Thursday, July 11, 2013

Ramadhan ke 2- My Birthday

Semalam, tepat jam 12.00 malam, tunggu tunggu satu panggilan or SMS dari insan tersayang
tapi non hado.. dlam hati dah majuk majuk, dah sedih sedih bagai.
menci ar.. tak mo kawan ar ngan abang.. mcm mcm la dok merepek 

Then masa kul 12.11 malam tu, receive SMS. hahahaha suakhati jantung qalbu tau





Alahai.. ucapan pun dah sangat sangat bermakna
sangat sangat gembira..

Thanks abang.. doakan T.
mmm thanks sekali lagi tuk hadiah tu yer
T sangat sangat suka tau.

Kalau tak de masa kita nak berbuka kat luar di bulan puasa ni
T tak kisah.. sebab ada ibadah lain yang lebih penting yang kita utamakan kan..
Lepas Raya ni kita tengok macam mana K.

 
Then selepas itu terima pulak SMS dari my lovely Mom
Tak sangka you, My mom boleh sms ni. Mak pun tunggu detik 12 malam jugak nak wish
anak pompuan dia yang comey  lottey ni.  Comey tak kak T? hahaha


***Kepada kengkawan di Facebook dan yang e-mail wish my b'day, sangat sangat di hargai
terima kasih untuk you all.. segala doa yang korang panjatkan aku aminkan.
Aku juga mendoakan agar korang di rahmati Allah, bahagia selalu dilimpah ruah dengan
rezeki yang halal dan bahagia hingga ke syurga.***


Dapat dah Red Packet... alhamdulillah..


Note: Ya Allah kau perkenankan doa doa yang di panjatkan oleh mereka yang baik itu kepadaku.
amin...


Wednesday, July 10, 2013

Moga Allah memberi kekuatan Padamu

Seminggu sebelum kita menyambut puasa, kami sekeluarga di kejutkan dengan satu berita sedih..
My biras terpaksa menjalani satu pembedahan di tempurung lututnya
kerana di jangkiti kuman.

Actually, my biras ada bagitau yang dia nak menjalani pembedahan usus
asyik bertangguh je, so.. dia cakap kalau boleh lepas kenduri my brother in law that day
dia nak proceed untuk operation ususnya.

Masa dia pergi untuk rawatan lanjutan untuk usunya tu, tetiba doktor cakap yang lututnya 
ada jangkitan kuman.

Mula tu doktor sedut je.. tak de la Czer bagai.
lepas dah semua ok, doktor cakap kuman masih ada.
So, doktor decide nak keluarkan tempurung lutut tu dan cuci dan masukkan semula
adei... nyilu lak bila tulis citer ni.

hohoho.. sib baik duduk first clas, boleh la kami lepak lepak dan berkuak lentang bagai.
My mum pulak style tak boleh bau ubat. asyik muntah je bila sampai kat wad ni.

Sian dia.. dah mcm orang peknen.uwek..uwek.. je

Masa kami pergi melawat dia tu, kami dapat tau yang kalau boleh doktor tak nak
operate ususnya tu. 
Doktor cadangkan agar makan ubat. Kos untuk ubat tu aje RM 26,000.00 
untuk sebulan. gulp.. mana nak cekau.
kalau kena makan selama 6 bulan. silalah darab dengan 6 yer.

Even, dia seorang guru pun, kos untuk ubat tu kena la keluar duit poket dulu
lepas tu baru boleh claim dengan goverment.


Moga moga lepas pembedahan ni dia kembali sihat mcm orang lain jugak
boleh makan itu ini, boleh lasak lasak..

Di sini kak T doakan agar Zuha di beri kekuatan, ketabahan dan kecekalan
dalam menghadapi dugaan Allah. Sesungguhnya kalau Kak Ti pun
tak tertanggung rasanya..
Semoga Tabah selalu.


Note: Get Well Soon

Kuruskan badan dengan tidur berbogel?



