Monday, December 24, 2012

Saya Pun Kesiankan Awak Juga

Sejak belum kawin, aku memang dah tau yang hubby minat sangat bola.
selalu main bola, terpeleot kaki, tangan
lebam betis tu semua dah jadi asam garam hidup dia.
Bila kawin, aku lagi pelik sebab minat bola dia menjadi jadi
sampai pukul 3-4 pagi tengok bola. kejap dia tengok TV, kejap TV tengok dia.
kalau musim bola, tido kat hall je la dia tu.

 

Kata Ustaz, tak minat tak pe, tapi sokong minat suami
Tahu... tapi tak yah la dok ambik tahu sangat..
maksudnya, kalau dah minat suami mcm tu, jgn bangkang, tunjukkkan yg kita pun minat sama
tahu bola tu mainan lelaki, tapi tak yah la pergi main bola pulak.
So, aku pulak minat sangat ke dapur
kejap nak masak itu, kejap nak masak ini
Baru baru ni.. dah tengah malam aku masih dok mixer adunan buat kek la
buat home made ice cream la, buat duyan crepe la.

Last, hubby pun nyindir... Awak tak pening ke? asyik duduk kat dapur ni je?
kikikikik... tau le tu rasa diri tak di layan.
jeles kat dapur sebab aku lebihkan masa dengan dapur kot.

kenapa? abang pening ke tengok saya kat dapur ni
ye la.. pening, asyik memasak je.
Ni durian ni.. satu umah bau durian.. dah seminggu tau.
kahhhhhhhhhhhhhhhhhh...
saya ni kesian kamu tu...
Apa boleh buat bang..minat..minat..
mcm awak minat bola tu..
kalau saya boleh sokong awak minat bola,
tak bolehkah awak sokong minat memasak saya ni?
bukan tak sokong...tapi saya kesian. nanti nak pergi kerja lagi
Saya pun bang.. kesiankan abang juga...
memalam dok bulat mata tengok bola
lepas tu nak pergi kerja jugak kan..

dah tu minat awak.. sampai tido pun kat hall
then.. hubby pun mebalas, 
ha.. kan memasak tu minat awak kan..
pas ni tido kat dapur la...

 
kikikikik...tetiba kami ketawa bersama sama
mcm lucu la pulak. 


Thanks sebab prihatin tentang saya.
Alahai dapur ada orang jeles kat awak tau.
 

Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut

Pernah tak korang makan ubat beserta dnegan jus limau/oren?
aku tak pernah le.

Tapi sebelum ni aku ada amalkan pengambila  psyllium husk  dengan Jus orange
sebab itulah yang seperti di sarankan untuk pengambilannya.
pernah tengok  psyllium husk tak ?

 
baik untuk usus dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
aku makan yang organik punya. 
sejak BF ni aku stop kejap sebab pengambilannya dengan Apple Cyder tu la
demi anak, ibu korbankan supplement dulu ya sayang..

 
 Tetiba aku di  gembarkan dnegan berita 
"Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut "

 

Pengambilan ubat dengan jus limau boleh menggandakan dosej ubat! hah..


MENGAMBIL ubat bersama beberapa jenis jus buah-buahan terutamanya limau boleh membawa maut.
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Persatuan Kesihatan Kanada, reaksi ubat-ubatan tertentu jika diambil bersama limau gedang dan beberapa jenis buah limau yang lain boleh menyebabkan kematian, kegagalan fungsi ginjal, kegagalan fungsi paru-paru, pendarahan usus dan beberapa komplikasi lain.

Kata seorang penyelidik, Dr. David Bailey, sebanyak 85 ubat dilaporkan mampu memberi reaksi negatif dan boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius jika diambil bersama jus limau gedang.
"Reaksi ini terjadi kerana terdapat kandungan furanocoumarin yang aktif dalam buah limau gedang yang boleh mengganggu fungsi enzim dalam tubuh.

"Selain itu, kandungan ini juga dapat menggandakan dosej ubat menjadi beberapa kali lebih banyak dan menyebabkan pesakit menghidapi masalah lebihan dosej.

