Monday, April 1, 2013

lentikkan bulu mata dengan Sudu Panas

Sebut saja untuk cantik, wanita sanggup melakukan apa saja
habis wang beribu ribu, makan ubat itu ini semata mata nak kelihatan cantik.
siapa tak mahu cantik kan..

26 Mac – Bulu mata melentik pasti membuatkan mata nampak lebih besar dan bermaya di samping memberikan imej wajah yang menggoda. Malangnya, tidak semua orang dikurniakan dengan jenis bulu mata sedemikian dan sering berpaling kepada produk kosmetik.

Namun, terdapat cara mudah dan menjimatkan bagi anda yang ingin mendapatkan rupa bulu mata lentik semulajadi tanpa bergantung kepada maskara ataupun pelentik bulu mata. Salah satunya adalah dengan menggunakan sudu besi yang dipanaskan. 
 
Sebuah teknik yang sudah lama wujud semenjak beberapa ratus tahun dahulu, ada juga segelintir pihak yang mendapati bahawa penggunaan sudu besi adalah lebih efektif berbanding dengan pelentik bulu mata moden disebabkan oleh kesannya yang berkekalan sepanjang hari. Antara selebriti terkenal yang mengamalkan teknik ini adalah model Victoria's Secret, Miranda Kerr.

Untuk dapatkan kesan lentikan yang lebih baik, anda di nasihatkan untuk menyapu bedak terlebih dahulu pada bulu mata anda. Ini di lakukan agar ianya tidak melekit sekaligus dapat menghindari sebarang gumpalan yang selalunya terdapat ketika menggunakan maskara.

Setelah itu, posisikan sudu besi yang baru dipanaskan betul-betul di atas bulu mata dengan pandangan mata anda menghala ke arah bahagian dalam sudu tersebut. 
 Sebelum lakukan semua itu, pastikan sudu tersebut tidak benar benar panas. Ini untuk mengelakkan agar kulit anda tidak melecur. rasa dulu tahap kepanasannya ye.
. Dengan perlahan-lahan, anda tarikkan bulu mata yang kemudiannya ditekankan ke permukaan bawah sudu selama sekurang-kurangnya 10 saat.

Teknik sedemikian boleh dibuat secara berulangkali sehingga anda mendapat lentikan bulu mata yang ideal.

Jika anda ingin memakai maskara, pastikan anda menekap sudu panas tersebut sebaik selepas maskara disapukan semasa ia masih basah bagi mengelakkan maskara dari merebak ke sekitar kelopak mata dan membuang gumpalan yang ada.


Note: Adakah anda sanggup lakukan? Nak cantik? fikir fikirkanlah...

Sold Out!!!! Laku macam Pisang Goreng.

Pengumuman.
Berkaitan my Entry tentang Tiket/tag tangan ke Bukit Merah

Pergh... Semalam dah ada callers yang nak borong semua 20 ticket tu
so sesapa yang ada hati or jantung yang na beli tu
harap maaf la sesangat..
sebab dah Sold out!!!

 

Nanti lah , kalau ada offer lagi akan aku buat jualan lagi yer.
Ni pun tulun kengkawan...

Note: Sape tak nak kan, kalau harga murah giler kentang. hehehehehe...
So, tak boleh lah jadi entry melekat. ngeeeee

Sunday, March 31, 2013

Senyum Sunday 18sx

cara terbaik utk memegang semasa train komuter/LRT/
monorail sedang bergerak.


HELLO2 !! Hello...
ey..ey.. mata korang ke mana tu?
 SAYA REFER Pada PAKCIK TUA YE..
 hehehe..  
 
 
Note: Sengal tuk korang on sunday...Happy holiday!!!
 

Saturday, March 30, 2013

Masuk Bukit Merah RM20 Sahaja.

 Sticky Post hingga 20/03/2013.

Pengumuman...
Aku nak jual tag masuk ke Taman Tema Air Bukit Merah. RM20 je satu
ada 20 Keping . 
Cepat..cepat. jgn lepaskan peluang untuk bersama keluarga tersayang.
 
 cepat murah..murah.. 
tiket ni untuk masuk bulan April sahaja
1hb April hingga 30hb April 2013.

Sape bermint sila wassap or sms 0125642576

Dalam Pulau Pinang aku hantar sendiri
luar Penang aku pos. ( wang pos RM 3.00 sahaja)
Memang nak let go.
Cepat sebelum terlambat.

Note: Moh lenjun!!

Friday, March 29, 2013

Sila Jangan Tiru Seperti Saya

Minggu lepas, memang Amirul ada cakap yang dia ada latihan Te Kwan do
pada hari jumaat. Latihan kul 8-10 pagi.
Tapi kan.. Ibu dia ni dah lupa.
Sedap sedap je bangun pagi tadi, basuh pinggan, jemur kain sapu sampah bagai
lepas subuh tu..

Tetiba kul 8.15 am. Amirul bangun dan tanya time.
selamba badak aku jawab. Pukul 8.00 la. awat?
Nak tengok tengok kartun apa pulak. 
asal bukak mata je, kartun.. kartun kartun..