 Kuruskan badan dengan tidur berbogel? 

Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos.

                                        
Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!

*** Aku tak nak salahkan artikel ni dan tak nak jugak kata yang 100% kajian ni adalah bohong atau tak benar. Cuma kita sebagai manusia yang di beri akal fikiran dapat berfikir secara logik bila sesuatu pendapat di keluarkan. Nak ikut ke tak nak ... tepuk dada tanya selera.****



Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.

*** Pernahkah saudara saudarai sekalian mendengar tentang adab adab tidur dalam islam. Pernahkah kita terfikir, kenapa islam menggalakkan para isteri berpakaian jarang ketika tidur? hmm.. mungkin ini adalah jawapannya. selain dapat meningkatkan ghairah suami, ianya juga mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan************

Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.

*** Rasanya berpakaian jarang dan berbogel adalah satu keadaan yang berbeza. tapi tujuannya adalah sama. tidur berbogel menyebabkan kita rasa sejuk, begitu juga jika kita tidur dengan berpakaian jarang. sama sama akan menyebabkan sejuk. Jadi proses rembesan "fat loss".***



Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.

*** Bayangkan dalam keadaan dunia sekarang ni, ntah bila nak terjadi ribut taufan, Tsunami semua tu. tetiba bencana berlaku di waktu kita tidur,. sanggupkah anda di selamatkan di dalam keadaan diri anda berbogel?***



 mereka menjalankan kajian, kita mengadaptasinya dengan cara  kita. tak salahkan.


Note: malaikat pun malu nak tengok kita kalau berbogel. fikir fikirkanlah..
 

First Ramadhan

Tahun ini, Ramadhan 1434 hijrah.Hari pertama berpuasa.

Semalam aku dah pesan kat AMirul suruh dia tidur awal
Niat puasa bagai. 
huh.. dah tak biasa tidur awal, susah jugak la anak teruna aku tu nak lelap mata kan..



Aleesya pun ku paksa suruh tidur awal, 
Masalahnya..aku sendiri la pulak yang tak boleh nak tidur awal awal ni.

Jam 1.45 pagi. aku masih belum tidur, tetiba Amirul merengek rengek
pukul berapa dah ni.. ngantuk la ibu.. tak mau sahur la..
eh.. tak de pun aku dok kejutkan dia, tetiba cakap tak mo bangun sahur. hahahaha
sah le tu mimpi aku kejutkan dia sahur le kot.
dah..dah.. baru pukul satu.. nanti ibu kejut pukul 5.00 ..
dah pukul 5.00, aku dah siap masak untuk Amirul
Macam biasalah , aku cuma makan  kurma dan minum air je..
Amirul senang je bangun, nak makan sambil nonton TV

Tak susuah mana nak kasi dia makan sahur
tak payah masak bersilat bagai.
cuma goreng telur campur bawang dan kicap je
kalau menu lain, tak di makannya pun.

ha.. Amirul tambah 2 kali. lalu pulak dia makan tahun ni
harap harap berterusan le sampai hari terakhir puasa

Tunggu jugaklah kami dua beranak tuk subuh sekali
lepas Amirul habis subuh dia pun tido..
Aku masih lagi bertadarus al-quran ..
haish... entah sempat habiskan ke idak 30 juzuk tahun ni
tahun lepas tak sempat habis. Lepas raya baru selesai..hahaha..

mmm.. mintak tolong korang doakan aku supaya dapat habiskan 30 juzuk tahun ni yer.
moga moga tercapai le..
owh Aleesya tolong behave bila ibu baca quran yer
 

hmm..masih sama jugak..tahun ni tak dapat juga aku berterawih kat Masjid
tak de orang nak jaga Aleesya.
kalau idak , boleh le aku pergi dengan Amirul kan..
Note: Aduh..dapat tak kami berbuka sekeluarga malam ni?

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Tiba..Ramadhan Tiba...

