Showing posts with label Batang Kali. Show all posts
Showing posts with label Batang Kali. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Yang jauh di dekatkan

Setelah semua perancangan di buat, masa dan waktu juga telah di persetujui
makanya rombongan kami pun bergerak ke Desa Alam Ria Batang kali
ke rumah abang my future biras ok


My hubby sedang menimba pengalaman utk membiasakan diri dalam majlis majlis seumpama ini.
haruslah kan, dah semakin meningkat usia, mana tau esok esok ni
leh la dia pulak take over sebagai perantara bila berbicara

banga aku sebab my hubby ni boleh la dikategorikan sebagai orang yang boleh di bawa ke majlis
susun katanya pun teratur, tenang, cool, ( buwekkk) puji laki sendiri. hahahaha
walaupun dia tak bercakap tapi ku tahu my hubby cool orangnya ( lagi sekali buwekkkk, hahaha)

pendengar yang baik
ok la tu kan, keputusan dah nak di buat le tu
aku tak de dalam kelompok tu.

Tengok la anak terunakaku. apa yang dibuatnya pun entahla
tapi, aku ke mana ek?

hahaha... aku kat luar sebab Aleesya ketiduran
credit to my BIL untuk picture ni
sebab snap versi besar gabak
sampai nampak semua peluh peluh di mukaku. hahaha

Berbincang pun sudah, setuju pun sudah
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar
sama samalah berdoa agar my BIL ni cepat cepat naik pelamin
Jeng jeng jeng.. my future biras dah appear kat sini
welcome to be one of our familly member
My first biras yang sarungkan cincin
sebab MIL tak berapa sihat.

hikss.. teringat masa aku bertunang dodulu
meh abang.. kita bertunang sekali lagi. boleh gitu?
hahahaha...

Bestkan orangsekarang, bila tunang, dihiasa mcm pengantin


My MIL tak boleh nak duduk kat bawah, that why my future biras ni kena la berjalan kehadapan tuk bersalaman.
Tu la kan, yang namanya ibu, tak sihat mcm mana pun dikuatkan juga demi melihat anak anak bahagia

View of pelamin.

 harusla kan aku interprem kat sini
mana aci dorang je bergambar
aku pun nak jugak tempek muka . 

Anak terunaku pun nak jugak parking kat sini. mcm ibu dia jugak

Sian Aleesya, sejak mula majlis sampai dah habis majlis still tido lagi
Ni semua kerja Paklong Dia la
sebab ngaco dia tidur semalam.

Acara makan makan pun bermula. di antara kuih yang disediakan
banyak lagi kuih kuih tapi aku snap yang ni jer

Actually sebelum datang aku dah makan, tapi sebab tak mo kempunan aku makan jugak sikit nasi briani tu
tak mo kempunan makan air tangan orang Batang Kali la katakan.
Bihun sup pun ada, tapi perut aku sendat dah
dah tak boleh nak makan lagi

 Hubby pun makan sikit je, sebab perut dia tak selesa
sejak dari umah lagi perutnya tu tak selesa, 

 Kaum kelurga hubby sedang berborak apa la dengan bapa saudara bakal birasku itu yer
Time ni kami dah berkira kira nak gerak balik ke Homestay tuk kemas kemas apa yang patut.
sebab lepas ni ada lagi tempat yang kami nak tuju. ngeeee

ups... Aleesya dah bangun upernya
parking kejap kat tangan Tok Wan.

ok. habis cerita ttg batang kali.
pas ni sambung cerita len pulak ok.

Hantaran

Ok, pepagi tu cepat cepat pergi Econsave Batang Kali  beli buah + bunga
then pergi pulak kedai peralatan nak buat bunga telur beli apa yang patut
Mahal gak le barang barang dia kat Batang Kali ni

Balik je, aku terus layan Aleesya
sebab aku tinggal dia kat dalam buai masa keluar pergi shopping
sempat lagi rembat kasut. ada offer buy 1 then + 10 hengget untuk 2nd shoes
aku syer ngan biras beli 2 pasang kasut jenama Xes.

see.. dah start gubah menggubah
part yng paling susah nak buat sirih junjung tu le
tak pe, ada pakar. 
My BIL nya MIL ( tudung hijau) sentuhan yang sungguh berseni

Actually kat umah dah gubah.
oleh kerana perjalanan jauh, jadi kami bukak semua letak dalam boot kereta
sampai Batang Kali, kena  gubah balik.

ok.. semuanya ada 13 dulang
tersusun indah nak bawak pergi ke umah my future Biras
kat Taman Desa Alam Ria, Batang Kali

Tak mau sesak ngan buah itu ini
kami letak 2 jenis buah je
simple je kan..

