Friday, April 13, 2012

Ish.. abang ni.................

hehehe... kalau nak citer gelagat my sweet pair ni
memang tak cukup buku wooo...
deme ya karenah berdua ni mcm mcm
but i like, cause there are too close..

Kalau abang buat apa, adik mesti nak buat sama
mungkin sebab Amirul selalu ajak adik dia join kot
that why Aleesya ni tak gheti nak duduk diam.

ish.. ish... abang ni, adik tu duduk pun tak bape nak kemas lagi
kang jatuh motor tu baru tau.

yang kami dok la risau takut takut Aleesya tergelungsur jatuh gedebuk
yang si Amirul plak,asyik dok ckp boleh.. boleh.
boleh pa menda nya, sabar la. nanti 2-3 bulan lagi
adik boleh duduk kemas
kome main puas puas



Aleesya pun sama, asal abang ajak main je, ok selalu
tak nangis pun, kemain suka lagi.

Ni kat luar ok, kalau kat umah.. mau terbalik umah tu di buatnya
Amirul siap guling guling kat lantai
Aleesya plak, dok kejar sana sini

kalau Aleesya kat dalam walker, Di sorongnya Aleesya tu oleh Amirul
meronda satu bilik ke satu bilik

Kalau Aleesya tidur kejap je abang dah kaco suh bangun
eeee.... tension kekadang tu.

but, sincerely I tell you. memang best bila ada 2 anak ni
walaupun letih, mulut pot pet pot pet
dalam hati berbunga bunga happy
rasa bahagia sangat..

Moga dorang tak lupkan aku bila dah besar nanti. amin...........

Zikir Tambah Tenaga

Kata ustazku dulu, kaum perempuan la yang senang dapat pahala dan kaum perempuan juga yang senang masuk Neraka. hehehe... ayat pertama tu macm best je kan, tapi ayat kedua tu memang ngeri ko jah...

Satu hari aku ada terdengar ceramah agama ke apa ntah kat Radio Mutiara FM. Ada la pemanggil dok tanya ustaz tu ttg petua itu ini. Then salah satu petua/amalan yang aku rasa memang sesuai utk diriku.

aku nak kongsi ngan korang semua k.
sebelum tu baca dulu ayat ayat kat bawah ni ok:-


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

nilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Aku ni kalau nak baca time nak tido memang susah sikit. sebab banyak yg perlu di baca sebelum meta di lelapkan. selalunya aku amalkan membaca ayat kursi 7 kali, al fatihah, baca kalimah shahadah, baca doa tidur. kekadang tu terlelap sebelum habis baca.

pernah jugak amal zikir bila nak tidur, tetiba tasbih hilang. ambik yang lain pulak. pas tu hilang lagi. ish... asyik hilang je tasbih ni. berpuluh ko jah... hilang je. hilang kat atas katil plak tu.
Pas tu satu hari H/p Aku jatuh kat bawah katil. suh hubby angkat tilam aku yg 8 inci tu. Nahhh.. ambik ko berlungguk tasbih kat bawah katil. sabor je lah...

Then, masa yg sesuai aku berzikir alhamdulillah, subhanallah & allahuakbar tu, time aku dodoikan Aleesya dalam buai.


Masya allah, betapa senangnya kaum ibu/perempuan nak dapat pahala. masa dodoikan anak pun boleh kutip pahala tu. Aleesya pulak sekarang ni, kalau aku njut je buai tu tak lena punya. tapi bila dizikirkan. lena tanpa banyak kerenah.

Tambahan pulak aku rasa kelainan sejak akhir akhir ni. Kalau dulu lepas hantar Amirul ke sekolah. aku akan rasa penat & tido sampai kul 8.30 pas tu siap datang kerja.
Tapi sekarang ni, boleh pulak aku, sapu sampah, basuh pinggan, mop lantai & lipat kain bagainya sebelum siap siap datang kerja. Bila selesai masak lepas balik kerja, bolehlagi aku kemaskan dapur, sapu sampah & bawa sampah pergi buang memalam.
memang terasa tenaga yang berlebihan tu. percayalah kengkawan. tak rugi amalkan.


Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

note:- sebab tasbih aku asyik jatuh je kat bawah katil tu, ayah aku buatkan aku tasbih yang besar gabak tau. nanti aku tunjukkan. sayang tul ayah ngan aku....

