Tuesday, July 31, 2012

Memang Berkesan!

Masa aku jadi tonsil that day
ada dapat komen dar KA
cepat cepat le pergi cari menda alah tu

Ha.. cam ni le komen KA, dia ada sebut melon seed
aku memang malas nak pergi kedai sin sei ( tak tau eja) .
aku suh je Bos aku pergi cari.

Tak yah citer la kat dorang ni menda menda tu
dorang dah tau apa yg aku nak. ngeeeee



Ni pulak komen KA lagi ttg tonsil
hmm... mesti baguskan ubat ni
dah gugel kat tenet, ramai yg cakap bagus..


and lastly aku beli. ha.. ko 2 kali apply je terus ok.
kejap je tak selesa tu, pas tu akan rasa kebas
then nganga tengok, putih putih tu dah tak de..

pas aku lega, Amirul pulak jadi, 
Aku & hubby siap paksa paksa Amirul suh bukak mulut tuk apply benda alah ni
Amirul ok, sekali je dah ok tekak dia tu.

Then semalam husband pulak yang jadi
cepat cepat la suh apply, 2-3 kali gak la dia apply
ntah lah this morning lupa nak tanya dia
dah ok ke idak...


Masa hubby apply benda ni dengan susah payahnya, Amirul siap dok bunyi
" ha.. baru tau mcm mana siksanya, Masa Mirul papa paksa sangat bubuh ubat tu"
haish... kalau tengah sakit org dok perliu cam ni mesti geram kan..
tapi aku & hubby nak ketawa berbahak bahak pulak bila Amirul sound kami cenggitu.


Buang dalam kereta

Memang hangin satu badan kan, kalau kita tengah drive tetiba bau angin yang tak berapa nak nyaman.
Selalunya, Amirul la yang suka keluarkan angin angin gas karbon tu kat dalam keta.

Acap kali aku dok remind, kalau nak buang angin bagitau k, nanti ibu bukak tingkap.
Tapi, asyik lupa je dak mirul ni, dah keluar angin baru nak cakap

kebetulan, lepas je kami berbuka kat Pen mutiara tu terus drive balik
tak le rushing sangat, sebab kat Sebelah restoren tu ad Surau yang cantik molek

Alessya pulak macam tak nak duduk pula dalam keta
aku nyusu tak nak, aku dirikan dia pun tak nah
suh duduk lagi la tak mau, rimas plak aku rasa.

tetiba bau angin yang menymbat hidung ni
apa lagi.. bisinggggggggggggglah aku. siap pot pet pot pet lagi kat Amirul
Amirul pulak tak ngaku yang dia dah buang angin
aku siap berhujah lagi ttg org cakap bohong bagainya kat Amirul.

Geram gak Amirul kat kami sebab duk tuduh dia.
Aku pulak dok geram sebab dia tak ngaku, belajar dok cakap bohong

hahaha.. kes angin punya pasal leh buat aku jadi naik angin okey...
last, teringat nak tengok punggung Aleesya
waaaaaaaaaaaaaaa..... sekali Aleesya dah melepas.
patutla dia tak nak duduk mahupun berdiri..
dia sendiri pun dah mula geli funggung...

nak tak nak, kena speed balik umah, terpaksa tahan bau haruman tengik la pulak
siap bukak semua tingkap. Aircond kena off

sian lak kat Amirul kan, dah marah marah, upernya adiknya yang punya kerja.
ok.. maaf ibu ye, ter emosi lak ibu jap tadi.
sib baik umah dekat.

Monday, July 30, 2012

Berbuka di Pen Mutiara

Meh sini kite nak cite tentang time berbuka puasa sekaligus meraikan B'day Aleesya & Leman
ala.. kami celebrate kami kami je....


kami ke Pen. Mutiara Curry Home
memang selalu tengok je Restoren ni. katenya glamour sangat di kalangan kakitangan awam
husband yg suggest. tak de la booking booking bagainya
Sekali terjah , mak ai, fully book la pulak

Nak tak nak dorang ada reserve dua meja kat corridor tu. tengok jam bagainya
kira ok lah. sebab kalau rushing ke tempat lain mesti tak sempat nak berbuka puasa.

