Friday, December 28, 2012

Rindu la..

Alahai.. terbiar je blog ni selama 3 hari
tak ber hupdate pulak tu.
rindu tau...


Korang rindu sama saya tak?
porahhhh... rindu konon.
mcm ko tu retis bagai. orang nak rindu rindu
jgn perasan la wantie oi...
 
ok..ok..ok.... pertama sekali nak mohon maaf
sebab tak terjah blog kengkawan
sebab sesungguhnya hamba sedang beradu kasih di kampung hamba
di bawah pelukan ibunda tercinta

terhidu semua ketiak bonda hamba
jadi hamba terlupa seketika tentang blog ini.
kikikik...


Nanti kita update yer
banyak cerita nak kongsi..

Note: pelan pelan blogwalking ni..nantikan kunjungan hamba yer..
 

Wednesday, December 26, 2012

Zura Datang Rumah

hmmm... maaf ye zura, baru nak keluar entry ni
asyik tak sempat je. hehehe..
terima kasih Zura sebab sudi datang ke teratak hamba..

Malam tu My son  tak de . cewah.. my son lagi tu
Amirul  pergi Kuala Lumpur rumah abangnya yang jadi Imam di Putrajaya nun

Dia dapat tajaan pergi Umrah. So, Mak dia pergi, dia pun pergi sama le.
cuma aku ngan Aleesya je
Hubby kerja mlm.

 hmm.. mula tu berjauhan le mcm ni.
bagi biskut, makan sikit. last lantai je lyg makan biskut tu

Gambar makanan tak de yer, sebab asyik elak dari budak dua orang ini.
jgn mimpilah nak letak cecantik kalau ada budak kecik K.

Maafla Zura, aku jamu hang pun.. so..so je. 

BTW Irfan best la, tak nangis pun.
apa la lobang hidung aku jugak yang outstanding!

Masa dok gebang tu, Jiran bawah umah aku hantar mee Udang Ayu 
bukan la cantik ayu bagainya si udang tu k.

Mee Udang yang di beli dari restoren Ayu
makanya namanya Mee Udang Ayu.
ngerti kamu..


Lepas Zura balik, aku tetiba terlup[a plak ada Mee Udang
Ish.. sayang le kalau tak makan kan..

jam dah kul 12.00 mlm terpaksa la aku habiskan mee ni
Aleesya plak tak mau tido.
Malas le, kalau dia makan kang comot. nak tido gatal gatal plak.

Tapi.. ada dia kesah semua tu.
Ha.. terbaik dia teropong. gatal ke hapa ke belakang kira k.
Mee itu telah menggoda tekak Aleesya.

Memang dia minat benor dengan mee
Kalau dah nampak mee, memang dia jerit jerit nak tau

 tu dia...sampai leleh leleh air idung..
baju tu di tanggalakan sebab basah main air ngan irfan

seluar pulak di tanggalkan kerana tertumpah kuah mee.
hambik.. tak payah pakai baju dan seluar.

dah makan semua, kena lapkan badan dia tu
kalau idak meracau racau tidurnya.

Monday, December 24, 2012

Saya Pun Kesiankan Awak Juga

Sejak belum kawin, aku memang dah tau yang hubby minat sangat bola.
selalu main bola, terpeleot kaki, tangan
lebam betis tu semua dah jadi asam garam hidup dia.
Bila kawin, aku lagi pelik sebab minat bola dia menjadi jadi
sampai pukul 3-4 pagi tengok bola. kejap dia tengok TV, kejap TV tengok dia.
kalau musim bola, tido kat hall je la dia tu.

 

Kata Ustaz, tak minat tak pe, tapi sokong minat suami
Tahu... tapi tak yah la dok ambik tahu sangat..
maksudnya, kalau dah minat suami mcm tu, jgn bangkang, tunjukkkan yg kita pun minat sama
tahu bola tu mainan lelaki, tapi tak yah la pergi main bola pulak.
So, aku pulak minat sangat ke dapur
kejap nak masak itu, kejap nak masak ini
Baru baru ni.. dah tengah malam aku masih dok mixer adunan buat kek la
buat home made ice cream la, buat duyan crepe la.

Last, hubby pun nyindir... Awak tak pening ke? asyik duduk kat dapur ni je?
kikikikik... tau le tu rasa diri tak di layan.
jeles kat dapur sebab aku lebihkan masa dengan dapur kot.

kenapa? abang pening ke tengok saya kat dapur ni
ye la.. pening, asyik memasak je.
Ni durian ni.. satu umah bau durian.. dah seminggu tau.
kahhhhhhhhhhhhhhhhhh...
saya ni kesian kamu tu...
Apa boleh buat bang..minat..minat..
mcm awak minat bola tu..
kalau saya boleh sokong awak minat bola,
tak bolehkah awak sokong minat memasak saya ni?
bukan tak sokong...tapi saya kesian. nanti nak pergi kerja lagi
Saya pun bang.. kesiankan abang juga...
memalam dok bulat mata tengok bola
lepas tu nak pergi kerja jugak kan..

dah tu minat awak.. sampai tido pun kat hall
then.. hubby pun mebalas, 
ha.. kan memasak tu minat awak kan..
pas ni tido kat dapur la...

 
kikikikik...tetiba kami ketawa bersama sama
mcm lucu la pulak. 