Thursday, April 12, 2012

Siapa yang untung?


mmm...cam na nak start ek.. ok la aku tanya soalan
Selalunya la kan, kalau korang pergi shopping utk grocery/barang dapur
berapa korang belanja, RM100,RM 200 or more than that?

kalau nak belanja barang dapur, korang mesti dari rumah dah plan nak pergi beli barang barang tu kan? then berapa helai green bag yang korang bawak? or yang korang ada..
3?4? or 10?..
kalau aku, ada 3 helai green bag je.


persoalannya sekarang ialah, adakah kempen ini berjaya? atau 30-50% ja yang berjaya?

ok, berbalik kepada cerita aku tadi. Jika aku belanja untuk barang dapur dalam RM200.00. Adakah mencukupi dengan 3 green bag saja. Dan jika aku ada 10 bag pun, korang boleh bayangkan tak carry 10 green bag masuk supermarket. hehehe...

last,alternatifnya ialah membawa 1 greenbag dan di dalam green bag tu terdapat beberapa helai beg plastik. kenapa masih guna beg plastik? sebab nak beli barang basah mcm ikan, ayam , udang dan sebagainya.

sudah pastilah bila plastik bekas barang basah tu kita akan terus je campak dalam tong sampah. sebab rasa mcm leceh ar nak basuh pas tu nak keringkan. betul tak?then... ada tak yang beli plastic beg yang mcm ni bersaiz besar punya kat umah sebagai stock bila pergi beli belah kat supermarket atau market?
Aku rasa ada kan... walaupun aku idak le beli buat stock pun.


ok, apa akan terjadi, jika bila korang memang tak bawak green beg or plastic beg tetiba rasa mcm nak beli barang kat Guardian ke, watson ka or apa apa la...
tentu korang terus je pergi beli, kutip mana yg perlu pas tu bila time bayar, plastic beg tak der.
kena la carry semua dengan 2 tangan. hehehe..

mcm aku la tadi, beli night cream + pelembab dan 2 -3 jenis lagi belanja dalam RM 100 lebih gitu la kat Guardian E-gate. lastly tak de paper beg or plastic. Nak beli pun dia ckp memang tak de.Dok pulun la bawak menda tu semua ngan tangan ni.
hai.. takkan beli barang 100 hengget lebih pun tak der something to support bila aku nak bawak balik.

tetiba aku teringat..




kalau kita tengok filem barat, dorang beli barang basah ke kering ke dorang akan di bekalkan dengan paper beg mcm kat atas ni kan... tul tak?
itu negara maju ok, dorang ada otak utk bagi customer satisfied.

kenapa kat Malaysia ni para pemilik supermarket tak mau bagi paper beg? kalau difikirkan kembali, kempen ni mcm menguntungkan penjual sebab tak payah keluarkan kos untuk beli plastik beg untuk pelanggan.

then pelanggan pulak yg kena keluar duit sendiri untuk beli plastik. untungla dorang tu kan. Berjayakah kempen tanpa plastik beg tu, sebab kalau penjual tak bagi plastik beg, pelanggan tetap jugak guna plastik beg sendiri.



kalau beli barang kat super kira ok lah kan sebab dorang sedia troli tuk letak barang & sorong je troli tu ke bboot keta and transfer. bayangkan kalau beli kat 7E ke, Happy Mart ke.. mcm mana tue?

biasalah anak anak, kalua boleh kutip kopok kopok, coklat semua tu lambak ja kat kaunter bayaran. Pas bayar semua, nak carry mcm mana? haish...

Note:- Tuk pengetahuan korang, Kat Penang ni everyday adalah hari tanpa beg plastik.

Betul ke ni?

Sunday lepas sesaja la kami keluar jenjalan ke Rope Walk
Rasanya dah lama kami tak cuci mta kat sana
Sejak Ada Aleesya inilah pertama kali kami pergi.

Masa dok jenjalan tu tetuba nampak le satu gerai
org yg jual tu berdiri je sambil meja kecik letak kat sebelah dia.
dia jual air kecik. tak tau la berapa ML

Aku tak pergi dekat pun, cuma berdiri kat sebelah kedai baju tu memerhati
sebab Hubby dok asyik sangat cari Jessey yg sesuai.
then org tu asyik dok kata

" memang la mahai, walaupun sikit tapi kesan dia memang menakjubkan"
asyik.. dok sebut yang tu je. sound mcm air tu tersangat la bagus..
aku tengok dia tulis "Magnetic Aura"
korang pernah dengar ke?
first time aku tengok ni..

