Wednesday, April 17, 2013

Sentimen Politik Di kalangan Kanak kanak

Selepas di pujuk, last aku bersetuju nak hantar Amirul ke rumah kawannya
katanya, kawannya tu buat jamuan.
Masa aku hantar dia tu, tak de pulak aku nampak tanda tanda yang rumah tu ada buat jamuan
Tapi, kehadiran Amirul di rumah tu disambut oleh peluk peluk kengkawan dia.
" Aku tunggu hang lama tau, Amirul.. Awat hang mai lambat sangattttt"
ha.. gitu lah kengkawan dia kemain gembira lagi jumpa Amirul.
gaya nakal Amirul

Then jam 9.30 malam, aku pergi la nak ambik Amirul
tetiba aku tengok, punya la banyak kereta dok parking
pas tu ramainya orang, Semuanya kaum Adam
sampai Jalan nak masuk rumah kawan Amirul tu pun di block 


sekali aku pandang, Hah.. hambik, Wayang Pacak besar gabak
aku dah mula naik segan silu dah
nak tak nak kena la aku harungi jugak, dah rumah kawan Amirul tu di belakang sana kan..
tebal muka, jalan slow slow sambil dukung Aleesya
tetiba, ada seorang lelaki tu datang kat Aku, tanya Ada apa?
ya la kan, semuanya orang lelaki tetiba aku sorang je ngan bawak anak kecik kat situ
aku cakap nak ambik anak, so dia pun suruh org bagi laluan kat aku.

from hulukelang.com

sekali aku melangkah masuk sampai kat betul betul Wayang Pacak tu
Amirul dengan kusyuk sedang menikmati video tentang sejarah Malaysia rupanya
Aku dah cuak dah... cepat cepat aku tarik Amirul keluar
Amirul siap cakap, kejap la Ibu
Jamuan tak start lagi, Majlis sampai pukul 12.00.
Pap! ketuk dahi sendiri...
Anak aku pulak termasuk dalam kancah politik
dah mula menular la sentimen politik dalam kepala hotak anak teruna ku ini.
Masam je muka Amirul tu, pas tu aku bawa je dia makan , sebab tahu dia lapar hehehehe
sedang makan tu, tetiba Amirul ternampak kereta peronda polis
Aku pun terus cakap. Ha.. tu la.. dok kumpul ramai ramai tengok video
ntah ada lesen ke tak de lesen dorang semua tu
sat polis pi tangkap habih semua lari berselerak tarak..

Amirul pun dah mula  caya apa yang aku cakap.
Lepas makan tu, aku saja la nak Gempaq dia
" Jom kita pi tengok, depa tu kena tangkap ke tidak?"
Tak yah la Ibu... sat Najib tau Mirul pi sana
habih la Mirul lepas ni
Macam mana nak pi Sekolah..
Sekolah tu hat Najib.. Mintak mintak la Najib tak tau..
hahahahah ( aku ketawa dalam hati)


Moral of the story 
**** Aku sebagai ibu, rasa usia Amirul terlalu muda untuk di asah dengan suasana 
politik hari ini, tak kiralah suara dari pembangkang atau pemimpin,
Sejak aku kecil keluarga aku pun tak sesakkan fikiranku dengan fahaman politik mereka
maka aku rasakan, adalah tidak sesuai jika majlis politik di sertai oleh kanak kanak***

Note: Biar anak menuntut ilmu sebanyak yang mungkin, bila besar nanti
dorang yang akan mana parti politik yang sesuai utk dorang..

upss.... ada lagi sambungan citer ni.. next entry ya..

 

Tuesday, April 16, 2013

Ngorat Salah Orang Le...


Leceh tul la aku bila berurusan dengan pejabat pos kat area rumah aku ni
segala benda tak de.
kejap komputer rosak, kejap letrik tak de, kejap plastik pos laju tak de
asyik tak deeeeeeeeeee ja. Pas tu kan.. muka sekor sekor kelat je
jgn sampai aku hangin satu badan. kang aku wat review tentang perkhidmatan korang baru nak fanas funggung pulak...
Malas ar, terus ke courrier service la kalau cenggini.
So, sesampai aku kat courrier service tu, mcm biasa, letak kunci motor kat sebelah dan isi form
Masa tengah isi ada seorang jejaka, memang encem.tinggi lampai
tunggu je kat belakang aku, Dah aku selesai
aku pun keluar 
tetiba teringat lak kunci motor aku kat atas meja tu
Masa aku nak masuk tu, aku terpandang yang si lelaki tadi ambik kunci motor aku
dia genggam pas tu dia kiam tangan.
Aku sengaja le tak tanya dia, aku tanya counter girl tu
Dik, ada nampak kunci tak?
dorang cakap tak de, then aku pandang le si jejaka hensem tu
selamba je dia tunjuk kunci motor aku kat genggaman dia.
encem lagi  pelakon ni kan..
Then dia jawab aku
" Oh this is yours, I'm waiting for  somebody to ask".
Mak ai speaking lak dia. ok lah mungkin mukanya nampak melayu
tapi bukan melayu kot.. ngeee
Aku pun jawab la, 
" I saw you holding my key just now, but I though it's yours "
then aku ambil je kunci tu dan terus keluar..

