Saturday, December 21, 2013

NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Nestle Sponsored Post Opportunity

Menu Utama: Lamb Chop with Black Pepper Yogurt Sauce


bahan bahan ( perapan daging)
  • 2 ketul daging
  • serbuk pati ayam, oregano,lada hitam, rosemery masing -masing 1/2 sudu
  • 2 ulas bawang putih di racik halus
  • olive oil

Cara cara Menyediakannya
  • ketuk ketuk daging tu supaya lembut
  • satu kan semua bahan bahan di atas dan perap daging selam 30-45 minit
  • kemudian gunakan grille pan/magic pan untuk grille daging tadi
  • grille hingga masak.
  •  seperti gambar di bawah
Bahan bahan utk source yoghourt black pepper sauce

Bahan A
  • 2 biji kentang di kupas kulit dan di potong dadu
  •  1/2 ulas bawang besar 
  •  sesudu serbuk pati ayam

Bahan B
  •   3/4 capsicum- potong dadu
  • 1/2 biji tomato -potong dadu
  • sesudu lada hitam ditumbuk
  • Carrot- potong dadu
  • brokoli
  • 2 Sudu yogurt Nestle Natural Set yogurt Asli Klik SINI  untuk maklumat lanjut




Cara membuatnya
  • Bahan A di rebus sehingga kentang menjadi empuk
  • kemudian kisar semua bahan yang di rebus.

  • Gunakan Pan/magic Pan yang sama yg digunakan utk grill daging tadi
  • Masukkan Bahan A yang  direbus tadi
  • kacau sehingga sebati dengan juice yang di hasilkan sewaktu gille daging tadi
  • masukkan black pepper
  • setelah mendidih masukkan sayur sayuran tadi
  •  kemudian masukkan 2 sudu yoghourt dan kacau hingga sebati
  •  kemudian sedia di hidangkan.
  • gorengkan sedikit kentang jika suka.


*** Jenis masakan : Western
       Durasi Masa   : Kurang dari 20 Minit


2. Smoothie Frutti


Bahan bahan
  • Ice Cube
  • Nestle Yogurt Set
  • Sebiji Buah Mangga Masak, simpan sedikit untuk di potong dadu
  • 2 Sudu Gula Perang
  • Air Suam atau air masak
  • Sea coconut- di potong dadu
  • 1 sudu biji selasih/ chia seeds di rendam selama selama 10 minit

Cara Menyediakannya
  • Masukkan Ice Cube, Netsle Yogurt Setdan Gula perang dan sedikit air masak/air suam kedalam blender dan kisar hingga sebati
  • masukkan ke dalam gelas
  • kemdian masukkan potongan mangga dan sea coconut serta biji selasih
  • Siap untuk di minum.

*** Jenis Menu    : Minuman
       Durasi Masa : Kurang dari 10 Minit


Note: Resipi pertama di berikan penekanan pada sosnya dan bukan pada daging tersebut.


sila le link kat Sini untuk maklumat lanjut.Nestle Natural Set Yogurt


*** resipi ini adalah hak cipta terpelihara siti fatimah binti ibrahim sebarang plagiatadalah dilarang sama sekali***

Friday, December 20, 2013

Rasa Bersalah Sesangat


Sekarang cuti sekolah kan, so bila papa kerja malam si Naiim tak nak 
ke umah Baby Sitter, biar papa tido dan Naiim boleh lepak kat umah
sampai lah aku balik
Tapi sebelum aku balik, dia ada la turun main kat bawah ngan kengkawannya..

Ok..ok..semalam ada sedikit keralatan sikit.
citernya begini, Aku memang sedia maklum yang Naiim tak ke rumah Baby Sitter 
So, langkah yang terbaik ialah masak some dish untuk dia, simple pun tak pe
So, aku masak nasi dan ayam Merah tinggal
Breakfast tu tak pe lah..papa dah belikan roti Canai

biasalah si Naiim ni kan putera kain Pelikat. hahahahaha....

