Friday, January 18, 2013

Candle Light Dinner Boleh?

Aku masih lagi sibuk.Sibuk mcm mana pun..
aku tak fedulik.. janji apa yg di rancang mesti di laksanakan.

kepada yang sempat aku BW kelmarin tu jgn merajuk sebab hari ni aku Tak BW.
nanti aku BW k. ala cayang bucuk bucuk.
Blog pun lembab je update.

kepada pengunjung baru. jgn sedih K.
nanti saya lepak kat umah korang
jgn la jemu datang sini. nanti saya jamu goreng pisang ngan ayaq kopi.
nak?k..k.. tak mau ayaq kopi kita minum milo aih (ais)

Benornya ni entry sebelum aku nak blah balik dah ni
sebab malam ni.. is Our Day..
So, balik awal nak siap siap.. " Candle Light Dinner" la ktakan
kalau candle tak de kita chandelier la.. baru gempak
hambek.. berjuntai lampu kan..kan..kan...

pray for our happinest yer..
( nak posing cam ni boleh?) hehehe...


Note: hmm... esok AMirul sekolah la pulak.... ganti CNY.



Thursday, January 17, 2013

Happy Birthday Amirul yang ke 8

 dalam kekalutan, sempat juga aku belikan B'day kad untuk teruna kesayanganku ini
Happy B'day sayang.. ba ba cak!

 17/01/2013 genaplah usia anak terunaku 8 Tahun
kejap je kan dah 8 tahun dia melihat dunia ni
Dah lapan tahun juga aku memegang status sebagai ibu..


" Amirul anak ibu...
Ibu sayang sangat sangat kat Amirul
Jadi anak yang soleh
rajin solat
rajin belajar
dengar cakap ibu dan papa
sayang adik..

Amirul anak ibu..
Sebagai anak sulung Amirul kena tunjuk  teladan yang baik kepada adik
jangan nakal nakal
kalau sepuluh kali mirul sayang ibu
berjuta juta kali ibu sayangkkan kamu"


Ibu nak ucapkan Happy B'day. Semoga panjang umur murah rezeki
diberikesihatan yang baik

Bila besar nanti jangan lupa jaga kebajikan ibu dan papa ya.


Nota: Amirul masih merajuk sebab ibu belum beli kek B'day...

Wednesday, January 16, 2013

Tak Mau Update

Hari ni tak mau update apa apa
eh tak update? kan dah tulis ni kira dah update untuk entry hari ni le.
hahaha...

Macam biasa, blog aku tak de W.W. Wednesday
walaupun dah seantero dunia dok asyik ber. WW wednesday.

Hari ini, aku nak memberi sepenuh perhatian terhadap minda
untuk sambut B'day Amirul pukul 12.00 mlm.
Nak buat apa? itu belum di fikirkan lagi.

Every year beli kek je la koje nya
pas tu makan sepotong, last.. keras kat dalam fridge je.

Hadiah? Dah beli pun. Order dah belum sampai
awal bulan February kot di jangka sampai hadiahnya
Maaf terlambat sikit.
Ni lah bila silap percaturan. Last minit baru order..


Tempat makan? Dah booking ok
mmm... apa lagi ek..
ooooo... lupa nak beli b'day card untuk dia.
hmmmm....


Note: slow BW lately sebab sakit. nanti BW lelaju K.
countdown  untuk B'day Amirul dan Our Anniversary..5...4..3...2..1..hehehehe

Tuesday, January 15, 2013

You... ada yang minat kat I.


 
 
Sebelum ni pernah terjadi sekali.
Masa Amirul umur 2 tahun. Masa tu aku terlihat kelibat si dia dekat tandas Hospital
cuma rasa mcm nampak orang tapi tengok sekali lagi dah tak de.
 

itu cerita 6 tahun dulu. Tapi ini cerita terbaru aku.
Pada tarikh 10/01/2013 aku rasa sakit kepala mcm Migrain
kebetulan hari tu aku memang cuti sebab nak bawa Aleesya ke Klinik. ( cucuk)

balik dari klinik aku sakit kepala sesangat. tak tahan.
makan panadol. tidur, tak hilang jugak
mula sakit kat dahi. pas tu sakit kat mata pula.. macam nak tersembul keluar mataku ini
Aku gosok gosok sambil berwirid. 
dalam sejam mcm tu sakit pulak kat pipi aku ni. 
mula la sakit gigi mcm nak luruh semua rahang atasku .

