Ok, pepagi tu cepat cepat pergi Econsave Batang Kali beli buah + bunga
then pergi pulak kedai peralatan nak buat bunga telur beli apa yang patut
Mahal gak le barang barang dia kat Batang Kali ni
Balik je, aku terus layan Aleesya
sebab aku tinggal dia kat dalam buai masa keluar pergi shopping
sempat lagi rembat kasut. ada offer buy 1 then + 10 hengget untuk 2nd shoes
aku syer ngan biras beli 2 pasang kasut jenama Xes.
see.. dah start gubah menggubah
part yng paling susah nak buat sirih junjung tu le
tak pe, ada pakar.
My BIL nya MIL ( tudung hijau) sentuhan yang sungguh berseni
Actually kat umah dah gubah.
oleh kerana perjalanan jauh, jadi kami bukak semua letak dalam boot kereta
sampai Batang Kali, kena gubah balik.
ok.. semuanya ada 13 dulang
tersusun indah nak bawak pergi ke umah my future Biras
kat Taman Desa Alam Ria, Batang Kali
Tak mau sesak ngan buah itu ini
kami letak 2 jenis buah je
simple je kan..
Cantikkan..
sian my BIL dia la yang dok susah payah cari itu ini
betul betul ambik berat la kau Mizi.
kak T tabik springggggggg...
hmm.. set make up
telekung
jam
Nampak tak sirih junjung ni
kalau suh aku gubah, memang tak menjunjung le
pinang di racik di buat bunga
then kapur pulak di kuntum kuntum menjadi kelopak bunga berwarna merah & putih
betul betul menjunjung
memang kreatif sentuhan tangan orang lama ni
Ni pulak kasut
sengaja kami tak bukak kotak & tayang kasut
sebab my BIL ckp, ada ustaz bagitau dia yang tak baik kalau kita letak kasut setara dengan
Al-Quran.
Maksudnya, bila kita susun semua hantaran, Al quran & kasut diletak di paras yang sama
adalah lebih baik kita tutup kasut tu. ( jika nak jugak hantar kasut)
Al-Quran
Inilah sebahagian hantaran yang bakal kami bawak ke sana
Hantran dari pihak perempuan aku lupa nak snap
Nantilah, kekalau ada tersesat aku tunjuk ok.
cantek hantaran w/pun npk simple...
ReplyDeleteCantik2 hantarannyaa.. :)
ReplyDeletewahh hantarannya.. cantik dan meriah
ReplyDeletehantaran majlis tunang ke? mcm hantaran kahwin..
untung org sekarang ni kan, majlis tunang meriah macam majlis kahwin