Saturday, December 15, 2012

Malaysia Negara Paling Biadap Di Dunia

Lumrahnya manusia yang elok elok je nak dengar
bila dengar orang klasifikasikan Malaysia sebagai Negara Biadap
bernanah jugak telinga ni.
tak pe.. tak pe.... meh kita kongsi sesama k

Tadi dengar Radio ada keluar berita yang Malaysia mendapat tempat ke 33 negara biadap di dunia
sebab apa pulak.
mcm mana ianya di nilai.
meh sini usha usha..
1- Memandu secara merbahaya, tukar line tanpa memberi signal, suka cucuk dan hon sesuka hati.
memang tersangat la betul. part tukar line tu la boleh accident.
kalau bab "cucuk" tu memang aku geram. tau le dorang keta sempoi, aku keta siput
apa kes nak cucuk cucuk. selalu  berlaku kat Hightway. betul tak?
2-Tak patuh papan tanda arahan-Makan dalam LRT, Merokok di tempat larangan merokok, buang sampah merata rata dan parking di kawasan yang tidak di benarkan.

tak patuh arahan tu aku selalu tengok bila dah tulis pun no entry, dok gagah drive masuk jugak.benci.
pasrt merokok tu lagi lah meluat, makan kat restoren pas tu isap rokok depan budak budak/baby buat muka selamba beruk. sampah jgn ckp la.dari atas flat pun buang ke bawah..
3- Mengambil hak parking kereta walaupun tahu ada orang menunggu untuk memasuki parking tersebut.
Ni satu lagi perangai. dok wat lengah lengah bila nak keluar parking. saja la tu. Then parking pulak kat tempat orang cacat. memang dasar biadap.
Ada yang lagi best block parking orang. cam no orang nak keluar? habaq mai sat.
4- Tak beri tempat duduk kepada wanita mengandung dan orang tua
Ha.. memang mangkuk tenuk punya perangai. pentingkan diri sendiri .
5- Tak beri laluan kepada penumpang untuk turun dan terus nai ( pengankutan awam)
tak pandai nak komen sebab dah lama tak naik pengangkutan awam ( bas)
6- Cakap telefon dengan bisingnya di kawasan awam terutamanya panggung wayang.
hahaha.. ada yang jawab phone siap tangan kaki semua bergerak.
terutama bila jawab phone utk tentutakan arah jalan. lawakkkkkkkk
7- Tak tolong bukak pintu masuk atau lif kepada orang belakang.
hahaha.. kekadang tu terkepit orang belakang bila nak masuk.
hampehhhhhh
8- Tak cakap terima kasih selepas mendapat sesuatu manfaat
rasanya, segelintir ja kot. tak baerapa nak setuju la yang ni.
9-Takde Tanggungjawab- tingal troli kat kawasan letak kereta, tinggung atas tandas duduk dan mengotorkan tandas awam
ha.. yang ni sokong sesangat. banyak sangat troli lepak kat parking terutama kat tesco.
sebab tu tak suka masuk tandas duduk. geli la dorang ni.
tak tau guna tandas ke hape?
10- selalu lambat
hahaha... dah tertanam dalam jiwa kot. "Janji Melayu"
cal bagi tau on the way tapi baru nak mandi...



Semoga kita sama sama perbaiki kelemahan yang ada. eh.. rajin pulak orang yang buat statistik tu kan..
Ada tak senarai bos yang paling teruk atau bos yang paling baik..
ala.. baik mcm bos aku tu.kahhhhhhhhhhh

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

sepatutnya tak kerja harini
tapi dak Cik handphone tertinggal kat toilet office kelmarin
makanya kena datang dan buatlah apa yang patut
sementara nak tunggu cukup masa lepak kat blog leeza jap

 

wah.. leeza buat segmen la.
mesti la join sebab saya memang suka support niat murni kengkawan blogger yang buat segmen ke, GA ke hapa ke. Asal tag saya, saya cuba untuk join.
kalau sempat la. But majority tu saya join k.

Bukan kerana hadiah saya join ni
tapi sebagai rasa tanggungjawab seorang sahabat blog tau.
semoga ikatan persahabatan berkekalan.