Makanya aku mula syak yg ada yang tak kena. sebab sakit ni boleh main lari sana lari ni
Aku pun ajak le hubby ke klinik Dr. Zainal kat Sungai Nibung tu
sebab sebelum ni pun aku pergi ke sana
sampai kat sana.. Dr. chek temp. aku, check tekanan darah semua
Amazing.. semuanya NORMAL.
kalau badan aku panas, mesti aku sakit tekak dan telinga juga
ini tidak. cuma bahagian mata dan rahang gigi je
nak kata sakit gigi.. gigi aku elok je.
   

Then Dr. Zainal tanya aku apa aku mimpi semalam
memang la aku ada mimpi yg aku kat rumah usang bersawang je umah tu
rumah plak rumah papan. rumah tu kaler HITAM..
semua perabut, TV dan dapur jenis barangan dodulu.
Pas tu Dr. tu ambil sebiji telur. dan kat telur tu aku nampak ada jarum tertanam
Pastu dia suruh aku oleskan ke pipi, mata dan muka aku sebanyak 7 kali
kemudian telur tu di bungkus kemas dan di buang.

rasa sakit kat mata ni kurang sikit tapi masih sakit la..
then, dia ada bagi Air Yasin.
aku kena minum 1/2 petang dan 1/2 lagi pagi esoknya
kalau minum air yassin ni aku muntah, tandanya penyakit tu keluar.katanya le.
Aku pun minum.. tak sampai 2 minit aku terus muntah muntah
doktor suruh aku makan pain killer selepas aku muntah
malam tu aku tidur, aku mimpi Ular Besar, Hitam . Ngeri sangat.
 then esok pagi aku minum lagi air yasin tu
Muntah lagi, tapi tak de la teruk sangat.
  

hmmm... rupanya ada yang minat kat I, you..
sebab tu la dia datang dekat dan lepak kat wajahku ini
agak agak le kan, nak lepak pun..
kalau nak lepak pergi Padang Kota la..
hahaha..


Note: Sesapa yang pernah alami tahulah betapa sakitnya
kalau ada benda tumpang kat badan..




Monday, January 14, 2013

Gie.. ajar aku Menembak

adei... aku dok godek godek DSLR baru aku tu
banyak benor function dia. cara setting  pun mcm complicated sket.
bila aku snap je jadi blurr.. background je yang jelas. 

then semalam gieyana datang rumah.
hohoho... dia ada la bagi aku tips..
oooo... rupanya gitu.. ooo rupanya begini..
dulu D3100 aku senang je. tak de la berserabut ngan setting. kikikik

 ini bukan nak citer ttg durian crepe k.
Ni lah hasil yang aku dapat bila gieyana ajar aku menembak.

dush...  aku tembak pagi tadi sebelum datang kerja.
ok la sikit dari gambar yang aku tembak sebelum ni. ntah apa apa. kahhhhhh
walaupun tak le secantik gambar gieyana... tapi ok lah kan..
pas ni kena practice lagi..
 
 ni lagi seketul aku tembak..

terima kasih gieyana. nanti ajar aku lagi k.
sekali ajar satu.. satu.. baru leh masuk otak.
kalau sekali harung ajar ada yang leh lupa lak..


Note: hubby tak habis habis ngan gambar macronya. suke ati kamu lah cayang.

Sunday, January 13, 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

lama jugak tak join GA ni.
kli ni bilak encik Hanif Idrus yang buat GA haruslah kan.. kan.. kan..


banner yang kalernya redup redup mata memandang
sesapa nak join boleh klik kat banner tu.
jgn lupa tau.

saya tag

selamat ber GA.



