Friday, August 16, 2013

Raya 2013- Warna Warni Di Aidilfitri kunjungan Pertama

Aku suka main curi curi snap photo. Rasa sangat fun bila dapat tengok mimik
wajah kitorang yang  bersahaja tu..
my hubby with abang iparnya, abang Lee
Sebelum bertolak keluar, my hubby pekena ketupat dengan gulai daging hasil air tangan
my mak mertua yang sangat sangat sedap. 
kesedapan yang masih lagi terasa smapai ke hari ni

Di perkarangan rumah Pak Tih
Kami gerakke rumah Mak Lang, tapi satu photo pun tak snap kat rumah Mak Lang
Naiim muntah muntah kat rumah Mak Lang
so, Aku melayan dia je lah. habis baju basah dek muntah
sib baik bawa baju salin

Aku dukung Aleesya, hubby dukung Naiim
tak dapat la nak carry cik Nikon tu kan..kan..
Pak tih yang berbaju kemeja kotak kotak tu.
dua orang jejaka ni anak sedara my hubby, Emi dan Angah

Kat umah paktih kami dihidangkan dengan Bihun sup, kuih muih dan.. cheese kek tiramisu
Aku dah tergoda dengan cheese kek tiramisu
sampai tak menyempat nyempat dok korek resipi.

Akhirnya resipi tak dapat sebab orang yang buat kek tu, tak de
tak pe nanti usahakan tuk dapatkan jugak resipi tu

 hahaha..ini pulak abang ipar sulungku dengan isterinya
sedang nak menari gelek bollywood.

sib baik photo, kalau video korang bolehlah tengok betapa lentiknya gelekkan pasangan
merbah jambul ni. hahahaha..


Masa ni dah nak gerak ke Jenun, Umah Pak Ngah lah.


Note: Still non hado gambar makan makan. gambar aku pun non hado jugak.ngeeee




Hari Raya 2013- Raya Pertama

Tak banyak photo yang dapat di sharekan bersama korang kat sini
Memandangkan Naiim sedang demam dan cirit birit so, mood kami untuk
beraya juga turut tercirit birit
kejap nak beraya kejap tak jadi nak beraya.. gitulah kekdahnya.

 Gambar berempat non hado, sebab Naiim tak mau langsung berbaju 
pakai tuala dan selimut je.. 
bentang toto kat depan Televisyen, dia lepak le kat situ
makan idak apa pun idak...

 Asyik dok melayan Naiim je. Aku bergambar kejap ngan Aleesya
time ni Papa pergi Sembahyang Raya
Aku tak join sebab aku cuti,,sayang kan.. tak dapat sembahyang Raya.

Eh.. Aku rasa tahun ni awal pulak start sembahyang
ntah le.. seisi keluarga kami rasa begitu.

Tahun ni abang ipar sulungku nak masak nasi briyani ikan tenggiri
Lemang pun tak buat sebab my father in law patah tangan di timpa buah kelapa.
adei.. cucu sakit tok wan sakit... dugaan...

Sayang seribu kali sayang.. Aku dah pun berkira kira nak photoshoot anak anakku di hari raya
akhirnya, sekeping gambar mereka berdua pun tak ada
sangat sangat terkilan.


Hasrat Naiim nak kutip duit raya pun tak kesampaian
Tapi tak pe lah kan.. Papa janji nak tambah sikit duit raya nya yang ciput tu
boleh lah simpan tuk study kelak kan..


*** Kami dah ajar Naiim sejak dulu lagi, jgn mintak duit raya, kalau org bagi ambil tapi jgn bersuara
mintak duit raya. Rasanya Naiim dah faham kot, sebab Papa pernah marahkan Naiim
pada raya sebelum sebelum ni***


Note: Papa tambah duit Naiim, ibu tambahkan duit Aleesya pulak k.

