Sunday, November 17, 2013

Tauhu lembut bersama ayam cincang

Semalam, terasa nak makan tauhu lembut.
Tauhu lembut ni susah sikit nak handle time memasak. Kalau aku le
sebab teksturnya yang lembut mudah pecah .
So, selalunya tauhu lembut ni aku wat inti dalam gulungan rice pepper je

Tapi kali ni, aku ternampak satu resipi tauhu bersos kicap halia
tapi akutak bape gemar kalau tauhu letak kicap.
makanya mulalah dok main tokok tambah bahan bahan kan.

godek godek dalam peties ada lebihan isi ayam tanpa kulit lebihan aku wat 
burger ayam goreng that day.
so, pe kata kalau aku masak je la ngan tauhu lembut ni kan..kan..

kalau korang yang tengah diet memang sesuai 
tapi kalau tak berdiet pun boleh la try. sebab sedap tau.

Bahan bahan
2 ketul tauhu lembut
1/2 ketul isi ayam bahagian dada ( cincang)
2-3 sudu mix vegetable. ( beli yg sejuk beku tu)
2 sudu olive oil
2 ulas bawang putih ( dicincang halus)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
sedikit bancuhan tepung gandum/jagung ( aku guna tepung gandum)
1/2 cawan air
garam secukup rasa.

Cara cara
Stim 2 keul tauhu dalam 10-15 minit ( ketepikan)
panasakan kuali
masuk daging ayam yg di cincang masak sekejap
then masukkan mix vegetable
kemudian masukkan bawang putih
then masukkan olive oil ( kacau sekejap)
then masukkan, sos cili dan sos tiram
masukkan garam secukup rasa
masukkan sedikit air
biarkan sehingga mendidih
last masukkan bancuhan tepung jagung/gandum


cara menghidang
letakkan 2 ketul tauhu yg di stim tadi ke dalam pinggan/piring
kemudian curahkan bahan bahan yangtelah di masak
siap untuk di makan.

 
*** korang boleh je ubah/olah isi ayam tu di tukar kepada udang/sotong**


Note: Try! and you won't regret..
 

Aku meratah je, tak makan dengan nasi pun. ngeeee

Saturday, November 16, 2013

Mat Pati dan Beruk

siapakah Mat Pati? adakah gelaran yang diberikan kepada
para para pendatang tanpa Izin (PATI). 
oh.. no..no..no... nehi kabi nehi ok.

 

hehehe... benornya kami panggil burung ni burung Mat Pati
shor form untuk merpati. muahahahaha..

ok.. ni le burung Mat Pati yang MIL aku bela. 
tak tau la sape yg punya, Mak tam punya ke
Pak su punya ke sapa pun ntah le..

That day dorang bela arnab, dah ular senduk sapu licin
kali ni harap harap tak de la si senduk bau burung ni kan..kan..

Naiim ngan kazennya duk pulun bersihkan daun buluh 
Actually kat sebelah kiri tu ada taman buluh madu yang adik ipar aku tanam
kejap lagi nak kutip rebung..banyak tul rebung. ate selepas hujan kan..

Ni duk pulun bukannya apa.
sebab ibu dah kerahkan tenaga jerit kuat kuat kat dia suh sembahyang Asar
so, wat wat delay la sikit kekonon nak menyapu sampah le itu le ini le
last... 2-2 orang tu aku kerjakan suh gi sembahyang
pas solat datang semula utk menyapu.

see rebung yang dah mencanbak tumbuh.

Tapi..dah nama bebudak kan, ngelat solat tu sangat sangat suka
pas solat tak de di sentuh pun penyapu tu

Dak Aleesya ni lari ketakutan sebab tetiba terserempak ngan beruk
ha.. main lagi tanpa awasan, sib baik tak kena geget.

Happy le tu sebab Kakak Atikah ada sekali
walaupun kami balik sekejap je that day
at least anak anak happy dapat main tanah..

 ini pulak beruk Tok Wan
That day tok wan jatuh motor, habis luka luka tangan tok wan
sian tok wan..

kebetulan masa tu Tok Wan bawa beruk.
sekarang  ni beruk Tok Wan ni kena rest sebab beruk tok wan pun injured jugak
sekali tengok ok je kan beruk ni.
garang tau..mang aku takut.

sekali dia pusing belakang aku tengok kakinya luka
panjang jugak luka tu
naik sereyau aku tengok.

bila dia jalan, jongkang jongkit aku tengok
MIL cakap yang beruk ni kakinya dah patah.
waaa...sedih nau aku dengar.

kata org binatang...kalau sakit dia akan geget org
dalam dia tak sakit pun aku tak bani
inikan pulak time dia sakit lagi la kan..
cuma FIL je la yg boleh letak ubat kat dia.



Note: Lagi dua minggu nak balik kampung. Tapi hati dah ada kat kampung. acaner ni?

