Tuesday, February 5, 2013

Alahai Hujan La Pulak..


Hubby dan geng geng kilang dia nak wat BBQ
Aku pun nak join jugak sebab ini bukan anjuran kilang
tapi anjuran sesama dorang le. So anak bini semua boleh join.

Sebab kami yg prepare ayam, so kami sampai awal la
tempat dah di booking
Punggah jgn tak punggah
segala dapur, Frying Pan, gas kecik, air, pinggan kertas, cawan kertas
Bihun goreng, kentang , salad ikan semua haruslah di keluarkan
kena  susun comey comey sebab nanti nak makan kan..kan..

Ada bekas orang wat unggun apai kut kat situ.
so, kami sambung je la nyalakan api kat situ wat bara untuk bakar ikan.

nampak mcm air pasang kan..
so, tak de la pantai bagai.
anak anak jgn gedik main kat situ bahaya okey!

ok dah siap pasang dawai mata punai tu
bila dah pasang api nanti boleh la susun ayam kat atas tu cecantik.

yang lelain buat apa yang patut.
hidangkan makanan, susun susun kek ke hape ka
bancuh air ke kan..
 uik.... kenapa cuaca tetiba gelap.
guruh berdentum.. 
doala supaya jangan hujan....doa punya doa..
last..
tengok awan dah hitam...
hujan bakal turun.

apa lagi.. angkut semua barang barang tadi 
simpan balik dalam boot keta.

Semua orang sila lepak dalam kereta ok.
tunggu hingga hujan berhenti..
Adakah ianya berhenti?
Apa terjadi dengan Majlis BBQ kami


Note: Lenkali tanya dulu ramalan cuaca kalau nak BBQ tepi pantai !!!

Kunci Basikal

Sejak Basikal Amirul kena curi tahun lepas, kami tak beli p[un basikal baru untuknya
Memang nak beli pun awal tahun hari tu, 
Tapi Baby sitter dah offer basikal anaknya, kira ok le tu.

Anak Baby sitter dah masuk sekolah Tahfiz jadi Amirul la yang guna sekarang.
Tak nak pisang berbuah dua kali, Baby sitter bekalkan Amirul dengan Kunci yg berantai tu
Bila ke kelas Fardu Ain, boleh la dia kunci
mana le tahu kan..kan..
malang tak berbau  

 
Semalam, baby sitter call tanya ke mana dia hilangkan kunci basikal tu
selamba je Amirul cakap dia tak tau
pas tu dia lupa dia letak kat mana
mungkin jatuh ke apa ke memang dia tak boleh nak ingat.

Adoi... budak ni apa yang dia ingat pun tak tau lah
barang dia semuanya dia lupa. letak sana letak sini

Hari tu bawa  racket Badminton papa ke sekolah, dah di hilangkannya
Bawa bottle thumbler.. asyik tinggal kat sekolah last hilang jugak
poensil pemadam ni jgn cakap la, berdozen beli wat stock kat umah..

last week balik sekolah..siap cakap Stoking hilang
eee..... memang bengkak aku ngan Amirul ni
bila tanya, dia boleh cakap dia tersilap letak dalam kasut kawan
sebab dia tak boleh nak cam kasut sendiri
adusssss....

gegas gegas aku ke Tesco time lunch semata mata nak beli kunci basikal
Anak orang lain macam ni tak?
ke anak aku sorang je..

apa apa pun aku kena bersabar, inilah permulaan dia berdikari
kata orang memang susah nak didik anak untuk jadi orang.
bila dah jadi orang tu.. tidur pun lena..

jadi orang = menjadi seorang manusia yg bertanggung jawab dan penuh dengan sifat sifat yang baik dan beriman.


Note: Jadi org yang beperangai pun mcm orang le..

Entry Auto Publish 

Monday, February 4, 2013

Nak main kejar kejar

Kalau nak ikutkan, Papa cuti hujung minggu sebulan sekali je
sedih tau, nak lepak lepak manja mcm orang lain tak dapat la 
Tak pe.. Dah Allah tentukan begitu
Harus Redha..
Janji kami masih boleh mengukir bahagia dengan cara lain.

Aleesya sej=karang duk belajar berlari kot
asyik nak berlari je kerjanya
lutut tu dah bercalar balar sebab   asyik jatuh je.
Abang tak mo layan sebab nak tengok view Jambatan ke dua tu
Then dok sibuk tanya tentang pantai Jerjak
yang di sebelah sinun..


Nun dia... jambatan ke dua yang tungguh hari je nak di cantumkan
Amirul ckp jambatan tu nak bercium tapi tak sampai sampai. hahahaha

ibu yg gedik lebih dari anak. hahaha

ok.. Aleesya dah start dah nak explore tempat ni
dah mula lari lari
risau la sebab ada batu besar..
Ok tempat yang rata mcm ni baru boleh lari lari
meh kita lari sesama..


Note: Kalau papa cuti memang best...
idak le ngadap TV je....



