Friday, January 4, 2013

ALahai Budak Psiko..

mcm mana nak start ek...
mmm... korang rimas tak bila ada mata mata sedang memerhati setiap gerak dan langkah korang..

kalau aku le mula la rasa tak selesa. Apa kes nak tengok tengok aku
ada tanduk ke kat kepala aku ni?


Bagi aku, dengan usia dah 30 an ni, bukanlah masa aku nak gedik bagai
fokus aku hanya untuk suami dan anak anak. 
utamkan rumahtangga, gedik semua tu dah bukan tarafnya lagi.
Aku nak jadi isteri dan ibu terbaik di antara yang terbaik ok.

Tapi.. kali ni dah semakin serious aku rasa. tahap kesabaran aku pun ada batas jugak

kelmarin semasa aku balik dari antar Aleesya ke rumah baby sitter, ada pulak si mamat psiko sekor ni
dia selamba je dok tengokaku atas bawah.. jeling jeling kucing bagai

bila aku patah balik, pura pura tunduk kepala, wal hal mata melirik tengok aku.
Dalam hati dok ingat " Ish.. baju aku koyak ke? aku pakai baju terbalik ke?

Dari atas umah aku jenguk kat tingkat
Aku nampak dia sedang tunggu akuturun dari tangga umah 
kat depan tu ada pokok bunga, dia pura pura belai belai daun tu.

Aku pun bagitau hubby, suh tengok mamat psiko tu. Dannnn.. aku suruh je hubby bertenggek kat Corridor. Biar mamat tu tengok dan tahu yang aku ni dah Bersuami ok. ( jgn kaco!)

bila aja suami aku tengok dia, tetiba mmat tu jadi gelabah
pegang daun tu daun ni, last.. slow je dia beredar dan sembunyi kat under roof.
hubby aku tak nampak le.

Then tiba masa aku nak naik motor, usha.. lagi.
memang sah dia psiko.

aku ingat semuanya dah selesai la, bila aku tayang laki aku kat dia.

Nah aih.. hari ni lagi teruk, dia sembunyi di sebalik tiang umah jiran aku pulak
dok nyorok nyorok tengok aku.
alahai.. kamu tu muda lagi dik oi.. kata orang kedah
masih " Khanyaq" kahhhhhhhh

Ya Allah.. apa ke hay ko ni..buang tebiat ke hapa?
Ya Allah lindungilah aku dari panahan mata yang jahat.

Note: Aku rasa dah lama dia dok perati aku, sebab dia dah tau, pukul bapa aku akan turun pergi hantar anak ke umah baby sitter..

Budak Psiko tu pergi kat situ sebab umah majikannya ( kontractor) di bawah umah aku.
 

Thursday, January 3, 2013

Letih tak habis lagi

Sunyi sepi je kan blog kite..
mmm.. kita sibuk sikit 2-3 hari ni
maklumlah dah sebulan lebih tak payah prepare anak sekolah
bila nak start semula, liat la sikit. hikss..


banyak jugak $$$$ ( fulus) yang habis 
tak pe pelaburan untuk masa depan kan..kan..kan..


wah.. banyak betul benda yang nak dikongsikan kat sini
tak per kita warm up dulu..
BW pun main sempat tuju tuju yang mana sempat
jgn merajuk ye sesapa yg belum lagi kita sempat terjah.

Nanti kite terjah k. jgn le majuk. nanti susah benor saya nak pujuk.



hmm.. dalam dok berhabis belanja anak anak sekolah
pasti ada yang senyum simpul tengok dividen ASB kan.. kan.. kan..
ok le kan.. leh cover balik mana yang patut.



Note: Letih tak habis lagi nieh....

