Monday, February 18, 2013

Edisi Faraid Hantaran

sambungan entry Pak Lan Tunang.

Lepas balik dari majlis pertunangan tu
apalagas, kami pun men faraid segala hantaran , bahagi bahagi sorang sikit
 coklat Moist dan halwa Maskat

 Smell You ( bau lu) dan Almond London
Puding layer dan nenas gula.
yang ni je la yg sempat di snap oleh aku.
mcm biasa le kami akan bahagi bahagikan benda makan ni sesama jenjiran
yang turut serta dalam sesi pertunangan. 
 masukkan dalam bekas polistrin mcm ni le.

lepas dah bahagi bahagi semua . apa lagi kami la pulak yang ngap.
gambar tuan tanah dan orang orang yang sewaktu dengannya tengah ngap
tak dapat di tempekkan di sini
sebab..... tak tutup aurat. hahahaha...





Sunday, February 17, 2013

Al Kisah My Cheese Cake

Dah lama dok ngidam nak buat cheese Cake
kebetulan hari tu ada beli Mixer baru
gatal tangan le nak buat.
 ecewah... bangganya sebab menjadi.
aku letak bluberry kat atas tu
pas tu kat bawahnya letak oreo..

siap tapau bawak mai kerja lagi
adei.. penternakan lemak aku semakin maju nampaknya.
kahhhhh

 dah jadi sekali, buat le lagi bila rasa lapar kan..
kali ni nak buat sempoi sikit
nak letak cream coklat + parutan coklat bagai le


 tunggu punya tunggu
last cheese cake aku tak menjadi.

sebab cheese tu tak mo beku, lembik je
boleh la nak makan
tapi kena ceduk mcm ais cream.


Note:  tersalah pilih cream chese kot. ntah le.

Saturday, February 16, 2013

GPS, Google Map, kenapa tak guna?

Dulu.. masa aku muda remaja, selalu aku merempit pergi Parit Buntar
Dari Penang tau, Aku pergi Umah kawan Aku
meronda sakan... Tapi sejak Aku Kawin
dia pun dah kawin, jarang sangat aku ke sana
2-3 tahun sekali aku pergi Parit Buntar.

 

Then Masa cuti CNY tempoh hari, Aku dah nekad nak bawa my mom jumpa ngan abang dia
dan adik adik angkat dia kat Alor Pongsu ( lama benor tak jumpa)

Mak aku dulu ni di pelihara oleh sepupu ayah aku
dorang tak nak putus ikatan kekeluargaan tu, dorang kawinkan ayah aku ngan Mak aku
Jadinya, Mak angkat Mak aku tu, ayah sedara aku le.
faham? aku pun tak faham.. hahahaha...

Mak aku ni siap ckp yg dia tahu jalan nak pergi tu
then bila my hubby guna highway, dia ckp kalau jalan bawah dia tahu le
adei... mula la garu garu kepala
tengah drive mula la( tengah highway) 
susur keluar Jawi ke Bandar Baru?
Aku ckap Jawi, Mak aku cakap ikut Kulim. hahahaha.. lagi pening
last hubby call kawan dia, sekali kwn dia main agak agak je
ikut Bandar baru kot.. hahahaha.. main kot kot pulak.



aku ni mati mati suruh hubby ikut jawi.  dah banyak kali aku pergi okey!!
hubby tak nak dengar
last, ikut jugalah susur keluar bandar baru
ingat ingat lupa aku pun
dah ok dah jalan tu, sampai kat mana ntah, ada pulak orang buat jalan
pas tu semua Jalan jadi sehala. hahahaha...
ambik kena seketoi...
mulut ada kan, tanya la drebar teksi, dia cakap
ikut jalan parit buntar
nampak tokong hindu, belok kiri
depan tu Alor Pongsu la..

dah sampai semua
time nak balik tanya la kazen aku jln mana cepat nak balik kedah
IKUT JAWI... ha... kan betul tu
Ikutt Jawi....

Masa balik tu, memang nak ikut jawi le
sekali silap belok
balik ikut bandar baru jugak
gagagaga... Memang  kimia betul le dengan Bandar Baru

tak pe la kan. janji selamat pergi selamat sampai

tak tahan bila mak aku cakap ikut Kulim...
dah nak ke bukit Merah dah mak oiii..
Kulim mana lagi dah...

 

Friday, February 15, 2013

Pak Lan Tunang

09/02/2013 adalah hari pertunangan Pak Lan a.k.a my BIL
tak tau la kan, dah kat dia pun Amirul Panggil Pak Lan
nanti isterinya nak panggil hape? Mak Lan kot. ngeeee
 Tuan Tanah Nak posing ngan hantaran dulu yer
Bertunang dengan orang Bertam je
tak le jauh dari Pendang kan..
Yang Pakai Baju Kemeja kotak kotak tu la Pak Lan.
Pandai dia noh..
diam diam je... tetiba ckp nak tunang..
 sesi perbincangan pun bermula.
segala perjanjian dah pun di tetapkan..
di susuli dengan bacaan doa..

Selamat dah cincin di sarungkan..