Friday, November 15, 2013

Kenangan: Hilang tak kembali

Ini bukan citer sedih, cuma citer yg tak bape nak sedih sangat la
kalau korang nak sedih sedih pun boleh juga
dialu alukan.. bwahahahaha..

Budakkecik ni sekarang kemain lagi, asal nak pergi jenjalan mesti nak bertudung
tapi bukan selalu la, kekadang jerk. bila mood gedik datang

ada satu hari tu pakai skirt pun mengamuk nakpakai tudung.
hishhh.... wat org gelak je tengok.
ada ke pakai skirt pas tu bertudung
sib baik nak ke umah bb sitter je kan.. kalau nak pergi jenjalan, nangis Mak tau.

aku tak de pun belikannya tudung kecik molek bagai tu
aku sesah je tudung aku pas tu letak kerongsang kat bawah dagu tu
dah keremot kain tudung kat dagu tu kan. lantaklah janji ko diam

sambil nyonyot susu pun tak mo tanggalkan.
kami benornya on the way balik kampung hubby sebab cousinnya kawin di Jenun

Masa pergi kenduri tu pun, kazen kazen hubby cakap
ko bukaklah tudung anak ko tu, panas ni
ishh.. time nak makan pun nak bertudung bagai..

hah..dah Aleesya yang tak bagi aku tanggal. nak tanggal wat pe kan.
bior la dia nak melaram kejap.

Dulu si Naiim yang suka duduk kat atas arm rest ni, sebab Naiim dah besar gabak dah
so, Aleesya lak yang ambik alih
Aku? jadi Mak Datin le kat belakang kan..kan..
wahhhhhhhh pasan giler ko T...

Papa la duk bising bising manja ngan abak daranya ni
sebab kaki tu duk tak diam kalau dia duduk kat sini
riso lak kang tertendang gear ke depan
hah.. tetiba keta reverse..acaner tu kan..
eh..boleh ke tetiba reverse... aku bayangkan aje la..
tapi kalau betul tertendang ke "R" tu, rasanya gear leh rosak  je kut
hehehehe...

boring boring tengok jalan and kaco abang ngan papa
dia turn pulak tengok aku.
gitu lah sampai ke destinasi.


kenapa tajuk aku tu kenangan , hilang tak kembali?
Kalau korang nk tau..
tudung yang Aleesya pakai ni telah hilang di rumah kenduri..

Masa Aleesya dah sudah makan tu, aku tanggalkan dan letak kat atas meja
pas tu masa nak balik tu lupa lak nak ambil
so.. pokoknya tudung ni dah tak leh nak repeat pakai oleh Aleesya mahupun aku.
huhuhuhu..


Note: Moga besar nanti tudung melekat je kat kepala K.

Aleesya jadi patung

Aku baru tau semalam je citer ni.

Oleh kerana sekolah Naiim ada jamuan, makanya ada la lebihan makanan utk di bawa pulang
Naiim bawa balik roti pizza untuk adiknya
semata mata untuk Si Aleesya, org lain tak boleh
untuk ibu ngan papa pun tak de.


Lepas main petang tu sebelum nak ke Masjid untuk Magrib
si Naiim angkat Aleesya peluk peluk pas tu sayang sayang
aku tengok je keletah dia
Lain mcm pulak sayangkan Aleesya kali ni.


Lepas balik dari Masjid, barulah Naiim ceritakan apa yang berlaku 
Actually malam sebelum tu, Naiim macam tak bordered langsung kat Aleesya
asyik dok layan Bdamannya je, pas tu letih Naiim terus tido
Masa tidur si Naiim telah bermimpi yang adiknya Aleesya telah menjadi patung


Puas la Naiim panggil si Aleesya, tapi Aleesya dah keras
Menangis la si Naiim tak henti henti, sebab nyesal sesangat kerana tak pedulikan Aleesya
sebelum dia masuk tido tu kan.


dah dekat subuh gitu, Naiim terjaga then pelan pelan dia masuk jenguk Aleesya yg tido sebelah aku
tenung lelama la kan, betul ke adiknya tu dah bertukar jadi patung.
tetiba si Aleesya nangis rengek rengek sebab nak susu
terus Naiim cakap.. hah..legaaaaaaaaaaaaaaa
mimpi tu rupanya tak betoi...

then aku tanya le kalau betul betul adik jadi patung cam ne?
ish..kalau la adik betul betul jadi patung, Naiim akan menyesal
seumur hidup
nyesal smapai bila bila..
Lepas ni naim akan peduli adik selalu.. tak mau la dia jadi patung..



Note:Teguran Allah kepada Naiim melalui mimpi...supaya lebih matang dalam
memegang amanah sebagai seorang abang.
 

Thursday, November 14, 2013

Cream O Vs Oreo

Hari ni ada jamuan apa ntah kat sekolah Naiim tu.
semalam bagitau kat aku suh beli la apa apa yang patut tuk di bawa ke sekolah
aku pergi la memalam kat kedai mamak dekat umah tu, biskut dalam tin je yg ada
lelain dah habis..

