Tuesday, June 12, 2012

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM

nak ikut jejak langkah kesuma angsana lah.
join lucky draw in last minute. boleh ke? boleh la..
ekekekek...

 

walaupun besok last day. tapi nak gedik joint gak
sesapa nak join boleh la
klik SINI

ok
chaw chin chaw.
makan chinchaw...
:D



Monday, June 11, 2012

51 paling gembira

Tak sangka buah cempedak jadi nangka, beruk jadi kera, periuk jadi belanga. keh keh keh

ada orang cakap yang gembira ni adalah sibjektif
tapi ianya masih boleh diukur tau
tak caya?
tak caya sudahhhhhhhhhhhh
pi kulim balik kedahhhhhhhhhhh


Menurut Pengarah Pemasaran Kraft Foods Malaysia, Jason Chin, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-51 sebagai negara paling gembira di dunia.

pas tu kan
cardbury kasi coklat free plak
tak caya?
tak caya sudahhhhhhhhhh
tak caya lagi?
nak tau klik je kat kat ayat di bawah ni

Cadbury edar 42,000 bar coklat percuma

 

then kalau nak tau negara paling kaya di dunia

klik  Paling Gembira 

 

note:- mood gembira dah datang.lalalalala...


Nama pun Perempuan kan..

teringatceramah seorang ustaz yang mengatakan, isteri ni kalau mintak akan ckp
" ni yang last Ok, pas ni tak mintak dah"
ustaz tu ckp, kalau isteri ckp yang last, percayaklah akan ada 1000 kali last lagi

jgn kede ngan isteri, sebab dia yang menjaga makan minum & melahirkan zuriat kita.
hehehe... mcm betul je bila ustaz ckp akan ada 1000 kali last tu. ngeee

cantik tak baju ni? bagi aku memang seyes cantik. tidur malam mimpi mimpi tau
masa firt saku tengok tu, tak jadi beli sebab tak de discount sebab "New Arrival"

geram tul, then balik office muncung je....kalau la hubby ada sebelah
mesti dah kopak aku kerjakan duitnye. hehehehe

tak pe sabar, mana tau ada la Allah kasi rezeki lebih leh la aku beli.

Mulut ni plak dok gatai citer kat bos ttg baju yg cantik tak de discount la. bla.. bla...
pas tu bos terus je janji nak bagi  $$ kat aku,
uits. nape lak nak bagi $$ suh aku beli baju anak aku plak ni?
biasa la kan nama pun my bos.

upernya, dia dah dapat komisyen jual keta tempohari
mungkin sebab aku tolong uruskan proses jualan tu. makanya ada le habuan aku sket.
syukur... 

ada sket utk poket aku. then dia kasi extra & mention suh aku beli baju kat Aleesya
dia nak tengok baju yg aku kata cantik sangat tu

hehehe... syukur dah pun beli.
materialnya sangat la lebut, jenis cotton & ada reben polka dot.
Ibu tak payah pakai polka dot. anak udah le yer.


Tu la kan, aku ni kan seorang perempuan.
Niat nak beli baju Aleesya je, pas tu terbeli kain kain pasang ni
hahahaa.....

sekali ngan seluar Amirul aku beli.
kain pasang tu ada la kerja aku nak melingkupkan nanti
azam tahun ni nak jahit sendiri baju kurung Aleesya


doakan aku berjaya jahit sendiri baju kurung aku & Aleesya tuk Raya nanti yer!

peace.. hug! hug!

note: kain dah potong. cuma tak jahit tepi agi je.

Maaf Sebab Lambat

Sejak musim durina ni, Amirul asyik dok nyanyi je kat cuping
telinga aku nak makan pulut durian.
nak makan pulut durian.
siang malam dok nyanyi je
Aku pulak dok janji nak buat tapi tak buat buat pun
 
Kebetulan my bos ada beli durian untuk aku. lahamdullillah
rezeki tu.
mungkin rezeki Amirul kot

Dia beli 2 jenis yang oren & kuning.
dua dua sedap..
Aku suka & rasmi le seulas dua sebelum di bawa pulang.

meh sini makan bersama sama...

mmmm... menjilat jari ko jah..

balik umah terus je masak pulut untuk Amirul
on the way nak balik tadi dah beli pun kelapa parut.
Maaf yer mirul sebab ibu lambat buat untuk mirul

ha.. intan payung, sayang bucuk ibu
meh sini ibu buatkan untuk kamu yer..


sedap tul Amirul makan.
2 pinggan di ahabiskan. percaya atau tidak
2 bekas polistrin tu dia habiskan.

hehehe... sejak dapat makan tu, dah tak bising bising nak kan pulut duyan
tunggulah 3-4 minggu ke depan ni
mesti dia mintak lagi.

puas hatiku dapat masak sendiri pulut duyan untuk Amirul
walaupun kat Pasar malam ada jual, tapi aku nekad nak buat sendiri
bila besar nanti bila dia tingin nak makan pulut duyan dia teringat kat aku
dan bukannya kat Pasar Malam. betul tak?

Note:- Air tangan ibu lebih berkat.

