Wednesday, March 28, 2012

Cheese Cake

lunch tadi pergi tesco
shopping stock makanan anak anak

sebab Amirul mintak nak makan Ayam KFC ala ibu dia
jadi terpaksala ke Tesco beli ayam
mana la nak sempat nak beli kat Market tu kan

huh... sian fridge office aku, penuh ngan stock makanan umah aku
hehehe...


ok... ok... lepas shopping tadi
singgah plak kat the King's
beli cheese cake


hmm... meh la layan cheese cake ni ngan aku
aku suka yang plain. sebab terasa cheese dia...

sambil minum Nestlo di petang petang ni
pekena sepotong cheese cake dah kenyang
dan mampu wat mata aku ni kuyu kuyu gitu.

yang blueberry ni aku simpan tuk my little hero..
Dia tak bape suka, tapi nak jugak aku bawak balik tuk dia

suka sangat bila dia tanya
"ibu beli apa utk mirul?"
korang suka tak bila anak sambut ngan pertanyaan cam tu?


erk... alhamdulillah, dah kenyang

Hello... Eight Month sudah okey!

hmmm.. maaflah sebab tak wat N3 ni exectly on the date
27/03/2012 genap lah umur saya 8 bulan , my mum princes Aleesya Dania

my progress? hehehe mcm baby baby lain jugak ler
Saya sekarang dah boleh berdiri sambil pegang ( pegang le apa yg leh di paut)
kalau berdiri dah stabil, tak terbalik, tertonggeng or terjatuh dah

saya ada nampak tangga ni kat hall. naper la semua orang dok panjat tangga ni
mesti best kot. Ok sekarang giliran saya pulak nak panjat

ha.. tengok abang saya tu, suka punggah kusyen
sebab tak nak saya pergi bergayut kat situ le tu...

ah.. tak yah kaco abang lah, saya nak panjat panjat ni



ha.. dah nak boleh tu
ishk.. ishk... jengkek sket kaki ni mesti boleh


ish.. nape susah sangat ni
kaki ni tak leh angkat la pulak

hmmm.. kena tunggu bulan depan kot baru leh melangkah.ngeee


see.. my kaki dah dijengkekkan setinggi yang boleh
huhuhu... sedey ar.. sebab tak leh panjat panjat mcm ibu & abang


hahaha... berdiri kat sini jer la dak Aleesya ni
sebab dia hanya pandai berdiri je, tak pandai melangkah lagi

kalau dia letih berdiri, sekali ngan tangga tangga tu terbalik
hahahaha... sib baik le poas snap snap semua ni
aku turunkan dia


Bila adik dah letih berdiri, mula la abang nak datang ngaco
ngekek ngekek si adik bila tengok abang pnajat tangga tu

tangga tu ada kat hall sebab aku dah nak pergi hantar semula ke umah bb sitter
that day pinjam tuk kemas kemas & cuci umah.

tuk El, see my floor very the shining wooo..

Tuesday, March 27, 2012

what other words can u think of other than a "WOW"

What other words can u think of other than a "WOW"?

See how he becomes a beautiful Thai girl with makeup...


apply foundation

To get very smooth skin...


Raise the nose...


Apply more color to make the nose looks even higher.



Apply eye shadow...



Doesn't he look gorgeous?

note:- Kalau aku make up ni, leh jadi lawo cam ni ker?.

Monday, March 26, 2012

Jumpa Dr. ENT dan al kisahnya..

rentetan dari N3 Aku yang lalu ttg cutton bud dalam telinga
aku nak story sket le kat sini
tak tau nak describe, nak sedih ke nak kgelak berbahak bahak


ok, the story is like this,
oleh kerana aku dok usaha kelarkan cutton bud tu
telinga aku terus jadi sakit, mungkin sebab dah scratch kat dalam tu

the keesokan harinya, ada keluar cecair jernih
risau la aku, takut bernanah pulak
then cutton bud plak tak mo keluar jugak

Akhirnya aku pergi le ke Doktor Pakat ENT.
masa jumpa doctor tu, dia ada check telinga aku guna alat apa ntah & dia ckp
" your ear inside is clean, I could not find any cutton bud inside"
let me check with the skop and see if i still not find anything, I will clean up your ear ok.

check bagainya, tak jumpa pun cutton bud tu. mungkin masa aku dok usaha keluarkan tu, cutton bud tu dah keluar dan aku tak sedar kot. hahahaha...

then Doctor cuci telinga aku bagainya.
tetiba aku tengok je kat atas semuanya memusing musing, aku pejamkan mata
terasa the whole body pulak memusing musing.

cam na ni, tak leh nak bangun ar
mungkin masa cuci tu, medula oblongata aku terganggu sket
sebab tu aku pening pening.

pas semua ok, tibalah masanya untuk bayar Bill
tau la kan, company aku tak cover tuk medical pakar ni
aku le kena bayar & tak boleh claim. huhuhuhu..

RM 75.00. adoyai sakit nya ati ni.
kalau ada cutton bud tu dlm telinga kira berbaloi la bayar
doctor just suluh telinga je, kena bayar 75.00 hengget.
dalam ati ni dok dak ketawa berbahak bahak pun ada
sebab masa cutton bud tu tersangkut
aku siap nangis nangis lagi kat husband
rasa mcm rugi je airmata aku keluar, wal hal dalam telinga apa pun tak de.


sedih tu memang la, sebab rasa mcm pi buang 75.00 hengget gitu jer.
kalau banjer org makan pun berbaloi baloi.
Tapi.. I think positive la.

mungkin ada la kut pendapatan extra aku yg terlepas pandang tak di bayar zakat
so, kalau bukan bahagian kita, Allah memang tetapkan tak jadi milik kita
beringatlah, semua yg kita perolehi tu, bukannya semuanya milik kita
sebahagian lagi adalah milik orang lain yang memang dijanjikan Allah untuknya.

