Friday, July 13, 2012

Kucing Hitam Jahat



Kalau sebut ja kucing hitam. memang orang akan cakap. Kucing Hitam memang jahat.
kalau masa aku kecik kecik dulu, time balik mengaji Quran dan terserempak dengan kucing hitam
tetiba jadi seram & lari lintang pukang

pernah tak korang jumpa dengan kucing hitam memalam?
bila suluh je kat mata tu bersinar je
eeee... bila ingat balik, seram je kan...


kalau org tanya kucing hitam tu jahat kah? 
aku akan kata , yeee yeee memang dasar kucing hitam
punyalah jahat!!!!! aku buka stereotype tau, tapi memang kucing hitam
kat umah aku tu jahat!!!!

ok, stori dia cam ni. 
Kucing Cassey milik Amirul tu dah beranak 3 ekor. satu kaler kelabu, satu kaler keler oren campor hitam dan lagi satu kaler hitam legam.
dalam 3 ekor anak kucing ni, yang hitam tu la yang paling jahat

kalau aku tutup pintu, dia akan masuk umah ikut tingkap
bila masuk umah, selongkar tong sampah & segala periuk belanga bagainya
tak kira masa, siang masuk, malam masuk asal ada peluang je diakan masuk umah

bila aku ligan/kejar suh keluar, dia akan lari masuk bawah sofa
 kena guna penyapu godek godek baru nak keluar
bila time dia keluar tak kira la, atas badan orang pun dia lompat semacam je
kalau kat badan Aleesya tu dia main belasah langgar gitu je
lepak baguih nampakkkkkkkkkk

dannnnnnnnnnnnnnn yang paling aku geram
dia masuk umah ikut cermin nako yang sempit tu
bermaharajalela  kot, bila kami tak de kat umah
terus dia berak atas songkok & sejadah..

ha.. padanla kan, Amirul & hubby kalau sembahyang suka lipat je sejadah tu kat lantai
Amirul pulak main letak je songkok tu

punya bagus dok ambil wuduk semua, 
bila tiba nak sembahyang, sejadah & songkok penuh ngan taik kucing
hahahaha.. sian Amirul termuntah muntah bau taik kucing

yang aku heran, kucing yang kaler lain tu baik je
tak de la nak seludup seludup masuk dalam rumah
memang dasar ko si hitam jahat
patut pun ko di panggil kucing jelmaan Jin

bila ko berak, ko selongkar semua tu
Jin yang ada dalam badan aku ni pun  leh keluor tau
tapi kucing hitam aku tu memang kucing yang sebenor benor kucing la
bukan jelmaan Jin ke hape ke
sebab aku tengok sendiri yang ibu kucing umah aku
yang beranakkan dia. hehehehe

memang tak lama la kot ko kat umah aku si hitam oi
tengah dok fikir le ni nak pos dia kemana.. hehehe


dipetik dari sini

Menurut Raji al-Asmar seperti yang tersebut dalam bukunya Asy-Syayatin, yang ditulis pada tahun 1991, muka surat 35-41, jin mempunyai keupayaan menjelmakan diri berupa manusia, binatang berkaki empat, ular, jengking juga burung. Kebanyakan jin menjelma menyerupai anjing hitam atau kucing hitam. Pendapat ini disokong oleh Ibu Taimiyah kerana hitam itu memperlihatkan kekuatan syaitan dan kekuatan membakar.

Allah ambil balik apa yg dipinjamkan

Kata orang tak baik merungut. Tapi tu la, kalau tak merungut kang kusut lak kepala ni
apa yang terbuku di hati harus diluahkan
kang gilo setengah mati pulak.


Hidup adalah pinjaman, kemewahan pinjaman jugak
miskin pun pinjaman jugak. Ini semua hal dunia
hal Akhirat harus di utamakan.
Tapi nak menuju akhirat kena la melalui denai denai dunia yg berliku
betul tak?

Hari ini, 12/7/2012 jam  7.49 pagi,
sedar sedar basikal Amirul dah lesap di curi 
sapa curi? 
tentulah pencuri....


ni gambar google. basikal Amirul kaler biru
 Actually aku baru je seminggu beli basikal ni.
Hadiahkan kepada Amirul sebab dia strike all A' exam dia
aku beli RM 250.00.
sian dia bermanja dengan hadiah hanya selama seminggu jerk.

Tak pe la ko si pencuri, ko curi basikal anak aku
aku ok lagi, tapi ko kena la ingat yang hidup ni ibarat roda.
hari ko curi basikal je pun
mana la tau besok nanti, barang berharga ko pulak akan di curi.

Mungkin basikal ni Allah pinjam kejap tuk Amirul
tiba masa Allah ambik balik
Ada la hikmah di sebaliknya tu
"jgn di tanya kenapa? hanya Allah yg tahu"



bohong la kalau cakap aku tak sedih ka... Amirul lagi le sedih
nangis nangis masa on the way nak ke sekolah
mcm tak boleh terima hakikat basikal dia hilang...

saja aku korek gambar lama ni
untuk ubat hati yang confius!!!

sebab apa konfius
sebab aku pun tak sure, nak marah pada siapa
kalau aku tau pencuri tu pun, tak kan aku nak pi marah
kalau dia boleh berfikir seperti aku takkan la dia pi curi.. betul tak?

Pujuk hati:-
Syukur la siti oi ko hilang basikal je
ada yang hilang keta, lori, hilang anak, hilang laki, hilang bini..
manusia sekarang segala benda deme nak curi


Tak pe.. malam ni malam jumaat kita baca Yassin.
doa banyak banyak,
kalau dapat balik ok lah. klau tak dapat balik
kita mohon agar Allah murahkan rezeki
agar dapat beli yang lain. amin...