Saturday, January 12, 2013

Amirul Bercakap Ketika Tidur

Pernah tak anak anak korang, bila tidur dia akan bercakap cakap?
hmm.. ni nak cite lah. Amirul ni sering la dok cakap cakap bila tidur
tapi bukan selalu. seminggu ada la 2-3 kali cam tu ( kira kerap la tu)


Risau aku, bila tanya org ada yg cakap gangguan iblis setan bagai. Adei..
ni yang tak syok ni. Bila bersangkut ngan makhluk halus aku memang risau.

Tapi aku still tak puas ngan jawapan deme deme tu semua.
Maka aku kenalah cari maksud dari perspektif yang lain pulak.
tengok apa yang aku dapat k.

Aku ambik dari blog Story Mory



Sleep Talking adalah satu keadaan di mana seseorang individu bercakap @ menggumam ketika tidur tanpa disedari.Mereka yang mengalaminya tidak tahu apa yang telah berlaku setelah bangun daripada tidur.Separuh daripada kanak2 berusia antara tiga hingga sepuluh tahun mengalaminya.Hanya 5% sahaja dialami oleh orang dewasa.
kiranya 5% tu bukan aku le,  sebab hubby tak nah komplaint pon)
 

Tentu ada yang berpendapat bahawa Sleep Talking terjadi ketika mimpi,tetapi para saintis masih belum dapat memastikan jika masalah tidur ini mempunyai kaitan dengan mimpi ngeri yang dialami oleh Individu tersebut.
Malah dipercayai,ia boleh berlaku pada bila-bila masa ketika seseorang itu tidur.
Mereka yang mengalami sleep talking selalunya bermula sejak kecil lagi & berlanjutan hingga dewasa.Dan adakalanya juga,sleep talking juga dialami bersama Sleep walking (berjalan dalam tidur)
 

Terdapat beberapa faktor penyebab kepada masalah ini:

Pengambilan Ubat-ubatan tertentu- tidak pada Amirul

Tekanan Emosi -  Amirul Alaminya ke?

Letih atau lesu - ini mungkin benar, sebab dia kalau main sampai lupa diri

Terbawa-bawa dengan peristiwa yang dilalui- yang ni sebab dalam tidur bercakapnya tu suka sangat dok panggil nama kengkawan dia.

Demam- kekadang bila dia demam dia meracau

Masalah Kesihatan- so far tak de penyakit kronik 

Mempunyai pengalaman didera - Aku tak pernah dera Amirul. Ada sape dok dera dia? meh sini aku luku kepala.


Cara Mencegahnya:


sesetengah individu yang sering mengalami Sleep Talking ada kalanya mampu di ajak berbual walaupun berada dalam keadaan luar sedar.Ada juga yang hanya mendesah & mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu.Terdapat beberapa langkah untuk mengelakkan masalah ini dari terus berlarutan:



Mendapatkan tidur Yang cukup

Elakkan Tekanan emosi @ keletihan

Tetapkan jadual tidur & bangun setiap hari

Jangan mengambil Makanan berat sebelum tidur

Individu lain harus memastikan keadaan @ persekitaran sleep talker selamat & cuba tenangkan mereka semasa keadaan itu berlaku melalui pelukan @ sentuhan lembut.


Selalunya Sleep Talking terjadi dengan sendiri & tidak merbahaya.Namun,dalam sesetengah kes,keadaan ini menunjukkan masalah gangguan tidur @ masalah kesihatan seseorang.
Apabila situasi tersebut berlaku & diikuti ketakutan yang melampau,menjerit @ disusuli dengan pergerakan kasar & ganas,maka individu itu perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendaptkan rawatan susulan..


itulah sedikit sebanyak yang sya ingin berkongsi..insyallah lain kali sye akan berkongsi ilmu yang  sya perolehi kepada kalian..
                                                                      

Note: Oooo... kena peluk rupanya, aku selalu kejutkan dia 
tapi tu lah.. dia jawab je bila ku tanya.. pas tu sambung balik bercakap dalam tidurnya.