesday, June 11, 2013

Selamat Pengantin Baru Nurdayana

Last Saturday, aku ke Sungai Petani sebab nak menghadiri 
Majlis Perkahwinan My anak Saudara , yang keberapa pupu pun aku tak sure. hahaha..
yang penting kami rapat ok.

 Nurdayana ni anak saudara aku yang kelima.
Tahniah Mak cik ucapkan buat Nana
akhirnya jumpa juga orang yang memahami Nana
Moga tabah melayari alam perkahwinan.

 Aku pergi sekejap je, lepas makan..
borak sikit dengan anak anak sedara yang ada
pas tu dah nak kena balik

 Tak dan nak tunggu upacara potong kek pun.
tak pe la kan..
BTW..cantik keknya..


 Actually, majlis perkahwinan tu di adakan oleh anak anak sedara aku je
Sebab Abah dan Mak dorang dah tak de..( al-fatihah)

Aku memang respect le, sebab kakak kakak si Nana ni bersepakat
so, majlis di adakan dengan jayanya

Dorang ni 7 beradik perempuan 6 orang lelaki sorang je
tu pun lelaki yang bongsu. maka kakak kakaknya la yang kena manage semua.

yang baju pink pekenen tu anak saudara aku yng ke 2 dan yang baju pink duduk tu
anak sedara aku yang ke-empat.

kenduri di adakan di rumah yang baju pink ( duduk) tu


**Di sini Makcik doakan agar hubungan kalian sekeluarga semakin erat**
Untuk Ayong- Segaknya cucu Mak Cik. Dapat menantu jemput ye
untuk Angah- selamat melahirkan baby ke 4.
Untuk Lin- Mak cik tunggu nasi minyak ko pulak
Untuk Fatin- dah habis belajor ke?
Untuk Amir- belajar rajin rajin k.



Note: teringat masa kecik dodulu.. suka benor kami main "Cak Blumm Boya Katak".
**Cak Blum Boya Katak, Sambil Lalu Sambil Sentak****

Tahniah For You.

Sian my adik perempuan sorang tu..
She is My Adik satu Bapa Mak Lain. 
Consider my Pure adik le kan, kos bapak kami sama kan..kan..kan..
kata org kedah " Warih Keraih" 
sayu je bila kengkawan lain dapat sambung belajar ke menara gading

Bila aku call tanya, dia siap ckp tak pe lah..
nak sambung buat STAM ( Sijil Tinggi Arab Malaysia), kalau tak dapat pergi mana mana
Sian jugak kan, aku selalu cakap kat dia
jgn putus asa sure ada panggilan panggilan in future.. lambat dengan cepat je..

 
Benornya di atak bapa suka snap photo duduk begini
sebab dia selalu ckp.. Naper la adik tak ikut saiz ayah..
Kakak abang semua tinggi ..besar ragam..
Adik ni rendah..

rendah pun tak pe dik oi..
janji ko tu sihat udah le..

picture ni kami snap sekali lagi..
kali ni adjust sikit ketinggian kamu tu..

Ha.. sila lah lihat wahai adik.. kita kan sama tinggi!!ngeee


see my abang pun bengkok kakinya /. Tapi still tak leh nak sama tinggi ngan adik la..

OK. BTW Nak ucapkan Tahniah utk my adik
sebab akhirnya dapat jugak tawaran menyambungkan pengajian
di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi di KELANTAN..
ambik kos : Perbankan Islam.. 


Aku tak dapat nak mengantar dia ahad lepas sebab kekangan masa..
cuma my ayah, my step mom dan 2 orang abangku saja yang mengirinya ke sana.


Note: Lepas ni ada sebab le aku nak terjah kelantan. muahahahaha...


Monday, June 10, 2013

Aleesya: Setahun 10 Bulan.

27/05/2013 Aleesya berumur Setahun 10 Bulan.
lagi 2 Bulan dua tahunlah dia.
kejap je kan.. 



progress.. Dia dah petah bercakap.
banyak dah perkataan yang boleh dia ungkapkan.
dari versi tak teruih hinggalah yang memang tepat sebutannya..