Thanks sebab prihatin tentang saya.
Alahai dapur ada orang jeles kat awak tau.
 

Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut

Pernah tak korang makan ubat beserta dnegan jus limau/oren?
aku tak pernah le.

Tapi sebelum ni aku ada amalkan pengambila  psyllium husk  dengan Jus orange
sebab itulah yang seperti di sarankan untuk pengambilannya.
pernah tengok  psyllium husk tak ?

 
baik untuk usus dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
aku makan yang organik punya. 
sejak BF ni aku stop kejap sebab pengambilannya dengan Apple Cyder tu la
demi anak, ibu korbankan supplement dulu ya sayang..

 
 Tetiba aku di  gembarkan dnegan berita 
"Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut "

 

Pengambilan ubat dengan jus limau boleh menggandakan dosej ubat! hah..


MENGAMBIL ubat bersama beberapa jenis jus buah-buahan terutamanya limau boleh membawa maut.
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Persatuan Kesihatan Kanada, reaksi ubat-ubatan tertentu jika diambil bersama limau gedang dan beberapa jenis buah limau yang lain boleh menyebabkan kematian, kegagalan fungsi ginjal, kegagalan fungsi paru-paru, pendarahan usus dan beberapa komplikasi lain.

Kata seorang penyelidik, Dr. David Bailey, sebanyak 85 ubat dilaporkan mampu memberi reaksi negatif dan boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius jika diambil bersama jus limau gedang.
"Reaksi ini terjadi kerana terdapat kandungan furanocoumarin yang aktif dalam buah limau gedang yang boleh mengganggu fungsi enzim dalam tubuh.

"Selain itu, kandungan ini juga dapat menggandakan dosej ubat menjadi beberapa kali lebih banyak dan menyebabkan pesakit menghidapi masalah lebihan dosej.

"Bagi ubat yang rendah dosnya, furanocoumarin dapat meningkatkan kesannya namun untuk ubat yang sudah tinggi dosnya, furanocoumarin boleh menyebabkan pesakit berdepan masalah lebihan dosej sehingga 330 peratus," ujar Bailey.

Selain limau gedang, lemon juga mengandungi furanocoumarin manakala ubat yang boleh memberi reaksi negatif dengan buah-buahan ini ialah ubat tekanan darah tinggi, ubat antikanser dan antikolesterol.

"Memandangkan pengambilan jus limau boleh meningkatkan dosej ubat, doktor ataupun pesakit perlu peka dan berhati-hati. Sebaiknya, ambillah ubat dengan air masak," kata Bailey.


Note: Dah tahu bahaya elak terus ye.sesapa yang tak tauy limau gedang tu mcm mana? English call grapefruit k.

 

Sunday, December 23, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Giveaway simple
hadiah sempoi.. sapa tak nak join kan.
mcm ni la senang, tak payah nak klik sana klik sini
pergi sana sini. sampai berejam jam baru nak selesai satu GA.

buat mcm wak ni memang best.
simple.kan.. Nampak sangat keiklasan nak bagi hadiah tu.


WAK GELAS Buat 1st Giveaway. Yeay
Sesapa nak join klik kat banner tu.,
klik kat SINI pun tak pe.


kalaulah aku.... dapat Ipod tu..
mestilah aku.... buat you all jeles you...hahaha..




Saturday, December 22, 2012

Breakfast sihat

Bila cuti, aku sibuk melayan anak anak
kalau hubby pun cuti jugak, sekali ngan hubby nak kena layan. biasala kan..
aku ni saja dan suka nak semakkan umah bila cuti.
then bila anak anak tidur baru kemas.
pelik tak.. bior le pelik inilah caraku,.

aku suka kalau Amirul buat je sendiri.Tapi selalunya aku le.. ngee
kena mood ok dia buat le. kalau tak ok, air sejuk pun suh aku ambilkan.

Dia buat sendiri pun sebab dia suka dengan fresh milk. memang selalu ada kat dalam peties tu
yang bestnya AMirul ni dia suka fresh milk yang plain. good boy.

Si abang dah selesai.. Si Adik nak makan apa bangun nanti
aku pun meringankan tulang buat cream soup
cream soup lagi.. ( tapi aku pelbagaikan agar Aleesya tak jemu)

kali ni aku buatkan Aleesya Pumkin Soup. aku taburkan sedikit Nestum kat atas tu
So, dia tak yah makan ngan roti, Boleh kenyang tul tak?

ada fresh strawberry yang anak baby sitter bagi. aku saja letak buat hiasan
sebab nak umpan Aleesya suh datang makan. hahaha tak tik
last aku yang makan semua strawberry tu.
Aleesya tak makan pun sebab masam..
hmm.. licin gak dia makan. 
aku memang suka bila tengok anak anak makan.

si Aleesya ni, nak suap sendirikan.. kan..
habis penuh kat lantai tumpah..

semua tu akan kubersihkan selepas dia tido kejap lagi.
kalau dia tak tido, memang tak kemas umah aku.

cuci kat dapur sdia sepah kat hall. cuti kat hall dia sepah kat bilik. 
baik tak yah kemas. buat penat je. tunggu dia lena dulu.

Note: Biar letih asal hati puas.