Nota:- sedang pujuk hati untuk menerima hakikat!

Thursday, July 12, 2012

Hadiah Birthday ke?

Hadiah B'day ke? 
hehehe...
tak de lah, ini hadiah yg aku beli & dapat
issh.. cam na tu?
ok lah.. actually aku beli jam ni
sebab ianya adalah minggu b'dayku
jadi, aku dapat discount istimewa le
syukur alhamdulillah...

aku memang tak leh pakai jam yang bertali cenbggini
tapi tengok orang pakai mcm lawa jer
so, gatal la nak beli

tengok kat tali tu ada tulis stainless Steel
ha.. ok lah, kalau SS ni aku tak le alergik

mcm mana pun aku still sayang jam 25 hours aku tu.

Note: Ada yang baru yang lama di lupa jangan!

Ku sebak di penghujung ayat

Setelah hampir 9 tahun melayari bahtera perkahwinan, kebahagiaan adalah hadiah yang istimewa
buatku yang bergelar isteri dan ibu.

Sungguhpun begitu ucapan mesra adalah ibarat sebagai penambah rasa
dalam meniti kebahagiaan.
Aku mendoakan semoga semua pasangan yang melayari bahtera perkahwinan
akan sentiasa bahagia dan lebih bahagia dariku kecapi.


mungkin agak lewat ucapan suami kepadaku di hari lahirku yang ke 33 Tahun
Tapi ku tetap bersyukur, kerana hari ini ada sedikit kemanisan .
bukan bermaksud hari lain tak manis, tapi manis hari ni sebab ada kata kata istimewa dari pasanganku.

abang lupa ye.. ok tak pe di maafkan
bukan lupa langsung, lupa sikit je. 

Dipenghujung ayat tu buat aku rasa sebak seketika, 
terasa bertapa kerdilnya aku
dan ku berbisik  pada diri sendiri
Semoga Allah tidang memalingkan aku
dan tetapkan imanku
Untuk suami... 
berjanji pada diri sendiri utk menjadi isteri yang hebat dan terbaik!


Doa suami adalah mustajab. Syukur sangat sebab suami mendoakan aku.
by the way thanks abang...
bimbinglah isterimu ini ke arah yang lebih baik.

Wednesday, July 11, 2012

Fidyah


 Aleesya di lahirkan pada bulan puasa. Lagipun dia menyusukan badan. Saya cuba untuk menggantikan puasa tetapi tak mampu jugak. Oleh kerana saya pump susu, jika berpuasa saya akan menjadi lemah longlai. Sungguhpun begitu saya gagahi jugak. dan hanya mampu berpuasa untuk beberapa hari saja.


Saya dah cuba tapi tak boleh, jadi saya bercadang untuk membayar fidyah saja untuk tahun ni. Bila anak saya sudah tidak menyusu saya akan qadakan puasa sebaik mungkin. 




Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. 


Nak tau cara cara pengiraan fidyah. sila layari DI SINI
Boleh juga di kira DI SINI

 

Longan ke Mata kucing

Salah satu petua nak tambahkan susu ialah makan longan kering .betul ke boleh banyakkan susu?
ntah le, aku tak pernah amalkan pun. sebab mak tak bagi minum or makan longan ni
masa lepas berpantang that day.

Dalam kerancakkan makan durian
tetiba ada yang belikan aku buah mata kucing ni
hehehe.. makan la Mak siti Oi, jgn besok ko MC udah le

Buah dia  so.. so je la, tapi dah benda free sedap la pulak
kahhhhhhhhhhhhhhhh
itu la manusia kan, asal menda free je sedap bebenor. ( aku le tu)


Rasanya, bukan musimnya lagi
bapa hengget le kan segugus buah yang dibelikan untukku ini

thanks a lot!





Selamat Hari Lahir untukku..

Syukur Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku masih bernafas dalam meniti hari hari bahagia dalam hidupku
Selamat Hari Lahir buat diriku yang ku sayangggggggggggggg

Gini ke gayaku selepas dilahirkan? hehehehe...

Tanggal 11 Julai Tepat jam 3:30 pagi,  Ibuku dengan susah payahnya telah bertarung nyawa untuk melahirkanku. Faham sangat la aku ni sebab dah jadi ibu pun. 

begitu gumbira keluarga kami kerana di kurniakan seorang puteri
maklum la kan, yang lain semuanya lelaki, siap bernazar lagi ayahku tu
untuk dapatkan anak perempuan.

Ayah dah simpan cita cita nak namakan aku Rohana. 
Tapi masa poendaftaran nama tu, ayah tak dapat pergi
Nenek yg pergi, jadi nenek yang namakan aku Siti Fatimah

Oleh kerana keinginan ayah nak namakan aku Rohana
jadi semua ahli keluargaku panggil aku dengan nama Rohana./ Ana

Syukur Alhamdulillah, semua orang sayangkan aku
tak tahulah kekalau ada yang benci.
bior le orang benci, asalkan aku tak bencikan dorang udah le.

semoga di tarikh hari lahirku di tahun ini memberi sejuta kemuliaan dalam hidupku

* Aku bahagia menjadi anak, adik, kakak, isteri & ibu*
* Ya allah kau panjangkanlah usiaku agar dapat aku merasa menjadi seorang nenek,moyang dan seterusnya*
* Bahagiakanlah aku hingga ke syurga*