Thursday, August 2, 2012

Sana Sini Charge !

Sure korang pernah buat pinjaman kan. Pinjam dengan siapa? mestilah dengan bank.
mungkin bagi orang lain just ignore je menda menda mcm ni
Bagi aku, rasa mcm tak adil la pulak, then aku rasa mcm menyusahkan pun ada.

Tapi, siapa lah kita kan, kalau tak buat pinjaman, mcm mana nak merasa ada rumah sendiri & kereta sendiri.
sendiri mau ingat la.


Mungkin org lain pun rasa mcm mana akurasa, cuma tak tau nak mengadu kepada siapa?
Adakah perkara ini boleh di  "fight" kat mana mana 
kenapa dulu tak de sekarang pulak di praktikkan.


ha.. mesti korang nak tau apa yg aku bebelkan ini.
Actually, last year aku ada buat early settlement tuk kereta
then bila nak bayar, Bank ckp kena penalti sebab early settlement.
kalau korang sakit ati tak, punya le save gile sebab nak settel hutang, last kena bayar lebih dari yg sepatutnya

aku ada la ckp yg aku tak nak bayar, sebab 7thn lepas masa aku wat pembelian tak de pun dalam agreement. Dorang  ckp ni undang undang baru.geram kan...


then recently, aku nak settlekan satu lagi loan. sama juga dorang charge penalti
alasannya sama sebab early settlement. Kali ni lagi teruk penaltinya.
rasa mcm teraniaya pun ada. ( huhuhu.. nak nangis)


secara lojiknya , kalau kita bayar ansuran bulanan lewat sikit je dah kena late charges
the kalau kita nak settle pun mcm bank tak encourage to settle.
sepatutnya bila org nak bayar hutang cepat mesti kita suka kan
tapi si bank ni lain la pulak
dorang tak suka...

Ada yg letak syarat after 5 year baru boleh settle semua. ok la yg tu.
yang aku kena ni bank standard, aku dah di tahun akhir pembayaran pun dia charge penalty jugak
haish.. last terbantut aku nak buat full settlement.
maklumat lanjut: Hati hati
article ni pun bantah jugak

Dah le auto debitnya charges pun kemain lagi kan. walaupun sedikit tapi bila di kumpulkan jadi banyak jugak
bukan aku berkira, cuma aku rasa mcm org Malaysia mcm aku ni
membelanjakan sebahagian dari pendapatan untuk bayar charges.

ups.. top up credit tuk maxis hubby pun kena charge jugak 50 sen.
charge lagi...

Nota:- fed up with all the Nonsense Charges

Hot topik in Ramadhan.


hmmm... sejak 2-3 hari ni, apa topik korang dengan husband/wife korang?
sama mcm aku tak?
duit baru tak tukar lagi ni...

1) hai.. faham faham la kan, kalau dah dekat nak raya ni, asyik cakap tentang duit je...
sama la mcm aku, abang... berapa budget untuk baju anak anak, baju saya & baju abang?
haish... leh pening kepala kan.. kan... ( syukur 50% dah saya beli masa sebelum puasa )

2 )topik yang dibincangkan merangkumi juga ttg, Raya nanti nak balik mana?. bincang elok elok ok, jgn sampai bergaduh dan berperang pulak. kang tak pasal pasal batal puasa. = dah sepakat Raya tahun ni di Kampung Aku.

3) Topik sterusnya ttg harga ayam + daging. Time nak raya ni memang angin je bila ckp tentang harga ayam dan daging. Abang dah simpan duit daging untuk mak? haaa.. ni le ayat aku. sebab daging kan mahal, jdi wajib kena support.

4) Zakat Fitrah abang dah bayar? jgn sampai lupa pulak. Tahun kita berempat. jgn lupa tu= Alhamdulillah hubby dah settelkan awal awal lagi.

5) Abang, raya nanti jgn boros sangat, kena spare duit minyak kereta dan tol . Mana tau kot kot mak ajak beraya kat Perak. rumah sedara mara dia.= Sian mak dah lama tak berjumpa jumpaan ngan sedar dia tu.

6) Abang, kuih raya tahun ni T tak buat, sebab Aleesya kacau ( dah malas nak buat, alasan anak la pulak) kita beli je lah noh.. = ada masa nak la buat 2-3 jenis

7) Raya nanti abang nak makan apa? selain lemang & ketupat nak buat laksa? bihun sup? mee kari?= semua sister in law aku dah dok berbincang, nak makan sedap colection mau power beb.

8) Abang nak tukar duit baru berapa ratus untuk duit raya tahun ni? = bila ek start bolehtukar duit baru ni?

* itu abang , ini abang jgn sampai tumbang udah le..*

hahaha... inilah sebahagian perbualan kami suami isteri. kami dah setuju yg tahun di raya kat kampung aku. sebab last year raya kat kampung hubby. Tak de la susah mana pun sebab kami kan senegri. 10 kali ulang alik pun tak malam lagi. kikikikik...

pokok pangkalnya, kalau non ada fulus, boleh berserabut kepala ni kan.