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013

Rasanya tak terlambat lagi kut
aku nak ucap selamat menyambut tahun 2013
hmm.. banyak tul kenangan di tahun 2012 kan..
banyak kisah suka duka yang nak kena lipat dan susun dalam almari (kenangan)

Tahun ini apa azam aku ek?
Ok. aku berazam nak menjadi ibu yang baik lebih baik dari tahun sebeleum ini
Hamba yang soleh, lebih solehah dari tahun sebelum ini
Nak Bahagia lebih bahagia dari tahun sebelum ini.

dan banyak lagi.
tak larat lak nak senarai
segala wishlist tu ku simpan dulu
sebab banyak tul perbelanjaan nak kena keluar di bulan satu hingga bulan 6 tahun hadapan.
tapi.. di awal tahun ni
aku nak MESIN BASUH!!!!!!
tak larat dah dok gosok ngan tangan sejak mesin tu rosak awal bulan that day..
tangan ni dah tak leh nak kompromi bila bsauh tuala, cadar, selimut  & seluar jeans okey..

 
Tahun 2013 jugak  bakal menjadi titik sejarah rumahtangga kami
sebab 2013 genaplah sepuluh tahun kami berkahwin.
alhamdulillah...

 
ok. kita tutup buku lama kita buka buku baru
selmat tahun bru untuk semua.
saya sayang saya, kamu, kamu, kamu, dan kamu.....
 

Monday, December 31, 2012

Kek Valvet Merah Wantie

meh sini nak tunjuk hasil tangan aku yang keras kejong ni
ala.. suami I ni saja je ngusik I kat dapur tu, tapi, I mintak buku resipi
bel;i jugak.. ngeee...
Hubby ada beli buku resipi untuk aku tempoh hari kat Popular Book
bukan sesaja dia pergi beli.. sebab aku dah ambil.. dia la yang bayarkan. kira dia beli la tu kan..

 Ini gambr kek yang terdapat dalam buku resipi tu k. Lupa lak aku 
buku tu keluaran chef leeza kot. tak sure pulak. hape da.. aku ni kan.


 aku malas nak type, aku snap je resipi kek velvet merah ni
boleh la kalau nak cuba

gedik nak buat kek velvet ni sebab dia ada cream keju. hahaha... aku memang minat keju.
dah buat semua, lupa nak snap yang sebiji kek tu
dah otong setengah bagai baru teringat nak snap..
hahaha.. gini lah kekdahnya.. kalau dah tangan kejong mcm ni la. 
dah le tu, sambil aku dok sapu cream kat kek, tak pasan yang Aleesya datang tepi dok korek krim tu
cam no leh dia datang senyap senyap korek krim tu.. 
pandai dia noh..
Ni potongngan sisi. Nampak tak yang gula gula love tu...
yang tu aku ambik lebihan taburan atai eskrem yang Amirul punya..
sebab dah last punya pasal.. jadi kalernya pun campur campur la..

Kek aku tak tebal, sebab loyang tu besar kot. aku sepatutnya bakar dalam loyang kecik sket
baru dapat kek tu tebal.

Tapi ok la kan, comot comot pun telan semua.
yang best tu Aleesya le, suka benor ngan  cream keju, sama mcm ibunya k.


Note:Banyak lagi resipi kat dalam buku tu yg aku nak explore.. hehehehe

Suspek rogol wanita bakal berdepan hukuman mati

Sejak akhir akhir ni semua channel news kat TV dok citer tentang
budak perempuan yang dirogol bergilir gilir dalam bas
dan di campak keluar. sedih kan..

Memang gembar la kes ini sehingga berlaku tunjuk perasaan di India
yang menuntut pembelaan terhadap kaum wanita.
kejam betul pemjenayah itu.


Di katakan gadis tersebut keluar dengan teman lelakinya, kemudian
mereka di datangi dengan 6 orang lelali ( memang 6 jahanam)
telah memukul teman lelaki gadus tersebut. Kemudian mereka merogol gadis tersebut bergilir gilir
kemudian mereka mencapkkan wanita tersebut keluar dari Bas.
 

Memang hati binatang. Korang memang Setan!!!!

BACA INI
v

v

v

NEW DELHI 30 Dis. - Enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang pelajar perubatan wanita di sini dua minggu lalu didakwa atas tuduhan membunuh yang boleh membawa kepada hukuman mati.
 
