Thursday, June 20, 2013

Beruk Gatai nak berbini

Sunday lepas, aku balik Pendang. Balik umah in law je
tak de la lajak balik Kuala Nerang. 
Mungkin sebelum puasa nak Balik Kuala Nerang pulak


Sampai je kat umah My in law, aku nampak satu scandal berlaku. hahahaha
apa kes, my father in law dok main peluk peluk ngan My hubby uncle tu
bila jumpa sembang dah cukup tak yah la nak peluk peluk kan..
tapi lain pulak peluk dorang tu, peluk sambil duduk cangkung, pas tu berdiri peluk lagi.
turun dari kereta baru aku tau, yang Beruk my father in law telah terlepas
So, kekonon nak buat my hubby uncle tu as umpan utk tangkap beruk tu
beruk kan jenis jeles, kalau tuan dia peluk org lain sure dia cemburu kan..kan..

peluk smapai lunyai pun beruk tu still tak mau datang dekat.
so, dorang decide nak peluk Amirul pulak.
Aku masuk le dalam rumah. Puntu rumah pun tutup rapat
sebab my sister in law dapat baby, tengah berpantang
takut jugak, kang beruk tu ambik baby bawak lagi kan..kan..

Aku asyik dengan Aleesya je la, bimbang dia pulak yg pergi peluk beruk tu
tetiba ada jiran datang, aku pun ke dapur buatkan air
ntah mcm mana Aleesya ni menyelinap keluar
rilek je parking depan beruk tu
berderau darah weih..
cepat cepat aku keluar bawak dia masuk.

Haish.. kamu ingat ni monkey yang ibu belikan untuk kamu tu ke
this is the real beruk ok.

Umpan Amirul pun tak Jalan jugak, beruk dah semakin menjauh
Dalam ati aku ni dok risau jugak kekakau beruk tu gigit Amirul
kalau la dia gigit, siap lah ko beruk, tamatlah riwayat ko hari ni. 
ecewah... sure la aku terkam bertuk tu balik kalau dia berani nak apa apakan anak anak aku.

dah petang gitu, last dorang decide kena cari beruk betina tuk wat umpan.
Ada la anak sedara jiran mertua aku tu bela beruk betina
apalagi.. terus suh dia datang

Sekali beruk betina tu datang, elok je beruk my father in law tu datang dekat
peluk peluk, cium cium beruk betina tu
sekali ngan vontot vontot beruk betina tu dia cium
amboi... gatai betul beruk ni yer..
Selamat! beruk pun dah dapat diikat semula
tetiba Amirul sambil nonton TV cakap
" Beruk Tok Wan tu gatai"

Nak tunggu bini dia balik baru nak mai dekat
Bini Beruk tok wan tu pi mana?
laki dia dok cari sampai putus tali..
hahaha... Bini Beruk!


Note: Bagi kawin je la beruk tu..abes citer

Wednesday, June 19, 2013

This is My Jajan Now

Aku di nasihatkan supaya berpantang makan
jangan simply nak makan je..
tak pe lah kan berpantang pun asalkan aku boleh sihat..
sebelum sebelum ni pun aku dah biasa berpantang mulut..

 Tadi aku saja le meronda kat area Lebuh Pantai tu
memang ada niat pun nak masuk Yusuf Taiyoob ni

Beli prune ni RM 5.50 untuk 300gram.
Rasa mcm murah la pulak...
Boleh la aku wat Jajan bila time lapar kat Office..
 
 Yang ni pulak kurma  "Emir Super Jumbo" 500 gram RM 5.50 jugak
kalau beli kat Pasar malam pun 100 gram dalam RM3.00 sekarang ni
Kurmanya pun bersih..
ni pun my Jajan jugak.

Nanti bulan puasa sure penuh orang shopping kat sini.
Banyak jugak barang barang kat sini
semuanya diimport dari Timur Tengah.

Sempat jugak tengok kurma jenis yang BESAR gabak tu
RM 65.00 sekotak. lenkali la beli.. hihihihi..