Mirul ada Latihan hari ni!!!!! Pukul 8.00.
Hah.. alamak, cepat mandi ...kelam kabut tau
Pukul 8.35 baru sampai sekolah, orang lain dah warm up bagai. theee.. theee..

Lepas hantar Amirul, tu aku sent SMS ni kat my bos
Nak inform yang aku hari ni lewat sebab nakkena fetch Amirul balik latihan kul 10.
Memang aku tak perasan langsung, hingga la kul 3.30 tadi
Bahawasanya SMS ni telah accidently terhantar kat  gieyana.
Gieyana.Com ®
Ni ha.. si gieyana punya blog. korang kenal kan. My classmate
   kahhhhhhhhhhhhhhh......adei...
patut la bos aku dok ckp aku pergi Good Friday!
sebab pukul 11.00 baru aku tercongok masuk kerja
rupernya SMS aku tak sampai kat dia. 

Awal cakap habis kul 10.00 pagi.
Tapi aku dok tunggu punya tunggu...
pukul 10:30 baru habis latihan..

sebelum nak pergi ambil Amirul tu, aku masukkan kunci basikalnya kat poket seluar aku ni
Sebab, pukul 3.00 selalunya Amirul akan ke Library Desa di tepi laut sana tu
sebab nak penuhkan buku Nilamnya tu
lagi pun ada cikgu sekolah dia yang pantau.


Sambil dok jalan sambil dok rasa something ada kat poket
sekali tengok. kikikikiki... kunci basikal Amirul aku bawa terus ke datang kerja
adei...nampak sangat la aku ni pelupa kan..kan..
hmm... baby sitter ada kunci spare kot.
harap harap la kan..
kalau idak.. jalan kaki le kamu ke Library wahai anakku sayang..
 


Note: Jgn la korang ikut perangai aku ni yer..
sat gi cheq pi jenjalan rumah hang pa semua noh...

Thursday, March 28, 2013

Suamiku Tidak Zalim

kejap je kan dah nak habis bulan March ni.
pejam celik pejam  celik, baru sedar yang taylor cakap tempahan untuk baju raya last bulan 4 je.
Tapi kan... dalam tahun ni aku ada banyak agenda keluarga
kena la pakai baju baru. hehehehehe...

 sebelum ni pernah la dengar seorang ustaz tu cakap
"Zalim... Jika seorang suami membiarkan isterinya menghadiri kenduri dengan baju yang sama
setiap masa".. hohohoho... para suami di luar sana, peka la noh ngan menda menda gini
jgn la sampai tak bersalin baju anak bini kamu tu..
kang jadi suami yang zalim pulak.

Aku pun tak mau suami aku di cop sebagai orang yang Zalim.
jadi.. urut urut janggut suami, dapat la beli kain utnuk buat baju.
hehehehe...

kali ni nak sedondon ngan Aleesya lah.
Selalu papa ngan abang je sedondon kan..

Moga sempat la Kakak Taylor tu siapkan baju kami
Majlis bulan 5 satu dan Bulan 6 satu
haruslah tempah 2 pasang. ye tak? 


Note: Tempah sekali baju raya. Hambekkkkkkkk

Chef Tony's Popcorn

Lama dah le aku tengok offer kat groupon popcorn keluaran Chef Tony ni
Tapi tak de la rasa nak beli. Pertama sebab mahal.
Dalam hati ingat.. eleh popcorn je pun., mahal tak hengat.
aku biar je offer kat groupun tu berjalan
tak fedulik langsung.
Tetiba aku terjumap stall Chef Tony's ni Kat Tesco.
mula la dok rasa rasa... 

 Nah.. ni dia senarai harga popcorn tu
pilih..pilih.. mana satu berkenan di hati.





 Nah.. ambik semua ni. bermacam macam rasa korang boleh makan
memang syurga popcorn la kan.

Dalam banyak banyak yang aku rasa tu.
sampai naik kebas lidah aku ni. hahaha.. dah tak tau yang mana satu best
sebab semua best. kahhhhhhh...

Last aku decide beli chocolate+hazelnut.
Rasanya memang sedap..
 Popcornnya lain dari popcorn yang kita selalu dok beli tu
sebab bentuknya bulat mcm dragon ball bola.
unik la aku tengok.
 Bila popcorn ni dapat kat Aleesya.
Mcm biasa bab tabur tabur tu serah dia le kan..

Yang geram tu, dia boleh wat perangai "Kede"
dia nak makan sorang jer.

 Bila papa mintak mula la angkat balang tu
tekap ke dada la, 
bawa lari ke belakang le. 
memang kede budak sekoq ni.

Amirul sampai merajuk rajuk ngan pangai adiknya ni
kekonon nak pujuk le tu,
ambik 2-3 ketul letak kat atas tudung tupperware tu
bagi kat abang..

hamboi....sikit je ko kasikat abang..
haip.. tak baik buat pangai mcm tu.


Note: Sape nak murah tunggu groupun offer, sapa dah tak sabar nak makan silalah ke Tesco.