Friday, April 26, 2013

Sakit Telor ( teloq)- Amirul.

Sebagai ibu, aku akan cuba sedaya upaya menjawab setiap pertanyaan anak anak
dan aku akan cuba untuk jawab sebetul yang mungkin
supaya ianya dapat memberi pengetahuan kepada anak anakku kelak.
Pertanyaan Amirul
Ibu.. sakit teloq tu apa?
ooo... sakit teloq tu kalau orang melayu cakap " Sakit Pasang Surut atau teloq burut"
kalau bahasa perubatan namanya HERNIA
 
I do know about the hernia, when Aleesya get "Sawan Tangis". Then My freind was Saying
" You lucky coz your baby girls, is baby boy I scared he will get Hernia"
ha.. masa tu la aku dig information about Hernia. But from the information, women are also can get it.
 
Amirul.
Oooo Hernia, sakit dia mcm mna ibu?, seluruh badan kita tumbuh teloq ka?
Kawan Mirul kata bahaya ooo sakit tu, kalau kena boleh mati
 
mmm... sakit tu Allah yang bagi, kalau dah nak mati dengan sakit Hernia tu
mati jugak, kalau Allah tak bagi mati lagi, sembuh lah sakit tu
 
Tak la ibu... sakit tu tak boleh sembuh.
Kelmarin Cikgu kata sakit tu boleh berjangkit.
 
Aku:-
Ish.. tak lah, tu sakit genetik, tak boleh jangkit, tu pun tak semua anak anak yang
bapanya kena hernia kena pada anak anak dia. cuma anak lelaki je kena
 
Amirul.
Tak lah.. cikgu kata lelaki perempuan pun boleh kena.

Aku-
ish.. tak lah, mana ada. cikgu silap kot. ntah ntah mirul yang silap dengar kot.
 
then Amirul tanya lagi.
Ibu.. hubungan Rambang tu apa? 
yang mcm ibu selalu ckp kat kawan ibu masa Pi langkawi hari tu
"Rambang Mata tengok coklat" rambang mcm tu ka?
 
Aku:-
Tak lah, rambang mata tu peribahasa, kalau hubungan rambang tu
maksudnya, orang lelaki tak boleh  kawan dengan ramai perempuan.
sat kawan ngan perempuan ni, sat kawan dengan perempuan tu.
dalam masa yang  sama.

Amirul:-
Mcm mana ar ibu, sekolah mirul tu ada ramai jugak budak perempaun
nanti lah nak bagitau kat kengkawan, jgn dok kawan ngan budak perempuan 
nanti kena sakit teloq.

Aku:-
ish.. pasai pa pulak nak kena sakit teloq kalau kawan ngan perempuan.
aku dah mula  detect yang soalan Amirul tu sebenarnya bukan berkisarkan kepada penyakit teloq or Hernia.

Cuba bagitau kat ibu, sakit apa yang cikgu ajar kelmarin?

Amirul.
Cikgu kata Sakit Egg! sakit tu org tak boleh isap dadah, tak boleh rambang apa ntah
pas tu kalau ibu ngandung ada sakit Egg anak dalam perut pun jangkit jugak.

Aku:-
Kahhhhh.... bukan sakit Egg!! tapi sakit AIDS !
lenkali jgn dok pandai ubah pi bahasa melayu. AIDS dengan Egg tu tak sama!!!
 
Amirul.
Betullah ibu, kawan mirul yang cakap sakit AIDS tu sakit teloq
ibu sebut tengok, Egg kan..kan...
kawan mirul pun sebut Egg jugak.
( See..kawan dia yang pepandai ubah, dia pulak caya bulat bulat)
 
  

 Ni la, bila cikgu sebut tak mau dengar elok elok asyik nak bersembang je
pas tu pepandaila buat andaian..  


Thursday, April 25, 2013

Segmen : Hey ! blogger asal mana?

Banyak jugak segmen yang aku janji nak join pas tu tak join join pun.
kali ni nak join segmen yang ringkas ni.

 
Nak join. Click Banner K

nak jawab soalan Penganjur.

Saya orang kedah. di lahirkan di kedah dan di besarkan di Kedah jugak
Tapi bila kawin tinggal dan bekerja di Penang.

Mak ayah saya orang kedah
Suami saya pun orang kedah jugak
Mertua pun tentulah orang kedah Jugak
anak anak semua orang Penang

By the Way hati tetap pilih Kedah..
Yo..Yo.. Kedah Bumiku, Hijau Kuning Darahku
Negeri Kedah Negeriku.
ups... terhover plak. mahap mahap..

Note: Yang Penting.... Asal Dari Kampung!!!!

