Friday, March 2, 2012

Kisah Aku, Zura ,eskacang & Apek kedut..

Dah 4 hari aku makan kat office je..
hari ni rasa mcm nak keluar makan kat luar la pulak
nak ajak sapa ntah.. then terlintas la dak Zuraiwan tue.
lagipun Old Town tu terletak kat
bawah office dia jer..

memandangkan petang ni bos nak beli cucoq udang + popia untukku
so, tak mau le aku makan nasi
cukuplah makan wantan mee jer...

kalau makan nasi, heavy plak kan.

muahahaha... aku order air ni. strawbery float
selalu sangat minum kopi kat sini, jadi nak tukar selera la pulak


ni pulak ais kacang, zura punya.
nak citer la kan, masa es kacang ni sampai, tetiba kami nampak
sehelai rambut melekat kat tepi bowl ni

aku panggil waiteress tu suh tukar
sib baik dia buat semula
kalau dia main buang je rambut tu, siap la...

sian zura, kemain susah nak habiskan eskacang ni
mungkin dia trauma tengok rambut tu kot
pas tu santan dia ketul ketul gitu
tak attract aku langsung tuk rasa...
mahap la old town.. nampaknya korang kena pergi kursus wat eskacang


sengih je tuan tanah ni..( aku le tew )
punya sonot dok sembang ngan zura

kat sebelah kami tu ada apek tua kedut dok pandang pandang
pehal ko apek, tak puas ati ke, tengok kami ceria dok sembang
kejap kejap tengok 2x. nyamfah tul
kalau ensem tak per ar..

sib baik time tu aku dah habis makan
kalau idak, aku siram je dia dengan sup.. boleh gitu?
muahaha...
tak selesa la kn, kalau org asyik tengok je..


Zura order chicken chop rice kot. dia kena makan nasi, kalau idak
kejap lagi dia lapar semula.

tak pe la kan, nasi kan makanan ruji. tul tak?


Aku ni, kalau pergi old town mesti nak order menda ni
makan menda lain pun, still nak makan menda ni..
aku suka..

menu dessert tu eskrem semua. Jadi aku wat roti ni plak sebagai dessert kami
sebab apa aku panggil dessert kami
sebab.. kami makan last sekali
hahaha....

by the way thanks Zuraiwan sebab sudi kuaq makan ngan aku.
apa yg aku dah janji tu, I'allah aku akan tunaikan
tengok la.. minggu depan ka..

Thursday, March 1, 2012

Fever

Semalaman aku tak tido, ngantuk betul masa datang kerja tadi
tak tahan sangat, bancuh nescafee secawan terus terbeliak biji mata ni

breakfast tuk asben pun tak prepare, sebab letih sangat
mana tak nyer,
Aleesya demam sejak kelmarin.

Baby sitter memang tak galakkan baby minum ubat demam. bior le antibodi dia lawan sendiri penyakit tu. Tapi demam Aleesya kelmarin agak kuat sikit.
So, baby sitter bagi sikit jer ubat. then tampal cool fever kat kepala & belakang.
ok la sikit, tapi semalam suhu badan dia naik mencanak..
merengek je, sekali ngan aku tak leh tido

sayang ibu, demam nak boleh apa la lepas ni, belek belek gigi tak de pun tanda tanda nak tumbuh. demam nak boleh merangkak kot.

pukul 6.30 pagi tadi, dok godek godek abang dia suh bangun pergi sekolah.
pas abang bangun pergi mandi, bersembur dia muntah atas tilam abang

aku ubah ke tepi, muntah lagi atas selimut abang pulak.
kalau le abang tau ni, mau di pot pet pot pet kat ibu..


hari ni aku wat moi cair sket dari biasa.
harap harap hari ni kurang sikit demam dia tu.

Wednesday, February 29, 2012

Satu je, Pas tu 2 then sekarang dah 3

Sebelum ni aku ada buat N3 ttg breast pump ni link
nak citer la tentang rentetan yang berlaku selepasnya

aku ni rasa mcm tak puas ati le, sebab baru je beli dah rosak
jadi aku call le syarikat pureen ni complaint

sebab dah nak dekat raya cina, dorang ckp akan courrierkan motor baru untuk aku
2 hari lagi aku nak cuti, sampai la motor baru tu

Dorang gunakan khidmat TNT.
kemain seronok lagi aku ni,
bukannya apa dah letih dah tangan ni guna pump manual

al malangnya nasibku, bila dia punya cover plak mcm tak kejap
kalau aku nak pump kena pegang cover tu
atau guna getah

pas tu, aku e-mailkanlah masalah dia kat Ms. Kin.
aku tunjukkan semua gambar ttg masalah yang aku hadapi


aku bezakan yang lama ngan yang baru.
tengok betul betul dia punya tempat bateri tu, dawainya mcm pendek
sebab tu motor tak leh operate.