P. ram lee senyum lagi smart kan..
Dia dok senyum simpul kat aku, harap harap le kot aku nak jeling balas kat dia
maaf le, I'm not that type of person.
nampak je aku ni mcm happy happy gini, tapi I know my limit ok.
dah berguni garam aku makan. agagagagagaga...


bagi aku, dia sengaja, sebab dia memang dah nampak aku tengah isi borang tu
dia tau itu kunci aku, dia sengaja nak pegang, sengaja nak berbual ngan aku le tu.
kalau dia tu pekerja courier tu ok jugak, tapi dia pun datang situ hantar barang 
sama mcm aku jugak.
argh... apa pun alasan dia memang sengaja.. hahahaha...( ketawa geng jahat)

Note:  Pergi ngorat orang yang lebih cung dari aku. dah ko pon ensem..

Putu Piring

Lepas kitorang balik dari Bukit Merah tu
Amirul cakap yang dioa lapar sesangat.
kebetulan nak kena beli baju untuk Amirul, 
So, tak de la beli kat situ, kitorang keluar dari bukit merah untuk beli baju.

Aku cadang kan agar kami pergi makan kat gerai yang terletak di selekoh depan sana
aku tak pasti apa nama tempat tu
Bila kami sampai je kat sana, jeng jeng jeng.. ada Pasar malam
So, tak jadilah nak Makan, beli je makanan kat pasar malam tu.

tetiba aku terpandang putu Piring
Aku  tak suka yang perisa pandan tu
aku suka yang biasa punya, RM 2.00 satu bekas
ni la cecara orang buat putu piring.
kalau la aku snap guna DSLR, mesti gambarnya clear kan..
Tapi nak wat cam ne, aku memang dah malas nak carry so gedabak tu ronda pasar malam
hahahaha... guna la kamera cap ayam dah le..
inti gula merah tu dorang letak kat tengah
Masa aku tengah order tu, ada satu kapel datang mintak 4 bungkus
mesti sedap kan.

tara... aku punya dah siap.
dalam satu bekas ada 4 ketul
cukup la untuk aku sorang
sebab aku sorang je yang makan. kalau Amirul suka putu Mayong

Tak pastilah Pasar malam tu kat Mana, 
ingat ingat lupa namanya " Bukit Panchur" kot..
sebelum smapai pasar malam ni , aku ada jumpa
Sekolah Gunung Semanggol.

Kak Lona tau kot tepat ni.
hehehehe...


Note: Hanya seorang lagi bakal dapat survinier dari Bukit Merah.

Monday, April 15, 2013

Review Follower ke 600, Anna Mariana

Tahniah.. buat diri sendiri sebab dah mencapai follower yang ke 600
Kali ni aku nak Review blogger yang menjadi follower blog Lovingwantie
yang ke 600."anna Marianna"
Click Banner ni tuk ke blog Anna
ni la header blognya.

sedikit info tentang Anna Mariana ni

Melalui pengamatan aku dari satu entry ke satu entry aku belek blog dia ni
dapat le tau yang dia ni dah bertunang
hmm.. ada chance le nak makan nasi minyak dia lepas ni... jgn lupa jemput ye Anna

Tak sangka pulak yang Anna ni tinggal kat Penang
eh sama la lupak dengan eden ni ha..

seorang yang bermotivasi, sebab suka menceburkan diri 
dalam bidang perniagaan.
eh.. ingat senang ke orang nak start berniaga
berniaga ni mcm mcm du gaan tau

mmm... bercita cita nak memeliki sebuah kereta Saga FLX.
tolong la klik klik kan kat iklan Nuff tu
mana tau boleh bantu dia capaikan hasrat murni tu.

blog Anna ni banyak jugak tips tips yang berguna
tentangbahaya itu la
bahaya ini la
meh le kita explore.

Akhir sekali. Marilah sama sama doakan agar beliau berjaya dalam Interview
untuk jawatan " Pembantu Kasatria"

Note: Lupa lak nak snap photo Cenderahati tuk Anna.
maaf yer..

Pesta Basah Basah

Minggu lepas, papa dah janji ngan Amirul nak ke Bukit Merah
Pas tu tak jadi, hangin satu badan la budak tu
baru kelmarin la dapat pergi ke bukit merah.
 
Kelmarin ala ala mood malas nak berphotog
ada 2-3 kerat je photo.
meh le layan
ramai jugak le orang kat sana
aku mandi kejap je
rasa mcm tak puas je mandi manda ngan jumlah manusia yang punya la sesak ni

Nureen.. photo ni boleh tengok my hubby senyum weh...

mula tu nak mandi jugak le, tapi kan, masa aku tengah lepak lepak dalam air tu
tetiba ada la satu familly cina, ada anak dalam lingkungan 2-3 tahun cam tu la
tetiba anak cina  tu cakap dia nak kencing. ( Hello... I understand Cinese okey!)
dorang ingat aku tak faham le apa anak dia cakap..