Memandangkan si Papa pergi ke Balik Pulau menziarahi Jenazah Kawannya
so, Naiim tinggal sengsorang kat umah, kul 2.00 ptg baru papa balik.
ate time tu mestilah si Naiim lapar kan...

Masa Naiim minta makan kat papanya tu, si papa pun dah ngantuk giler kot
so, terus zzzzz.... Naiim diam je la..
dia pun tak call aku mcm kebiasaanya..adei...

Masa aku balik kerja tu, si Naiim dah kelesuan kelaparan
aku hairanlah, nape tak makan makanan yg aku masak tu
Dia cakap bawah tudung saji apa pun tak de
dok bukak tudung saji tu sampai naik meluat

Kome tahu la kan, kalau si ibu dapat tau anak kelaparan
mesti longlai terus..
sebak hatiku, rasa mcm bersalah sangat..
nape la aku tak pesan kan dia sebelum pergi kerja pagi tadi..

bila mood bergambar, ok le..kalau dia tak mu jgn nak suruh,

Dah tahu lauk pauk memang ada kat atas dapur tu, tak sempat aku nak panaskan Naiim terus makan
laju benor dia makan, sampai sendat perut tu
last, dia cakap kenyang sangat dan tak boleh dah nak jalan ke Masjid

Masa kawan dia datang panggil utk sama sama ke Masjid petang tu
Naiim cakap tak mau pergi..
Tapi kawannya tu ajak jugak,
sian dia jalan le pelan pelan..


Malam tu dia balik, tak leh nak tido mungkin sebab angin masuk perut kot
bergosok la aku ni..
hmm.. tak tido aku..
Tapi tido jugaklah.. tido tido ayam...


Note: Tak pe lah Naiim, proses berdikari memang perlu alami semua ni..
Nanti dah biasa pandai la kamu tu..


Aku cuti sampai senin...see you next week year...


** There are three words, that I've been dying to say to you
Burns in my heart, like a fire that ain't goin' out
There are three words, & I want you to know they are true..

Thursday, December 19, 2013

Dah Biasa...

Lama dah aku tak berkebaya..
Masa balik kampung time Naiim Khatan tu, gedik gedik gi usha baju kat Borong Lim Pendang
rembat 3 pasang..
Taylor kat sini dah penuh tempahan, makanya aku kena la guna khidmat taylor
orang kampung aku....
Upahnya Mahal , tapi aku puas hati.

Masa balik last week tu, gigih gigih ajak Mak aku temankan aku wat tempahan baju kebaya
Mak aku pun dah siap menoreh bagai, gigih la bawa anak pompuan ke umah taylor
bukan tak leh pergi sendiri kan..
Tapi.. rasa mcm anak dara mak pulak bila balik, 
sikit sikit nak mak temankan..hubby ngan anak anak tak payah ikut.

saja la nak suruh mak aku boncengkan aku\
sambil tu leh peluk mak kuat kuat.
hiks.. heaven nya rasa...

sampai kat umah, aku dengar kat kebun sebelah umah mak aku tu mcm bunyi sesuatu di pukul pukul
terus sambar camera, sambil mak aku terus je pergi kat jiran tu
siap jerit kat Mak lagi tau  jgn bagi dorang pukul sampai lenyek. hahahaha..

Mak pun layan jugalah karenah anak dia yg ntah hape hape ni kan
gi la tekan tekan badan Ular Kapak tu.
Nama pun Mak kan, ngikut je la pangai si anak..

Mak ckp jgn bagi dia kena flash Camera tu, kang dia melawan , kena patuk pulak nanti

Ular tu mungkin terkena mata pisau mesin rumput Jiran aku ni la  agaknya

Ni kalau anak anak aku tengok mesti teruja habis.. hahaha.. maklumlah
dorang ingat kampung aku tu dah mcm Zoo kot.
ada ayam, itik, ikan kura kura..lutong la, kala jengking la..liupan bara la
kali ni dapat tengok ular..kahhhhhhhh

Bagi aku dah biasa dah dengan bunyi ular ni
dah dapat beza antara bunyi cengkerik dan bunyi ular
dan bunyi musang nak makan ayam dengan bunyi  ayam yg real.

