Thursday, July 5, 2012

Buah Setoi

Pernah makan buah setol tak?
kalau kat kampung aku ianya di panggil buah setoi
kalau di kalangan familly aku, ada dua jenis buah setol ni
kalau yang masam tu kami panggil buah setoi
tapi kalau yang isi gebu, & manis manis sikit kami panggil " Sir Tair" ( english slanga)
lantak la tak tau nak eja. kasi spelling enggish sket.. hahaha..

kat belakang umah aku di Kuala Nerang tu ada la pokok Sir Tair ni. pokok tinggi melangit
memang susah nak kait.
aku memang suka makan, cicah  gula+kicap

that day masa balik umah ayah kat Kota Kuala Muda tu
aku terjumpa dalam gugusan buah ayah kat meja makan
huhuhuhu.. sebijik je.
 
dek kerana kemaruk nak makan, aku bedal sengsorang
bukak Fridge tengok ada lebihan gula + kicap lebihan adik aku kot
apa lagi bedal je lah, tak yah buat baru
hahaha... nasib ko le,

Ni gambar dah half way makan baru teringat nak snap
saja la pusing ke arah sini
wal hal yang sebelah lagi dah tak de. kahhhhhhhh

gula kicap ni pun dah tinggal ciput je
tu pun tak kira ar nak snap jugak

sib baik tak de yang dok menumpang menyicah
kalau idak sebiji tu mana nak cukup

Nota: utk my sister, jgn marah ye sebab Kak dah bedal gula kicap kamu dalam fridge
sebab kamu tak de & pergi Langkawi tak ajak kak sekali. ngeeee



keliru dengan isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’.?


 

Air merupakan elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan
PERNAHKAH anda kecewa dan hampir putus asa apabila usaha mengurangkan makan dan kesanggupan berlapar masih tidak berjaya menggerakkan jarum alat penimbang seperti diharapkan?

Sebenarnya ramai orang di dunia ini berkongsi pengalaman sama dengan anda. Ini antara cabaran yang dilalui semua orang.

Bezanya, ada orang mempunyai keazaman lebih tinggi untuk mencapai cita-cita mereka, walaupun banyak halangan.

Untuk mengurangkan berat badan, menahan makan saja tidak cukup. Ia perlu disertai dengan senaman dan minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.

Air adalah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak, kata Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul Faridah Kamarul Zaman.

Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Air penting sebagai bahan ‘pembersih’ kerana ia memudahkan proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.


Namun, ramai keliru dengan isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari.

Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali anda terasa lapar. Tidak mengapa jika terlebih minum kerana kesan sampingannya hanya kita kerap berulang ke tandas.

Jika terlebih makan, kesannya lebih payah kerana ia merumitkan masalah berat badan berlebihan yang sedia ada. Jangan tunggu hingga terlalu dahaga untuk minum kerana ia sebenarnya menandakan badan kita mengalami masalah kekurangan air (dehidrasi).

Tidak perlu tunggu terasa dahaga untuk minum kerana badan kita memerlukan kira-kira satu liter air sehari untuk berfungsi dengan baik.

Usah risau minum banyak air kerana ia tidak mengandungi kalori. Malah, ia baik untuk buah pinggang yang bertugas menapis darah dan menyingkir bahan toksik daripada badan.

Bagi individu yang mahu menurunkan berat badan, minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kita makan banyak.

Bagaimanapun, jangan sampai tidak makan kerana apabila terlalu lapar kita terdorong untuk makan lebih banyak melebihi keperluan. Lapar menandakan badan kita kekurangan glukos dan meningkatkan keinginan untuk makan banyak.

Air yang dibincangkan di sini ialah air masak atau mineral iaitu air yang tiada kalori. Pun begitu, ia bukan bermakna anda tidak boleh minum air manis tetapi ia tidak disarankan bagi individu yang mahu menurunkan berat badan.