 MIL tak boleh duduk bawah
sebab potong kaki.. so, kena sarung cincin sambil duduk atas kerusi le..

 selesai semua, nak posing ngan Aleesya kejap.

 Hantaran daripada pihak kami
Dari pihak perempuan tak pulak di snap. 
Malu malu meow...

 See... my chocolate pun ado..
gigih buat untuk  BIL tershayang..

 makan time..
sebelum datang tadi dah makan.. makan lagi?
hahahaha...
 Amirul dengan kazen dia Ayein.
Nyaris nyaris nak kena tinggal kat umah Tok 
Tu la leka main basikal sangat.

 Last.. aku pun nak makan jugak
sebab terguda dengan acar limau. 
sedapppppppppppppppp....


Note: Nanti kita tengok kami faraid hantaran pulak. hahahaha

Wahai Pos Laju Tersayang.....


13/02/2012 aku ke pejabat pos sebab nak pos barang yg org order
kebetulan customer aku tu org Sarawak
aku pulak tak tau yg  sampul prabayar ni tak boleh pos ke sabah dan Sarawak
aku dah lekatkan  sampul tu, bila nak bukak kena la potong
 
kerani PP tu ada cakap, lepas ni sampul ni masih boleh di gunakan.
setelah aku transfer barang dalam sampul tu ke sampul surat biasa
aku terfikir pulak. 
 
aku kan dah potong sampul ni, tentu dorang ingat aku recycle plastik ni
kena la charge lagi RM6.00 bila nak hantar kan...
 
Bila aku tanya, dorang ckp boleh guna semula.
tapi, mcm mana nak confirm yg aku memang boleh guna dan tak di sharge RM6.00 sekali lagi?
dorang dah jadi pening. sebab sampul tu dah ada kesan gunting.
Gambar hiasan- bukan pejabat pos ini.
Tapi aku memang tak guna lagi, cuma tersilap masukkan barang je.
Last, dorang ckp, bila akak nak pos lagi
Dik, akak ni buat bisnis, kalau ada customer beli barang, akak pos la
tak dapat la akak nak tentutakn bila org nak order barang tu.
 

Last aku cakap le, ala dik, Adik chop je kat sampul tu
tulis le apa apa pun sebagai reference, bila akak nak hantar nanti
at least, korang boleh detect masalah akak ni.
pas tu, dia  blur, dia tulis tarikh je kat dalam sampul tu.( aku pun tau tulis tarikh)
how to proof?
then, ckp.. org lain tak  boleh hantar, akak jugak yg kena mai balik.
 
aduhh... aku suruh tulis la nota atas kertas lain ke
klip kat situ je, kan senang.. tak mau buat pulak
aku mintak tukar tak boleh pulak
senak aku di buatnya.
 
 
Alhamduilillah, keesokkannya ada org order barang lagi
makanya, aku boleh la guna sampul pra bayar tu
sampai je kat PP tu, dah org lain pulak jaga kaunter
aku explain gini gini kat dia
 
terus dia cakap : Kelmarin saya tak de, saya tak tau"
dia bagi balik barang tu kat aku
then kecoh satu PP, dekat staff tu dia tanya, staff ni dia tanya
 
ish.. tu la aku suruh letak note tak mau
kan ka jadi masalah sekarang ni.
 
tengah dia dok usung sampul pra bayar aku yang terbuka tu
tetiba ada la staff veteren kat situ yg menjadi saksi kejadian menimpa aku semalam
ha... mujur la.. selamat RM 6.00 aku.
 
 
Bukan nak salah sesapa kat sini
aku pun salah jugak sebab tak tau yg sabah sarawak tak boleh guna prabayar
Then, kerani pos tu, tulis le ini kes dia, sila rujuk dia. tempek kat situ senang kan.
boleh la dorang call dia tanya.
lagi satu, sikap! kat jabatan mana pun sama
kalau sebelum ni berurusan dengan org tu, org lain dah tak mau ambik tau
yg jadi mangsa kita le..
 
 
Pejabat Pos seharusnya menjangkakan perkara sebegini akan berlaku
sebelum sesuatu produk di lancarkan
mesti ada buat  kajian  kan...
 
 
 
 

Kuku berbulu gaya terbaru tahun 2013

 Nampaknya keanehan fesyen yang makin menjadi-jadi mengikut perubahan masa sudah tidak boleh dielakkan lagi untuk tahun yang seterusnya.



Jika pada tahun sebelumnya gaya-gaya seperti kuku berlaker pasir, kaviar dan sebagainya menjadi ikutan ramai, kini tahun 2013 memperkenalkan kuku berbulu pula.

Mula diperkenalkan oleh MUA Makeup Academy, produk yang memberikan kesan kuku berbulu ini boleh didapati dalam lima jenis warna dengan harga hanya GBP 3 (RM14.62).

Untuk mendapatkan efek kuku berbulu, salutan bulu itu perlu ditaburkan ke atas kuku yang baru sahaja diwarnai ketika pewarna masih belum kering. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 saat sebelum membersihkan salutan bulu yang berlebihan di kuku untuk mendapatkan kesan efektif.

Hasilnya? Anda cubalah sendiri.


Note: Tak suka aih kuku kaler kaler, berbulu lagi la..nyamfah ai tau..