Selain itu, kesemua suspek turut didakwa atas pertuduhan memukul dan merogol secara berkumpulan.
Kertas pertuduhan ke atas suspek difailkan polis semalam beberapa jam selepas wanita malang itu meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selepas mendapat rawatan di situ.
Jurucakap polis New Delhi, Rajan Bhagat berkata, enam suspek itu jika disabitkan kesalahan bakal berhadapan dengan hukuman mati.
 
Tragedi ke atas pelajar wanita itu mencetuskan bantahan besar-besaran di India sejak pertengahan bulan ini apabila penunjuk perasaan mendesak kerajaan meningkatkan perlindungan hak ke atas kaum wanita.
Pada masa yang sama, kes itu juga ‘membuka mata’ India untuk berhadapan realiti yang selama ini sering menyalahkan wanita terhadap jenayah seksual sehingga memaksa mereka berdiam diri.

Malah, polis juga difahamkan enggan untuk menerima laporan daripada wanita yang berani melaporkan kejadian itu dan kes pendakwaan yang ada pula akan meleret sehingga beberapa tahun.
Mayat wanita itu yang diterbangkan menerusi satu penerbangan khas akan dibakar di New Delhi sejurus tiba dari Singapura. - AGENSI
 
Note: Memang wajar di hukum mati.

Saturday, December 29, 2012

Setahun 5 Bulan.

Hai.. 27/12/2012 genaplah usia Aleesya Dania Ridzuan 
Setahun 5 Bulan. dah besar tau..
 sayang abang..
mmmmuah...

 saya tak bum bum ok.
auntie El. baju yang auntie beli tu still boleh pakai lagi..
walaupun saya dah cecah  setahun 5 bulan. hehehe
jimat ibu saya kan..kan..kan..

 Ibu mcm biasalah. sayang saya srotttttttt... srottttttttttt
kekadang buat abang jadi jeles.
hahaha...

eleh.. ibu ni
dia pulak yang lebih.. bukan dia setahun 5 bulan pun
senyum lebih pulakkkkkk


ish.. rupanya semalam ni papa ajak keluar makan sebab nak sambut
umur saya setahun 5 bulan ke?
hahahaha... perasan kejap boleh?

Note: BTW ibu sangat sayangkan anak anak ibu . Aleesya dan Amirul.
Jadi.. abang ngan adik kena membesar elok leok
jgn gaduh gaduh k.


Friday, December 28, 2012

Aksi Manja dan peluk peluk

Aduh..Nak jugak aku updated blog ni.
curi curi kejap time lunch ni.

syyyyy... nak citer sikit time aku balik kampung that day.
Aku memang dah cakap ngan Mak yang aku nak balik on 25/12/2012
Dalam diam Mak prepare mcm mcm untuk aku.

Bila balik dapat peluk peluk. memang best.

Mak memang best, sebab setiap kali aku balik kampung
sure Mak akan buat tapai untuk aku.Best gilerrrrr bila dapat makan tapai
Tapai mak yang terbaik.

Pas tu Mak Pancing ikan, dan simpan sikit sikit untuk aku
sebab mak tau aku suka benor makan ikan darat.

Aku memang manja degan mak.anak perempuan sorang la katakan.kikikikik...

Then mak simpan petai untuk aku jugak
ada yang dah masak pun. mak still simpan.
baik kan mak aku...


Baju yang aku pakai ni pun baju mak aku tau.
Mak saja buat labuh sikit, supaya aku boleh pakai

Mak le yang ajak aku pergi kenduri kat ujung kampung tu
Mak cakap aku jarang benor pergi kenduri kendara kat kampung
sampai orang pun dah lupa yang mak aku ni ada anak perempuan.


Motif mak buat baju untuk aku sebab nak aku join majlis kenduri kendara kat kampung
hahaha.. Mak tak nak aku ni juh dnegan masyarakat

Biarp[un balik sekali sekala kena jugak bergaul.
betul tak?


Note: Banyak betul barang yang aku angkut Mai Penang. berbaloi.