Sesapa nak join
sila klik SINI or banner tu je

cepattttttttt... tarikh tutup 30/12/2012

Friday, December 14, 2012

Bayi lahir jam 12.12 pada 12/12/12 dan melibatkan masa selama 12 jam

kalau ikut perecaman melayu.
ewahhh.. guna bahasa kedah la pulak." perecaman"
Perecaman tu mcm kebiasaannya la.

kalau baby lahir tengah hari rembang
baby tu nanti akan ketegaq, panas baran
hmm.. mcm mcm la andaian org dodulu

kekononnya, masa lahir tu tak de azan dah. sebab dah bukan waktu sembahyang la
ntah le. tapi jarang benor kita dengar baby lahir tengah hari rembang
ada la sorang dua cam tu la.
tapi yang duk jumpa pun cam tu la, spesis degil..
degil sampai ke tua. ( ke betulan je kot)

Tapi yang ni berlaku kat Boston
Bayi lahir jam 12.12  pada 12/12/12
dan melibatkan masa selama 12 jam..

sib baik bayi tu berat 4.1 kilo je
kalau berat pun 12 kilo. arrrghhhh pengsan aku weih..

  

BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.
Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi.
Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.
Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan rahmat buat keluarganya.
Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa dilahirkan. – Agensi

Tapi tak sure la pulak dia beranak normal ke atau melalui pembedahan
Kalau Normal tu aku memang respect la,
Tapi kalau pembedahan tak heran pun
ala... benda tu semua boleh plan..

kat Malaysia ni pun dah banyak orang plan nak beranak tarikh mcm ni le. masa mcm tu la
pokok pangkalnya. ada duit 
semua boleh....


Rahsia- Perjumpaan Rahsia dan segalanya Rahsia

syyyy... baru baru ini telah dihidu satu pertubuhan rahsia yang tidak berdaftar
telah bergiat aktif di Penang
di khabarkan bahawa pertubuhan ini bakal menggugat jumlah undi 
untuk jawatan Ketua Wanita.

Golongan wanita ini selalu di lihat
mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan ahli ahlinya
dan baru baru ini telah mereka telah dihidu mengadakan perjumpaan di 
tempat yang juga Rahsia..


ini bukti perjumpaan mereka
yang berjaya si paparasi a.k.a papa kepada mohd Razi.
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 salah seorang ahli persatuan yang di kenali sebagai Hot Mama
telah order minuman rahsia ( sebab resipinya pun rahsia)

dan lasagna ini pun rahsia jugak resipinya.
 lihat ahli kumpulan ini yang bernama Zura
sedang melihat mesej rahsia tentang misi misi yang bakal kumpulan ini
laksanakan.

dannnnn .. adakah mamat yang sedang melihat itu sedang melihat 
gerak bibir ahli kumpulan itu utk mengetahui rahsia mereka?
ok.. kita terjah lagi.

 aksi wajah  kenyang si kaca mata sebab dah kenyang
si El. dan Si Nureen yang masih lagi menunggu menu rahsianya

adakah mereka ini berbahaya
dan bakal menggugat jumlah undi PRU akan datang?
sama sama la kita lihat.

 adakah ketawa girang mereka ini
menunjukkan sebahagian daripada misi mereka telah berjaya.

owh.. di manakah ahli mereka lagi seorang, gieyana
adakah dia sedang mengepalai misi misi ?
di fahamkan beliau tidak dapat hadir kerana, 
teramat takut dengan kesesakan Jalan Raya
sebab perjumpaan ini berlaku pada hari Jumaat?


 Di lihat juga salah seorang ahli iaitu El, telah meberi goodies rahsia
yang hanya tertera nama ahli
dan tidak di ketahui apakah sisi goodies tersebut!!!
ini pun rahsia juga..

adakah di dalamnya mengandungi surat berantai
Bom Tangan?
mari kita selongkarrrrrr
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/
 
Ternyata di dalamnya ada seekor ikan yang di perbuat dari kayu
made from Bali

ternyata ikan ini tidak perlu di masukkan di dalam fridge
hanya lekat aja di pintu fridge. FM da...



sekian laporan rahsia. daripada ahli kumpulan Hotmama yang bernama wantie
sempena perjumpaan mereka di Rahsia Resipi ( Secret Recipe)

Note: Thanks El for the FM. dan sangat sangat happy bila kita bersidang.
hahahaha... nati gather gather lagi yer.

