Thursday, November 24, 2011

Kebesaran Islam



Tadi aku ada pergi melawat kat blog ni tetiba terbaca artikel ni. Dah mintak izin pun untuk aku kongsi maklumat ni




Actually aku dah pernah baca & dengar dalam buku ttg kisah ni. cuma tak pandai nak olah balik untuk dikongsi di blog aku.




So, meh kita sama sama kongsi citer menarik ni. kalau korang rajin pergi majlis majlis baca kitab atau kuliah kat Masjid memang famous cerita ni dicerita oleh ustaz.






Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.












Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'


Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'


Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'


'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'


'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'


'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.


Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,


- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..


- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).


- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.


- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.


- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.


- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.


- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).


- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.'
(Al-Haqah: 17).


- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*


- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).


- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf


- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).


- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.


- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.'
(At-Takwir: 18).


- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)


- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).


- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.


- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).


- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).


- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).


- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.


Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.


Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'


Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'


Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '


Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.


Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga
orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.


Wallahua'lam


semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Wednesday, November 23, 2011

Rentetan Majlis Penyampaian Hadiah

Pagi tu, husband yang ngantor Amirul ke sekolah

sementara aku bersiap

jap lagi husband nak datang ambik

baby sitter Amirul pun nak ikut sama



wuish.. ada gaya jugak anak aku ni bila jadi pengerusi majlis

suara nya yang lantang tu bergema seluruh dewan

teks ucapan di baca dengan penuh kusyuk





Time aku sampai Amirul dah pun siap baca mukadimah & doa bagainya

hiksss.. ada mak we teman tue

partner dia ni Nama Nureen Absarina

comey tul budaknya






parts ni bila lepas je dia umum nama rakannya untuk ke pentas wat persembahan

Amirul plak layan benor dengan persembahan tu

dah tak layan member sebelah tu

Ni adalah antara pelajar yang sedang menunggu di luar dewan untuk buat persembahan

yang pakai baju biru tu, cikgu cikgu dorang le

kena kepong betul betul budak budak ni

takat lari ke sana sini



Ni le baby sitter yg jaga Amirul dan aleesya

Dia pun berbesar hati nak datang tengok Amirul

Demi kasih dia kat Amirul dia datang jugak

sekali tolong pegang Aleesya

Dia la tempat anak anakku menumpang kasih

tat kala aku bekerja

Semoga diberkati Allah..

Aku pun nak jugak ambik port berposing ngan Aleesya

berganda la kegembiraan Amirul bila aku ibunya, baby sitter mak dia

berserta Aleesya datang tengok

Husband balik umah jap, tido sebab malam karang kerja pulak
sekarang turn Amirul wat persembahan pulak
Tuan Pengerusi Majlis pun ada show



jadi tekong plak tu
terima kasih untuk cikgunya sebab bagi peluang


Ada 2-3 org ibu ibu yang dok sok sek sok sek kat belakang aku tu
siap dok tanya anak sapa la tu




kejap jadi PM kejap jadi tekong, sapa la mak budak tu yer


so far, tak pernah tengok pun.


yer la kan, sejak aku mengandung Aleesya aku tak pernah pun pergi hantar Mirul ke Sekolah. Sebab aku memang tak leh nek motor.


sebab tu dorang tak pernah tengok aku.
Amirul dapat no 3 dalam kelas. Ok la tu
walaupun tak dapat no 1, tapi ko tetap no 1 di hati ibu & papa


Time ni dok tunggu nak ambik Hadiah

Ni pulak kawan Amirul. umur 5 tahun. duduk sebelah umah baby sitter
dia memang kamcheng ngan Irfan ni
tapi irfan umur 5 tahun


Ni pulak abang si Irfan.Irham namanya
sama umur ngan Amirul
Baru je pagi tadi aku pergi hantar Amirul kat Baby Sitter
dah siap bergaduh nangis nangis
Biasa la budak lelaki, kalau tak bergaduh tak sah le


tara.. Amirul dah gondol hadiah berserta sijil
Hadiah tu ada kat belakang Sijil tu le

Kalau hadiah tu tak la grand sangat
cuma peralatan menulis dan melukis saja

Tapi very very meaningful untuk Amirul


ups.. pas ni ada lucky draw!!!!!