Thursday, August 15, 2013

Raya 2013- Kek B'day

Seperti yang korang sedia maklum, B'day aku ngan B'day Aleesya jatuh pada bulan Ramadhan.
Makanya kesempatan di hari raya ke 4, aku sambut bersama keluarga tercinta.
tengok le b'day Mum yang tengah tersengih sebab terlalu over acting excited .
sekeping je aku kasi korang tengok.
sebab aksi lain yang terlalu extreme..
keterujaan yang terlampau sambil menari joget lambak kat dalam kedai kek tu

kalau gambar lain aku tayangkan tuk korang
di bimbangi korang semua akan turut serta menari nari di depan PC
hahahaha...silalah percaya 
Kakak yang sedang pipe ising tu pun pening tengok aksi kami yang dah jadikan kedai keknya
photo studio.
Akhirnya beliau membuat keputusan untuk wat tak tau je seolah olah kami tak wujud.
silalah percaya.. Kakak tu memang senyum senyum kambing bila piping word yang aku tulis.
hohoho... kakak tu senyum gelihati mungkin memikirkan  ayat yg aku suh dia tulis tu.
mula tu nak tulis opocot 35 sudah.. tapi risau pulak kakak tu melatah opocot sampai koma
so..letak le upsss...
silalah percaya ....kikikikik..
Naiim ngan kazennya rembat kitkat.
Still cover sakit lecur kat perut ngan ketiak tu.
sib baik baju longgar..

poyo... nak jadi model iklan kitkat mcm Zizan
lantaklah janji ko boleh lupakan seketika kesakitan tu.
kakak tuan kedai tu still tak leh blah dengan aksi kami yang selamba rock kat dalam kedainya
gigil gigil tangan dia tulis nama Aleesya, sampai perkataan tahun tahun tu dah jadi apa dah pun tak tau le.
dah call semua adik, abang anak anak sedara semua, suh datang lepak umah Mak
sebab Aku wat Mee Udang.
Mee udang aku dah siap buat masa sebelum bertolak ke kedai kek
cuma tunggu masa untuk di hidangkan
Note:  hmmm... puasa 6 ada yang dah start ke?


Raya 2013- al kisah Baju Aleesya

Rasanya aku dah citer kat blog ni
Aku wat awal tempahan untuk baju raya Aleesya, sebab taylor tu terima banyak sangat tempahan.
tempah awal pun, 3 hari lagi nak Raya baru siap ok.
Masa ukur baju tu  Aleesya kurus je
sekarang dia dah bam bam sikit tau.
akibatnya...baju yang di jahit tu ketat..
ngam ngam je ngan Aleesya, rasanya Raya Haji nanti dah tak muat kot.
 Nampakkan.. kain tu dah ketat
Aleesya susuah nak bersila..
kita yang nengok ni pun rasa sesak..
tuan empunya badan lagi le kan.. cuma tak pandai nak komen je.
Bila duduk makan, kena duduk cenggini
kesian tau...rasa mcm aku dok dera dia pulak.
tapi... dia tetap comey kan..
haruslah kan puji anak sendiri. hahahaha...


moral of the story.. jgn hantar taylor awal sangat
dan si taylor pun sila jahit besar sikit.. budak budak memang cepat bam..bam..



Note: Si abang semakin kurus.. Adik curi semua lemak.


Wednesday, August 14, 2013

Peristiwa Sedih Di hari Raya

Hari terakhir Ramadhan, aku ajak suami balik Kuala Nerang kejap
Nak berbuka dengan Mak aku, nanti lepas berbuka
datang semula ke rumah mertua, sebab raya tahun ni turn rumah husband.

Naiim tak nak ikut, tapi aku paksa jugak
sampai time berbuka, tetiba Naim dah menggigil kesejukan
berbuka pun minum air masak je, badan dah panas
Ntah mcm mana aku pun tak ingat, Mak aku pergi tanggal baju Naiim
sekali tengok, dari pinggang sampai ke ketiak dah melecur
korang tau kena apa?
kena MERCUNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!
patut le tak nak ikut balik Kuala Nerang.

Sumpah aku tak tau, bila Naiim kena mercun
sebab Naiim tak nangis pun
sepupu sepapat dia pun tak bagitau apa pun.

Naiim telalu tahan sakit tu, sampai dia demam
bahagian yang melecur tu Mak aku sapu minyak gamat kot
cari klinik semua dah tutup. cari farmasi pun tak bukak jugak
Nak ke Hospital..Naiim tak nak.

