Tuesday, September 24, 2013

PESTA RIA SKPDL 2013 (Episod Satu)

Ya ya le si Naiim tu bagitau yg sekolah dia ada "Canteen Day"
sekali aku gi tengok..

Alahai.. Deme wat Pesta Ria.
Patutla meriah bagai.
Siap ada, kuda, motor kecik, rumah hantu, jualan makanan.
See.. masa aku sampai  cik abang ni tengah repair motor kecik ni
motor kecik ni panggil apa ek?
ni warm up dulu
nanti aku upload picture Naiim tengah merempit k.
Nun jauh di padang sinun ada keta kuda dan kuda
dok penuh dah orang duk nek
kalau takut naik keta kuda
kalau berani naik kuda. hahaha..
sori gambar blurrrr... Aleesya dok lari nak pi kat kuda..

Benda ni panggil apa ntah
Aleesya duk pulun nak pi main.
Aku tak bagi sebab takut kena pijak leh bebudak tu..

Sian kelas darjah satu ni
satu kelas deme wat umah hantu.
Dalam tu ye ada hantu.. 
Mak cik kat luar tu bukan hantu ok.


Badut pun ada jugak.
tapi aku tak sempat nak snap si badut tu
sebab dok kalut ngan Aleesya yang  nak belon.
Mama razi tak puas berphotog.. sebab paparazi tak ikut
non hado orang jaga bedak kecik tu.

 Tu dia..periuk belanga penuh dah kat padang tu
time ni la cikgu cikgi nak tunjuk skill jualan kan..
dorang guna tempat parking basikal/ motorsikal tuk dijadikan gerai

Pandangan hadapan. 
ada jual esblended, jual nasi tomato, Nasi kerabu, buah buahan, eskrem malaysia
rojak, laksa, koay teow sup.
wah.. dah jadi syorga makanan..
Yang pastinya, nak beli kena beli kupn dulu
Marshmallow celup coklat la, biskut celup coklat. pendek kata apa saja leh celup
jgn korang celup diri sendiri dalam coklat tu udah le..
 Budak cudak mana yang tak melelh air liur kalau tengok
coklat tu dok menari nari dalam choc melt machine ni kan. kan..
terbaik lah cikgu...
yang ni versi double boil choc pula.
Aisey..nape clash pulak menu jualan ni.
dah le tu gerai sebelah menyebelah la pulak.
tak pe rezeki masing masing k.
yang ni pula jenis celup buah buhan. yang sebelah tu jenis biskut bagai kan.
Tak pe lah..
Yang pasti, aku tak beli pun 
risau..kang comot lak Aleesya.
Laku betul eskrem segera kakak ni
berasak asak budak budak beli
satu 50 sen jerk.
Tapi..cepat nau cair..hehehe


Note: Banyak betul gambar yg aku nak kongsi. so, tunggu episod seterusnya yer..

Monday, September 23, 2013

Random photos (2)

aku nak delete a few photo yg ada, so buta lah koleksi random photo
silalah cuci mata

Pergi lunch dengan Zura, berkenan sangat dengan carpet yang design kotak kotak tu
RM 140 satu. Aku nak yang saiz besar sebab nak letak kat hall
yang kecik ni je ada utk design kotak kotak. 
So, balik umah citer ngan hubby...
tunggu PESTA PUALAU PINANG  mana tau ada dan harga murah.

tengah dok wassap dengan El, Naiim pulak mintak nak makan
sotong goreng tepung..
Ntah le anak teruna I tu, tengah menternak lemak agaknya
asyik laparrrrrrrrrrrrr jerk.
Aleesya asyik nyakat abang jerk
Semua benda dia ambik letak atas toto abang... Saja dok nyakat abang
sampai makan dadih pun nak makan atas toto..

 pergi Hinode Shop. ada offer menda alah ni. biasa RM 39.00
Kali ni dia offer aku, RM 10 je satu. terus rembat.
Pas tu pergi kedai sebelah sebab nak beli bati krystal tuk Naiim
Tengok bunga ni.. semua sama. Tapi harga RM 49.00 ko..
Untuk berganda ganda ku rasa...


 Pergi tesco nak beli ink printer, then terasa nak beli spare memory card
sekali tengok utk 4GB ni RM 9.90 satu. 
terus rembat 2. berbaloi ko...
tak yah tunggu PC Fair.

 Bos beli Durian ni. AKu makan habis satu tupperware
sedap wo... sampai jilat jilat jari
tak tau apa nama durian ni, yg penting ianya sedap.