Amirul ni tak habis habis ngan game dia
sementara menunggu time berbuka tu.

muka ceria Aleesya sambil makan kuih.
hahaha.... 

kami order yang set 2-3 orang makan
tapi kami ambil nasi untuk 4 orang.  tuk Amirul le kan..
setnya tak banyak menu pun. 

sotong goreng tepung.. ok yang ni sedap sebab mengikut selera aku
dia memang sotong goreng tepung dan bukan cucur sotong.. hahaha

kerabu mangga yang aku rasa memang sedap
tak berapa masan & tak berapa manis
ala ala sweet sour gitu.

telur dadar.... biasala rasanya kan
kat mana mana pun aku rasa telur ni rasa semacam je..
ada yang lain mcm ke? kikikikik

ok. this are the main . Kari kepala Ikan
walawei.. seperiuk parking atas meja. sambil menggelegak lagi kari dia
memang terbaik. 

kalau sapa makan kari ni, balik umah leh termimpi mimpi tau
sebab currynya tak bersantan. so, healthy ok....

saju Jar air lemon + asam boi..
boleh la.. tapi tak cukup pulak air itu
so, kami order extra teh o ais + teh ais


Bila azan berkumandang je, apa lagi kami ngap la.
ups.. lup anak kasi tau, dorang sediakan kurma + air zam zam tuk makan berbuka
best.. kan...
Husband ceria kekenyanyan..

makan sampai tak larat nak habis.
sembang sembang jap pas tu makan lagi
dok makan sotong goreng tepung tu la...

sayang le, sebab tu aku dok pulun habiskan.
memang sedap tau.

ha.. tengok, hanya tulang belulang je yang aku tinggalkan kat dalam pinggan ni

mesti nak tau kan harga berapa makanan kami malam tu?

set untuk 2-3 org mkn = RM 73.00
kuih 3 biji,+ teh o ais+teh ais+ air kosong + sevice cahrge semua =RM 13.000
so makan kami malam tu berjumlah RM 86.00
( resit tertinggal kat dalam beg kamera) idak leh le tunjuk. sori yer

tak terasa sangat mahalnya tu sebab aku syer ngan my brother bayar. hehehehe...

sesapa nak pergi bolehlah  KLIK SINI

Lor.. kok Sama Tarikhnya.

27/7/2012 my brother si Leman tu tetiba ajak kami berbuka kat luar. Argh.. malas la, berbuka kat rumah lagi best. Lagipun husband kerja & balik kul 6.30 ptg. 7.00 baru sampai umah. Nak makan luar tapi rushing, mesti la tak best.

Then dia tunjuk IC. Wopppsssssssssss... sekali dia punya b'day le. Eh, nape leh sama tarikh ngan Aleesya pulak ni. Nasib la kan, sambut lagi sekali la dak Aleesya tu.

Sementara duk tunggu nak berbuka & potong kek
Aleesya dah nyum nyum....

Aku sponsorkan kek ni. Then tak yah le beli 2 biji
cuma letak 2 nama.
hehehehe... dah 31 tahun dak Leman tu yer.

Happy B;day Leman.
semoga sihat selalu & berubah ke arah kebaiakn dari masa ke semasa.

nanti aku viewkan part makan makan yer.

Saturday, July 28, 2012

Kebaikan Tonsil

Oleh kerana aku suka sangat terkena tonsil, jadi nak le gugel maklumat tentang Tonsil ni.

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Sikit je ni, ada banyak lagi penerangan. tapi aku ambik yang intronye je. kalau nak pastekan kat N3 aku ni, mau juling mata korang membaca. ngeeee.. nak tau lanjut sila ke SINI ye.

ooo... ghupernya baik jugak si tonsil ni noh. dia dok lawan penyakit dalam badan kita. tu la kan setiap kejadian ada hikmahnya..