"Bagi ubat yang rendah dosnya, furanocoumarin dapat meningkatkan kesannya namun untuk ubat yang sudah tinggi dosnya, furanocoumarin boleh menyebabkan pesakit berdepan masalah lebihan dosej sehingga 330 peratus," ujar Bailey.

Selain limau gedang, lemon juga mengandungi furanocoumarin manakala ubat yang boleh memberi reaksi negatif dengan buah-buahan ini ialah ubat tekanan darah tinggi, ubat antikanser dan antikolesterol.

"Memandangkan pengambilan jus limau boleh meningkatkan dosej ubat, doktor ataupun pesakit perlu peka dan berhati-hati. Sebaiknya, ambillah ubat dengan air masak," kata Bailey.


Note: Dah tahu bahaya elak terus ye.sesapa yang tak tauy limau gedang tu mcm mana? English call grapefruit k.

 

Sunday, December 23, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Giveaway simple
hadiah sempoi.. sapa tak nak join kan.
mcm ni la senang, tak payah nak klik sana klik sini
pergi sana sini. sampai berejam jam baru nak selesai satu GA.

buat mcm wak ni memang best.
simple.kan.. Nampak sangat keiklasan nak bagi hadiah tu.


WAK GELAS Buat 1st Giveaway. Yeay
Sesapa nak join klik kat banner tu.,
klik kat SINI pun tak pe.


kalaulah aku.... dapat Ipod tu..
mestilah aku.... buat you all jeles you...hahaha..




Saturday, December 22, 2012

Breakfast sihat

Bila cuti, aku sibuk melayan anak anak
kalau hubby pun cuti jugak, sekali ngan hubby nak kena layan. biasala kan..
aku ni saja dan suka nak semakkan umah bila cuti.
then bila anak anak tidur baru kemas.
pelik tak.. bior le pelik inilah caraku,.

aku suka kalau Amirul buat je sendiri.Tapi selalunya aku le.. ngee
kena mood ok dia buat le. kalau tak ok, air sejuk pun suh aku ambilkan.

Dia buat sendiri pun sebab dia suka dengan fresh milk. memang selalu ada kat dalam peties tu
yang bestnya AMirul ni dia suka fresh milk yang plain. good boy.

Si abang dah selesai.. Si Adik nak makan apa bangun nanti
aku pun meringankan tulang buat cream soup
cream soup lagi.. ( tapi aku pelbagaikan agar Aleesya tak jemu)

kali ni aku buatkan Aleesya Pumkin Soup. aku taburkan sedikit Nestum kat atas tu
So, dia tak yah makan ngan roti, Boleh kenyang tul tak?

ada fresh strawberry yang anak baby sitter bagi. aku saja letak buat hiasan
sebab nak umpan Aleesya suh datang makan. hahaha tak tik
last aku yang makan semua strawberry tu.
Aleesya tak makan pun sebab masam..
hmm.. licin gak dia makan. 
aku memang suka bila tengok anak anak makan.

si Aleesya ni, nak suap sendirikan.. kan..
habis penuh kat lantai tumpah..

semua tu akan kubersihkan selepas dia tido kejap lagi.
kalau dia tak tido, memang tak kemas umah aku.

cuci kat dapur sdia sepah kat hall. cuti kat hall dia sepah kat bilik. 
baik tak yah kemas. buat penat je. tunggu dia lena dulu.

Note: Biar letih asal hati puas.

Friday, December 21, 2012

Gelagat Manusia sempena 21.12.12




-China menangkap hampir 1,000 orang dalam operasi memburu sebuah kumpulan Kristian yang menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat akan berlaku pada hari ini, lapor media negara ini semalam.

-Di Kootwijkerbroek, Belanda, seorang penduduk, Pieter Van Der Meer menyediakan sebuah bot penyelamat di pekarangan rumahnya.

-Di pekan Bugarach, selatan Perancis, pihak polis mengawal laluan masuk ke Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,231 meter yang dikatakan akan terbuka pada 21 Disember ini. Kawalan itu dilakukan bagi mengelak kebanjiran pengunjung ke gunung tersebut.
 