Friday, March 23, 2012

Dari Sarawak ke Hong Kong

hehehe...tajuk N3 kali ni memang tak leh blah..
bukan aku yg pergi pun kat Sarawak mahu pun Hong kong
tapi ada ole ole dari kawan kawan yang bertandang ke sana..


Thank Gieyana for the FM ni. Actually ada key chain yang Nureen bagi kat Amirul
tapi lupa nak snap. maaf k.Link

ha... budak kecik ni dah dapat satu benda kattangan dia tu.
berebut rebut dengan abang Amirul

tengok tu, genggam erat
puas Amirul mintak dia tak mo bagi
nangis nagis la konon.

ha.. ambik ko. kan dah jatuh.
bila jatuh peluang abang le nak merebut semua.
sian Aleesya....
Amirul nak letak menda tu kat beg sekolah dia


ha.. menda ni le yang Aleesya duk pulun berebut ngan Amirul
seyes cantik & kualiti

yang ni key chain yang aku dapat
Ada budak office pergi Hong Kong
Dia ada pergi kat Disneyland Hong Kong

Lilo ni memang cute. Sebab Amirul nak letak kat beg sekolah
makanya, papa terpaksa pisahkan lampu tu

ni le lampu kecik tyang melekat kat key chain tu
bimbang gak, kalau lampu tu tak di pisahkan
Amirul dok main main kat dalam kelas


Aku rasa product ni lebih kualiti compare ngan China nya product
walaupun Hong kong ni sebahagian daripa China
tapi utk key chain ni aku puji la
yang barang dia kualiti.


tiga je yg aku dapat ole ole daro Hong kong ni
Lilo, chipmunk & pooh.
Semuanya dok berkegantung kat zip beg sekolah Amirul.
ngeee....

Pekan Hari Padang Serai


Memang kami sefamilly adalah peminat petai tegar.
That day, kami ada hal sikit kat Padang Serai
so, kebetulan hari tu hari ahad, jadi Padang Serai kulim ada pekan hari

Lepas settle semua kerja kami
kami bercadang nak pergi jumpa uncle's Amirul yg berniaga Ikan kat Pekan Hari
tersebut. Harap harap dapat jumpa lah yer.

cuaca mendung jer that day kat sini
nampak macam nak hujan
kami sedang tercari cari kat bahagian mana pak lan, pak ndak , pak lang & Paksu Amirul berniaga


Dalam dok mencari tapak berniaga dorang
kami sempat merembat dua ikat petai
dalam sepuluh papan cam tu la.

then, aku ternampak buah Genuak muda
aku rembat sepiring, dalam RM 3.00 mcm tu
Yang muda ni sedap sebab leh makan sekali ngan kulitnya
memang aku ni suka makan ulam ulaman

Ada org tak makan Genuak ni
tapi, bagi aku kalau ada buah ni sebagai ulam, bertambah tambah nasi aku ni

untung aku kawin ngan hubby ni
sebab apa yang dia makan aku pun makan jugak
orang senegeri la katakan
cara makan pun sama le..

punya la ramai orang dok jual buah buahan
tapi masih tak nampak Pak Menakan Amirul ni
kami jalan lagi


ha.. tetiba Amirul jumpa bapak sedara dia ni
apa lagi kemain suka la dorang
mungkin sebab hujan kot orang tak ramai

but, not badlah kan banyak pilihan ikan yang dorang jual

sementara aku pergi beli air bungkus tuk adik adik ipar aku ni
hubby dok gebang ngan dorang
tu la kan, kekadang tak sempat kami nak berborak ngan dorang ni
sebab kami balikkampung pun on saturday sunday

dorang pulak sunday keluar berniaga kat sini
dah dapat berjumpa tu sembang sembang la sikit

aku tanyakan khabar MIL & FIL bagainya
kami pun nak balik dah

Doramng tapaukan ikan tu kami bawak balik Penang
Alhamdulillah... syukur.

Then, masa nak balik tu ingat nak beli mangga ni wat makan ngan pulut
oleh kerana Amirul dok wat perangai terbantut hasrat ku

note:- Ikan merah ada lagi dalam fridge aku tu seekor
besar gak la. Tunggu masa untuk aku stimkan.

Thursday, March 22, 2012

Cutton Bud Dalam telinga

Sejak ngandungkan Aleesya tempohari
Aku ada masalah ngan telinga ni
tak leh korek ngan Cutton bud, kalau aku korek jugak
telinga akan sakit & jadi bengkak

Dah jumpa pakar pun ttg masalah telinga aku ni
doctor ckp rakang aku tergeliat/ terseliuh
siap kena jumpa Doctor gigi bagainya

then bila telinga aku gatai
aku guna bend alah ni le

Ada jugak la menda ni kat umah aku
walaupun hubby tak merokok. hehehehe

then, pagi tadi kalut kalut dok bersiap nak datang kerja
telinga ni gatai pulak, aku pun apa lagi
sambar je la apa yg ada

aku ambik cutton bud. ( dalam ati dok ckp, ok la kot dah lama dah)
mungkin sakit telinga aku ni baik dah le kot

tengah syok korek telinga
tetiba....

putik kapas tu tertanggal dalam lubang telinga aku ni
bukan tertanggak kat dalam,
dia duduk tepi jerk... tapi still tak mo kuaq

aku dok pulun korek tapi tak keluar jugak
hmmm... mcm nak kena jumpa doktor la lepas ni
huhuhuhu...

memandangkan telinga aku tak jadi bengang pun
aku rileks ar dulu...
ada petua apa apa tak, utk kuarkan cutton bud dari dalam telinga aku ni?