Tuesday, November 22, 2011

Amirul Graduate

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 7tahun anak terunaku ini

Macam tak percaya yang dia dah meningkat besar

kami pun dah discuss may be next year nak cut bird bird dia

hahaha...


Gambar ni memang tak menarik langsung

cara dorang edit kat photoshop tu mcm tak expert ja

kalau tak expert hantar le kat kedai gambar untuk edit

tak yah la gigih dok wat jugak kalau tak pro

last cenggini la hasilnya

gambar mcm di tangkap ngan HP jer..


Rasanya kalau ngan Hp pun mungkin lebih cantik kot.
Aku mcm tak puas ati jer kan..kan..
gambar jadi blurr blurr gitu

Ha.. lepas ni, semuanya tinggal kenangan buat Amirul
Tahniah kepada cikgu cikgu PASTI Permatang Damar Laut
sebab dengan susah payahnya dia mengajar Amirul
yang banyak kerenah tu sampai dia dah lancar membaca
Sungguh cekal hati mereka
Semoga Allah limpahkan paha bergada kepada mereka

Inilah Sijil yang diperolehi oleh Amirul sebagai tanda dia dah tamat sekolah
dan dia juga memenuhi kriteria kriteria tertentu
untuk membolehkannya mendapat sijil ni
Setahu aku tak semua murid dapat sijil ni
Syukur, Amirul dapat


Rasanya mcm tak betul lak ejaan nama Amirul ni
atau aku yang tak pandai ttg tulisan qhat ni
" bila aku eja mcm Amir Alnaim "
Sebab aku tak nampak pun huruf "wau" dan "lam" pada ejaan Amir tu.

Nak pertikai pun tak patut sangat la
sebab Aku cuma pandai tulis & eja jawi ja
ttg seni seni qhat ni aku tak pandai
Biarlah yang cerdik pandai menilainya.

Nanti aku wat N3 ttg majlis yg berlangsung.

Saturday, November 19, 2011

Remote Astro Punya Hal

Aku memang bengang ngan remote Astro ni

Asyik rosak je terutama kat tempat letak bateri tu

dia punya pin tu siap boleh tarik keluar lagi


dah berpuluh remote ni aku beli

ni ke strategi perniagaan? buat barang cepat rosak

So.. bila org beli sales pun mencanak naik

Kalau kat umah, kami 3 beranak ni asyik berebut channel

tapi yang selalu menang.Amirul la



Sekarang kemian lagi Si Amirul, dia siap bawak ke mana saja remote ni

kalau tengah tengok citer kartun tetiba nak kencing

ke bilik air le dia bawak. kejap ke dapur

kejap ke bilik tido




kekadang tu dia sembunyi kat celah sofa, celah kain, celah almari

sebab tak mo kasi papanya tukar channel bola

sampai cenggitu sekali pangai Amirul ni


Ada satu hari tu, dia dah sembunyikan remote

ntah mcm mana sambil nonton dia dah terlena

Bila dia lena jer, hubby nak le tukar channel

kejutkan Amirul tanya, selamba je dia ckp tak tau

Mirul lupa la letak kat mana

ya la kan.. tengah tido mcm mana nak fikir




cari la kami ni satu rumah tak jumpa jumpa

last layan jer la citer kartun tu kejap.

tapi tak puas ati, cari lagi..


cari sana sini.. last jumpa kat pelipat kain

dia selit kat celah celah lipatan kain baju

ambik ko




Sekarang kami dah tau. beli 2 le. kalau Amirul sembunyi

ada satu lagi. hehehehe...

Friday, November 18, 2011

Disebalik Headband Aleesya

N3 sebelum ni aku ada citer tentang Headband Aleesya

So, today aku nak tunjuk yang terbaru aku buatkan untuk dia.


Masa balik Raya Qurban that day, aku ada pi selongkar

perca kain yang mak aku simpan

selongkar punya selongkar, dapatlah beberapa helai yang aku rasa

sesuai untuk aku wat Headband untuk Aleesya.