Pas tu Amirul panggil aku suh tenggok banner yang tergantung kat belakang tu.
mak ai...dasyat tu... siap main tanggung cenggitu jer
kalau pakai air tu leh jadi kuat cam ni ka?


Amirul suh aku snap photo ni. Ada la photo ni lam Hp aku. tapi malas nak transfer, aku gugel ja kat tenet. Ha.. tengok tu, boleh jadi kuat ko jah..

Aku memang tak tau ttg Aura Magnetic ni. Tak pernah pun dok gugel cari info ttg ni sebelumnya.

sesapa yg pernah cuba, leh la kongsi pengalaman. Aku cuma nak tau Betul Ke leh kuat sampai lengangkat motor tu? ce citer ce citer...

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi 8.9 Skala Richter

Jam 4.30 petang ( 11/4/2012) Aku tengah dok rehat rehat kat katil
sambil ayunkan Aleesya kat dalam buai .
tetiba je aku terlihat rak baju umah aku tu bergegar.

Aku angkat Aleesya dan terus ke Hall dapatkan suami & Amirul.
gegeran berlaku 2 kali
Takut jugak kalau kalau ada tsunami.

Gempa Bumi Kat Acheh upernya bila aku tengok Berita Di Astro Awani.
Amaran Tsunami pun dikeluarkan di Acheh tu.

Harap harap tak de la tsunami.
sedih bila banyak nyawa hilang,.

Bos aku kat Ayer Itam,penang tu pun call aku ckp umah diapun bergegar.
My officemate pun ckp yg dia sedang duduk atas kerusi,tetiba rasa org push kerusi dia.

then kereta dia punya sister yg sedang parking pun bergerak sendiri
nasib baik sempat nampak.
kalau idak terlanggar kereta lain.


My car become a school bus

Ini ceriter kelmarin, Tapi tak sempat nak wat N3. Banyak sangat N3 Aku kelmarin neih.

pagi semalam hujan turun dengan lebatnya mencurah curah di kawasan
perumahan aku.
Tetiba Mak sitter Amirul call ckp yg anak anak dia sedang bersiap
jgn hantar Amirul lagi, tungu... tunggu...

Hujan tak mo berhenti gak walaupun dah 7:30 pagi. Nak tak nak husband terpaksa redah jugak la. Sib baik guna payung besar.( payung Golf) aku panggil. muatla utk saiz anak aku & my hubby.

Dari corridor rumah aku tengok je anak aku melangkah ke parking lot.
tetiba aku nampak Mak Sitter dok keriau keriau panggil nama aku
ish.. nape la pulak, ada masalah ka. Then dia ckp

cucu Mak yam tu pun nak tumpang pergi sekolah sama
sebab hujan lebat, abah dia tak leh pergi hantar ngan motor.
aku pun keriau kat husband dari atas ti inform.

ha.. penuh keta aku ngan budak budak sekolah. ngan anak aku, anak anak mak sitter tambah plak cucu jiran. meriah tul.

tetiba rasa mcm best ar hidup bermasyarakat ni.

Tuesday, April 10, 2012

Kan dah kata....

tadi jam 12:30 aku pergi pump breast. then dalam otak ni dok fikirla
jap lagi nak keluar pergi bank sebab nak uruskan apa yg patut
sebab ada menda yg diidamkan. ngeeee

then masa aku selesai pump semua, aku masuk bilik aku tetiba plak ada org senang menunggu di waiting room. Alahai... nak keluar tak boleh la pulak. nyamfahhhh

Dok pot pet pot pet consult customer tu bagainya.
Pukul 2.00 baru aku gerak pergi bank

then rembat 2 potong cheese cake

ha.. kan aku dah kata kat N3 sebeleum ni yg aku nak beli cheese cake
kali ni nak makan tiramisu cheese cake la pulak

Tapi tak makan lagi, jap lagi ar..
kul 5.00 ptg.
bancuh Nescafee panas panas, makan cheese cake ni mesti sodap

Blueberry cheese cake ni merupakan kegemaran aku. kalau beli yg lain yg blueberry gak yang aku suke. mcm mana pun akan beli gak..
hohohoho....

ok...ok... cuci mata dulu yer. sebelum aku ngap.
Amirul tak bape suka cheese cake ni
so, aku beli menda lain utk dia.hehehe

ok. sekarang aku nak layan lagu 'Ape celop toqqqqqqqqqqqq"
tetiba plak radia ni mainkan.
rasa mcm nak goyang goyang badan ni.

mood cuti dah menggebussssssss.
selamat bercuti... sayang korang semua. mmmuah... mmmuah..