Yang ni pulak Minyak Zaitun .
Beli minyak zaitun ni sebab my mum pesan suruh aku baca ayat al-quran
buat ngan minyak Zaitun dann sapu kat bahagian yg ada cyst tu.

Masa aku ada lump tu, mak aku yang tak henti henti baca
sambil jemput jemput kat tempat lump tu dan buang ( dengan syarat)

so, sekarang aku nak buat sendiri
aku nak amalkan sendiri, 
biarlah aku yang baca ayat al-quran tu, aku yang jemput buang..
Yakin dengan Kalam Allah. 


So.. no more asam asam!okey..

Note: Tak sabar nak berpuasa..

Ikatan Kasih- Gulai Kepala Ikan dengan Telur Ikan

Ini citer minggu lepas.
Hari isnin minggu lepas, aku ada la cakap kat hubby yang aku dah lama benor 
tak makan Gulai Telur Ikan.
Kalau kat Island ni susah benor nak dapat, kena pergi Market Bukit Mertajam
Baru boleh dapat murah.

Lagi pun my hubby, memang tak de masa nak ke Market Bukit Mertajam tu
Aku pulak, sejak ada Aleesya ni asyik tak sempat je nak ke mana mana ( alasan je tu)
lepas cakap cakap ngan hubby tu tak de la aku  request nak makan mcm orang mengidam tu
cuma cakap dah lama tak makan, kalau dapat makan nyum nyum la kan..

Hari sabtu tu, hubby balik kerja malam, terus dia suruh aku masak Gulai/Kari
dia ckap masak dululah sebelum pergi kerja ye....
dah tau yang dia ada pergi market lepas balik kerja tu
Sanggup dia tak makan breakfast kat market semata mata nak makan kari yg aku masak . hehehehe

tak sangka hubby aku belikan aku telur ikan ni..
dia ckap kebetulan da jual kat Market Bayan bru tu..
Dia beli la jugak kepala ikan. 
Tengok telur ikan tu semangat le nak memasak...

Hasil bersilat aku kat dapur tu siapla kari kepala ikan dengan telur ikan.
wah.. Amirul yang paling teruja. Puas hati aku makan weih...

Tak sangka rintihan hatiku di dengar oleh suami.
Selalu kalau makan kat kedai, ada le seketul dua je telur ikan ni
Kali ni..hambek selambak dalam pinggan makan puas puas


Actually, dah ramai org yang cakap kat aku, nak masak telur ikan ni susah sikit
kekadang telur tu boleh pecah. tak de lah nak jadi seketul seketul tu.

Then ad jugak yg cakap telur tu akan jadi keras dan bila kita makan akan rasa mcm makan getah.
No Taste at all!

Meh sini aku nak bagi petua. Tak yah nak masak dalam plastik dulu ke, rebus dulu ke bagainya.
Caranya mudah je.
Setelah kari korang masak, Sure la nak masukkan bendi kan.
So, masa tu le korang masukkan telur ikan ni
Sila jangan kacau kcau kri tu.
tunggu dalam 2-3 minit gitu. tutup api dan tutup periuk.
dalam 1/2 jam gitu baru la korang mula makan.

korang akan rasa yang telur ikan ni kenyal kenyal dan tak lembut dan tak keras sangat.
selamat mencuba yer.


Note: Magiknya Kari.. kami bercinta sampai ke hari ni..

Tuesday, June 18, 2013

Emosiku Sedikit Terganggu

Sejak aku di sahkan ada Cyst kat sebelah Ovari ni
kerja lain tak de...asyik nak gugel info tentang Cyst je kojernya..

lagi baca lagi takut jadinya..
Dan..orang yang paling risau, selain diriku sendiri of koz la Suami tercinta kan..
Dapat tau je aku ada Cyst tu, dia terus decide nak berubat secara kampung
So, biar dua- dua kami pantau
Doktor dan secara Kampung..

Aku..
Sangat sangat risau, walaupun doktor cakap bukan di tahap bahaya
tapi aku tak boleh nak tipu diri sendiri
Kalau benda tu tak bahaya kenapa ianya wujud dalam tubuhku
klau iany atak bahaya kenapa aku merasa sakit sangat sangat
Bila tidur, aku terbayang bayang yang cyst tu pecah.. 
dan terfikit juga... adakah penyakit ni sebagai punca kematian ku kelak..