Bos beli 2 tupperware. satu untuk aku satu untuk anak  anak
Yang pasti aku telah berjaya menternak lemak


mm.. badan dah rasa berat, for sure dah gemuk. So.. kena buat sesuatu
Azam nak kurus. harap harap tercapai


Note: Lemak dah tepu dalam badan. tulunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Cara Membuat Masker Kunyit

Dulu masa study kat University ada le my friend selalu cakap
kalau tak nak muka naik jerawat kena sapu kunyit kat muka

Aku pulak jenis muka berjerawat tak henti henti..
So, tenyeh la kunyit kat muak..last sampai jari jemari kuning semua.
kat muka jgn cakap le..2-3 har baru nak hilang kuning.
hahahaha....


Actually ada la caranya kalau nak buat masker. hehehehe...
Meh sini aku nak share ngan korang


3 sudu tepung gram  dikenali juga sebagai tepung besan
1 ½ sudu  serbuk kunyit.
5 titisan minyak  (almond, avocado  atau grapeseed)
3-4 sudu susu/ yougurt




ok selamat mencuba.


Note: tangguh entry sebab memory card tertinggal.

Saturday, September 21, 2013

Laksa Ikan Sekoq & Laksa Udang

Pernah le dok dengar tentang laksa Ikan sekoq ni
Tapi kami tak pernah pun terasa nak pergi makan
biasa la..dah kami pun orang kedah.. nak gedik pi makan wat pe.. buat je laksa
pas tu letak ikan rebus sekor habis citer kan...

Tapi...hari tu, kami tersesat benornya..
hahahaha... org kedah pun leh sesat dalam pekan Aloq Staq. Sila gelak terbahak bahak K


Aku nak pergi cari kedai"Sayang Kek" tapi tersilap maklumat
katanya kedai tu kat Stadium..
Meronda la kami sampai sesat ntah ke mana
kedai sayang kek tak jumpa pun.

 dah tak jumpa kedai sayang kek jumpa kedai laksa ikan sekoq pun jadi la
tapi tak sempat nak makan laksa udang tu

service kat sini sangat sangat cepat.
korang duduk je terus laksa datang..
Sebab majority yang singgah sini mesti nak makan laksa punya..

 kalau korang tak mo laksa, deme gi la bagi kat meja lain
apa the hal kan..kan..
super cepat dan pantas layanan deme ni.

Konsep jualan yang sangat sangat best
makanan dikira pada pinggan pertama je
kalau korang nak tambah, kira Free je..

Aku ngan hubby je tambah utk 2nd round, ngeee
Sedap..kena lak dengan selera tekak kami.


nampak tak? ada ikan kembung sekor lepak kat tepi pinggan
dahle kuah pekat..melekat.. ko memang kebabom!!!!!

kami order 7 pinggan laksa, 5 ais kacang , segelas teh ais dan segelas sirap
semua sekali RM35.00 jer..
terkejut tul aku. Mcm tak caya...Murah kan.kan..


Lepas makan laksa tu, terus ronda lagi cari kedai Sayang Kek
ghuper ghupernya kedai sayang kek tu dah tukar nama
"Sugar and Flour" kui kui kui
jenuh la dok mencari...

Tapi sayang..kedai tu tutup la pulak.


Note: Pas ni nak rasa Laksa Udang lah pulak.



Friday, September 20, 2013

Mendambakan Yang Terbaik

Dalam meniti hari hari mendatang
banyak cabaran yang dugaan, kekadnag berat kepala memikirkan.
Siapa yang tak mendambakan yang terbaik dalam hidup
Malah...ada yang mengaku baik walhal tak baik mana pun  kan...
 

Aku sedang memperbaiki mana yang patut, mana yang kurang

amboi.... ayat feelin feelin la pulak.
Aku benornya mencari buku yang mengandungi  ibadat ibadat sunat
puasa sunat ke, sembahyang sunat ke..
Pas tu terpandang buku ni..
terus rembat...

nak upgrade sikit doa doa selepas sembahyang ku
see... bacaan wajib para isteri tu.. cari hat sunat jumpa hat wajib. ngeeee..
Wajib baca tau

sempat jugak aku belek belek doa yg ada
ada doa utk
1) Doa agar suami selalu setia
2) doa agar suami tidak curang
3) Doa agar suami tak malas
4) Doa supaya suami bersifat penyabar

yang best tu ada doa untuk "Doa agar dikurniakan Keluarga yang Taat Beragama"



Note: Basahi lidahmu dengan doa..Bahagia pasti milik mu...


Saya Anak Malaysia..

Kita anak malaysia...kita pewaris bangsa..
Maaf le citer tentang hari Malaysia kletinggalan keretapi la pulak.

