Friday, September 13, 2013

I am Looking for Tifa Anvar Too...

mmm... cam na nak mulakan yer.
Actually aku nak buat dah entry tentang misi Mencari Tifa Anvar ni
Tapi cik intan berlian dah pun mencari terlebih awal 

Yang bestnya tentang Tifa Anvar ni setiap komen tu sopan je
I like tau.
Dah cari kat google plus tu, tak de pun bayang bayang empunya diri
cuma ada gambar gumpalan awan.

Teringin juga nak berkenalan kan.
Tapi sayang... 

inilah jawapan yang Tifa Anvar berikan dalam ruangan komen blog intanberlian
hmm... she's not blogger ...


BTW.. entry ni aku nak dedicated kan tuk Tifa Anvar
" Thanks sebab tak jemu jemu membaca setiap entry kat blog ni
walau siapa jua kamu, saya doakan agar kamu sentiasa bahagia, 
di anugerahkan ketengan di jiwa, di murahkan rezeki
dan dilimpahi kebahagian hinggah ke Jannah"



satu komen di entry ibarat sekuntum senyuman, kerana aku jua tersenyum tat kali ruangan komen 
di catat sesuatu...

It like a cyber hug!


Note: Masih menanti jawapan!



Kalau Jemur Baju Memalam nanti Jin Pakai Baju kita

Setiap pagi jumaat, memang seronok kalau dengar Mutiara FM
ada soal jawab agama jam 11.00 pagi.
Soalan kali ni aku rasa mcm kena kena je dengan aku.
Soalan: Betulkah jika jemur baju di malam hari, nanti Jin, Syaitan akan pakai baju kita tu?

Adoi.. aku kan suka benor basuh baju memalam, pas tu kalau rajin terus je sidai
nak sidai pagi besoknya kekadang tu tak sempat kan..
Tapi..aku tak tau la pulak yg baju kita tu jin setan pakai tatkala di jemur. hohohoho
korang pernah dengar tak?

Jawapan Ustaz:-
tak ada hukum yang khusus yang menyatakan sidai kain baju di malam hari 
membolehkan syaitan atau jin pakai pakaian kita tu.
Mana mungkin Jin dan Syaitan pakai pakaian manusia.

kalau dah di basuh bersih jemurlah bila masa pun

hehehe... nak tergelak pun ada bila soalan sebegini di tanya. kan.
tapi nama pun ustaz tugasnya utk merungkai kemusykilan kan..kan..

Tapi.. dodulu mak aku ada ckp kalau jgn tinggal kain tak berangkat di ampaian nanti 
baju tu kena embun..berbau pulak baju tu.
Tapi..sekarang kan kah ada pewangi bagai.. rasanya masalah berbau tu takl timbullah kan.

p/s. selawat terbaik adalah selawat ibrahimiah.
iaitu selawat yang kita selawat di tahiyat akhir.



Note: baju Jin tak tau seluaq Jeans tau la... 

Random photo..

Dah 2 hari aku tengok keta Mini cute miut lepak kat garaj tu.
Dorang tengah repair.. kekadang aku gi la jugak belek belek
Bila aku diri kat tepi.. cuma paras dada aku je..

Tadi aku cakap kat budak kerja tu, lepas korang gi cat jgn lupa bagitau I ye
sebab I nak snap satu photo ngan keta Mini ni
then staff aku cakap yg owner keta nak cat sendiri
dorang ketuk ketuk je..
waa..... kempunan aku...

Baru hari ni aku tau, yg Battery keta ni duk kat boot, sebelah ngan spare tyre
then enginenya pulak kat depan.
dah nama pun keta mini, ruang utk luggage tu mcm tak de je.. hahahaha

 Oleh kerana Aleesya dah pecahkan botol susunya
aku kena beli yang baru.

Saja le tu, pantang ibu ada extra money ada saja le yg nak kena beli kan
tolong supermarket tu survive hahahaha...


Then puting susu tu dah berbuih mulut baby sitter pesan suh beli
asal balik kerja je hujan lebat, so tak de la nak singgah kedai tuk beli
ha.. hari ni baru boleh beli..adoyai..