Selamba derk je dia suruh anak dia kencing dalam kolam tu.
Yang bestnya tu, anak dia siap nak bukak seluar lagi bila time nak kencing
hahahaha... hambik ko, semua orang leh nampak anak ko nak kencing dalam kolam
apa lagi dorang pun bergegas keluar dari kolam tu le..
Ni pulak si Amirul, yang menggelongsor turun dari 
hambek gedebush!!!!!
suka benor dia.
tengok tu, seluar tu pendek snagat, baju tu pulak labuh sangat.
sekali nampak mcm dia tak pakai seluar kan..

ni le kek dahnya kalau kejap nak pakai baju kat dalam, kejap nak salin sana
last last baju mandi dia aku tetinggal kat umah
cuma seluar tu je, sebab dia pakai siap siap dari rumah.
hahaha... balik tak pakai baju dia tau..
Saje la nak wat correction kat sini. Sape yg pernah mandi kolam kat Bukit Merah ni?
maksud aku kolam yang kami mandi ni le.
kolam ni memang kolam air masin ke?
sebab aku rasa airnya mcm masin je..

then tanya hubby, dia cakap dah ramai sangat dok kencing kat kolam tu
tak suka tau, dia suka nyakat aku
kalau tanya soklan, mesti nak corner corner punya...
aku masak bihun je, wak bekal
dah tau pun, lepas mandi mesti lapar.

Gambar kat sini je yang aku snap
pas tu mood bergambar terbang ke mana ntah..


Dah penat balik rumah tu, ingat nak makankat luar je la
sekali my hubby request suh masak, 
argh.. longlai aku weih...

Note: Pucuk paku kat pasar malam tu la punca dia nakmakan kat rumah..
alahai...air tangan aku jugak ko idamkan..


Saturday, April 13, 2013

I pandang Motor je Tau..

Seminggu papa kerja pagi, Ibu pulak, time balik kerja hujan je
Tak dapat nak bawak Aleesya meronda ronda
Sian dia..

So pagi tadi, kebetulan Amirul ada latihan Te kwando kat sekolah
ntah le sebelum ni kata Jumaat je latihan
sekarang ni hari sabtu pun ada latihan jugak.
mesti hantar abang dengan motor kalau ngan kereta Aleesya tak Layan
 

kalut sikit pagi tadi, nak siapkan sarapan, pas tu siapkan Amirul
pas tu, hubby cakap nak bawa Aleesya sekali lepak kat sekolah
tunggu sampai abang habis latihan.
kena la siapkan Aleesya jugak...
ups.. diri sendiri pun kena siap la jugak sebab nak pergi kerja. ngeeee

hamboi.. wat malu malu pulak bila ibu nak snap topi rabbit dia.
aksi manja le kekononnya..
tak sabar dah nak naik motor.. Vroooom... Vroooommm....


saja bagi dia pakai topi. sebab cuaca sekarang panas.
risau pulak takut dia demam semula.
dah le besok nak jenjalan .


Note: tak dapat nak closed up bibir Aleesya yang berdarah, asyik ngelak jer..

Banglo Mawi ada Makhluk Halus/Bunian

Mungkin ada yang tidak kena apabila rumah kita berkali kali di masuki pencuri
ada la mula nak kaitkan dengan tahyul, kekonon rumah tu ada makhluk halus le
ada bunian le..mcm mcm lagi.
 
Kali ni, Banglo Milik penyanyi MAWI di pecah masuk lagi
yang lawaknya tu, rumahnya di pecah masuk sekitar Jam 2.30 petang
Pada masa kejadian beliau tiada di rumah kerana berada di Sarawak
Manakala Eikin pulak keluar kerana ada urusan perniagaan

Yang ada di rumah cuma ibu mertuanya, adik iparntya  dan anaknya, Cahaya Malaika.
tapi dorang tidak di apa apakan.

Pencuri tu pulak adalah warga Indonesia dan juga seorang buruh binaan yang bekerja
di rumah Jirannya yang di baik pulih.

“Nak cakap dia tipu pun saya tak pasti sebab dia lakukan hal itu (rompakan) pada siang hari. Rasanya kalau nak merompak orang akan pilih waktu sunyi atau malam hari. Tapi saya tak pasti, namun apa yang penting keluarga saya selamat,” ujar Mawi.

Yang bestnya tu , Buruh Indonesia tu cakap dia merompak masuk Mawi kerana di panggil oleh Makhluk halus ataupun Bunian. Sebab tu la dia pecah masuk rumah Mawi ni.
Dah orang panggil dia pun datang le.

Eh.. ini alasan perompak bila tertangkap ke?
macam tak logik kan..
Tapi pelik pulak sebab dia merompak di siang hari. 

Bagaimanapun, penyelia warga Indonesia itu snaggup membayar gantirugi.