Hari ahad time aku buat laksa dalam entry DI SINI, aku ada la bancuh air asam satu jar ko
Tapi... minum tak habis pun. 
memasing duk pilih plain water, sebab cuaca pun tak bape elok. takut demam.
Jadi lebih la air asam tu.

 Sayang lak aku tengok air tu terbiar je
maka aku pun buat la eskrem malaysia. 
esok tu kan hari Malaysia..so mcm ngam ngam je kan..


Then minggu sebelum tu aku ada beli online halalgelatine
Masa gi Tesco Monday tu beli la Jeli Jela tu, ingat nak buat jelly la kengkonon
Tapi..tekak rasa nak makan dadih la pulak.
terus  tukar plan.hohohoho...
 aku wat dadih letak galetine. nyum nyum..sodap.


Ha..dapat la dalam 20 tupperware comel ni.
bila time lapar makan guna sudu, bila time tak bape nak lapar ambik straw kecik
cucuk kat tengah tengah dadih tu sedut...wah..teringat masa time kecikkecik dulu.
Actually dadih ni kaler pepel, ngape jadi pink pulak bila di snap?

Dadih ni originally Malaysia kan. Ada tak Mat salleh makan dadih?
kalau korang tahu sila updated kan aku yer..

Hari selasa Naiim bawak pergi sekolah
balik umah terus cakap tak puas makan dadih..nanti buat lagi ye ibu..

 Malam tu aku gigih la buatkan dadih untuk Naiim
kali ni wat perisa rose pulak.

Nampak sama je kale rose dan pepel tu
ntah le aku tak pandai asjust kamera kot.
layan je lah..



Note:see.. I tell you, I memang lepak kat dapur je cuti cuti Malaysia that day.

Thursday, September 19, 2013

Pakaian Menjolok Mata

Hari sabtu ni ada Canteen Day kat sekolah Naiim.
That day aku dah pun belikan dia RM10 kupon utknya
semalam dia cakap kupon tu hilang.. ( Biasa la Naiim kalau tak melekat kat badan hilang je la kerjanya)
Tak pe la..nanti beli lain.



Aku pun tanya la Naiim, Sabtu kena pakai baju apa
Naiim cakap baju biasa, baju yang menutup aurat
Ibu bapa pun boleh pergi
adik pun boleh pi jugak. semua orang kena pakai baju yang menutup aurat.
ye..la tak kan Ibu nak pergi pakai bikini kot...


Lagi satu ni.. adik kalau nak pi jgn dok pakai baju kembang gaun semua tu
baju tu tak tutup aurat. nanti cikgu  marah..
Adoi... Naiim dia kecik lagi tak pa la pakai gaun.
Tak boleh... org kata tak boleh tak boleh la..

Baju ni le yg Naiim ckp menjolok mata masa sport day sekolahnya

Tau dak baju gaun/kembang adik tu
"MENJOLOK MATA"
muahahahaha... ada betul la ckp Naiim tu
tapi.. Aleesya tu kecik lagi. tak kan la nak bagi pakai jubah.
adoi... si ustaz ni kalau berujah.. boleh terkedu lidah mak bapak.


Naiim ni memang gini tau, setahu aku dia memang tak suka berseluar pendek
atau seluar bermuda. Seluar Jeans pun tak suka
Dia hanya berseluar pendek kat dalam rumah
kalau nak keluar rumah mesti berseluar panjang
dia malu.. Mungkin kami tak pernah ajar dia berseluar pendek.

Then Naiim ni ok tau, dia suka berselipar je ( jimat mak bapak)
Seluar pun tak mao seluar jean, seluar slack dan track suit je ( jimat mak bapak)
kalau memalam suka pakai kain pelikat  ( lagi la jimat tak yah beli baju tido)



suka berselipar- Bila singgah sembahyang kat mana mana senang . tak yah tunggu lama nak tanggal kasut
boleh basahkan terus selipar tu. sebab malas nak berenyah, selipar pun ok
Tak suka seluar Jeans- kononnya susah nak lipat seluar tu bila nak berwuduk
Pas tu kalau nak kencing susah nau nak tanggal butang /cakuk. ketat la apa la. mcm mcm alasan dia
Tak suka baju berkolar- kononnya bila berwuduk kolar baju tu akan basah. Then lambat pulak nak kering. Ko berwuduk ke ko mandi?

benornya Naiim ni mcm budak budak lain jugak. ada time degil, melawan, malas
semua tu. cuma dia ni jenis yang sangat sangat simple bila berpakaian.
kekadang tu nampak selekeh je anak ibu...


Note: Aku doakan akan anakku si Naiim, akan sentiasa menegur cara pemakaian adiknya
dari kecik sampai lah besar.