Ha.. yang ni aku wat bentuk reben plak

kalau sebelum ni aku wat bentuk bunga kan..

terhasil satu reben ihsan dari perca kain mak aku



perca kain yg lain aku dah siap buat reben ni
cuma aku tak sempat lagi nak pergi beli blank headband
Hari tu masa jumpa jumpaan kat Dave Deli aku beli 2 je Blank headband

Yang lagi satu non ada photo. Sebab Amirul dah korek manik kat tengah
reben. Diamond la konon. habis lingkup Headband Aleesya
dikerjakan dek Amirul.

Aleesya ni kalau pakai Headband nampak la cam budak pompuan
kalau idak, nampak mcm baby boy kalau tak pakai skirt
korang setuju tak ngan pendapat aku??

Masa aku bawak Aleesya pergi klinik untuk cucuk kelmarin
Ada satu Mak Nya dok sibuk Snap gambar Aleesya
Dia cakap nak ambik sample Headband
nak suh anak dia beli untuk cucu dia

hahaha... nak beli kat mana Mak Nya Oi..
yang cenggini aku buat sendiri la.

ha.. kan dah kata, tanpa Headband nampak mcm baby boy
Dah la tu, muka dia sebijik cam muka Amirul masa kecik kecik dodulu
at least, diffrent la sikit dari wajah Amirul
hehehe...

Pengerusi Majlis??? toink toink

hiksss...mcm tak caya pulak aku ni

Amirul wak balik 1 set documents yang di photostate oleh cikgunya

siap ada mukadimah bagainya




Aku tengok mirul pulak dengan penuh gaya dok baca

Dia cakap cikgu suh dia hafal

sebab kena cakap kat atas pentas besok ni




bior betul ko ni

Nak jadi Pengerusi Majlis ke??

apa apa pun besok aku akan menghadiri majlis penyampaian hadiah



Di sebabkan dia dah lancar membaca dan suara pun leh tahan kuatnya

so.Cikgu pilih dia untuk jadi jurucakap besok




pas tu, dia ada persembahan Nasyid pulak

Sejak umur 5tahun dia memang aktif dalam acara sekolahnya.

Ramai jiran jiran dok cakap Amirul ni pandai sebab "Gen" baik

from aku & husband la maksud dorang tu.




Tapi, bagi aku mungkin 50% je turun dari aku

yang 50% lagi tu faktor penjagaan dari baby sitter

sebab anak anak baby sitter tu pandai pandai belaka

ada yang dapat 7A,9A dan ada juga yang dah jadi TAHFIZ

Anak dia kat KL plak jadi cikgu & Tok Imam kat Putrajaya

then next month lagi sorang anak baby sitter yang nak gi

sambung belajar dalam bidang "Usulluddin"

haih..sejuk perut ngandung noh...




By the way, aku syukur sangat kehadrat Ilahi sebab anak aku dikelilingi

oleh orang orang baik, cerdik dan alim.

Nanti aku updatekan N3 acara Amirul ni yer.

Thursday, November 17, 2011

Gigih Neyrap

Sejak dah pandai neyrap ni

pantang aku letak kat bawah

mesti nak pusing pusing punya...

iskh....iskh.... ( gigih dia pusing badan)

ok dah lepas
tapi dok nangis, sebenarnya dia dah ngantuk time ni
tapi still nak neyrap gak
bila aku pusing bior terlentang
dia pusing semula
sampai berfeluh feluh dok "tarik riang" ( kata org kedah)

pas tu nak lonjak kedepan tak pandai
dia tarik semua toto tu masuk ke bawah peyot dia
bila dah banyak terpelosok masuk
mula la nak marah

start la dok nangis nangis

tengoklah tu bergulung gulung toto tu masuk ke bawah badan dia


dah start bebai
bila dah dia bebai, aku lak yang tak leh nak wat kerja

kalau dah sembam muka cenggini, kena la cepaqt cepat angkat

sebab Aleesya dah tahap letih

dan nak nenen

pas tu nak tido.. hehehe..

saja aku bagi dia letih dulu, sebab bila dia nenen je terus tidor