Cantikkan..
sian my BIL dia la yang  dok susah payah cari itu ini
betul betul ambik berat la kau  Mizi.
kak T tabik springggggggg...

hmm.. set make up

telekung

jam

Nampak tak sirih junjung ni
kalau suh aku gubah, memang tak menjunjung le
pinang di racik di buat bunga
then kapur pulak di kuntum kuntum menjadi kelopak bunga berwarna merah & putih
betul betul menjunjung 
memang kreatif sentuhan tangan orang lama ni

Ni pulak kasut
sengaja kami tak bukak kotak & tayang kasut
sebab my BIL ckp, ada ustaz bagitau dia yang tak baik kalau kita letak kasut setara dengan
Al-Quran.

Maksudnya, bila kita susun semua hantaran, Al quran & kasut diletak di paras yang sama
adalah lebih baik kita tutup kasut tu. ( jika nak jugak hantar kasut)

Al-Quran
Inilah sebahagian hantaran yang bakal kami bawak ke sana
Hantran dari pihak perempuan aku lupa nak snap

Nantilah, kekalau ada tersesat aku tunjuk  ok.

Tuesday, May 8, 2012

Konvoi 7+1 cars

Kami konvoi ke batang kali sebanyak 8 biji kereta.  2 dari Penang, 4 dari Kedah dan 2 dari Ipoh
Sesampai je kat Ipoh, cuma 5 biji kereta yang berkonvoi, 2 biji lagi datang lewat sikit  then lagi sebiji kereta akan bertolak keesokakkannya.

Husband memang versertile sebab memandu dalam kelajuan 100-110 km/j je. Yang lain tu berdesup hilang.
bila sampai Tapah kereta kami la yang last sampai. hehehe...
lagipun aku memang tak suka pandu laju . wat pe nak speeding kan.. kan..

Kenapa kami datang ke batang kali? hehehe 
sebenarnya, kami ingin menyunting sekuntum bunga di batang kali ini
untuk dijadikan pasangan hidup my BIL yang kerja kat Genting sinun.
dah lama berkapel, kena la satukan dorang ni. betul tak?
Makanya keluarga sebelah perempuan menyediakan Homestay double storey ini untuk kami
Memang luas umah ni. harganya pun RM 200.00 je semalam.  boleh muat hampir 20 orang
kalau tak muat kat sebelah dapur ni pun leh bentang toto & tidur.

Tengoklah anak anak aku sedang mengukur luas umah ni. kahhhhh
riuh rendah dibuatnya Homestay ni bila sanak saudara kami datang 

Hall pun cantik & bersih.
Untungkan orang orang sekarang kalau nak jenjalan sekeluarga
tak payah dok sewa hotel yang mahal mahal
sewa homestay cam ni dah muat

kalau kenduri kendara pun senang sanak saudara nak datang

Abang  bakal birasku ada datang bagi kunci & borak sikit sikit. 
Sementara aku & in laws semua dok kat dapur sediakan air.
ok la sebab dorang sediakan teh, kopi, gula, beras minyak garam & banyak lagi la peralatan dapur

bilik air pun ada 3 biji
1 kat bawah & 2 kat atas.

hahaha... lupa pulak nak snap gambar bilik. tangga ni je yang sempat snap
maklumlah baru sampai jadi letih nak layan kamera semua

ok.. nampak tak tangga tu
kaum hawa tidur kat bilik atas yang ber aircond
kaum adam pulak main belasah tidur bergelimpangan kat bawah..

pagi besok tu aku bangun, ada la 4-5 orang kaum adam yang pergi mandi air panas
kat area batang kali ni termasuklah anak teruna aku.
pas ni ada agenda lagi sebelum tu nak pergi shopping buah & bunga bunga an..

Nak Buat Apa Pergi Batang Kali?

Nak buat apa la kan, jalan dari Penang ke Batang Kali
nantilah cite. sebab ada acara familly kat sana
familly sebelah husband

Dari  Penang Island, kami singgah jap kat Umah my BIL di Alma. MIL & SIL tunggu sana
lepas berkumpul semua, baru gerak


Singgah jap kat Hentian bukit merah, sebab nak tunggu lagi 4 biji kereta dari kedah
sambil menunggu usha usha dulu kat R&R ni
Ha.. ambik satu tupperware besar aku goreng bihun utk di bawa bersama
leh la makan ramai ramai. Walaupun hanya bihun atleast jadi kenduri gak that day
moga Allah murahkan rezekiku. Amin...
berkat tau bagi org makan masakan kita..

Sian anak ibu ni, meh sini nak suap sikit.
Aku kasi Aleesya makan tauhu tu. lenyek lenyek leh la dia makan.
Dah selesai makan, ada la yang nak ke tandas la, ke surau la
boleh la sembahyang Asar dulu sebelum gerak
Ok. semua dah get ready. makan pun dah selesai
bihun pun dah licin.
gerak ke hentian Tapah utk sembahyang Magrib pulak ok.