Friday, December 14, 2012

Rahsia- Perjumpaan Rahsia dan segalanya Rahsia

syyyy... baru baru ini telah dihidu satu pertubuhan rahsia yang tidak berdaftar
telah bergiat aktif di Penang
di khabarkan bahawa pertubuhan ini bakal menggugat jumlah undi 
untuk jawatan Ketua Wanita.

Golongan wanita ini selalu di lihat
mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan ahli ahlinya
dan baru baru ini telah mereka telah dihidu mengadakan perjumpaan di 
tempat yang juga Rahsia..


ini bukti perjumpaan mereka
yang berjaya si paparasi a.k.a papa kepada mohd Razi.
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 salah seorang ahli persatuan yang di kenali sebagai Hot Mama
telah order minuman rahsia ( sebab resipinya pun rahsia)

dan lasagna ini pun rahsia jugak resipinya.
 lihat ahli kumpulan ini yang bernama Zura
sedang melihat mesej rahsia tentang misi misi yang bakal kumpulan ini
laksanakan.

dannnnn .. adakah mamat yang sedang melihat itu sedang melihat 
gerak bibir ahli kumpulan itu utk mengetahui rahsia mereka?
ok.. kita terjah lagi.

 aksi wajah  kenyang si kaca mata sebab dah kenyang
si El. dan Si Nureen yang masih lagi menunggu menu rahsianya

adakah mereka ini berbahaya
dan bakal menggugat jumlah undi PRU akan datang?
sama sama la kita lihat.

 adakah ketawa girang mereka ini
menunjukkan sebahagian daripada misi mereka telah berjaya.

owh.. di manakah ahli mereka lagi seorang, gieyana
adakah dia sedang mengepalai misi misi ?
di fahamkan beliau tidak dapat hadir kerana, 
teramat takut dengan kesesakan Jalan Raya
sebab perjumpaan ini berlaku pada hari Jumaat?


 Di lihat juga salah seorang ahli iaitu El, telah meberi goodies rahsia
yang hanya tertera nama ahli
dan tidak di ketahui apakah sisi goodies tersebut!!!
ini pun rahsia juga..

adakah di dalamnya mengandungi surat berantai
Bom Tangan?
mari kita selongkarrrrrr
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/
 
Ternyata di dalamnya ada seekor ikan yang di perbuat dari kayu
made from Bali

ternyata ikan ini tidak perlu di masukkan di dalam fridge
hanya lekat aja di pintu fridge. FM da...



sekian laporan rahsia. daripada ahli kumpulan Hotmama yang bernama wantie
sempena perjumpaan mereka di Rahsia Resipi ( Secret Recipe)

Note: Thanks El for the FM. dan sangat sangat happy bila kita bersidang.
hahahaha... nati gather gather lagi yer.

Thursday, December 13, 2012

Meletup Dalam Mulut

Semalam masa aku nak pergi beli duyan nak buat Durian Crepe
Amirul dok nangis kat bawah, sebab tak puas ati ngan anak jiran
ala.. sebab anak jiran dari KL tu lepak kat atas kerusi batu milik AMirul je pun.
budak tu pulak, baru umur 3 tahun, 
budak tu tumbuk belakang Amirul berkali kali sebab dia tak bagi Mirul duduk kat situ.


Amirul ni tahan marah, sampai leleh leleh air mata
Hahahaha... Ni la di katakan "Hero kampung Dusun" 
Mana boleh orang lain duduk kat kerusi Sarip Dol
tul tak? kahhhhhhhh
anak anak kan.. mcm tu la
kejap gaduh kejap berkawan..


Sebab nak pujuk
aku bawa dia ke kedai
nak pulak beli menan yang taruk duit 50sen pusing keluar bola besar
then dalam tu ada la serbuk magic a.k.a super pop magic.


Balik rumah Amirul makan le
then dia ckp, rasa pelik la pulak.
sebab dia meletup letup dalam mulut
mcm bertih jagung tu
ada sound plak tu.

Aku tak caya, pas tu Amirul bagi le sikit untuk aku try
eh ye la.. dia ada bunyi pop pop dalam mulut aku
korang pernah cuba tak gula gula ni.

Tapi kan, mcm ngeri ja gula gula tu
boleh mudarat kesihatan tak?
mana tau dia tak lepas saringan kesihatan ke
eee... pikir panjang la pulak

lepas bedal baru nak fikir.. hapelah aku ni
tak leh bagi amirul makan selalu
kali ni tak pe..di maafkan.




Note: bukan meletup mcm Bom!! tu. meletup manja manja je..
 

Durian Crepe yang menjadi la sangatttttttttttt

Aku ni kalau benda yang aku suka, aku akan buat berkali kali 
sampai la menjadi. usaha tangga kejayaan la katakan.