Tugasan: Perap Ayam untuk BBQ

Pagi sabtu tu, hubby ada tanya aku tentang cecara nak perap ayam
tak de la aku syak apa apa. mungkin ada org tanya kut ( dlm ati)
then petang tu, baru dia cakap yang dorang buat collection utk BBQ

So, tugas perap ayam tu, tugas dia le
budget semua 5 ekor ayam. aku pun tulis lah bahan bahan yg perlu dia beli.
malam baru nak ke Tesco beli ayam
pas tu pukul 10-11 malam baru nak balik.
dia pergi ngan kawannya je. aku tak ikut.

Sekali dia balik bawak 10 ekor ayam
ayam pulak tak potong lagi, sebab kat tesco ramai org
tak larat nak tunggu dorang potong, so beli la 10 ekor ayam tanpa di potong
walawei... 10 ekor nak kena kerat, pas tu basuh then last perap
tak tido la aku mlm ni..

sementara hubby dok potong ayam
aku wat bahan untuk perap. mesin apa yg patut.
dah selesai semua, pergi pulak cuci ayam tu

ayam dah siap di ketak bahan perap
sekarang dah mati kutu sebab peti ais tak muat
nak tampung 10 ekor ayam tu
lepas potong bagai ada la dalam 150 ketul.

last, masukkan dalam plastik besar
sumbat je dalam fridge
dah ok semua, pintu fridge pulak tak boleh nak tutup


jam dah 2.00 pagi, kami laki bini dah pening.
last, hubby dapat satu idea
tahan pintu fridge dengan tong gas
hahahaha...
kertas di lapik utk elak  fridge bercalar.

 hampir jam 3 pagi baru kami tidur
adei...


Note: time nak BBQ nanti, ada lagi satu masaelah.. hahaha...

Sunday, February 3, 2013

Muntah ikan paus bernilai RM210,502

Mesti korang pernah dengar cerita Badang yang mkan Muntah Hantu kan..kan..
Sejak cerita rakyat tu glamour di kalangan masyarakat kita
sampai la ke hari ni, aku belum pun pernah tengok muntah Hantu
jangankan Muntah Hantu... Hantu pun aku tak pernah jumpa. hahahaha...

Selain Muntah Hantu yang super power tu
Muntah Ikan Paus juga dikatakan begitu berharga

Terkini, Seorang  pembeli ingin membeli Muntah Ikan Paus yang di temui oleh anjing peliharaan Ken Wilman.
jangan terkejut kerana pembeli tersebut ingin membeli Muntah Ikan Paus itu
dengan Harga RM 210,502 ( £43,000)

Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi.
ini kerana muntah ikan paus mempunyai bahan yang dinamakan ambergris. Salah satu bahan
yang di gunakan untuk membuat Minyak Wangi dan ambergris selalunya ditemui dalam sistem penghadaman ikan paus sperma.

Kebiasaanya, ikan paus akan memuntahkan ambergris yang kemudiannya akan terapung di atas 
permukaan air dan ianya dianggap bernilai tinggi sejak berabad lamanya.


Muntah pun ada harga jugak tau.
Kalau kat Malaysia ni dok sibuk cari Teras Gaharu nak buat minyak wangi
kat sana kena tunggu ikan paus muntah baru boleh buat minyak wangi..


Note: kekadang bahan buangan tu lebih bernilai kan..kan..




Saturday, February 2, 2013

Anak Ning Baizura bernama Ryan Sky Dalton

Lama sungguh menunggu kak Ning kita nak dapat baby.
Syukur akhirnya beliau di sahkan mengandung
dan terbaru... Beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.5 kg
dan  diberi nama Ryan Sky Dalton dan dilahirkan jam 3.06 pagi.

 
Sbenarnya  Ning  berhasrat untuk bersalin secara  normal tetapi  tetapi kepala bayinya didapati senget ke bahagian kiri dan akhirnya beliau terpaksa bersalin melalui pembedahan

Kenapa Ning memilih Nama "Sky " untuk bayinya
ini pula jawapannya:-
 
“Ning dan Omar memilih nama “Sky” kerana ketika mengandung beliau sering melancong  ke luar negara,” .
oooo... begitu ye..

 pasangan Dalton itu akan membuat sidang media untuk mengumumkan kehadiran Ryan dalam masa terdekat. jangan lupa ye nantikan kemunculan baby tu di kaca TV. Mesti lawa anak dia kan..kan..
tak sabar nak tengok tau.
 
Note: Tahniah buat Pasangan Dalton



"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"

hari ni hari santai aku
so aku nak join GA yg di anjurkan oleg Remy Hazza

  
kalau GA yg simple berdesup je aku join.
kalau yg jenis nak klik sana buat itu buat ini
sampai berlisting listing tu mahap le. 
aku memang tak layan.

yg si remyhazza ni sempi je. sesimple makan kuaci. hahahaha
dah lama aku follwo dia
sesapa nak join. klick ja Banner tu atau kat SINI pun boleh.