Wednesday, January 9, 2013

Penempatan Baru Bakal Di bina di Marikh

Kalau 50 tahun dulu mungkin macam tak logik bila ada yang menyatakan 
manusia akan berpindah ke marikh.
setelah kajian demi kajian, akhirnya, seorang Bilionair, Elon Musk merancang membina 
sebuah Bandar di Marikh..

 

NEW YORK - Bilionair yang merupakan pengasas sistem pembayaran internet, PayPal merancang membina penempatan masa depan di planet Marikh untuk beribu-ribu penjelajah angkasa lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Bilionair berkenaan, Elon Musk merancang membina sebuah bandar di planet itu untuk 80,000 penjelajah.
Musk, 41, memiliki roket Falcon 9 yang digunakan untuk membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Tamadun baharu itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan yang suka memakan sayur-sayuran.

Bercakap kepada Persatuan Aeronautik Diraja, usahawan tersebut berkata, beliau telah menunggu selama 10 tahun untuk berkongsi visi tersebut.

"Adalah tidak munasabah kerana tiada roket, tiada prasarana dan NASA yang mendominasi penjelajahan angkasa lepas tidak merancang untuk meneroka Marikh.
"Namun, dengan usaha saya dan ramai lagi usahawan sektor swasta, misi itu semakin hampir menjadi kenyataan," katanya.

"Di Marikh, anda boleh memulakan sebuah tamadun baharu," tambah Musk.
Beliau yang juga seorang jurutera pernah bercadang untuk menghantar sebuah roket ke Marikh.
Roket tersebut akan membawa beberapa suka-relawan dengan bayaran £300,000 (RM1.4 juta) seorang. - Agensi- sumber

Note: Hmm... golongan makan sayur sahaja. Faham faham la kan.
kalau vegetarian tu golongan dari mana... hehehehe


Tuesday, January 8, 2013

Home made Chicken Chop

Amirul ni, asal je aku makan kat kedai tepi laut sinun
dia mesti nak makan chicken Chop. 
boleh di katakan selalu... tak pernah pun dia order yg lain
asyik itu je memanjang..

jadi aku pun terfikir le nak wat sendiri je lah.
Masa pergi beli ayam kat pasar malam tu
aku mintak adik tu tunjuk mcm mana nak buang tulang ayam tu
sekali dia tunjuk, dia buangkan untuk aku
baiknya hati adik tu. minggu depan leh suruh lagi ni. hehehe..
 
 Dengan usaha gigih aku dan berpandukan resipi yang ingat ingat lupa
aku berjaya siapkan Chicken Chop ini untuk Amirul.

sorry chicken chop aku tak de roti
sebab Amirul bukannya makan pun roti tu
jadi tak yah letak. jimat

eh.. nape chicken cho aku ada hot dog
ha.. yang tu untuk Aleesya.
memang dah tau dia akan kacau bila abang dia makan
so, letak je kat tepi tu, sure dia dengan muka tak malunya akan ambil
hahaha...


then masa tengok AJL tu, Amirul request lagi kat aku tuk buat Chic Chop
ha.. malam tu kami anak beranak makan Chic Chop sambil layan AJL.


Note:Nak resipi tak?


Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong

agak agaknya kalau gambo remaja aku le laku takkat pasaran.
kahhhhhhhhhhhhh....
ko sape nak verangan gambo ko org nak miliki..
kwang..kwang..kwang..

  

Nampak tak tulisan kecil tu, " Not Publish" 
comey kan Princes Diana. Memang cantik sejak kecil 

Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles

Gambar ni tak pernah di sebarkan oleh mana mana media.

 gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini.

Siapa nak beli?

