Sunday, July 14, 2013

Perlukah Kita Berdiam?

Aku pun tak tau, pa yang sebenarnya dua orang makhluk ni nak dalam hidupnya
Apa yang  makhluk kejar kat dunia ni
Adakah dorang ni kekurangan kasih sayang sehinggakan apa saja yang dorang buat
asyik nak kan "Pay Attention". 

 

The duo – Alvin Tan Jye Yee and Vivian Lee – who caused a scandal here and across the Causeway with their explicit sex blog in October last year, now appear to be out to nudge the sensitivities of Muslims during the holy month of Ramadhan.

In a photo posted on their Facebook fanpage, the pair is seen enjoying a meal of ‘bak kut teh’, a popular pork dish. The words “Selamat berbuka puasa (dengan bak kut teh…wangi, enak menyelerakan!)’ (Happy breaking fast (with bak kut teh….aromatic, tasty and appetizing) appear at the top.

The photo also displayed the Halal logo

Dulu dah bogel bogel. Make love pun nak bagitau satu dunia
lain le kalau pergi naik gunung berapai ke hape ke, boleh la
nak bagi tau satu dunia. Tak de la outstanding mana pun..


Yang ni pulak.
kalau diri tu tak puasa, tak yah le nak ajak orang bukak puasa
Apa istimewanya "Bak Kut Teh"? tu. 
Sebab ada babi? sedap sangat ke? Tak teringin pun aku nak makan.
sedap lagi daging lembu.
lembu makan rumput, sure la dagingnya lebih enak dan selamat di makan.




Kesian aku tengok dorang ni. 
suka buat perkara perkara yang merugikan diri sendiri.



Note: Bila dah kena, mula la nak nangis, sedih bagai. masa nak buat tak ingat!


Saturday, July 13, 2013

Ecewah.. Over Nampak!

Sejak aku berumahtangga ni rasanya baru satu jenis kuih je
yang aku buat sempena hari raya.
lelainya tu main tunjuk tunjuk di malam raya.

ntah angin taufan mana yang tempias kena kat aku
tetiba rasa nak buat kuih raya pulak tahun ni. hahahaha...

semangat tak hengat pergi tesco beli bahan bahan.
dah gugel nak buat satu kuih tu.. tak leh bagi tau la
nanti tak menjadi wat malu jerk. kikikikik...

 
beli sebahagian je ni, yang lain dah memang ada kat rumah.
Saja le tak mau beli kat kedai jual pekakas kuih tu..

kalau beli kat tesco dapat point. dapat jugak la cash return.


ecewah ..semangat membeli ke semangat nak buat kuih ni?
tengok la nanti kan.. kalau rajin jadi kuih, kalau malas tepung tetap tepung lah sampai raya.
hahahaha.....


masa untuk buat kuih cuma sabtu ngan ahad je, kalau nak harap berjaga malam buat kuih
no..no..no... aku memang tak suka wat kerja memalam buta.
lain le kalau dah terdesak..


Note: Over sangat ni, bapa jenis kuih bleh dapat hah!



Friday, July 12, 2013

Nak Masak ke Tak?

Pagi tadi dah suh hubby belikan ikan temenung /kembung masa dia balik dari hantar Amirul ke Sekolah
Niat kat hati nak wat ikan bakar.
Nak bakar dalam Grill Pan je la..
sebab Amirul suka makan ikan temenung bakar cicah ngan Air Asam.


Dah my hubby p[un tak berbuka kat rumah.
So aku prepare untuk Amirul je la kan.. kan..

Then tadi my bos pergi Market Petang kat Jalan Tujuh tu
Dia cakap nak beli kepala ikan untuk aku
boleh wat kari kepala ikan kan..

 Pas tu bila balik aku tengok tak de pun rupa kepala ikan yang dia belikan
bungkus memanjang je..
kalau dapat terubuk, sempoi gak kan.. ngeee...

bukak tengok, ha.. sekor siakap siap dah di buang perut.
kalau stim sedap ni..
Bos cakap kepala ikan tak cantik. So deia beli siakap je lah untuk aku.

Tapi kan.. nak masak ke idak petang ni.

dah le aku ngan Amirul je berbuka
pas tu, ada pasar malam pulak kat area umah aku
kalau masak, membazir pulak, sape nak habiskan 


Amirul sure nak pergi pasar malam
sure nak beli makanan kat Pasar malam


Note: Balik nantilah decide....
 

Bolehkah Sedekahkan Pahala Sembahyang

Sambil dok buat kerja ni aku selalu la dok dengar radio Mutiara FM
kalau hari jumaat mesti ada soal jawab agama

Hari ini, ada satu soalan yang aku rasa terpanggil untuk di kongsi di sini
dan sebagai panduan aku dan anak anak jugak.

Soalan
Bolehkah saya sedekahkan pahala sembahyang fardu saya kepada ibu bapa saya
seperti mana saya berniat untuk sedekahkan pahala membaca al-quran dan berzikir kepada kedua ibubapa saya?

Jawapan.
Ustaz berkata Tidak Boleh? Sembahyang tidak sama seperti berzikir dan membaca Al-quran
ini kerana, di akhirat nanti Sembahyang kita akan di nilai semula.
katakanlah sewaktu kita sembahyang, tetiba fikiran kita melayang ke tempat lain
maka, kosonglah ibadat kita di waktu itu
ibarat kata Sembahyang kita sendiri pun masih ada lompang lompang yang perlu di tutup.


kemudian, lompang lompang yang terdapat pada solat kita itu, boleh lah di tutup
dengan pahala sembahyang sunat yang kita amalkan
Jika sembahyang sunat pun tak buat, mcm mana nak tampung lompang tu kan...