Hari tu beli durian crepe sedap bangat
nak makan banyak kang kempis poket pulak
jadi buat sendiri la jawabnya.

operasi bermula semalam.
 sebelum nak dapat mcm ni dah rosak banyak tau
sebab kulit nya tu asyik terkoyak je..
aku letak durian dan cream tu banyak
saja le. dah buat sendiri ikut suka hati je...

 ok. dah siap yang durian
Aleesya tido time ni. Syukur. selesa aku kat dapur semalam.

Tapi  kesal gak dengan crepe aku semalam
sebab kulit dia tak shining mcm yg orang lain buat
lembut dah semua elok dah

Inilah cabarannya kan..
harap harap bila rajin dok main main dengan adunan tu. satu hari akan menjadi jugak

Yang penting rasanya tak lari le. 
Still boleh rasa mcm Durian Crepe yg aku beli tu
cuma tak lawa jer. kikikikik...
makan sendiri tak pe lah.. 
nak bagi orang? owh tidakkkkkkkkkkkk!!!!

Pas tu aku try pulak buat bluberry crepe. dalam 3 biji je
sebab bila aku makan, tak de la seenak sang durian.

tetiba si kecil tu bangun. Nangis la pulak

 ambik dia letak kat dapur. sementara aku nak cuci dapur, cuci meja, basuh pinggak mangkuk bagai.
Bila dia tak nangis aku pun tak de la nak toleh tengok dia.

sekali tengok.
ambik ko. dia cedok krim tu dengan pisau kek.
jengkek le tu cedok lebihan cream
sebab menda tu kan kat atas meja makan.

Last gagau dengan tangan. 
kecepuk.. hahaha.. dia buat masker la pulak.
tak pe la.memang dah nak buang pun cream tu.


sementara aku basuh pinggan, aku ambik bekas tu le tak kat dia
apalagi.. tenyeh penuh lantai.
tak pe la selesai semua, aku nak mop lantai.
biar dia explore..

kan ke, doktor cakap. budak kecil ni kena bagi dorang sepah sepah
baru otak berkembang.



Note : Sian ko Miera, ko kena makan jugak walaupun tak sesedap yang Cik T beli.
Doakan aku agar suatu hari nanti aku pandai buat crepe tu yer..
arghhh.. kena cuba dan cuba .. tak kan mengalah K

Sori, El, Nureen, Zura dan Gieyana. tk dapat bagi korang rasa
sebab tak cantik!!!

Wednesday, December 12, 2012

Ketawa Pun berkhasiat!!!

Tajuk tu mcm terbalik je..
Khasiat ketawa benornye.

 

Hari ini.. mari kita belajar tentang ketawa.
Bukannya apa, aku tengah dengar bicara Ustaz lah ni
hari ni beliau membincangkan tentang ketawa.

1) ada ketawa yang menyakitkan orang lain
2) ada ketawa yang menyenangkan orang lain
3) ada yang terpaksa ketawa. 
4) ada juga orang tertawa.

oleh itu pandai pandailah menggunakan ketawa tu di tempat yang sesuai.
Bak kata bahasa perniagaan
" Put the right person at the right place"
jgn terlebih lebih ketawa pulak!!!


KHASIAT KETAWA KEPADA MANUSIA

senyum dan tertawa akan membantu tubuh kita  mengeluarkan enzim seperti endorphin.
atau dikenali dengan panggilan mesranya enzim bahagia.
wah best ni lagi banyak ketawa lagi banyaklah perembesan enzim bahagia 
bertambah tambah bahagia la jawabnya...
kerana secara logik pada saat seseorang sedang ketawa tidak mungkin pada masa sama mereka memikirkan perkara yang menyedihkan.


Dengan ketwa juga kita dapat membakar kalori. 
wah.. tak payah la dok jogging semua. ketawa jer..
kalori dok bakar je kan.
Jika ketwa 17 minit sehari dapat membantu memanjangkan umur sebanyak sehari.
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa merupakan satu senaman yang baik bagi melancarkan pengedaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung.
Ini kerana ketika ketawa seseorang akan menggerakkan otot wajah dan tubuh, sekali gus mempercepatkan kadar degupan jantung dan pernafasan.


 
sumber photo

tapi perlu diingat, ketawa dengan iklas. dengan sebab nak ketawa
ketawa kerana Allah dan jgn paksa untuk ketawa
kalau  paksa diri untuk ketawa, akan memudaratkan jiwa ok.


Ketawa juga dapat membantu menghindarkan dari penyakit mati hati
Mati hati ni ibarat mcm hilangnya sifat berperi kemanusiaan kita
hilangnya sifat pemurah
pendek kata, hilang semua sifat sifat baik yg sebelum ni tertanam dalam jiwa.