Pas tu kan. Email aku pun Ms. Kin Tak reply
diam jerk. aku assume dorang tak respond le.


tiba tiba masa datang kerja on 30/01/2012 tu aku receive lagi satu courrier
yang ni dari Sky Net pulak.
bukak tengok, mak ai.. motor baru le

aku sungguh berpuas ati ngan perkhidmatan dorang ni.
cepat. walaupun kat kotak tu tak de pun tulis warranty card
tapi bila product dorang rosak dorang gantikan
tanpa banyak songeh..

Tara.. sekarang aku ada 3 biji motor utk breast pump.
2 tak leh guna. 1 jerk boleh guna

dorang ckp nak suh org datang ambik. tapi tak de org datang pun
sapa pandai repair?
meh sini repair... heheheh...

thanks pureen. I will support your product!

Nasi Kandar Din jelutung

ini citer bulan lepas, tapi nak juga abadikan kat sini
bukannya apa, jarang sekali kami dapat makan sekali
kali ni boleh pulak, tu pun still tak cukup forum

ok, layan menu menunya yer

kari ikan, sotong, ayam ros kot & kambing
aku tak suka kambing.. korang suka tak?

soo see & Ah kooi ( aku panggil luku) hahaha..


telur rebus + goreng pun kami order.
ya la kan menu kat nasi kandar ni mcm ni jer la
yang tak leh blah tu sayur dia, semunya di masak layu
aku tak suka, tapi ada org yg suka

kari sotong
nape ek, tulang sotong tu tak di buang
rata nasi kandar dorang tak buang tulang & gigi sotong tu
memang style dorang siang sotong mcm tu ke?
nampak mcm buat kerja cincai

bersih ke? tapi mungkin cara dorang makan kot
cerewet gak la aku kalau bab makan kat luar ni


Ah sin baju putih tu.. amboi mcm lapar sangat.
ni budak budak bahagian service kat office aku
kalau keta aku breakdown, cal le budak budak ni
mesti berdesup dorang datang.


ha.. licin kami makan..

alamak Ah hin nampak perut jerk.

semua lauk pauk habis di belasah.
hahaha... dasyat nya makan..

Actually, ni ler yang aku makan that day.
aku cedok lauk siap siap sebab tak mau mix sudu dengan dorang
korang faham kan maksud aku kan..

kita ni kan org islam, time makan tu kena la hati hati
memandangkan aku sorang je org islam kat office ni, so dorang pun faham
jadi dorang suh aku cedok dulu
lungguk je kat dalam pinggan.

bagi aku le , nak makan berhidang tu boleh tapi cara mkn tu kena la betul
baru la agama lain boleh respect ngan agama kita
alhamdulillah.. walaupun dorang ni cina tapi dorang hormatkan agama islam kita

Tuesday, February 28, 2012

Laksa & Rambut Pacak.

Semalam, jumpa ngan El, sebab nak kasi hotLink plate yg dia order
amboi ko el. pas ni boleh la dok grill daging bagainya

then dia ada bagi aku rasa laksa penang hasil air tangannya tu
tengok je la kan, sebab aku tak leh makan lagi
saja letew tayang kat aku dak el ni
hehehe...

by the way thanks beriban riban juta kali.

balik umah, terus amirul makan. maaf ye el, tak sempat nak ambik gambar laksa hang tu
sebab Amirul dah makan . suka benor dia.

aku ambik gambar kat gugel je ni. tak pe la kan pejam mata bayangkan yang ni seiras iras ngan laksa yang el bagi semalam k. boleh gitu. kira bole le eh...

Lepas je makan laksa tu, Amirul plak wat story gempak plak kat aku.
hehehehe... nak tau gak ke?
k..lah meh sini nak citer.

kerlmarin perhimpunan sekolah, biasalah hari isnin kan.
pas tu Amirul kena tahan dengan pengawas sekolah.
muahahaha...

sebab...sebab... rambut di adah panjang
papa lupa nak suh India tu potong bulan ni..

actually tak le bape nampak sangat rambut dia tu. Dia ada ckp sebelum tu dia ada ke tandas & wat rambut pacak. sebab tu pengawas leh detect dia rambut panjang.

ha.. kan dah kantoi. Gatai sangat nak wat rambut pacak macak semua tu
sekarang ko tau le kan. ingat semua menda leh ikut sukahati ke
kena ikut peraturan le...

apa lagi, dengan hujan lebat semalam jugak hubby wak dia pergi potong rambut
takut punya pasal, dia siap request wat kepala botak
nak gelak gak aku ngan gelagat dia tu.

tapi, hubby tak kasi le kepala dia dibotakkan.
at least this is a lesson for him
next time jgn suka suki wat rambut pacak kat sekolah!