Syukur Alhamdulillah... menjadi ibu kepada Amirul Naim tak de la susah sangat
bila sentuh tentang soal puasa.
Amirul snagat rajin berpuasa, tak de nak ngelat ngelat sahur.

Tahun ini, Ramadhan 2013
Seminggu dah aku dok dengar dia nyanyi
"Ramdahan tiba..ramadhan tiba.. ramadhan tiba


then mula la dia start melalut
asyik dok hafal doa puasa je kan..
sampai kekadang tu niat  sembahyang pun dia niat puasa.
adoi.... mak!!!!!  tulun tulunnnnn....

Ni nak marah ke nak ketawa ni
tapi... aku sure la tunjuk muka marah, walhal dalam hati nak ketawa berdekah dekah
pew...sungguh mencabar jadi ibu kan..kan..

By the way... Nak ucapkan


Moga kita di beri keberkatan di Ramadhan kali ini.


Jangan lupa bangun sahur malam ni yer.



Ini untuk kawasan Pulau Pinang aje..


Note: Nak masak apa la malam ni untuk Amirul. Husband bersahur kat Kilang je..



Kaedah Ubati Penyakit Cyst


Seperti yang di ketahui. tak semua cyst tu beracun,
tak semua cyst tu adalah cyst yang sebenarnya
melalui perubatan modern cyst boleh di hapuskan dengan cara menyedut/pembedahan
melalui perubatan tradisional perubatan cyst adalah melalui mengambilan  akar akar kayu
memlalui perubatan islam pula dalah melalui bacaan ayat ayat suci al-quran.
Perubatan Modern
melalui perubatan modern, aku hanya di beri ubat
untuk tahan darah/ tahan bleeding
ubat tahan sakit.
kalau nak sedut/pembedahan.. cyst tu kecil saja
boleh kecut sendiri atau menjadi semakin besar
bergantung pada hormon dalam badan.

photo from: anisbeautyremedies.blogspot.com

Perubatan Tradisional
Aku telah di perkenalkan kepada seorang pemgamal perubatan tradisional yang 
memang sebelum sebelum ni pun ramai juga orang datang berubat dengannya
aku cuma beriktiarkan..

aku di bekalkan dengan daun daun kayu yang di tumbuk siap
kemudian di campur dengan sirih pinang dan di sapu di bahagian yang sakit 
 Daun kayu apa pun aku tak pasti.
yang pastinya, ubat tersebut di sapu di perutku dengan menggunakan akar rumput

Pada malam selepas aku pergi berubat tu
aku rasa sakit sangat kat bahagian perut ni sampai menangis nangis
hingga ke pagi.
Esok tu aku pergi lagi, dan masih sama, tak ada ubat yang perlu di makan/minum
hanya bahagian perutku di baca ayat al-quran di jemput dan di buang

darussyifabbst.blogspot.com
Perubatan Secara Islam.
Selain berubat secara modern dan tradisional, aku juga mengamalkan bacaan beberapa surah 
yang mak aku cadangkan.
Baca "alam Nasroh dan bismillah hillazi....(sampai habis). jemput kattempat sakit tu
kemudian buang. ulang berkali kali. sebaik baiknya di baca selepas sembahyang.
*** setiap kali aku baca, aku akan rasa berdenyut denyut sakit kat tempat yang ada cyst tu**

Kemudian ada yang petua baca "alam Tarokai..sampai habis"
sambil membayangkan tempat sakit tu
ingatlah seolah olah Allah menghapuskan penyakit tu, seperti mana burunmg burung ababil
yang membawa batu memusnahkan para musuh islam.
*** korang nak tau, setiap kali aku cuba nak baca surah ini, setiap kali itu lah aku akan lupa
dan terhenti.. berkali kali juga terjadi..***
Bila nak minum air, aku akan berselawat, dan berdoa agar Allah menghilangkan 
penyakit cyst dalam tubuh badanku ini, kemudiam hembus ke dalam air
tunggu seketika biar zarah zarah air tadi bekerja. kemudian baru minum.
sesungguhnya air dapat mendengar bisikan manusia.