Himpunan Kisah Kisah Teladan

Semalam sempat jugak aku belek belek buku yang aku pinjam tu
tak de la banyak sangat buku ilmiah tentang kenabian kat Library tu
mungkin ada orang pinjam kot.
Perisik Kota Saba..
Pinjam buku ni sebab Amirul ada tengok kartun kat youtube tenang burung hud hud
yang telah pergi merisik ke negeri kerajaan Puteri Balqis.
So, nak tau la lebih lanjut. ngeee..
Buku ni ada 6 jilid, tapi aku cuma jumpa buku ni yang Jilid 2 je
mungkin lepas org lain hantar aku bileh la pinjam.
Best.. tau buku ni
Di dalamnya terdapat 97 cerita yang boleh kita buat teladan.
kesemuanya cerita para para nabi..
aku baru sempat baca 14 kisah...
tu pun curi curi baca, sebab risau kekalau Aleesya koyak buku ni.
jenuh la aku nak ganti kat Library nanti kan...


Semalam, Aku baca Kisah " Seorang Abid dengan Pelacur Yang Cantik"
di akhir cerita ada menulis
" Lalu wanita itupun ( pelacur) bekahwin dengan saudara si Abid sehingga mendapat tujuh orang anak laki laki yang mana kesemuanya menjadi nabi-nabi Bani Israil. Wallahualam"

 Macam mana aku nak nilaikan ayat dalam buku ni yer.. sebab tertulis wallahualam gitu.

*** Tapi semua tu tak mustahilkan, Kuasa Yang Maha Esa, ****


Note: Nanti aku updatedkan Kisah Nabi Yunus tu yer.





Aleesya Di Dera

Bila akuletih, aku past je budak dua orang tu kat my hubby
mcm tu lah selalunya, aku terus pergi tido setelah Amirul cakap yang dia tak de homework
belek belek jugak la beg Amirul
dalam beg tu penuh origami. haishhhh...

Amirul pulak, ada la nak lawakan origaminya tu
cantikkan origami dengan maker pen la pulak.
biarlah, tu kerja dia.
aku pun layan mata je lah kat bilik
nanti ngantuk budak Aleesya tu, tau la dia datang jerit jerit mintak susu.

so, pagi tadi aku tengok, semua badan kaki tangan Aleesya penuh merah merah
ha.. mcm darah gitu..
kiri kanan habis semua di kerjakan .
Tanya Amirul, siapa punya angkara ni.
sape la kan..kan.. kalau tak Aleesya sendiri yang buat

Ni mesti kes papa pun  terlentok lena
apa lagi budak dua orang buat kerja la.. adei..
tak tau la ngan Aleesya ni, memang explore habis habisan

kalau dari jauh nampak mcm dah kena dera dek mak bapak kekdahnya

lepas hantar, Amirul ke sekolah tadi, nak le aku kemaskan toto kat hall tu
sekali angkat selimut.. hah... mau pengsan aku tengok
sekali dengan  maker pen, sekali ngan contengan ni tersembunyi di bawah selimut Amirul

Ya Allah.. mcm mana la nak hilangkan kesan dakwat ni
dahtak tau nak kata apa..

Nanti malam papa nampak pun boleh pengsannnnnnnnnnnnnnnn!!!!


untuk record:-
Time Amirul kecik dodulu tak de pun sampai cenggini jadinya
baik je pangai dia..
Alahai Aleesya, ko memang terlebih advance dari abang..


*** tak jadi nak marah aku ni, bila Aleesya ngaku yang dia conteng, pas tu siap tunjuk
every singgle spot yang dia conteng kat badan dia.****

Wednesday, April 24, 2013

Masih ada Rekod tau

Dah lama jugak le aku berhenti dari pergi ke Perpustakaan Negeri Pulau Pinang
2-3 tahun lepas aku memang glamour la kat Library tu.
asyik melepak kat sana je.
Then selepas, sweater gebu kesayangan aku di kebas, aku mcm sedih sangat
sakit ati je bila aku masuk je ke pekarangan Library tu.

pas tu asyik ngandung gugur ngandung gugur je
mana nak layan cik library tu. Pas tu lagi, baru adapat anak dua orang
tak pandai manage masa lagi
so, sekarang barulah tahu mcm mana nak bahagikan masa..hehehehe
( argh.. itu semua alasan ko je wantie oi...)


muka aku ke tu? lain tak kalau tak pakai cemin mata?

Sebab aku tak jadi nak pergi Kurnia Insurance, makanya aku melencong terus le ke Library
memang niat nak renew pun sebab dah expired pun membership tu

tapi kan, aku ada jugak apply untuk familly card, tapi tak pernah pun dorang bagi kad kat aku
dok simpan je la receipt yg expired tu dalam hand bag. hahahaha..
walawei.. mengong tak tau yang memang tak de kad pun
sebab kalau nak pinjam guna je mykad. hohohoho..
 
 so, tadi aku renew yang familly punya je la. membership individu tu automatik terbatallah..

untuk pengetahuan korang, seorang individu boleh pinjam, 4 buku dan satu majalah
kalau aku, Suamiku dan Amirul maknanya kami boleh 15 bahan dalam sekali pinjam.



 kalau korang pinjam, pas tu tak de masa nak return balik 
atau masa nak return tu library tutup ke
korang boleh je drop book dalam kotak kat tepi library tu.

 kelmarin aku ada nampak satu drop book kat bawah komtar
depan Pejabat Pos, bertentangan dengan Maybank tu
hmm.. senang le kan, lepas ni tak yah le aku gigih ke Library untuk hantar
drop je buku tu dalam kotak  pas tu resit akan keluar sebagai bukti penghantaran.