Thursday, December 13, 2012

Meletup Dalam Mulut

Semalam masa aku nak pergi beli duyan nak buat Durian Crepe
Amirul dok nangis kat bawah, sebab tak puas ati ngan anak jiran
ala.. sebab anak jiran dari KL tu lepak kat atas kerusi batu milik AMirul je pun.
budak tu pulak, baru umur 3 tahun, 
budak tu tumbuk belakang Amirul berkali kali sebab dia tak bagi Mirul duduk kat situ.


Amirul ni tahan marah, sampai leleh leleh air mata
Hahahaha... Ni la di katakan "Hero kampung Dusun" 
Mana boleh orang lain duduk kat kerusi Sarip Dol
tul tak? kahhhhhhhh
anak anak kan.. mcm tu la
kejap gaduh kejap berkawan..


Sebab nak pujuk
aku bawa dia ke kedai
nak pulak beli menan yang taruk duit 50sen pusing keluar bola besar
then dalam tu ada la serbuk magic a.k.a super pop magic.


Balik rumah Amirul makan le
then dia ckp, rasa pelik la pulak.
sebab dia meletup letup dalam mulut
mcm bertih jagung tu
ada sound plak tu.

Aku tak caya, pas tu Amirul bagi le sikit untuk aku try
eh ye la.. dia ada bunyi pop pop dalam mulut aku
korang pernah cuba tak gula gula ni.

Tapi kan, mcm ngeri ja gula gula tu
boleh mudarat kesihatan tak?
mana tau dia tak lepas saringan kesihatan ke
eee... pikir panjang la pulak

lepas bedal baru nak fikir.. hapelah aku ni
tak leh bagi amirul makan selalu
kali ni tak pe..di maafkan.




Note: bukan meletup mcm Bom!! tu. meletup manja manja je..
 

Durian Crepe yang menjadi la sangatttttttttttt

Aku ni kalau benda yang aku suka, aku akan buat berkali kali 
sampai la menjadi. usaha tangga kejayaan la katakan.

Hari tu beli durian crepe sedap bangat
nak makan banyak kang kempis poket pulak
jadi buat sendiri la jawabnya.

operasi bermula semalam.
 sebelum nak dapat mcm ni dah rosak banyak tau
sebab kulit nya tu asyik terkoyak je..
aku letak durian dan cream tu banyak
saja le. dah buat sendiri ikut suka hati je...

 ok. dah siap yang durian
Aleesya tido time ni. Syukur. selesa aku kat dapur semalam.

Tapi  kesal gak dengan crepe aku semalam
sebab kulit dia tak shining mcm yg orang lain buat
lembut dah semua elok dah

Inilah cabarannya kan..
harap harap bila rajin dok main main dengan adunan tu. satu hari akan menjadi jugak

Yang penting rasanya tak lari le. 
Still boleh rasa mcm Durian Crepe yg aku beli tu
cuma tak lawa jer. kikikikik...
makan sendiri tak pe lah.. 
nak bagi orang? owh tidakkkkkkkkkkkk!!!!

Pas tu aku try pulak buat bluberry crepe. dalam 3 biji je
sebab bila aku makan, tak de la seenak sang durian.

tetiba si kecil tu bangun. Nangis la pulak

 ambik dia letak kat dapur. sementara aku nak cuci dapur, cuci meja, basuh pinggak mangkuk bagai.
Bila dia tak nangis aku pun tak de la nak toleh tengok dia.

sekali tengok.
ambik ko. dia cedok krim tu dengan pisau kek.
jengkek le tu cedok lebihan cream
sebab menda tu kan kat atas meja makan.

Last gagau dengan tangan. 
kecepuk.. hahaha.. dia buat masker la pulak.
tak pe la.memang dah nak buang pun cream tu.


sementara aku basuh pinggan, aku ambik bekas tu le tak kat dia
apalagi.. tenyeh penuh lantai.
tak pe la selesai semua, aku nak mop lantai.
biar dia explore..

kan ke, doktor cakap. budak kecil ni kena bagi dorang sepah sepah
baru otak berkembang.



Note : Sian ko Miera, ko kena makan jugak walaupun tak sesedap yang Cik T beli.
Doakan aku agar suatu hari nanti aku pandai buat crepe tu yer..
arghhh.. kena cuba dan cuba .. tak kan mengalah K

Sori, El, Nureen, Zura dan Gieyana. tk dapat bagi korang rasa
sebab tak cantik!!!