Monday, February 27, 2012

Seven Month of Aleesya..

Hari ini ( 27/02/2012) genapla umur dak Aleesya Dania 7 bulan.
sekarang ni kemain lagi dia
neyrap pun tak nak, nak main je, kalau tido sekejap je

Suka sangat dia ngan kucing,
kalau tetiba nampak kucing, kejar kejar ngan walker kucing tu
kalau kucing tu tengah lending dia terus lenyek je kaki kucing tu
bila kucing keriau, ketawa la dia berbahak bahak
dah nakal dia sekarang ni.

kalau aku baring baring sambil mengiring, mula le dia nak berpaut tuk berdiri
mcm le dia tu kuat sangat,
gigih betul dia dok belajar berdiri
pas dapat berdiri siap goyang goyang punggung tu


ape ja benda yang tinggi sket dari dia mesti dia nak berpaut tuk berdiri
risau gak aku ni. takut terlepas pandang, pas tu terbalik dia
maunya kepala tu terhempas ke simen.

untuk keselamatan dia, aku bentangkan toto kat umah
tak kira, siang siang hari pun aku bentangkan
kalau dia jatuh at least tak sakit sangat kepala tu

hiksss.. sib baik tak de org datang bertandang di siang hari
kalau idak, mau terkejut sebab toto terbentang kat hall
nanti org ingat sejak pagi tak kemas bekas tido. hahahaha..

ha.. tertangkap sudah. dia baru perasan yg aku dok snap gelagat dia tu.
tetiba terpandang hp kat tangan aku
terus tak nak bertaut. hahaha....


tengok gelagat dia ni, aku heran plak. nape dia tak gunakan lutut bila nak start berdiri
mungkin dia tak tau kot yang dia ada lutut. terus je dia berdiri.
kalau Amirul dulu ni, dia memang tak merangkak
terus ja dia bangun & berjalan.

pas dah boleh berjalan sikit sikit
dah dia merangkak pulak. hahaha...
Aleesya pun nak ikut jejak langkah dia ka?
tunggu dan lihat je la kan..

Sekali dengan periuk aku bawa..

sabtu & ahad aku sibuk giler memenuhi tempahan yang di order
sabtu pipe coklat
ahad pun pipe coklat jugak, tak kisah la kan dah ada orang order
kena la buat jugak.

asal aleesya tido je, aku cepat cepat pipe coklat
hehehe...

ha.. cam ni le hasil coklat yang di tempah
kena buat dalam 15 kotak cam ni
sebab dorang nak bagi kat keluarga pengantin yang datang.


ok. back to the stroy pagi ni.
aku dah siap prepare nak masak moi untuk aleesya.
tengah masak tu tiba tiba je gas habis.
haih.. cam na ni? nak tak nak.. aku bawak sekali ngan periuk tu ke umah bb sitter
suh dia sambung masak. hahaha
nape la tetiba leh habis gas????


ok, aku nak citer la permulaan aku bagi aleesya ni makan moi.
Amirul dulu pun aku wat cam tu gak le.

mula mula kena bagi dia makan ikan yu.
mak aku cakap baby kena makan ikan yu sebelum dia makan ayam, udang ke hapa ka
sebab nak elakkan anak kecacingan.

betul ke idak aku tak wat kajian pun. tapi cam ni la amalan kamu turun temurun.

ikan yu ni pulak, kena buang kulit dia.
kalau mak aku dulu dulu ni, dia curah ngan air panas pas tu kikis kikis kulit mcm mana ntah.
aku pun tak tau nak buat, last aku siatkan kulitnya cenggini
ha.. senang citer. bukannya Aleesya nak makan kulit tu kan...


pas tu, aku potong carrot, keledek, kentang & ayam & sayuran+ beras sket jerk.
kalau nak letak ikan bilis pun ok gak.
aku akan rebus semuanya.

pas tu baru aku mesin & tapis.
kena la tapis kan, perut baby mana boleh makan makanan keras lagi.


pas tu aku akan masukkan kan moi yang di tapis tadi ke dalam botol susu
tak yah la susah susah bb sitter nak suapkan



ha.. cam ni le. memang aku fail la kalau suap bb guna sudu tu.
aku memang tak pandai. Bila dah dorang ada gigi baru aku suapkan dengan susu
Amirul dulu pun cenggini jugak aku buat

mungkin dia dah merasa sayuran sejak baby
jadi, bila besar tak susah la aku nak suh dia makan sayur
ok jer dia makan sayur.


nota bijik:-ha.. buat coklat punya hal. sampai habis gas tuk moi aleesya.hahaha.