Hanya 2 makluk aje yang di ciptakan Allah yg boleh ketawa 
iaitu Jin dan Manusia.
Tapi Jin tu ketawa bila dia dapat menyesatkan manusia.
itu la beza ketawa manusia dan ketawa Jin. hehehehe..


Note: Ada sebahagian ciptaan Allah yang Allah rahsiakan khasiatnya
agar manusia mengkaji dan menilai betapa hebatnya kekuasaan Allah.


Persediaan Kita dan mereka menghadapi hari Kiamat

ramai yg suka sangat dengan 12/12/12 iaitu tarikh hari ni
bagi aku tarikh hari ni memang cantik
dan ianya menjadi lebih cantik sebab Allah masih benarkan aku bernafas 
dan berada di numi ini. 

Banyak betul ramalan ramalan yang di buat sempena bulan 12 ni yer
- ada yang cakap akan berlaku kimat pada bulan ini
- Akan berlaku gempa bumi di dasar laut yg paling dasyat di Jepun
mcm mcm la andaian
samapi ada filem yang di buat sempena 12/12 ni..

 


KAMPUNG QIANTUN, China - Seorang petani, Liu Qiyuan membina tujuh buah pod penyelamat yang berbentuk bulat dan boleh terapung di permukaan air di rumahnya di sini, selatan Beijing.

Dia mendapat ilham untuk mencipta pod tersebut berdasarkan filem Hollywood tentang hari kiamat yang berjudul 2012 dan tragedi tsunami di Asia pada tahun 2004.

Qiyuan berharap ciptaan itu akan digunakan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa dan jabatan kerajaan bagi menghadapi ancaman tsunami dan gempa bumi.
Pod itu boleh terapung dan mengandungi tangki oksigen dan tali pinggang keledar. Seramai 14 orang boleh berada di dalam pod tersebut.

Pod itu dicipta supaya ia tidak berpusing bila terapung di permukaan air.
Ia dihasilkan dengan menggunakan kaca gentian yang diletakkan di sekeliling rangka keluli yang berbentuk bulat. - AFP

 

ini lah pandangan bahagian dalam kapsul yang dapat menyelamatkan diri dari hari kiamat.

 

sesungguhnya jika kamu membaca dan memahmi maksud di dalam Al-quran kamu tidak akan menjadi setakut ini..
Yang pasti Hari kiamat pasti akan berlaku, ternyata hari kiamat tidak akan meninggalkan
walau seorang pun umat manusia di muka bumi ini.
Percayalah dan Wajib Percaya!


Persediaan orang islam menyambut hari kiamat adalah dengan banyakkan amalan kebaiakan
persedian orang cina- buat kapsul terapung
persediaan orang barat- kaji planet planet lain supaya manusia boleh berpindah ke sana.


Note: Yang pastinya semua orang percaya kepada rukun Iman yang ke Lima, tak kira islam ke kafir ke
"Percaya kepada Hari Kiamat"


 


sesekali buat gila ok gak

Buang tebiat, aku ngan Amirul petang ahad tu
maklumlah dah penat penat buat biskut & ice cream.

saja le pergi belakang lepak lepak
kali ni  gedik nak wak si DSLR.

saja nak ajar Amirul teknik snap photo lompat .
banyak kali gak dia try nak snap gambar aku lompat ni
adei... aku lompat dah jadi berpurdah plak..


kali ni dia pulak naklompat
bila tengok aku snap tu nampak ok
dia pun nak cuba lagi
bila aku tunjuk gambar ni kat hubby
mula la la dia komen
dah buang tebiat
nak senja dah tu, dok lompat lompat lagi..

eleh... biorla.. orang nak happy happy
diajeles la sebab dia kerja
tak leh join.. hehehe...

yang ni hantu senja..
nape ek gambar ni gelap.
time tu tak gelaplagi la...


Aleesya mesti heran. 
apa la ibu ni doklompat lompat..

dia tak pandai lompat lagi
pas ni,ko le jadi mangsa model lompat.
hahahaha...

ok..ok.. penat dah lompat.
rilek jap...

lastly, sebelum pulang Amirul lompat lagi.


balik mlm tu, Amirulkat bilik air, dianak terkucil
boleh dia lompat lompat
pas tuckpkat aku, kalau kita lompat lompat memang tak keluar kencing la ibu...
hahahahaha....
sampai nak kencing pun ko nak lompat. sabor je la...


Note: syyyy...depan hubby tak denya aku nak lompat. control ayu lakonon. kahhhhhhhhhhhhh

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH

lewat lewat mlm  ni nak join satu segmen.
simple benor segmennya.
,mcm ni le aku suka.
Segmen, Bloglist, Pokok Manggis Depan Rumah, pokok, pokok2u,  
eh depan umah aku tak de pokok manggis la
depan umah blogger ni kot.
hehehe... 

sapa nak join klik kat banner or kat SINI