SUMBER  kosmo




Monday, January 7, 2013

Taylor seksi

Last Month Kamdar wat offer giler giler punya
so, aku apa lagi terus ke KAMDAR kat Jalan Burma beli la kain cotton sebab nak buat sarung bantal.
Tahun baru kan kena la salin sarung bantal yang bucuk bucuk tu.

curi curi menjahit, time Aleesya tidur, 
kekadang tu tak sempat Aleesya tido aku menjahit gak. hahahaha...
kalau duk tunggu dia.. bila nak siap kan.. kan...

bila kesempatan Aleesya pulak ambil alih
tak caya? meh tengok ni..
aku ni tiap kali lepas guna mesti  loose kan kekunci kat tepi mesin tu
sebab kalau loose baru mesin tak leh gerak.
risau gak takut main mian mcm ni le..
( aku curi curi snap ni..)

amboi.. gaya mcm pro ye..
memang tak boleh leka ko ni, ALeesya ye..
abang dulu tak de la mcm ko ni..

ha... kan dah kantoi..

pas tu aku ambik dia wak keluar dari bilik. 
belek la kot kot ada yang tak kena ngan mesin aku tu. 
sekali aku terpijak satu tombol.
adeii... sakit wooo.
ha.. ni la tombol tu, sib baik tak kena yang sebelah tajam tu.
meh tengok lagi..
ha.. tombol laci mesin dia dah unskru benda tu
amboi.. apa la salah tombol tu kat ko..
suka suki je cabut..
ok.. dah masukkan semula.
hmm.. bila dia dah tau benda tu boleh di unskru
apa lagi, lambat leka jer pergi cabut le..



Nota : Sila jgn tiru aksi ini.

Ku rela lepaskan mu

orang ada DSLR aku pun nak  juga
bior le tak pandai guna. tahun ni tak tau, tahun depan tau sikit, thn depan lagi tau sikit lagi
lelama tau le. saja suka suki beli DSLR ni.

 

lepas beli tu. beli la pulak flash dan extra lense.  banyak riban gak habis. kui kui..
Tapi dah malas nk guna yang ni
Maka wishlist tahun baru aku nak beli yang baru
tak de le model gempak giler. sebab aku bukannya photografer pong..

dengan susuah payahnya aku lepaskan D3100 ni 
ada le orang yang beli.sedih tau...

 
so, aku beli D90 je. Tapi kali ni ada yang sponsor...
aku cuma tambah sikit je..
terima kasih ye encik Bossss. ( tak sangka)
 
 
ish... my hubby ok je bila aku cakap nak beli D90 ni. Asal aku tak kaco poket dia udah le kan..
tu la.. suami belanja tuk keperluan
Isteri belanja tuk kehendak. 
at least boleh sama sama guna kan..kan..kan...
 
 
 
Hahahaha... beli DSLR riban riban boleh. mesin basuh tu bila nak beli?
mana yang lebih penting wahai wantie?
jawab sat...
 
 
Note: ok lah ..tengah survey mesin basuh la ni.. adei..
 
 
 
 
 
 

Saturday, January 5, 2013

Lemak Beri Tenaga Ketika Sakit

Bila baca artikel ni, tiba tiba aku rasa aku insan yang bertuah.
hahahaha...sebab lemak yang menempel kat badan aku ni
boleh di guna pakai bila aku jatuh sakit.

Ni namanya persedian yang bagus. bukan tipu tapi kenyataan

 

WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu yang buruk, demikian menurut satu analisis baharu melibatkan hampir tiga juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.



Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Dua saintis bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial yang turut disiarkan Selasa lalu dalam jurnal JAMA mengulas, kajian terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain.

Sesapa yang kurus cekeding tu, sila la simpan lemak sket ok.
 
 
Note: harus di ingat, JANGAN LEMAK YANG berlebih lebih sudah le.



 

Friday, January 4, 2013

Lega.. semua dah Bungkus

Baru je selesai part bungkus bungkus
ada yang kecik ada yang panjang dan ada yang besar...
hahahaha... apa ke benda tu yang bungkus bagai..

bungkus nasi lemak ke?
kikikikik...

Tak de lah.. nama pun baru start sekolah
jadi kena la bungkus bungkus buku tu.


ni cuma sebahagian je. 
Aku balut sikit sikit sebab........ curi curi masa
asal Aleesya tido je aku balut..
asal balut je Aleesya tido.. hahahaha..

Buku sekolah kebangsaan dan juga buku Fardu Ain semua kena balut.


Note: Dulu masa time aku sekolah, abang abang aku la yang kena dera balut buku aku
sekarang ... aku lak kena balut buku anak...