Stok Mee telur kat umah dah nak habis, haruslah ku rembat sekotak.
aku suka yang versi kedut kedut tu, tapi cari cari tak de pun
beli yang ni jelah..
 Masak letak wantan berinti udang.. nyum nyum...

 Frozen food ni haruslah ada kat umah..
makan ni time malas nak masak, so buat je sup dan campak je menda laah ni, pas tu
 letak mee sikit,setel ...

ada le alternatif lain utk di makan selain dari fish cake dan bebola ikan memanjang kan..kan..
hehehe.. anak suka ibu pun suka.

Lately aku suka beli baby corn yang begini. yang tak de daun  tu
aku notice sekarang ni baby corn yang ada daun tu mcm tipu jerk.
kekadang tu bila aku nak masak potong je, jagung tu dah keras.

Rasa mcm geram je, nak masak pun hilang mood semua
beli yang ni, mahal sikit tapi berbaloi sebab jagungnya masih lembut
tapi... kat tesco je boleh dapat. kat Market non hado..



Note: sup mee telur guna stok ikan bilis, sangat sangat sedap hokey!!!


Segmen 1st Mama

simple mimple I join K.
lamadah follow mama ni, tapi kali ni nak like fanpage belaiu pulak kat Facebook

 
sape nak join klik banner yer.
cepat..Mama nak cari 15 Pemenang tau.


Note: untung sabut timbul...untung manusia.. silalah bayar income Tax. muahahaha

Thursday, September 12, 2013

Aku telah berubah, berubah ke?

Dulu
Aku masa time bujang, tinggal  kat umah sewa.
Aku ni ada satu perangai buruk, aku akan bagi kalau org mintak, tapi kalau org curi memang susah nak halalkan.... ( buruk benorkan pangai.)
Dulu aku ada apply telefon rumah, siap kunci lagi number tu
eksyen la..aku sorang je ada telefon time tu..
 
Then ada la member umah sewa yg curi curi kopek tempat kunci tu
then dorang bergayut. 
Spesis buat harta orang mcm harta sendiri,
Bila aku dapat tau, mula la aku dok marah, ngomel bagai

Suatu hari tu, aku tengok ada orang kebas bawang aku
Ni pulak spesis ambik barang orang tak pandai nak ganti balik
apa lagi merungut rungut siap cakap tak halal you
rumah sewa tu mcm hostel, so barang barang sendiri punya, tak de la nak syer syer.
Bawang punya hal pun nak riuh rendah ke?


Sekarang

Aku dah tak macam dulu, Kalau menda sikit sikit tu ku halalkan saja
Aku pun dah lama halalkan apa yg kengkawan aku terpakai or terambil
masa kami sama sama tinggal sebumbung..

Tak de la sampai nak gi tikam deme tu.
Korang caya tak kalau aku cakap org sewa umah aku setahun lebey tak bayo?
Aku pun mcm mengong je tak tau nak cakap mcm mana
sampai arwah ayah aku hint aku cakap baik pun ada hadnya
ni dah kira ko menanggung org..
baru lah aku tersedar dari lamunan. hahahaha



Sekarang ni, aku tak banyak berkira kalau soal makan
kata org, bagi org makan ni besar pahalanya
bila org makan akan jadi darah daging, hasil yg kita bagi tu bersatu dalam badan dorang
pas tu dorang pergi beribadat, Allah tetap memberi ganjaran kepada kita.

hmm... sejak ayah tak ada ni, buat apa pun dok ingat kat ayah
bila nak bagi derma, mesti satu untuk ayah satu untuk aku
then kalau ada derma untuk wakaf masjid ke, aku niat utk ayah sekali
 

terngiang ngiang pulak lagu Rabbani.. tajuk tak ingat tapi liriknya begini
"terkujur badan berselimut putih.......sila sambung sendiri
sampai je lirik "adakah pahala dikirim? tu....
rasa mcm nak je kirim pahala banyak banyk utk ayah.. biar terang benderang ayah di sana..
 
 
 
Note: Semoga Allah sentiasa pelihara hati ini.