Mula lah aku related kan peristiwa itu dan peristiwa ini
Dulu, aku pernah ada lump kat payudara
setelah 6 tahun pembedahan di buat, dah terdapat cyst pulak kat Ovari
Jika Cyst ini berjaya di buang.. bila pulak dia akan kembali
dan dimana pulak  lepas ni ianya nak bertapak di tubuhku..


Lump kat payudara tak de la kurasa sakit sebegini..
tapi cyst kat Ovari ni buat aku menangis memalam sebab sakit sesangat
Adakah sakit ku ini menandakan yang cyst tu sedang membesar?
Nak aje aku operate buang

Bila lihat ku menangis memalam, hubby sangat risau
dia pun  tak tahu nak buat apa. 
terkadang aku pendam sakitku ini dari pengetahuannya..

Aku hairan, kenapa orang lain ada cyst rileks je
dorang tak sakit mcm aku ke?


***Hari tu kena inject ubat tahan sakit pun tak jadi apa still dok sakit***
Semalam dah pergi berubat secara kampung tu, dah hilang sakit aku ni
cuma kena la amalkan minum air akar kayu tu


Note:Aku sedang mencari kekuatan untuk lebih positif..
 

Sunday, June 16, 2013

Kek Cawan Termahal Di dunia

Kalau ada Buyer, aku pun nak buat kek cenggini
Jual 2-3 biji  sehari dah cukup. wah.. mak cik kayo mak cik kayo..

Golden Phoenix yang diperbuat daripada helaian emas 23 karat dijual di cawangan kek cawan Bloomsbury bersempena pembukaannya di Dubai Mall.Walawei... nak beli emas tuk di pakai pun

Ngeletor lutut nak bayar, ni kan pula nak beli emas untuk di makan..
 
Kek cawan Golden Phoenix merupakan kek cawan termahal di dunia yang dijual dengan harga 
RM3,184 sebiji.
Sesapa yang rasa kempunan tak mampu nak makan kek emas, jgn pulak makan
gelang kaki, rantai atau subang emas korang yer...( ini Amaran)

 
Kek cawan ini bukan sahaja diperbuat daripada emas, malah tepung dan mentega organik turut diimport dari United Kingdom manakala coklat dari Itali serta biji vanila pula dari Uganda. 

tengok le strawberry tu, di cekup dalam coklat emas.
boleh makan. nyum nyum...
Malah, kek cawan Golden Phoenix itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan.  

Makan benda yang boleh di makan sahaja yer. jgn la pulak pinggan dan sudu tu korang makan jugak. hahaha


Pelanggan yang ingin merasai keenakkan kek cawan Golden Phoenix harus membuat pesanan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.


Note: Aku tak mo tamak, nak jual 3 biji je sehari. hahahaha
order cepat! wah betapa verangannya haku.

Saturday, June 15, 2013

Ribut ribut di Pulau Pinang


 
di petik dari : http://cthoney.blogspot.com/ ( sili klik utk selanjutnya)
11/6/2013 Pulau pinang di kejutkan dengan kejadian ribut
di mana ombak di Pantai di Padang Kota Lama naik sekitar 3.5 meter.

gambar sekadar hiasan
 dan pada 11/6/2013 jugak angin puting belung telah melanda 
kawasan perumahanku di Permatang Damar Laut.
Menurut Jiranku dia dapat melihat angin puting beliung tu datang 
dan kelihatan di udara segala daun kering  dan sampah sarap di pusing angin puting beliung.

 
menurut kata my hubby dia dengar kat block di hadapan bunyi kaca tingkap rumah pecah
Dan Rumah jiranku  telah di tobak dek angin tersebut
sampai bumbung rumah bocor.
Syukur..rumahku tak di apa apakan, cuma Piring Astro tu je terpusing sikit.

