Wednesday, October 31, 2012

tersentuh hatiku..

hati ibu mana yang tak tersentuh bila melihat anak anak bergurau senda kan...
memandangkan aku ada dua orang anak je
jadi mereka ni sangat rapat
Amirul pulak sayang sangat adiknya

 ni aksi Aleesya nak sikat rambut abangnya
sambil tu nak kacau abangnya yang tak pedulikan dia
sebab asyik sangat main lappy

 lagi abang ckp sakit lagi la dia suka
last, rambut tak sikat
garu kepala abang ngan sikat tu

 abang pujuk adik suh main lappy sekali
happy le
bila dok tengok katun game tu menari nari kat pc

 siap dakap dakap abang lagi tu

peluk peluk leher abang
nak peluk badan tangan tak sampai hahahaha
sweetkan bila tengok perangai dorang.


Note: Moga keakraban dorang kekal hingga ke syurga.

wow.. mak cik kayo!!!

kalau korang kerja hari hari  pagi petang siang malam boleh tak kumpul 600 juta pund?
haish... tak sangka ada orang nak bagi aku 600 juta pound

kalau convert ngan Malaysia Money
alamatnya tak yah kerja aku termasuk  semua generasi  aku 
mahupun yang hidup dan yang bakal hidup. kahhhhhhhhhh

sila klik imej untuk membaca! 


ada juga hamba Allah yang pedajal akupepagi ni kat e-mail aku
siap tulis dalam bahasa melayu lagi
tak de maknanya aku nak caya


dari Aisha Hussain pulak tu
wah.. sapa la aish hussain tu
anak saddam hussain ke?
ngeh... ngeh...

 baca betul betul ayat dalam imej di atas
aku yakin ini dihantar oleh orang Indonesia
sebab dia guna ayat lewat


Nota: 600 juta pund !!! wah.. pengsannnnnnnnnnnnnnnnnn

lawak @ Interpretasi Rabak

haish... setiap sabtu dan ahad
aku memang suka tercongok je depan TV
sebab nak nonton satu rancangan lawak yang teramat
ntah nak consider sebagai apa pun tak tau la
yang penting memang geli perut aku..

 so sesapa yang tak de Astro
boleh click kat gambar tu dan baca la subtitle kat bawah tu

kalau dapat tengok sendiri memang gelak guling guling..

tengok photo photo ni pun aku dah tersenginh sengsorang

 yang aku ambik dari SINI

dari SINI

tak rugi kalau korang nonton. cayalah..

minggu lepas dah terlepas
harap harao dapat tengok ulangan . 

Tuesday, October 30, 2012

Raya Dalam Hutan

Ecewah... mcm orang asli  la pulak
orang lain raya di kampung, aku pulak raya kat dalam hutan

 sebagai memenuhi permintaan si Amirul
kami ke 'Hutan Lipur Puncak Janing"
dekat je dengan rumah

dodulu masa remaja aku kayuh basikal je ke sana

 air pun tak banyak sangat
boleh la untuk budak budak mandi

hehehe... tayang gambo dulu
sebab aktiviti mandi manda akan menyusul

nak tau aku mandi ke idak
tunggulah next entry.

Proton Volvo

On the way nak bali Raya Aidiladha tempohari
Adik AKu si Leman tu call.

"Kak.. nanti singgah mana mana shell peetrol sation, beli kan Man Satu Liter Minyak Engine, 
Man Nak service keta Man ni"
Bila sampai je kat Pekan Tanah Merah tu, aku pun pergi la Shell Petrol Station
Sebab Nak cepat aku tanya je kat Counter tu

"Dik Minyak Engine ada jual tak?
Then dia pun ckp kat aku la ada kat hujung rak sana.
Sebab adik aku nak satu Liter ja, jadi aku tercari cari la yg 1 liter punya 
dia tengok aku tercari cari. jadi dia pun datang la nak tolong

Kak, Minyak engine ni untuk keta apa kak?
aku selamba je jawab " KERETA VOLVO"
ooo...kejap ye kak.. dia ke counter, ada org datang beli barang kot

Masa aku ambil je minyak engine tu , dia tanya aku lagi
Kak, Volvo tu dia keta apa ek, proton ke?

Aku memang nak ketawa dah ni.
Ish... budak ni, Mana ada Proton Volvo!!!

Tak baikla la aku nak ketawakan dia
tapi rasa mcm lucu ar dia tanya soalan mcm tu..
aku diam je walaupun rasa mcm lucu. Jahat aku  kan..


Note: balik rumah aku ckp kat adik
"Minyak ni untuk kereta Proton Volvo sahaja, Keta lain tak boleh'!!!! kikikik
 


 

Setahun Tiga Bulan

27/10/2012 11 Zulhijjah bersamaan 2 hari Raya Qurban
Genaplah Usia Aleesya Setahun 3 bulan

 Alhamdulillah.. Aleesya sihat dan semakin banyak keletah
rinsu je keletah dia bila terlihat photo photo ni..
Moga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk anak anakku.

 Balik kampung that day. Orangtua tua ckp Aleesya ni jenis "Teras" Teraih kata orang kedah
aku tanya nenek, Teras tu apa?

Nenek cakap ni le gelaran kepada budak kecik bila krektor dia lasak
oooo.... mungkin kot
sapa yg rapat ngan dia tau le dia ni mcm mana..

Aleesya ni kalau makan yang jenis lembik memang dia luahkan semula
contohnya, kalau bagi dia makan kuih muih yang lembut seperti bengkang, apom atau kuih kasui

tapi kalau bagi karipap, muruku bagai. laju je dia kunyah.
Nasi lembik tak mau
nak makan nasi yang orang besar makan


Kalau dia makan, tak yah kita nak ikut bontot dia
bila suapkan dia, dia makan sambil ke sana ke mari
bila dah habis makanan dalam mulut dia akan datang kat kita semula
memang senang kalau nak bagi makan.


Note: Tudung tu pau tudung kazen dia. hahaha..

Terima Kasih Sesangat..

Happy Tuesday kepada semua, semoga baik baik belaka
bagi yang berjaya diucap tahniah dan yg berdukacita diucapkan takziah


kepada pengunjung setia Love Is All Around
ribuan terima kasih diucapkan
kepada yg belum sempat saya terjah
jgn sedih ye
saya akan sedaya upaya terjah korang balik k
hehehe... senyum la sikit.

kepada majikan tersayang
sila baiki lampu segera dah rasa mcm kerja dalam gua ni
jgnnak ingat lampu keta je nak repair.. hehehe
kang saya angkat beg balik baru tau
upss... surat cinta dah saya siapkan
sila suruh office boy pergi dispatch!!!


Note: Semalam ziarah nenek yang tengah tenat.
sayang Tok...

Sebahagian daripada pengunjung. Terima Kasih ye.
Nanti saya jenguk jenguk rumah kalian. Peace kacang peace...

Blogger Zura@Iwan
Jue Jaynee  
cHeRyNa PiReS
nik ros
Haryati Faizal 
TiranaAduka
boni kacak
MarliaMarble 
teratai
Hanif Idrus
fatin amalina husna  
Miss Uya 
aTieYusof Family
anamizu kaito
eB
ALoNa CintamaniszLite
Noraziha