-Di Moscow, Rusia, sebuah kubu bawah tanah yang digunakan semasa Perang Dingin akan menjadi lokasi sebuah parti selama 24 jam bagi meraikan kedatangan hari kiamat.

 
-Yongjun, 36, menikam seorang wanita di rumahnya dekat sekolah tersebut sebelum dia bertindak mengamuk dengan mencederakan kanak-kanak itumenggunakan pisau.
Menurut siasatan awal polis, Yongjun melakukan perbuatan tersebut kerana terpengaruh dengan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Jumaat ini.
 
Dare to dine?: Lai posing in front of his End of The World seafood restaurant in Teluk Bahang. 
 
tetiba seafood restaurant ni menjadi glamour
sebab namanya " End of the world Seafood"
yang terletak di Teluk Kumbar Penang.
 
Close encounters of the French kind: One local in Bugarach is hoping to make any invading aliens who emerge from the nearby mountain feel at home
seorang lelaki meamakai pakain alien di Bugarach

Going underground: Ron Hubbard's £46,000 bomb, nuclear and chemical weapon-proof bunkers will keep you safe - whenever the apocalypse does happen 
ada yang sanggup membuat persiapan di bawah tanah
secantik ini.
Floating Dutchman: Pieter van der Meer prepares the old Norwegian lifeboat he keeps in his back garden in Kootwijkerbroek, Holland
di holland

Pod almighty: Liu Qiyuan with one of his steel and fibreglass balls which, he says, can enable 14 people to escape any sort of apocalypse 
Di China 
Grab and go: Bill Poteat has been doing a roaring trade in buckets of freeze-dried food at his Southern Survival Supplies store in Morgantown, West Virginia 
stok makanan- West Virgina
 
Celebration not doom: Mayan priests prepare a ceremony at temple in Guatemala to celebrate today's end of one Mayan calendar and the start of another - few in the Mayan heartland believe the world is ending today  
Pesiapan kaum maya yang merayakan hari peralihan kalender maya di Guatemala.

Beberapa upacara keagamaan turut dilakukan oleh kaum Maya di Guatemala kelmarin.Upacara itu diadakan bagi meraikan kedatangan era baharu selepas kalendar Maya berakhir pada hari ini.
 


Senggugut.

Dah lama dah aku tak senggugut. sejak usia 18 tahun sehinggalah 2 bulan lepas.
aku ni suka letih, kekadang tu nak bangun subuh malas.
hubby kena kejut kejut. baru bangun. lepas solat tidur semula.
tak baik kan..
Then ada la kawan suggest untuk aku minum "Coconut Virgin Oil"
mana tau boleh Virgin semula. kahhhh ( lawak je)
dah sebulan aku amalkan.
rasa letih tu kurang la sikit, bangun subuh tak liat dah
kalau dah bangun, tak tido balik. terus bersilat kat dapur bagai

Tapi semalam, aku senggugut la pulak, sampai gigil gigil lutut
memang longlai la.
call je hubby ckp yg malam ni aku larat masak nasi je
lauk pauk semua ikut la, nak beli ke hapa ke

aku baring je kat hall sambil Amirul picit picit kepala
Aleesya tak ambik lagi

Then bila hubby pulang dari kerja, aku tengok ada la beli something
ingatkan dia beli juadah yg dah masak
tapi.. dia beli bahan nak masak
bersilat la pulak dia kat dapur siapkan juadah dinner kami
sian dia...

pas siap semua, dia bawa semua juadah tu kat hall
depan muka aku yg sedang baring ni
suh aku makan jugak, kang tak de tenaga nak menyusu pulak.

sedap pulak hubby masak semalam
yang aku suka tu, petai goreng ngan udang
sedap la bang..

Tu la my hubby, memang suka makan yang di masak sendiri..
BTW. thanks ya bang sebab sudi masak dinner semalam
I really appreciated!
 
Letih sangat. Pagi tadi hubby pergi kerja pun tak sedar.
 
 
Note: kenapa boleh senggugut? sebab Virgin oil tu ke? 
hormon ok ke kalau senggugut?