Note:- tengah pujuk bos.. kasi le sket $$$$ sebelah tangan pun ok la. 




Sahur ngan Maggie je ke?

hubby kerja malam, jadi aku & Amirul je la yang bersahur
Amirul ni ok je kalau bersahur, tapi tak  kan makan kalau tak de org suapkan
kalau makan pun dalam 3-4 suap je
pas tu minum air & tidur semula

tadi hubby balik kerja dalam kul 7.00 pagi, masa nak ke bilik air dia terpandang satu bungkusan kat dapur
pas tu dia masuk bilik & cakap...
hai.. bagi Amirul bersahur dengan maggie je ka?

eh.. tak de lah, dia makan nasi la sahur tadi.
habis tu, sapa makan maggie, T ke?
tak pun, selamba je aku jawab.

then dia ckp ada bungkusan maggie kat dapur sebab tu la abang tanya.
aku terus ketawa... hahaha.. abang dah terkena mcm Amirul jugak
tu bukan maggie lah, tapi bungkus Papadom!

tengok la bungkusan tu, lebih kurang bungkusan maggie je kan.


Amirul pun semalam ni, nampak je bungkusan tu terus pergi grab
sekali bukak, rupernya papadom
dia ingatkan bungkusan mamee....

alahai nape la terkonfius.
tapi kan, sekali pandang mcm bungkusan maggie VIT'S tu kan.

Nota: tak bape sedap pun papadom ni, sedap lagi yang timbang kilo kat Market street.

Wednesday, August 1, 2012

Masker Wajah Buatan Sendiri

Asyik dok citer tentang aku & anak anak je kan. sat korang jemu lak. ok lah kit aout of the familly topik kejap.
Aku ngaku okey, aku ni tak lawa. apply le pabenda pun kat muka ni, semuanya tak sesuai.
Tapi tadi ada godek godek kat tenet tetiba jumpa satu resipi.
ish.. satu ka? hehehehe...

Pakar kulit bersetuju bahawa ramuan semulajadi adalah sangat mujarab untuk kesihatan tubuh badan dan kulit. Oleh sebab itu, membuat sendiri ramuan semulajadi untuk rawatan wajah pastinya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah buat yang memiliki masalah kulit berminyak. Buah-buahan, madu, lemon dan empingan oat (oatmeal) adalah antara makanan yang sering digunakan untuk membuat masker wajah.

 Ia tidak akan merengsakan kulit, dapat membantu masalah jerawat dan cela di wajah, dapat mengurangkan saiz liang roma malah dapat menggelupas kulit. Pastinya secara semulajadi. Malah, rawatan wajah semulajadi 'air tangan' anda ini dapat membantu anda berjimat daripada berbelanja sejumlah wang ke atas produk kecantikan. Kaum wanita kebiasaannya membelanjakan wang dalam RM50 atau lebih banyak daripada itu untuk masker wajah berkualiti tinggi. 

Walaubagaimanapun, topeng buatan sendiri membolehkan anda berbelanja kurang daripada RM10 dan tersangatlah efektif. Untuk mengetahui bagaimana membuat sendiri ramuan semulajadi ataupun bahan organik khusus untuk kulit wajah, apakata cuba cara yang disediakan di bawah ini, selamat mencuba!

Ala.. lecehla, nak buat itu ini just for masker je kan. ( aku la tu)ngeee. last beli je
ok.. ok... meh kita tengok resipi pulak.

MASKER STRAWBERI YOGURT

Bahan-bahan:
Enam biji strawberi segar (dilecekkan)
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa)

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. 

kalau tak nak guna starwberi sebagai masker, leh guna cara kat bawah ni. Maklumlah kan, strawberi bukan senang nak dapat. kalau kat supermarket di Penang ni senang la. kalau korang tinggal kat kampung mcm mana ek? jadi kita guna kaedah lain pulak.


MASKER TELUR DAN AVOKADO

Bahan-bahan:
Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!)
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk.  

hmmm.... telur memang senang nak dapat. tapi Avokado?
kalau susah sangat kita cuba yang ini pulak ok.


MASKER EMPINGAN OAT

Bahan-bahan:
Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini. 

kalau tak suka jugak, boleh guna kaedah di bawah ini jugak

MASKER EPAL MADU

Bahan-bahan:
Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus! 

ha.. yang last ni korang jgnn dok wat main main. jap mak korang leh naik angin tau
sekarang kan musim org buat kuih raya
jgn korang pi bedal mak or kakak korang punya soda penaik sudah la ye.
Sila beli sendiri. murah je pun.

MASKER SODA PENAIK

Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air seju

selamat mencuba. Aku pun nak cuba jugak le. tapi kena la kasi si kecik tu tido dulu