Ada tabiat baru, suka mintak bantal busuk bila ngantuk.
wal hal sejak dodulu tak de la berkepit ngan bantal busuk pun.

 Walaupun dahbanyak perkataan yang dia lafazkan.
Perkataan Ibu.. masih lagi tak dapat di sebutnya dengan betul..
asyik panggil aku " Appu.....Appu... je"


Note: Masih menanti lafaz "Ibu" dari mulut Aleesya.

Lama dah... nak Jumpa

Kakak sorang ni memang dah lama aku nak jumpa
pertama kali jumpa masa Open house kat Umah Gieyana
Terus ikuti perkembangannya melalui blognya cintamaniszlite
Kagum dengan kejayaan anak anaknya
kagum juga dengan caranya mendidik anak anak hingga semuanya berjaya.

 Allah tak jodohkan kami berjumpa di Masjid Kamunting tu
Tapi Allah takdirkan kami berjumpa di Medan Selera dekat Bomba
( kata kak Alona le)

Sebab aku duduk sebelah kak Alona jadi sembang sakan le kami
My hubby ngan Suami kak Alona tu main sahut sahir je dari jauh.

Kak Alona dah hup date pun,
aku baru je nak terkedek kedek updated hari ni.

 Inilah anak anak kak Alona
best tengok dorang tu..
Along ngan Angah nampak sebaya.. betul.. 
nampak mcm kembaq 

Dah selalu sangat tengok dorang dalam blog mama dia
rasa mcm dah lama kenal pulak ngan budak budak tu. hehehehe...

 Amirul ngan kazen dia. We call him " pritttttt"
sebab masa kecik cakap tak teruih sebut nama sendiri bunyi 'pit" je
So, pit pit pit.. last kami panggil prittt.. best sikt dari bunyi pit tu kan..
Tapi sampai hari ni dia still membahasakan dirinya "Pit"

Dorang order sotong kangkong..
Rasa la sepotong dua.. sedap...

 See..tangan si papa..
Murah lakan kalau sepinggan gedabak tu RM18.00 je..
kalau kat Penang ni RM18 jugak. tapi tak de la banyak gitu...

Kak Alona malam tu pun letih je ku tengok.
Siang tu dia jadi photog dan besok pulak nak jadi photog lagi tuk pengantin 
outdoor pulak tu.

Kena korek ilmu beroutdoor ngan dia la gamaknya
riso gak kan.. adik ipaq ada 6 orang lagi tak kawin ni.. hahahaha..

 Kami takorder makan berhidnag.ordfer satu satu je..
Rasanya.. tukang buat sup tu baru balik dari laut melawat laut mati kot.
bawak balik garam banyak sangat kot
sebab tu sup dia masin kedepanggggggggggggggggg...

Sian Aleesya, ku belasah bagi dia makan nasi ngan sup sayur yang sangat sangat masin tu
ni la jadinya kalau tak rasa dulu..
but.. menu lain semua ok. cuma kantoi kat sup je..

Aleesya.. ni ok budaknya..
tak de la nak kaco kaco bila ibu nyembang..

Sib baik ada kazen dia yang melayan.


*** Bila pasrt nak berpisah ngan Kak Alona dan Familly nye tu, sekali budak Aleesya ni
Tak mau balik.. nak ngikut Kak Alona..
Aku panggil Amirul wat umpan pun dia still dok melkat kat kak Alona
hahaha... 
Sangat sangat bahaya anakku ini, main ngikut je orang yang dia tak kenal ***


**Akhirnya tercapai jugak impian aku nak jumpa ngan Kak Alona tau, ecewah.. sampai berimpian impian aku yer.. 
Mana la tau, tempias tempias aura keibuannya tu kat aku, nenanti  anak anak
aku pun pandai mcm anak anak dia jugak.
Sape tak nak sejuk perut ngandung kan..kan..


Note: Kak.. jgn serik jumpa T yer. Lenkali kita jumpa lagi.