Sunday, June 10, 2012

Somaly ubah nasib pekerja seks




DIJUAL ke rumah pelacuran sejak kanak-kanak, aktivis Kemboja, Somaly Mam menjadi seorang yang paling dikenali dengan isu kontroversi yang diperjuangkannya iaitu antipenghambaan seks.
Dia yang begitu lantang dan bertenaga ketika berkempen menyebabkan semakin ramai yang menyatakan sokongan termasuk pihak selebriti. Malah, dia dinamakan sebagai hero terbaik sepanjang tahun oleh Cable News Network (CNN).
Somaly amat berbeza dengan aktivis-aktivis antipemerdagangan lain menyebabkan dia amat disukai oleh pihak wartawan antarabangsa.
Namun, disebabkan pekerja seks di Kemboja tidak diklasifikasikan sebagai melanggar undang-undang di negara itu, maka ramai pejuang hak asasi mengkritik tindakan Somaly.
Ini kerana ketika Somaly mahu semua wanita dibebaskan dari rumah-rumah pelacuran, pejuang hak asasi pula melihat ada wanita yang dengan rela memilih kerjaya itu.
Jadi pejuang hak asasi merasakan adalah tidak wajar semua pelacur ditangkap dan dilarang bekerja di rumah pelacuran.
Antara serbuan yang menaikkan kemarahan pejuang hak asasi termasuklah serbuan polis ke atas sebuah rumah pelacuran utara Kemboja, Anlong Veng pada November lalu.
"Kanak-kanak perempuan telah diselamatkan tetapi masih lagi berada dalam ketakutan. Paling muda berusia 13 tahun dan diseludup dari Vietnam," kata seorang wartawan New York Times, Nicholas Kristof melalui Twitternya yang menyokong perjuangan Somaly.
Para pakar pemerdagangan berkata, perbuatan tersebut telah mencetuskan persoalan mengenai isu keselamatan dan persetujuan pihak pekerja seks.
Bagi Somaly yang menubuhkan organisasi antipemerdagangan, Bertindak untuk Wanita Dalam Situasi Membimbangkan (AFESIP), tidak ada wanita yang wajar bekerja sebagai pelacur.
Bagaimanapun, Tania Do Carmo dari Chab Dai yang juga sebuah kumpulan antipemerdagangan di Kemboja menyifatkan liputan media antarabangsa terhadap serbuan itu tidak beretika. Ia melanggar undang-undang antipemerdagangan Kemboja dan hanya mahu mensensasikan isu yang sememangnya sangat kompleks.
"Melakukan liputan terhadap kanak-kanak yang berada dalam situasi sangat traumatik tanpa persediaan dianggap sebagai tidak beretika. Tidak sesuai dan memiliki sifat voyerisme (keseronokan mengintip atau melihat sesuatu yang memberikan kepuasan seksual) apabila melakukan perkara tersebut di negara sedang membangun seperti Kemboja," ujar Do Carmo.

Selamatkan pelacur
Menurut AFESIP yang terlibat secara langsung dengan operasi menyelamat, pihaknya telah melepaskan kira-kira 7,000 orang wanita dan kanak-kanak perempuan di Kemboja, Laos dan Vietnam sejak tahun 1997.
Di Kemboja sahaja, terdapat lebih 34,000 pekerja seks berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2009.
Amat sukar untuk membezakan antara mangsa dan pekerja seks dengan rela.

Dibantah pertubuhan hak asasi
Apa yang dibuatnya turut menaikkan kemarahan beberapa aktivis lain seperti Rangkaian Pekerja Seks Asia Pasifik yang mempertikai tindakan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat keperluan hak asasi pekerja seks untuk tidak diselamatkan.
Menurut laporan Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia 2010 yang berpusat di New York, operasi serbuan penyerbuan dan anggota polis berada di jalan-jalan tempat pekerja seks bekerja adalah tidak efektif, malah merupakan pencabulan hak-hak pekerja seks.
Organisasi yang diketuai oleh Somaly, AFESIP turut dikritik kerana menerima kaedah polis Kemboja menahan pekerja seks. Malah, Kumpulan hak asasi antarabangsa, Human Right Watch (HRW) melihat ia satu penahanan sewenang-wenangnya ke atas individu yang tidak bersalah.
Namun, Somaly tidak mengendahkan penilaian HRW itu.
"Apabila seorang kanak-kanak perempuan dibunuh di rumah pelacuran, adakah HRW pergi menyelamatkan mereka? Jadi, siapa mereka sebenarnya? Ketika saya berada di rumah pelacuran, salah seorang rakan saya dibunuh. Ada HRW ke sana? Tidak!" bentaknya.
"Pertama kali tiba ke rumah perlindungan, mereka tidak mahu tinggal kerana mereka tidak kenal kami," cerita Somaly menambah wanita itu sungguh tertekan disebabkan kerja-kerja seks.
Mereka mahu tinggal bersama-sama rakan-rakan yang rapat di rumah pelacuran.
"Saya selalu berkata, 'Tolong tinggal di sini untuk satu atau dua hari, anggap seperti sedang bercuti'," katanya dan menambah, jika wanita terbabit memilih untuk terus tinggal di rumah pelacuran, dia akan menghormatinya.
"Saya tidak akan memaksa mereka, saya memberi mereka peluang," tambahnya. - AFP