Monday, February 17, 2014

Persiapan

cerita balik kampung

ok.. sambung semula cerita suasana balik kampung side aku. ( adei.. belum habis la..)
Mula tu plan nak bakar ayam je.
pas tu mak aku  pulak nak buat pulut kuning sempena B'day cucunya 
( anak abang ke dua aku)
then ntah mcm mana la pulak, terjadi pulak buat laksa..hahahaa best best..


 apalagi.. acara mencari kayu api telah pun bermula..
bestnye mencari kayu api kan.. sebab time ni tengah kemarau
daun daun meluruh, kompom la ranting ranting kering tu senang nak dapat

 kena la rebus laksa dulu kan,
pas tu bara tu boleh la digunakan untuk wat panggang ayam nanti..

 Menunggulah kami nak buat makan makan ni time anak anak sedara balik sekolah
ye la.. kat Kedah kan sekolah hari Ahad..
even dorang bukannya nolong ape pun time preparation tu
tapi senang sikit kalau dorang ada, leh main ngan Aleesya tu
senang sikit aku nak bersilat memamsak kan..


 suka nau budak kecik ni berlegar legar kat unggun api tu
so, suh je kazen dia bawa dia nai buai ket ujung sinun..

pas tu roger my third brother suh balik jugak jugak..
mula tu tak jadi balik



 Ntah mcm mana, tetiba dia rasa nak balik pulak.
balik lambat sikit, sebab my kazen ngan anak anaknya nak ingikut sekali
wa... tak cukup ayam ni,
kena la gi beli lagi 2 ekor...



 Sementara tu aku pulak terpaksa ke pekan kejap sebab ada le bahan bahan yang tak complete
Sampai kat pekan, tetiba ternampak satu benda la pulak
terus rembat in bulk le kan..
 hahaha... aku rembat oblong meat tu.. 
so balik tu cepat cepat la aku grill kan, 
sian anak anak sedara aku tu, lapar dorangtime balik sekolah..
makan oblong dulu untuk alas perut..

sowi tak dapat nak snap sos black pepper untuk oblong ni..
aku tunjuk yang dah siap je lah kat korang... ahakssss..





Note: panjang lagi journey aku kat kampung ni..aku wat entry pelan pelan yer..





*** I'm just lonely when you are not around
       and sometime I gotta pretend everything's okay.



Saturday, February 15, 2014

partially mine

Entah kenapa...kali ni rasa mcm tak tenang pulak nak berjauhan dgn hubby
risau semacam je..
selalunya tak mcm ni pun..
risau kali ni lain mcm sikit


my hubby actually nak pergi memancing kat satu pulau ni sungai petani
ingatkan tanjung dawai. Tapi dia ckp kat area merbuk tu
tak tau pulak dia nama tempat tu
then dorang ada sewa bot bagai


Mcm biasalah. My hubby mesti nak air tangan si isteri
untuk proses memerap daging.
nak ber bbq sekali la tu kan.

then aku ada nampak dia beli sotong kembung ngan kangkung
nak mkn sotong kangkung jugak tu.
so..part nak buat sos sotong kangkung tu aku jugaklah kan..
nanti senang aku bagi resipi yer..


Hubby nak jugak aku prepare perencah sup homemade
tak nak guna bunjut katanya.
hmmm...tak nak bawak saya tapi...nak  mkn resipi sy ye..
tak pe lah...as long as you bring my air tangan kan
Cukup cukup appreciate hokey..

Ini pulak kuah lebihan perapan daging.
aku masak biar pekat
boleh la mkn as sos bila grill daging nanti kan.



Hubby dah siap bagai  dah bertolak pergi.
tetiba aku terasa nak buka peties
toing toing..ternampak dua bungkusan lepak comel jer
rupanya hubby tertinggal sos daging dan sos sotong kangkung
sib baik masa aku call dia tu dia belum masuk jambatan.

Kang dah kena patah balik.
hmmm...tu la tak nak bawa mam besar ni kan
kan dah lupa..


Note: even tak follow dia. But partially me along with u..





**** even we need to be apart.dont forget me
keep along with our memories
cause you always in my mind
and want you to think the same
im here missing so much....

Friday, February 14, 2014

Char Yin Yong

Citer ttg aktiviti aku masa balik kampung CNY.
sabor je la.. belum selesai dik non yer...

Tetiba je terpacul dari mulut my hubby ajak my mom untuk gi jenjalan
erk.. he ask directly without asking me? ( hmm.. u had change dear, I like)
ye la.. sebelum sebelum ni, dia suarakan kat aku then baru aku suarakan kat Mak.
tu la kan sejak ada Aleesya, banyak jugak perubahan dia yang aku dapat lihat.


Mak decide nak pergi umah adiknya. (My Mak Njang)
baru berpindah dari rumah flat ke rumah teres
so, kami saja la nak gi ziarah dia sekali ngan tengok umah sama..