Bawa Josapine Balik Rumah

Lepas je balik dari klinik semalam, aku ajak je hubby terus ke Sungai Ara
pergi le nengok nengok adiknya yg menjual buah kat sana
sabtu lepas aku je pergi ngan Naiim, kali ni moh gi sekeluarga
ajak dia datang umah tak nak pulak, tak de orang jaga buah katanya.

Masa aku sampai tu aku tengok lori kontena dari Johor
Bawa mai buah Nenas Dari Johor kat gerai sebelah gerai BIL aku tu.
Sembang itu ini, pas tu hubby nampak satu tag nama buah Nenas tu
Nanas "JOSA" hmm.. nenas yang datang dari tempat yg namanya Josa kot
tapi ada ke kat Johor tu nama tempat JOSA?
pas tu tuan kedai tu ckp, JOSA tu nenas kacukan Nenas Johor dengan Nenas Sarawak
oooo... JOSA = Johor Sarawak.


Then aku belek belek Nenas yang baru turun dari lori tu
cantik nenasnya, mata besar besar ko.
Nama Nenas tu Nenas Josapine, katanya
nenasa Josapine tu nenas Josa le. ngeeee

Saja pilih yang dah masak, sebab aku nak ngap dengan seberapa segera. hahahaha
Aku beli 4 biji, murah pulak dia bagi kat aku. ngeee..

Ok, aku bawa balik Josapine ni ke rumah
Nak rasa cam na la si Josapine ni kan..

Aku potong sebiji, makan sikit pas tu bawak pi office sikit
makan kat office sampai lebam... sangat sangat manis
tak payah letak garam tuk makan.

 Oh  JOSAPINE , you are so sweet!!!
Ni pulak buah dokong yang BIL aku bagi
sedap..manis

Kalau nak makan ni, kena sembunyi sembunyi, tak boleh bagi Aleesya nampak
dia kan tengah demam... kang lambat baik pulak

Dapat jugak buah petai ngan limau ni
petai dah selamat di buat sambal semalam.

Limau tu pulak, Naiim dah makan kelmarin



Note : Sebelum ni cuma tau Nanas Morris ngan Nanas Bali Jerk..

Wednesday, September 11, 2013

Turun 600gram

Masa checkup untuk 2 tahun that day berat Aleesya 11.6kg.
boleh rasa dah kalau dukung dia. dah lenguh lenguh pinggang ni

Memandangkan demam Aleesya berlaritan dengan cherry berry dan muntah bagai
bawa ke klinik swasta pun tak jalan jugak
last kami pergi ke klinik kesihatan kat Bayan Lepas tu

Lepas ambik number terus gi makan dulu, datang semula ngam ngam nama Aleesya di panggil
tak de terasa lamanya menunggu kan.

Yang lawaknya tu, Aleesya sampai je kat pintu klinik, dia terus tanggal kasut
sebab dia nampak ada kain alas kaki kat depan pintu kot
pintu pun bukak  separuh je, mungkin sebab hujan.

Amboi... masuk umah Amjad ko tak nak tanggal kasut
Datang klinik yg tak yah tanggal kasut, ko nak tanggal pulak ye..
orang yang tengok gelagat Aleesya terus tersenyum, 
ada yang cubit cubit pipinya,...

 
Doktor suh Aleesya timbang berat badan
hmm... 11kh je. dah turun 600gram..pas ni bape gram lagi la turun kan..kan...
Dorang timbang berat badan sebab nak bagi sukatan ubat tuk Aleesya.
Doktor bagi ubat batuk, selsema, demam , muntah dan antibiotik.
 
 
Hubby mintak time slip kat doktor, aku pun gedik jugak nak satu
wal hal kat office aku tak yah pun tunjuk time slip bagai
cakap je bawak anak pi klinik, pas tu datang kerja habis citer
 
bos tak de nak soal soal bagai.
Tapi.. sebagai proof aku hantar juga photo klinik kat my bos
 sekarang kan banyak cara nk berkomunikasi kan.. kan..
 
 
 
Note: Demam demam pun kuat lagi hempas botol susu sampai pecah!