Lastly, Mak aku lenyek lenyekkan kepala ular tu sampai lunyai.
kata orang ular ni kalau tak lenyek kepalanya, kang keesokkannnya kena embun
dia pulih semula..

Haish... keluarlah mitos mitos dari mulut mak aku ni
ktanya ular ni datang sepasang le..
nanti isteri/suami dia datang cari pasangannya la..
so kena hati hati ketika menoreh..
dengar je la... Kang komen komen, kecik hati pulak...
so.. remain as that is the nice story to be hear and not to be practice..

 lastly aku nampak sarang kerengga yang musnah akibat jiran aku dah libas dengan mesin
rumput tu..sian deme ni..

Haish..mak aku cakap, kerengga tu pun ko nak ambil gambar?
hikss...rasa mcm lucu je bila mak tanya soalan mcm tu.
Tapi tu lah.. kat Penang ni nak jumpa kerengga pun susah mak.... 


Benormya ni la punca punca kenapa aku lambat ke rumah Mak Njang masa kenduri that day.
layan perasaan..layan memory dan layan feeling kat kampung dulu ar
baru boleh gi makan kenduri kan..kan...



Note: Hai anak anak ibu, inilah dunia sebenar kehidupan ibu kamu, di mana.. korang 
boleh jadikan pengalaman ibu sebagai pengetahuan kamu...
 
 


*** Abuse the abuser
       Steal the stealer...
       I'm yours....

Wednesday, December 18, 2013

Tunggulah Sampai Kucing Bertanduk



Perubahan baru dalam fasa hidup si Naiim ni aku dapat lihat sejak dua menjak ni
Asal adik sepahkan lego, baling battery remote ke hape ke.. dia diam je
then sebelum dia nak tido dia akan kutip semua tu simpan
cuma aku je yang sapu sampah...
seronoknya rasa

Then kalau tak boleh nak tido, siap request nak basuh pinggan yang menimbun kat Sinki tu
tak kisahla walau time tu dah pukul 12.00 mlam
selalunya bila dorang tido itulah kerja tangan aku sebelum merebahkan badan di katil.
2-3 malam dah si Naiim ambil alih tugas ni.
Bestnyer rasa..


actually, dah seminggu si Naiim dok pesan kat aku suh kejutkan dia jam 5.00 pagi
cuma aku je rasa tak tergamak nak kejutkan dia seawal pagi.
Dia ada ckp kat aku yang dia nak sembahyang subuh kat Masjid
adei.. gelap gelap tu, tak yah la.. takut gak kang di gigit anjing..
then dia cakp kawannya si Syawal akan datang panggil dia.


Ok fine, even dalam hati aku tak benarkan
tapi aku tak naklah di salahkan sebab sengaja tak benarkan dia ke Masjid kan..
bila tiba jam 5 pagi je.. aku bangun tunggu je kat hall.. 
mana tau kekalau si Syawal tu datang panggil si Naiim kan..

Hampeh, bukan kata batang hidung tak nampak
taik idung dia pun tak de. hahahaha..
asal aku kejut Naiim jam 6.30 tu, mulalah Naiim bising sebab dah terlambat ke Masjid.

dah 3-4 hari dah termasuk hari ni, Si Naiim tetap mengharapkan kawannya tu
datang pnggil dia untuk Ke Masjid..
tapi.. cam biasa le.. siang gitu je la..

ko ingat orang lain senang ke nak bangun pagi mcm ko tu Naiim
ko tak pe la kejut sikit je dah terus bangun
ntah ntah kawan ko tu tak ingat pun nak datang kejutkan ko.
adei...

ko tunggu la sampai kucing bertanduk..

Ibu cuma satu je hasrat kat sini,
Moga keinginan ko untuk selalu ke Masjid ni akan kekal hingga ke akhir hayat
bergaullah dengan mereka mereka yang mempunyai hati yang kasih untuk ke Masjid.
even ibu tahu kekadang ko banyak main je kat Masjid tu..
Tak pe la.. proses kebiasaanya memerlukan masa..