Jus buah juga antara pilihan baik untuk diambil sebelum makan, tetapi pastikan ia tidak ditambah gula bagi memperbaiki rasanya.

Lebih baik jika serat buah berkenaan dimasukkan bersama kerana ia bukan saja membuat anda berasa lebih cepat kenyang, bahkan melancarkan proses penghadaman.

Jus buah mempunyai banyak manfaat kerana ia mengenyangkan, banyak khasiat dan kaya serat. Kandungan gula semulajadinya memenuhi keinginan anda untuk minum atau makan makanan manis.

Malah, makan buah-buahan juga cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Namun, jangan terlalu gembira jika berat badan turun mendadak walaupun anda sentiasa dahaga dan kerap buang air kecil kerana ini tanda utama penyakit kencing manis.

Biasanya pesakit tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Masalah sentiasa dahaga meningkatkan keinginan untuk minum lebih banyak air manis tanpa menyedari ia hanya memburukkan keadaan.

Kencing manis berlaku apabila badan mengalami kekurangan insulin untuk menghadamkan glukosa (gula) untuk dihantar kepada sel.

Sel yang tidak menerima gula akan mati dan ini sebabnya berat badan turun mendadak. Jadi, jika tiga tanda ini ada pada anda, segera jalani pemeriksaan kesihatan bagi mengelak penyakit melarat.

Bagaimana air dapat membantu mengurangkan berat badan? Air tidak mengandungi kalori, justeru ia boleh diambil dalam kuantiti banyak pada bila-bila masa. Ia membantu mengurangkan kuantiti kalori yang diambil setiap hari.

Walaupun ia juga tidak mengandungi khasiat, air penting untuk membolehkan badan berfungsi secara normal dan menjaga kesihatan.

Selain mematuhi jadual makan, mengurangkan jumlah makanan dan minum banyak air, individu yang mahu menurunkan berat badan mesti bersenam. Tiada kaedah singkat dan cepat untuk mendapat berat badan seimbang.

Paling penting ialah kesabaran dan bersenam secara teratur. Tambah waktu senaman antara 10 hingga 15 minit setiap hari dan tukar rutin senaman anda. Dua kaedah ini sebenarnya ‘mencabar’ dan meningkatkan kadar metabolisme untuk membakar lebih banyak kalori.

Penurunan berat badan melalui senaman dan penjagaan makanan adalah kaedah terbaik. Prosesnya perlahan, tetapi berat badan yang hilang tidak kembali jika ia dijadikan amalan sepanjang hayat.

sumber 


Wednesday, July 4, 2012

Budaya Satay

Ok.. hari ni mari kita belajar masak satay . Nak tak? 
kui kui.. aku sendiri pun tak tau wat satay
ada ati nak ngajar orang.

makan satay memang sedap.
tang kira la apa bangsa pun makan mesti cakap sedap
omputih tu pun suka gak makan satay
Makan Satay Sedap, Tapi Budaya Satay yang tak Best!

photo cik gugel
Entry hari ni nak tujukan kepada, kaki cucuk, kaki apai api & kaki kipas
tak kira kat mana manusia jenis ni tinggal mesti huru hara jadinya

kalau kat office kerja dia dok kipas bos je
pas tu cucuk cucuk org dengan cite itu ini
then bila org dah mula marah, mula la dia mengapi apikan api kemarahan.
kat office korang ada tak manusia jenis ni?

photo cik google
tak kira apa bangsa pun kat dunia ni, mesti ada juga jenis manusia ni yg terselit kat sudut dunia.
saja je la nak wat N3 ni, untuk ingatkan diri sendiri dan pesanan kepada kengkawan maya.
jgn marah ye.
lagipun kat office saya ni tak de la budaya ni
Alhamdulillah.. selamat

*kenapa Allah adakan sifat ni di kalangan manusia? sebab Allah nak manusia
berfikir dengan akal sebelum buat sesuatu. Dan sebagai
peringantan kepada manusia lain supaya tidak berperangai yang sama *

note:-Mari sama sama makan satay & buang budaya satay. ( boleh gitu?)