Malam raya tu, tak tido kami, sebab Naiim merengek rengek
aku belikan cortal untuk dia.sementara nak tunggu esok hari.

Aku tak snap pun photo kulit melecurnya tu
tak sanggup.. kesian pulak aku tengok dia
dah la cekeding.. bila Raya takmakan apa apa pun
baju raya pun tak pakai..

Sib baik kazen hubby, bagi sikit ubat demam anak dia
kami pun tak ke mana mana pagi tu


*** Buat Gieyana, maaf sesangat tak dapat berkunjung ke kediamanmu seperti yang di janjikan***


Nasib baik melecur je, mungkin terkena semburan bunga api kot.
lagi pun Naiim tak pakai baju, pakai kain pelikat je masa main tu
bila tanya, dia tu cakap begini dia ni cakap begitu.. yang mana satu betul pun tak tau la
 

Note: kalau ibu larang tak dengar, bila kena tau la kan..kenapa ibu dok larang sangat!

Share The Softness

First day kerja hari ni selepas raya..
banyak kerja nak kena settle.
Cerita Raya, nenantilah ye.
Syukur alhamdulillah..I am the one of the daily winner of "share the softness with kleenex Natural" Contest.
tak de la menang duit ribu riban kan..
tapi one selected as winner memang sesuatu yang mengujakan.
 Dapat free kleenex Natural 50s soft pack and set of poscards.
soft pack tu siap ada cucumber extract 
memang best!
dalam tiga postcard yang aku dapat. Word ini yang paling aku suka
hmm... maksudnya sangat sangat sesuai dengan jiwa aku.

Selalu sangat dok fikir kenapa la orang suka sangat cemburu, irihati ngan aku kan..kan.,.
baca ayat ni terus jadi positive thinking !
Yes! I am above them them. wah..bangga..bangga..
thanks kleenex.. satu kata kata yang bisa menggubah pola pemikiranku. Syabas!
Ni lagi satu kata kata yang boleh memuhasabahkan diri korang..
haruslah kan..bila happy kena la bersyukur

hehehe... mendalam jugak maksud ni yer
tak usah kisah le kan, hati ko besar mana pun
lagi besar badan, besar jugaklah saiz hati kat dada tu
sekali ngan saiz seluar jean pun kan..kan..
kikikikiki... 

pokok pangkalnya hati tu kena bersih, suci murni
tak kisah le korang gemuk ke kurus ke..cantik ke hodoh ke
cantik hati cantik le body
cantik dalam..cantik le luarannya..


BTW, thanks kleenex. you make me smile and proud!


Note: kata kata semangat buat I rasa nak perasan cantik kejap.


Wednesday, August 7, 2013

Happy B'day Mak

Adoi... dah nak habis puasa baru nak up-dated citer ni
Actually, ni citer sebelum puasa hari tu
Aku bawak mak Makan sebab that day adalah B'day Mak.

B'day Mak 05/07 tapi aku sempat pulang tuk meraikannya pada 07th July lepas.
Kami Makan Kat D'Jaras Seafood Jalan Langgar Alor Setar
Ayah tak ikut sebab kurang sihat.

Masa ni jugak aku bagitau berita gembira kat Mak
Cyst kat Ovariku dah tak de..
Mak Syukur sesangat..
ececey..wat muka gedik..
seronok sangat kalau dapat jumpa Tok.
mcm biasa, aku order Som Tam.. 
Alhamdulillah.. sekarang tak yah pantang pantang makan 
boleh la bedal som tam..
pssstt... my SIL dah call suh aku wat Som Tam Raya ke dua nanti.
antara menu yang di order.
nak makan kerang Bakar..dah habis la pulak time tu
sup tulang dia yang sangat marveles.
nanti nak call mak suh beli tulang lah..
paling Kay po anak teruna aku ni
lapar sangat le kot..

 Actually ingat ingat lupa la aku ni ttg apa yang kami borak malam tu.
so..tak banyak yang dapat di kongsi.

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"
Senyum mcm Aleesya k.