Note: Sanggup dia beratur panjang semata mata utk ambil nasi tomato jamuan majlis tahlil kat masjid tu
semata mata nk bagi kat Ibu... siap pesan pesan lagi suh makan.




***  Selama mana pun aku tetap menunggu
        Ku tahu bahagia itu milikku..
       Derita itu juga milikku
      

Hari Hari ada berita Kematian



 

Lumrah hidup kan, yang hidup pasti akan masti . itu Pasti.
Hari ni Seniwati Azean Irdawaty telah pergi buat selama lamanya
Takziah dan alfatihah diucapkan.

Aku dapat tau pun masa tengok rancangan apa ntah pagi tadi
Masa Aktor Veteran Mas Omar tengah Online ngan pengacara rancangan tersebut.

-------------------------------------------------------------------------
Pagi tadi my hubby balik kerja, nampak riak wajah tak bape nak ceria
aku mcm biasa la, mungkin dia penat kerja kan, so tak de nak tanya lebih

tapi tengok mata tu mcm ada kesedihan la pulak
tetapkan hati ni tak mo tanya
kalau betul betul ada hal, pasti dia sendiri akan bukak mulut kan..kan..
let him rest dulu sambil aku nak sidai baju

tetiba my hubby panggil aku kat koridor,  tunjuk photo one of dia friend yg ada kat FB dia.
 sebelum ni aku memang pernah jumpa pun
katanya, kawannya ni baru je balik dari menziarahi jenazah ibu mertuanya di Indonesia
semalam sampai Malaysia dan jam 2.00 pagi tadi dia pula yang pergi buat selama lamanya

My hubby je la yang pergi ziarah tadi. Tapi mayat still kat hospital
muda lagi arwah tu, awal 30 an gitulah umurnya.
 
Alfatihah juga buat keluarganya

------------------------------------------------------------------------------
Minggu lepas, aku mcm biasa je pergi lepak kat kedai makan sebelah office ni
selalu jugak la aku duk sakat sakat si mami jaul kopi tu

pagi tu aku ada la borak borak sikit ngan dia
the aku masih ingat lagi kata katanya:-
"Orang punya hal tak payah ambil tau, diam diam duduk sudah"
sendiri punya hal juga fikir..

petang tu aku jumpa dia lagi, sebab aku gi beli air sirap bandung
aku tengok dia dah tak larat nak jalan
mungkin sakit lututnya tu kot.


esoknya aku datang office, aku tengok kedainya dah tutup
biasalah kan kalau tak berniaga tutuplah kedai
mungkin dia ada hal

Then aku dengar org cakap, Mami dah tak de semalam
meninggal masa tengah makan.
sambil dia makan tu, terus sesak nafas


aku betul betul tak sangka, sebab Mami tak tunjuk tanda tanda yang di anak pergi

Alfatihah..


 
Note: tetiba terasa adakah masaku hampir tiba?


*** andaiku pergi dulu sebelummu, kenang daku dalam doamu
       



Tuesday, December 17, 2013

Abang ajak Photoshoot

Masa konvoi balik dari rumah Mak Njang, kami tak mo ikut Jalan Pokok Sena
sebab jalan tu under construction.. berdebu dan tak level je kan.
So, my abang plan ikut je Jalan Kepala Batas dan keluar ikut Inabah, Kubu\
Jalan tu jauh sikit tapi jalannya elok je..

Sampai kat Istana Anak Bukit, My abang bagi hint suh lepak situ kejap.
Ingatkan dia nak jumpa kawan ke hape kan
ghupernya dia ajak berphotoshoot.
So, kami layan je lah.
Masa kami sampai tu, banyak tul pasangan pengantin yang berphotog
my hubby tak join pun dia duduk je dalam kereta
sebab rasanya sekejap je kot nak photoshoot tu

Naiim pun tak keluar sebab seluarnya dah koyak rabak kat celah kangkang
tu la.. main gelungsur sampai tak hengat dunia
so duduk le dendiam , aku pulak lupa nak bawak seluar spare.
 ok biar my abang ngan my nephew ambik mood dulu.
kengkonon comey le tu..