Jadi.. sembahyang kita sendiri pun masih ada lompang lompang yang perlu di tampung
bagaimana pulak kita nak sedekahkan pahala kita tu kepada ibu bapa kita.
renung renungkanlah..

Ramai yang berkata, sembahyang sunat je pun, bukannya wajib.
tak buat pun tak pe..
dari penerangan ustaz tu, aku dapati mcm solat sunat ni sangat penting
sementelah aku ni, bila sembahyang susah benar nak khusuk.



Note: Selamat beramal.

Ramadhan ke 3- Kisahku

Seperti yang di janji, my bos dah pun renew My car Insurance.
So, aku kena la le ko post office nak renew may road tax pulak kan.

toing toing.. tetiba teringat, kalau dah sampai tarikh lahir
mesti la licence pun akan expired jugak.

Masa nak renew road tax keta boleh la renew lesen sekali
aku terus ambik licence dan bagi kat kaunter.
Dia cakap tak expired lagi, nak renew jugak ke?

eh..eh.. tahun depan ek expired. ngeeeee...
lupa pulak, tahun lepas aku renew  melebihi 2 bulan dari tarikh lahir, so dorang  buat more than one year la. ok.. kak kaunter, taun depan ai renew..

 Selamat dah pun renew. dapat road tax baru.
wah..ink pun terang benderang
tak tau lah nak faded ke idak lepas ni.
jangan la pisang berbuah berkali kali kan..

Kat geran pun dah print cecantik expired datenya
kalau nanti road tax faded ke hape ke
tak yah le aku terkocoh kocoh nak pergi up-dated kan..
terus gi buat baru je kat JPJ...
Pengalaman mematangkan.. tul tak?

against, my Bos memang concern dengan masalah yang aku hadapi sebelum ni.
dia pun pre-caution jugak le kan..

So, dia bagi aku satu  plastik yang nak lekatkan road tax kat cermin keta tu
then dia bagi lagi satu plastik tinted untuk aku letak kat atas road tax tu nanti
moga moga dapat elak dari road tax aku tu faded.

hmm.. lebih kurang ginilah nanti 
tak de la direct matahari sangat
kalau Abang polis nak tengok road tax aku, still la boleh nampak.
kalau tak nampak, guna je lah lampu suluh. hahahaha..


Note: Cermin gelap kena saman, road tax gelap kena saman tak?

Thursday, July 11, 2013

Holiday @ Kucing Sarawak GiveAway # 2

Nak join GA si Anum ni.

nak right click ambik banner ni tak boleh
so, aku printscreen je la.

kena jawab soalan 

Soalan.
soalan pertama : Apa tujuan sebenar Anum ke Kuching?
Jawapan : Anum ke Sana sebab nak Jumpa BFF
 
 solan kedua : Apa nama tempat buaya yang Anum pergi? 

Jawapan : JONG'S CROCODILE FARM & ZOO

Tarikh tutup 19/07/2013. sesapa nak join sila klik banner.


Hadiah tu masih misteri lagi. 
 
 
 

Mimpi Boleh Terbang

Semalam dah le tido lewat ( maklumlah layan diri as B'day Girl)
pas tu bangun sahur lagi kan.
lepas subuh tu tadarus kejap
lepas Mirul ke Sekolah..sambung tido. hahahaha..
kul 9.00 bangun mandi siap siap datang kerja.

Dalam masa 2 jam yang aku tido sebelum datang kerja 
aku mimpi giler kentang punya mimpi. hahahaha..

Aku mimpi aku ada kuasa yang luarbiasa
mula tu aku lari lari anak, pas tu terus boleh terbang.
hahahaha... main tunjuk tunjuk gitu je terus aku terbang ke udara. 
wah sangat best.


Masa aku tengah terbang tu, tetiba Knight Rider datang serang
wohoho.. Knight Rider pun ada jugak dalam mimpi aku. 
Tapi aku tak dapat tengok muka knight rider dengan jelas
sebab dia pakai topeng.
knight Rider palsu la tu kan. hahahaha..

kenapa dia datang serang aku pun aku tak tau la..
Apa motif dia datang pun tak pasti.hahahaha




Apa kes pun tak tau tetiba aku gi kalahkan Knight Rider tu
tetiba dia mengalah, ngan aku sebab dia tak leh Terbang.
wah..bangga..

Then balik rumah, semua Jiran dapat tau aku boleh terbang
terus dorang serang, kekonon aku ni makhluk jahat
wah.. lari tercungap cungap
cuba terbang... boleh lagi tapi terbang tak leh tinggi mcm tadi


kemudian aku diekori oleh seorang aunty
siap tanya aunty tu mcm mana dia boleh terbang mcm aku
dia cakap dia belajar Tye  Chi. that Why la boleh terbang
kahhhh... tak tau pulak  ilmu Tye Chi main terbang terbang
selalunya part gerak slow slow aku tau la...
arghhh..lantak la.
lawan pulak ngan aunty tu.

tetiba aku rasa muka aku pedih sebab terkena kuasa aunty tu
dalam pedih pedih tu aku lari sekuat hati
tup tup.. mata terbuka. Matahari dah terkena muka ni
silalah bangun !


*** akibat mimpi lari lari pas tu lawan, pas tu terbang. Aku rasa letih sangat
Ni pun dok ngantuk . zzzzz... 10-15 minit mesti best ni.


Note: tak suka tau mimpi lari lari. Lepas jaga mesti letih!