Lepas je makan malam, aku suh hubby pergi ke mini market or Seven eleven je
beli chipsmore ke, oreo ke apa apa je la 
utk Naiim bawa esok, kang tak beli pepagi buat perangai pulak kan..
 
Papa belikan sebungkus Cream O dan sebungkus lagi biskut apa ntah.
semalam aku ada cakap bawa satu je lah ke sekolah
tapi papa dah pesan suruh bawa dua dua bungkus tu

So, pagi tad Naiim pulak nak bawa sebungkus je ke sekolah
sebab tak menahan tengok biskut cream O tu.
Actually dia dah tersilap, itu Cream O, bukannya Oreo da....


Tak boleh! papa dah pesan suruh bawa dua dua bungkus tu
kalau nak makan Oreo nanti ibu belikan yg lain.
terus Naiim cakap, oklah bawa la semua ni
boleh makan sama sama ngan kengkawan.

eleh..nanti, bila dah banyak sangat makanan yang di kumpul, bukan nak makan
sangat pun...


Note: Rasa CreamO ni ngan Oreo sama je. yang bezanya CreamO ni jauh lebih murah!

We at Mirs Kitchen

Aku rasa restaurant ni masih lagi baru dibuka kat Jalan Tengah Bayan Baru
Yang bestnya kat sini ada makanan melayu, thai  dan ada jugak western.
ha.. kan, selalunya kalau nak makan western kena selidik itu ini 
sapa pemiliknya, halal ke idak.. mcm mcm la nak kena godek godek sebelum 
melabuhkan funggung kan.

tengok pada banner pun dah tau kan,
pemilik restoren ni adalah orang melayu islam.
so, tak yah la nak was was kan..

 
gambar ni aku ciluk kat fb dorang.
dlm restoren ni banyak betul replika coca cola.
then ada basikal tua sebiji yang di gunakan di Pejabat Pos Lorong Kulit.
hikss.. unik kan. 
sib baik tak meroyan nak makan sambil duduk atas beskal tu.

 ok.. ni aksi si Naiim, sebab boring menunggu makanan yang di pesan.
tapi tak de la lama mana pun menunggunya tu.
just nice masanya.

Ni pulak wajah B'day boy.
Mcm biasalah.. kedekut senyuman... 
seyes memanjang kalau bergambo...kang geletek baru tau.

Nugget Ayam untuk si Aleesya.
sampai awal dari menu yang lain. Memang patut pun
kalau dah makanan datang awal diam sikit duduknya tu kan..

ini pulak isteri kepada B'day boy. hahaha
kenal tak? tak pe la kalau tak kenal
tapi buat buat kenal je lah kan..
kami order 4 jenis air, aku order menda ni. Namanya Chocolate Milk Shake
sedap.. pekat melekat ko.
then hubby order tembikai Jus, Naim order tembikai Jus+Laici
dan Aleesya kami orderkan dia Air Suam jer..
Si naiim ni perhi la makan kat mana pun. asal western je mesti nak makan chicken chop
tu la menu yang dia paling suka kot.
sekarang ni dah besar kan, so sos tu haruslah black pepper kan.
Harganya RM 12.90 sahaja.
korang patut cuba tau.
 
Ini hidangan untuk B'day boy.
B'day boy nak makan lamp chop bersos black pepper.
RM 18.90 


Yang ni pulak tuan tanah kedaung punya order
sama mcm hubby jugak. 

apa yang dapat aku cakap. portionnya sangat besar, dan kalau makan akan kenyang
sekenyang kenyangnya.
mungkin korang tak percaya yang harganya cum RM 18.90 sahaja.
berbaloi kalau korang terjah.

Ni je lah photo kami yang menjadi.
tu pun tak bape menjadi jugak, sebab aku macam dok pejam mata je..
sib baik pakai glasses kan, so tak de la nampak sangat. ngeee..


kenapa aku suka restaurant ni
1) or coz lah sebab halal 
2) tak de lama sangat menunggu pesanan
3) environmentnya yg sangat unik. sekali tengok mcm kayu je wall dia tapi bila pegang simen ko
decoration yang sangat santai
4) Sos untuk menu kami, sangat sangat banjir. Yes!!!! sangat sangat suka
tak de la mcm secret resipi yang sangat kedekut sos.
yang ni aku puji melambung, memang memenuhi tekak eden!
5) Layanan baik
overal aku bagi 10 bintang.



Note: lenkali nak pi lagi utk makan Thai Cuisine pulak.

Sila terjah FB dorang kat SINI

Wednesday, November 13, 2013

Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram


اللهم صل على محمد وآل محمد

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

 

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
 .
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
 .
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)
.
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” Riwayat Al Baihaqi.
 .
Rasulullah SAW bersabda:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”  (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”   (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).

 

Niat Puasa

.
a.  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:
 .
.
b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:

Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
 .
1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)
.
4.  Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.”  (Hadis Sahih)
.
5.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
 .
6.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

dipetyik dari SINI