** tadi sempat pinjam 3 buah buku** cuma aku nak tanya la kat sini
Kenapa aku tengok 90% anak anak cina je yang dok pulun membaca kat Library
anak melayu dan India semua pergi mana?


Note: Nanti bagitau la buku apa yang aku pinjam. tak review lagi nih..

Tips Ceraikan Susu Ibu


 ini pula persoalan aku tentang macam mana nak stop BF si Aleesya tu
kalau dah umur 2 tahun lebih still tak stop mcm mana? apa nak buat
mula la nak buat itu buat ini kan..kan..kan...

So, ada satu komen yang aku rasa, actually tak yah la dok risau sangat
kembali lah diriku kepada fitrah Allah
kalau Allah yang menetapkan yang Aleesya tu minum susu aku yang mencurah curahnya banyaknya ni
Maka sudah pasti Allah jua yang akan menyelesaikan bagaimana Aleesya akan stop dari BF tu kan..


hmm.. inilah komen dari orang yang berpengalaman.
dan aku rasa ada logiknya pada komen Haryati ni.

kalau sebelum ni, aku sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya banyakkan susu untuk 
santapan Aleesya, kenapa pula aku tak sabar untuk Aleesya selesaikan proses penyusuan yang
telah di tetapkan oleh Allah itu.
nampak sangatkan betapa Aku tak bersyukur.
Ya Allah ampunilah hmbamu yang leka ini.

 

 terdetik lagi di hati ini bila Si Ann Ishak pula bertanyakan soalan ini.
ya.. kenapa aku nak stop BF? 
seharusnya aku merelakan saja supaya Aleesya BF sampai habis tempoh
dan sudah pasti Allah akan ceraikan susu badan darinya 
bila tiba waktunya.

***Kakak Iparku, pernah bertanyakan kepada ustaz, kenapa anaknya yang berusia 3 tahun, masih tak 
mau pisah dari BF, sedangkan dia dah ada adik.
bila tengok adik menyusu dia pun nak juga.**

Ustaz menjawab " jgn bimbang dan ragu,. tiada istilah minum susu adik, Ini adalah rezeki dia, biarlah dia minum. Suatu hari nanti, pasti dia akan rasa malu dan berhenti dengan sendirinya"
sudah pasti perasaan malu itu belum lagi terdetik di hatinya dengan izin Allah"

*** Lagi seorang my kakak ipar, pernah berjumpa dengan, mak bidan untuk menceraikan susu anak pertamanya. Setelah mendapat anak kedua, anak keduanya itu langsung tak mau susu badan. Menyesal kemain kakak iparku kerana sebelum ini telah menceraikan susu si anak sulung dengan cara yang salah.
Akibatnya si anak kedua menjadi benci pada susu ibu.*** ( ini adalah satu teladan yang aku memang tak pernah lupa dalam lubuk ingatan)

****tindakan sekarang,***
Aku dah tak nak peningkan kepala tentang mcm mana nak leraikan BF Aleesya
selagi rezeki Allah itu untuknya, aku turut bersyukur.
sekurang kurangnya Allah dah bagi aku peluang untuk menyusukan anak
di mana org lain yang memang nak menyusukan anak mereka tapi tak dapat.
Note: Ya Allah, terima kasih padamu kerana kealpaanku ini, aku lupa seketika tentang kekuasaanmu.

 

PRU13- Pemberita Maut Setelah Bertelingkah Dengan Penyokong Parti

Banyak jugak aku tengok blogger yang buat entry tentang PRU 13 ni
dah blog aku sepi je dengan PRU13 ni
meh sini aku updated satu.

Jangan marah yer..

 

Seorang pemberita sambilan RTM, Mohamad Yacob 61 tahun, meninggal dunia akibat sakit jantung dipercayai selepas terlibat dalam pertelingkahan dengan penyokong sebuah parti politik.

Kejadian di bandar lama Gua Musang, awal pagi tadi itu berlaku di hadapan rumahnya.
Mangsa dikatakan membunyikan hon ekoran laluan masuk ke rumahnya dihalang penyokong parti politik berkenaan.

Bagaimanapun, seorang daripada penyokong parti berkenaan datang ke arah mangsa sehingga berlaku pertelingkahan sebelum dileraikan orang ramai.

Mangsa yang mengadu sakit dada di bawa ke Hospital Gua Musang namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
sumber : SINI