Then kami berempat.
Actually nak gambar beriga je, tapi Mak aku ni pantang nau klau org ambil gambar bertiga
ntah kenapa aku pun tak tau
ikut je lah kehendak dia.
see..abang still konker Mak.
My nephew yang snap photo ni
ok la kan.. ada jugakkenangan gedik gedik kat sini.
argh..tak aci ar abang.. ni memang boleh mendatang marah.
asyik kamu je kans ayang mak.
jap..jap...

arghh.. gi jejauh.. pergi pergi..
aksi cam betul je kan..
acting je tu.

part yang tak menahan tu, tetiba si Naimm datang ngan kain sarungnya 
yang tak terurus tu
sambil terkepak kepak nak berphotog jugak..

Actually nak ambil gambar romantik la kononnya,
see tangan my abang dah peluk pinggang aku
memang dah nak action berdua tu..
adei.. Naiim pulak wat spoil.
ketawa berburai kami semua..

sebab Naiim datang dengan aksi begitu, kami dah ketawa sampai Non Stop.
terus si Naiim merajuk 
terasa la pulak..
Kami pun dah tak boleh nak control cung..last dapat gambar gini jer


Si Naiim tu pakai sarung untuk cover seluar dia yang koyak tu
alahai...sampai sekarang pun aku still tersenyum senyum ngan gelagat hari tu.
 ok.. nak letak jugak gambar aku ngan My mom kat sini
hehehe... bior abang jelezzzzzzzzzzz

and lastly, dapat jugak gambar while kissing my mom.
yes!..Yes!!..
even aku cuti cuma 11/2 day je kat kampung, Tapi sangat sangat best!
rasanya kami penuhi masa masa yang ada tu bersama.


Note: Sangat sangat bahagia..sangat sangat tau...


**Bahagia di hati tersemat di wajah
    terukir senyuman yang menguntum indah
   

Ada Macam Perangai Ibu Tak?

menurut kata kata abang aku, dia ckap aku le adik yg senang sangat nak jaga
tak bantah..ngikut cakap dan tak banyak kerenah
sebab tu la dorang tak pernah pun pukul aku masa kecik kecik dodulu ni
dah besar gini pun tak de la dorang nak pukul kan..kan...

Kalau balik umah Mak aku best la Aleesya sebab Mak aku ramai cucu perempuan.
Allah bayar balik kot, dulu ramai anak lelaki
bila dah ada cucu Allah ramaikan cucu perempuan..

See.. Aleesya ni membuli je kerjanya
hahaha...tu la buat perangai sangat
kan ke dah kena curi snap aksi ganazzz tu..

Kazen dia tu ngalah je ngan dia..lagi org mengalah lagi le syok
dah mcm boleh pilih pilih je nak buli siapa
maklumlah kat umah buli abang je..
kat kampung ramai....

hish... perangai ibu ke gini masa kecik kecik dulu?
mana la tau, ada bakat terpendam ibu yang tak terserlah
sekarang dah turun ke kamu..hahahaha...

dah penat membuli, dia buli tok dia la pulak.
habis sepahkan pinggan mangkuk 
siap wat lontar cakera lagi senduk nasi tu..


Malam tu tido lambat.. esoknya dah kul 10.00 baru jaga
tu pun sebab Tok yang kejutkan, nak sangat cucnya tengok aksi dia bagi ayam makan

Mak aku ketawa kekek kekek ko, bila Aleesya tetiba ckp
"Ayam.... mai shat.."
hahaha.. mcm la ayam tu boleh di panggil gitu je kan..
alahai cucu Tok.



Note: Dah start balik si Naiim dibuli.adei...

*** Aku bahagia bersama cahayamu..
      terangilah aku selamanya.