Actually, pada tahun  1999 aku alami tonsil yang teruk sangat. Ingatkan biasa je dok sakit kat tekak, last merebak sampai ke lidah bagainya. Jadi, aku tak le makan. Bila pergi kerja je, aku pass out!

So, my brother datang le ambil & bawa aku ke Hospital. Pendekkan citer Doktor suggest suh aku potong je tonsil tu. Dia suh la abang aku sign surat keizinan. 

Bila abang aku dengar je, terus dia ambik kusi roda tu bawak aku keluar cenggitu je. memang dia tak kasi.
Dia cakap " Allah bagi benda tu ada kat dalam badan kita, mesti la ada gunanya. nak pi dok buang buat pe"
Sat pi potong benda tu, jadi sengau pulak adik abang ni. Hohoho.. sengau. argh!!! tidakkkkkkkkkkkkkk.

Tak pe dik, kita iktiar cara lain. then dia terus bawa aku balik kampung. Mak aku cuma jelumkan kepala aku. pas tu ambil daun lidah buaya, buang kulit semua suh aku telan. telan gak le walaupun rasanya mcm geli gitu.

keep on jelum kepala & 2-3 hari cam tu dah baik. Alhamdulillah.  Sib baik abang buat keputusan yg BIJAK!

Note:- tul ke buang tonsil tu leh sengau? atau mungkin abang sengaja takut takutkan aku!

Friday, July 27, 2012

Kopitiam Masak & makan Katak!



GEORGETOWN - Laporan Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.

Bluekkkkkkkkkk..... nape la jadi cenggini. walaupun Sinar Harian tak  maklumkan kopitiam mana, tapi nampaknya ramai pihak yg dah tahu.

betul ke apa  kopitiam yang masak katak tu adalah " PapaRich"? 
kalau betul le, kat outlet yg mana eh? 
sebab aku pernah masuk yang outlet kat e-gate tu.

sila lihat komen komen dorang ni

hmmm... tengok kat komen si "Produk Berjenama" tu
dia cakap PAPAKAYA!. paparich ke?


Note: terima kasih kepada pekerja kopitiam tu sebab maklumkan hal ini.
semoga Allah sentiasa memberi rahmat ke atas hidupmu.

Aleesya Dah Setahun today


HappyB'day Aleesya Dania. Selamat Datang ke dunia ini .. dah setahun. be a good gurl.
Ibu doakan agar Aleesya jadi anak yang solehah, 
jaga peradaban sebagai anak perempuan
dan sayang ibu, papa & abang selamanya.
 

Ibu beli kek chocolate Ganache.
memang dah plan tak mau letak lilin.
kita tinggalkan secara perlahan lahan yer...
 
oh.. sijantung hatiku.
rambut Aleesya dah leh ikat tocang. ngeee
kami ke rumah ayahku kat Kota Kuala Muda utk raikan
bukan rai apa pun, just potong kek je.

saja tak mau inform ayah, nanti my step mom tu akan masak itu ini
sian lak.

Hello.. abang, this is my B'day okey
ni mesti nak konker. nyamfah ah abang ni.

tengok le tu abang ni
wat mcm kek tu dia punya lak.
B'day adik la...

last kek tu, Amirul yang potong. Aleesya nengok je
hahahaha... 

hahaha... ayah dah botak pown.
tapi tak pe, janggut still ada.
dari kecik sampai le sekarang Amirul panggil my dad " Tok Wan Janggut"

Inilah my step mother. 
Aleesya tak de dok makan kek tu aih
dia makan biskut kering je.

ni pulak my sister. SPM this year okey
belajar kat Maktab Mahmud.
Adik lelaki aku pun belajar kat Maktab Mahmud gak.
sian tengok dorang menghafal... aliran arab memang cenggitu kan..

note: Nak makan kat luar ke sempena B'day Aleesya & si dia tu?
plan dah tapi tak tau le menjadi ke idak!!!!!