Aku sangat sangat hairan, surah yang menjadi bacaanku seharian, kenapa boleh aja aku lupa
surah yang sangat senang diingati kenapa aku jadi kelu untuk membaca
Rasa seperti betul je kata kata abangku..

" kekadang bukan cyst pun, ianya adalah iblis yang menumpang di tubuh kita
bila kita scan, kita akan nampak seperti bayangan ketumbuhan ." Dan ada sesetengah
penyakit tu kekadang tu tak perlu pun di bedah, amal saja membaca surah al-quran..


hmm.. aku pernah juga dengar ceramah agama yang menyentuh tentang ini
di mana iblis mendiami di setiap pelusuk badan manusia. Di hati, jantung, kepala badan dan juga 
pada saluran darah.


Selain mengamalkan surah tu semua, jgn la pulak lupa untuk memanjatkan doa kepada ilahi
agar menyembuhkan penyakit.
Mintalah..Allah pasti akan meberi..



Note: Semua Kaedah telah kucuba..yang pastinya kesemua kaedah yang digunakan, Kuasa
menyembuhkan adalah Milik Allah.








Macam Tarzan

hahaha... jgn terpengaruh dengan tajuk entry kali ni.
kalau nak tengok aku gayut gayut bagai.. sila pendamkan hasrat tu. sebab non hado pun aksi aku bergayut.
hahahaha...
 Kali ni balik kampung , mewah dengan buah buahan tempatan
Aku pergi usha pokok manggis aku kat belakang umah 
hmm... dah berbuah.. tahun lepas aku tak sempat makan
tahun ni buah lebat la pulak.

 Nampak perigi kecik ni.
my abang baru gali kot.. senang sikit nak siram anak anak pokok kan..
jimat air.

 Jalan lagi.. pas tu usha pulak buah jambu batu yang  berbuah lebat ni
cuma sebiji je yang boleh di makan
yang ni masih putik.
abang aku akan balut/bungkus buah ni.. raya ni boleh la makan..

 My anak anak sedara siap panjat pokok petikkan untuk aku
Amirul? asyik dok mengomel tentang nyamuk gigit dia je..
tak de pun di panjatnya pokok tu..

 Abang dah kutip buah jambu susu ni untuk aku
sebab pokok kat tepi rumah dia tu, berbuah lebat jugak le..
dah tak larat nak makan..

 Usha kat atas pokok, ada lagi serumpun.
dah sesuai benar tuk di petik ni..

 Buah manggis yang cantik. putih gebu..
lama betul aku tunggu.. ingatkan dulu ni pokok manggis jantan
ye la.. bertahun tahun tak berbuah.. tahun ni je baru menggila berbuah..

 Durian pokok sendiri.. sedap giler
teringat zaman dodulu.sanggup bawa lastik nak lastik tupai yang tebuk durian aku.
tahun ni sang tupai pun macam dah tak larat nak tebuk durian dah kot.
cantik moleh je buah buah durian pokok aku..

 Sebelum balik Penang, singgah kejap uamah metua, 
nampak langsat atas meja kat dapur.. makan lagi..
perut dah sendat.. tapi still nak makan jugak.

malam tu.. my biras datang, bawa pulak buah Dokong..
pergh.. manis meleting buahnya..
mana boleh lepas peluang.. makan..makan..makan..


*** Hasrat  nak bedal buah rambutan spesis "Lipan Bara" yang aku sendiri tanam tak tu
tak kesampaian, sebab masih lagi  putik. Raya nanti boleh la kot.***
ada 3 pokok semuanya.. tak pe sesi panjat pokok rambutan lepas raya nanti akan berlangsung.
hahahaha...


Note: Macam tarzan kan.. makan buah je kojernya..