Baik Punya Plan

Sabtu lepas, tetiba hubby ajak balik umah ayah aku kat  Kota kuala Muda. 
kebetulan, aku ada appointment dengan customer
nak tak nak, tak leh la nak gerak awal
so, aku pergi kerja kejap dalam kul 11:30 pagi mcm tu baru leh balik umah ayah

Kalau aku balik umah dulu lambat ar
so, aku suh je hubby mai ambik aku kat office ni

on the way nak datang ambil aku, Amirul la yang pegang adik dia
walaupun sebelum ni aku memang tak yakin

boleh pulak dia pegang adik dari rumah sampai ke office aku ni
good brother!!!

then, semalam dia siap ajak aku pergi umah my auntie kat Batu Kawan
tak boleh la pergi gitu je, sebab husabnd kerja
jadi kalau nak pergi kena pergi bertiga lah

Tak pa, ibu bawak keta, mirul pegang adik
kalau adik lapar susu, ibu berhentilah kat R&R utk susukan adik
pas adik kenyang ibu terus la bawak keta sampai umah Tok su.

amboi.. plan baik punya nampak
buatnya tengah jambatan tu adik nangis lapar susu nak berhenti kat mana?
then on the way tu, tetiba kamu pula tertido, sapa nak pegang adik?
jawab???
Jgn la dok ambik risiko..


Note:-rindu sangat si AMirul ni ngan Tok su & Tok Nek Dia la tu
nanti papa cuti kita pergi okey!


Tuesday, July 3, 2012

Sila Ganggu Suami Sendiri

Bila ntah aku dengar Sinar, ada la callers tu ckp yg husband dia dah unfriend ngan dia kat FB.
sebabnya dia ada tegur husband dia yg suka letak hal umah tangga kat status FB 
betui gak la kan, wat pe nak letak hal hal umah tangga kat FB

then dia pun dok pening la
last dapat satu akal, dia bukak account lain & dah jadi freind ngan husband dia
si husband idak le tahu. kikikik..


bila dah add as friend, dok chatting la dorang laki bini kat FB
hiksss... mcm lawak pun ada
tak pe la kan asal dorang bahagia

Kalau begini la kekdahnya, banner tu kena tukar kepada
" Sila Ganggu Suami Sendiri Di Facebook Yaaaa...."




Aleesya & Keropok Lekor

Kalau nak tau selain suka makan duyan Aleesya gemar juga makan Keropok Lekor 
Ada le lebihan keropok lekor yg belum dogoreng dalam peti ais tu
saja gorengkan untuk Aleesya
 
Ha.. mcm tu la pangai dia kalau dapat kopok lekor
kiri kanan dia pegang

hahaha... sejak aku beli kasut yang ke 2 ni, memang tak leh berenggang dia ngan kasut tu
kalau aku tanggal, dia akan usung la kasut tu suh aku pakaikan

kalau orang lain ambik kasut dia
melalak kemain lagi
last.. lantak ko le, dalam umah pun ko nak berkasut
tido pun berkasut jugak. haishh..

kalau dapat kopok lekor ni
tak berganjak ke mana dah..
kalau idak kejap nak tarik itu, kejap nak lepak atas lappy la
kejap masuk bawah meja
bagus gak noh ada kopok lekor ni.

yang ni untuk Amirul, ada pencicah sekali

jeng... jeng... jeng... tetiba masa aku ke dapur prepare makan untuk hubby
datang kat hall semula
tengok Aleesya dah kacau pencicah tu..
sepupuh sepuluh jari tu penuh dengan pencicah
kat mulut dia pun penuh dengan pencicah... 
tapi tak nangis...

terkejar kejar aku basuhkan tangan & mulut dia
hai.. tak leh tinggal kejap pun
ada je kerja dia...