Sekadar hiasan
12/06/2013.. Ramai la jenjiran aku dengan penuh keriangan mengutip kerang
di Pantai belakang rumahku.Spesis Kerang bulu..
Maaf le nak pergi jadi photog pun aku tak mau.. takutttt
banyak betul kerang yang naik. Ada le jiran ajak tuk sama sama pergi kutip
tapi aku menolak dengan lembut
Bukannya apa, dulu...masa Tsunami nak datang, Banyak betul ikan yang naik ke darat
last.. Tsunami... kali ni kerang pulak.. risau la pulak..

Sebelum dan selepas.

13/06/2013 pulak, kejadian ribut yang kuat sehingga menumbangkan penebat kilat di Menara Umno
kat Jalan Macalister tu.Pagi tu memang aku ada ke sana
sebab Ke Kurnia Insurans, Syukur..time aku pergi tu tak berlaku ribut.

 
   
Video sewaktu kejadian.



Petang tu pulak aku balik awal.. dalam jam 5 petang 
masa on the way balik tu pun aku rasa angin kuat.
Sib baik Allah gerakkan hatiku untuk pulang awal..
Sebab ada pokok tumbang kat  Jelutung Expressway tu akibat ribut
yang berlaku pada jam 6:45 petang tu.


14/06/2013 memandang  Bos dah approved MC yang hari khamis tuk di setelkan pada hari jumaat 
aku pun rilek je la kat umah tak de wat apa apa
Piring Astro tak di baiki lagi, So, satu habuk news pun aku tak tau la

Luckily My Sister In Law kat Ipoh call tanya ttg ribut tu
apa lagi terus call Nureen le sebab my SIL ckp menara TM
Nureen suh google.
Aku tak de la Google aku pergi terus ke Youtube..
terkejut jugak tengok video tu..

Ni la kekdahnya kalau tak dapat tengok News
tersangat penting TV tu kan..kan..


 Di khabarkan hari ini (15/06/2013) ribut akal berakhir
adakah ianya akan berakhir begitu je
atau akan berakhir dengan satu lagi kejadian ribut?



Note: Mcm mana le nak bagitau Mak tentang Cyst aku ni.......

Gadis di Bakar Keluarga Kekasih

Kalau kat Malaysia ni, bercinta dah menjadi perkara biasa
dan kebanyakkan ibu bapa merestui percintaan anak anak. Betul tak?
Kalau nak cari cinta yang di match mate memang payah le nak jumpa.

Tapi.. lain pulak yang berlaku di Lucknow.
Gadis di bakar hidup hidup gara gara bercinta!
 
Seorang gadis bernama Manju telah jatuh cinta dengan Ranjit, Mereka dari 
perkampungan yang sama. Bagaimanapun keluarga lelaki telah membantah
hubungan tersebut dan perkara tersebut telah di bawa ke " Panchayat"

Semasa Panchayat di jalankan, ibu kepada Manju berpendapat, memandangkan mereka telah bercinta
sebaiknya di kahwinkan saja.
Berang dengan kenyataan yang di ungkapkapkan oleh ibu Manju, beliau kemudiannya di dikasari oleh 
keluarga Ranjit. memandang ibunya di perlakukan sedemikian, Manju telah cuba menyelamatkan
ibunya..

 
gambar-hiasan

Kemudian salah seorang dari ahli keluarga Ranjit telah mengambil kerosine dan menyimbah
manju lalu membakar gadis tersebut di khalayak ramai


Polis telah datang ke tempat kejadian, dan Manju di bawa ke Hospital. Bagaimanapun
belaiu meninggal sewaktu dalam perjalanan ke Hospital.


Nota:Sampai Bila kekejaman sebegini akan di lakukan?


***Panchayat  adalah sistem politik di Asia Selatan terutama di India , Pakistan , dan Nepal . "Panchayat" secara harfiah bermaksud lima prinsip dan dipatuhi oleh masyarakat desa, Majlis ini akan menyelesaikan perselisihan antara individu dan kampung. 

kalau tak faham lagi apa tu panchayat meh sini nak bagitau
Korang pernah tak tengok citer tamil or Hindi. 
Dorang akan berkumpul bawah pokok besar pas tu kat situ ada sorang ketua
dorang akan dengar masalah yang di hadapi dan ketua tu akan
memberi keputusan.