Showing posts with label 2021. Show all posts
Showing posts with label 2021. Show all posts

Sunday, August 22, 2021

Happy Birtday Amyrul

 Selalu time birthday budak ni asyik tak de ja kat office. Tambah tambah time PKP ni waktu kerja pun tak pernah bertembung.

Kebetulan dia terpaksa datang office sebab ada kerja sikit, makanya aku ambil kesempatan inilah nak celebrate birthday dia. Tapi hanya kami bertiga je ada.


macam macam dugaan aih nak beli kek untuk dia pun. 
cerita dia macam ni. Aku dah contact kedai kek tu untuk hantar je kat office. Then aku bank in duit.Lepas bank in tu seller diam terus. blue tick wassup pun idak

Aku mula risau boleh ke idak ni, duit dah bank in.
Then lepas subuh aku wassup lagi. Still tak  reply. Makanya aku wassup Bos besar dia aku cakap dah bank in tapi staff u tak confirm boleh ke idak. Si bos pula jawab, dia kerja jam 9-6.
uitsss..aku bank in jam 5:30 kot.



Then dalam jam 9.00 pagi baru adik ni reply cakap boleh nanti dia arrange orang hatar.
peww..lega aih. Dapat lah seketui kek red velvet utuk budak myrul ni.

Kebetulan  Amyrul bawa pulut kuning untuk santapan kami.
sedap pulut kuning dia..

ada la sikit biskut kat office. Jadilah untuk kami sambut bertiga.

upss.. lupa nak bagitau, rumah staff yang jual kek tu banjir.Patutlah dia tak reply wassup aku.
Memang area balik pulau banjir . Hujan lebat 2-3 hari ni sampai banjir kilat berlaku.

Rumah Sue pun dinaiki air juga.Sebab tu Sue tak dapat join untuk Birthday Myrul ni.

kita bergambar kenang kenangan dengan Reva..

sejak PKP ni memang susah benar nak jumpa walaupun kerja sekali.

Gambar aku ngan Reva je, malas nak snap ngan budak myrul tu. hahahaha..




BTW,
Happy Birthday Amyrul, semoga sentiasa sihat dan bahagia selalu di samping insan insan tersayang.





Monday, August 16, 2021

Special Dish from My Suami

 Aku tak masuk ke dapur hari tu, seharian rilek jer sebab suami nak bersilat kat dapur.

Makanya terjadi lah lamb Chop Versi my suami.

Special dia hidangkan untuk isteri mithalinya.. hehehe..
lawa pula sunkist yang dia hias kat tepi pinggan tu..
I am really really appreciated my dear..
tak dapat bawa keluar makan, U masak untuk I. hati ada munga munga tau.

Sambut simple dengan anak anak jer.
Sambut cara PKP...

Thanks sebab awak buat semua ni untuk gembirakan saya..
walaupun awak kedekut sangat nak senyum, saya tau awak simpan senyuman tu hanya untuk saya.
wow..ayat kemahen lagi....

Nak makan Lamb ni dengan garpu dan pisau, en suami nampak susah benau wife dia
nak potong potong bagai.
hahaha..ala nak manja sket tak pe kan..

Akhirnya en.suami ambil gunting dan gunting lamb tu kecik kecik..
Hurm... senang nak makan.


#sambut kita kita jer








My Birthday Cake Story

 Sambung semula kisah my suami dan anak teruna keluar entah ke mana. Rahsia la sangat.

Masa dorang sampai kat rumah, banyak juga aku tengok dorang beli barang barang. Then my husband cakap jangan kacau barang barang tu, malam nanti dia nak masak. Ok lah tak ganggu k. Tapi dalam hati terfikir, nak masak apa lettew..


Kemudian dia cakap, sebenarnya saya dah cari merata kedai kek. Tapi kedai kek tak buka sebab PKP. Saya pergi Sunshine, Sunshine pula tutup. Dalam Sunshine tu ada je kedai kek. dah tutup la pulak.

Awak boleh tak tanya kat kawan awak untuk tempah kek. Hahahaha.. Tuan punay badan yang birthday, Tuan punya badan yang order cake. Memang sempoi ar..

Macam aku cakap, aku kan ke isteri mithali, so ikut kan je lah.

Contact si Asma, Confirm yang boleh buat birthday cake tu. Dengan gigih dia datang ngantor .Dia hantar masa otw nak masuk kerja shift malam.

Dia cakap, untuk birthday mak ke? hahahaha...lawak kan soalan
Selamba je aku jawab, untuk birthday sendiri.
sangat sangat surpeise.


Isteri Mitahli selalu kan redha jer..So redha je la...



Ha..korang pernah beli cake birthday untuk diri sendiri?
Aku pernah tau.
Ni la hikmahnya  kalau asyik PKP...pkp pkp...



Birthday Wish by Linda

 Kami jadi rapat sewaktu aku bekerja di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru. Aku suka si Linda ni sebab mulut dia tak suka mengata orang. Kalau dia tahu pun perangai buruk seseorang tu dia tak akan jaja kemana mana. Serapat mana pun aku dengan dia memang susah lah dia nak membawang tentang orang lain. I lik her attitude.


Kebetulan, aku ada order keropok lekor yang dia jual pada 11 Julai 2021 hari tu. Masa otw nak cod keropok lekor kat aku, tetiba dia diingatkan tentang birthday aku. Terus dia terdiam. dia cakap kang kena maki nanti sebab terlupa nak wish. hahahaha.. tak denya aku nak maki. 

life is easy, tak mati pun kalau orang tak wish kita. Tapi... kalau suami tak wish, boleh merajuk sehari suntuk tau. ha...centulah kekdahnya.

Biasalah business women, asyik dengan phone je.. hihihihi..
Linda datang COD keropok lekor kat umah..
dia duduk kat parking keta ja sebab katanya nak masuk rumah dia takut covid dan silap haribulan kena saman.


kena cepat cepat snap photo ngan dia, sebab kejap kejap phone berdering , kejap kejap phone berdering..sibuk betul kawan aku sorang ni.

Thanks Linda for the chocolate..
semoga hubungan persahabatan kita always sweet sweet gittew...


Selain chocolat dia bagi juga laksa..
meriah la birthday aku dengan coklat la dengan laksa la...


Terima kasih di atas tanda ingatan tulus ikhlas..
selalu wish je, kali ni u did something special for me..

you are so special... suka duka kita berkawan memang banyak memory
simpan leklok tau memory kita wahai my skandal   eh sahabat.. hehehehe