Mak Njang keseorangan je hari tu.
So, sian pulak kalau dia nak prepare dinner untuk kami
so, aku decide untuk ajak dia makan kat luar je la..
Bukan selalu pun banjer dia kan..kan...

kalau makan kat luar ni, makanan biasalah kan..yang sama je mana mana pun
so, aku cuba la cari kelainan dalam menu kali ni
ternampak menu " Char Yin Yong"
tak pernah dengar dek telinga dan tak pernah lihat dek mata lagi ni
ok.. aku order yang ni lah..

Best la Mak dapat jump aadiknya tu..
sebab Mak njang ni kulitnya putih, so.. sejak kecik lah.. Tok aku panggil dia Putih..
dah tenggelam nama Saodah tu.. Nama Puteh je la yang menjadi sebutan. hehehehe

Ni ler ghuper "Char Yin Yong".  sekali tengok mcm Koay Teow Cantonese pun ada jugak kan.
Untuk Aleesya aku order sup tulang ngan nasi putih je.
si Naiim mcm biasalah nak chicken chop je..

hehehe... my charming dotter ni, mesti ada saja kan peel dia
tak nak makan nasi nak Char Yin Yong aku
bagi sikit nangis, nak semuanya la pulak..

pas tu nak makan dengan tangan hokey!!!!
biarlah.. asal dia nak makan dan tak ngacau ngacau dah le kan..

Si Naiim ni order Nestlo, aku order sirap laici..
last dia nak pulak sirap laici aku tu.. ambik le..

haish.. anak perempuan kidnap makanan, anak lelaki kidnap minuman.
tapi tak pe.. Ibu kidnap kamu dua dua, peluk erat erat.. biar tak leh gerak.hahaha..

hmmm.. kenyang kami malam tu. 

sebelum gerak balik, hubby tapau roti arab untuk ayah. sebab ayah tak ikut kenalah beli something kan.
lastly ayah tak makan pun..
aku rasa secubit..mmmmm nape ek tak sama rasa dia mcm yg aku buat tu
mungkin ni yang ready made kot..


tetiba rasa nak beroti arab la pulak.



Note: Nak ikut gi Tanjung Dawai boleh? Tak boleh ek...






*** I'm miles from where you are
       I lay down on the cold ground
      And I, I pray that something picks me up
      And sets me down in your warm arms

      
      

Hari Itu dan Hari Ini

Hari Itu.

Tak puas aku nak bermanja ngan anak anak sedara yang pakej gadis sunti tu
Dorang sekarang dah tinggal kat Asrama..
kalau dulu si kakak berulang alik je, tapi bila si Adik pun sekolah yang sama
My abang decide lepakkan je dorang berdua tu kat Hostel..

a moment to be remember..

Yang ni "Kak Lang".. gambar Kak Ngah aku tak sempat nak snap..
lambat sangat bersiap.tunggu dia bertudung berejam jam, last lupakan saja, lenkali yer.

Kak Ngah dan Kak Lang sekolah kat sekolah Agama Al Khairiah, Pedu.
yang best tu dorang boleh pulak duduk sebilik kat Hostel.
duduk bebaik yer anak anak Mak Cik.

Tetiba rasa rindu lak kat dorang, ye la tak dapat spend time lelama ngan dorang that day
nak borak lelebih tak dapat.
belajar rerajin yer. Kak Lang dan Kak Ngah..


Hari Ini.


Saja nak pergi pusat terapi, sebab jiran aku cakap badannya rasa ringan sikit lepas gi terapi
Ingat nak open Sauna beg kat umah tu, bila fikir si Aleesya, qada' kan dulu yer..
 Sampai je, orang dah penuh. kensel.. buat appointmnet on saturday
sebab utama nak pergi sana kerana aku suka sangat flat...( tak de tenaga)
pas ni tak mo flat dah.. kita tukar bungalow pulak yer..


Lepas solat tadi, rushing ke Pos Laju Office collect personal matter
Semalam gi kat Sungai Tiram, dorang suruh gi ambik kat Victoria Street la pulak
jauh jugak dari office aku ni.. 
dah le cuaca Panas berbahang.. 


Sebab suka sangat main panas ni kan...
tekak aku mula dok rasa perit perit..
Mintak mintak le si tonsel tu tak datang menjengah..


tekak sakit nak makan pun dah tak selera la kan
So, tadi pesan kat Bos suh di abelikan aku sunkist

Sunkist ni yang vontot kerepot kompom manis.
rasa lega sikit bila dah  alirkan cecair vitamin C kat tekak ni.


then.. dapat siput ni sekilo.. 
waaa... tak boleh la nak wat masak pedas ala chinese cook tu kan..
huhuhu.. aku suka nau kalau siput ni wat masak cenggitu...


mmm..nak wat masak apa ek?



Note:Nape la..letih sangat aku rasa sekarang ni...dah seminggu cenggini..



--auto publish--




*** As I fall asleep, I'm wishing the pillow is your chest, the blankets are your arms, and the wind is your breath.









Thursday, February 13, 2014

Kenduri

Kebetulan masa balik kampung aku, ada jemputan kenduri
Mak aku ni, kalau ada kenduri kendara kat kampung, dia memenag bersenmteng lengan le
tak pe la kan, di usia yang dah senja gitu, biarlah dia bergaul mesra
tak de la sunyi sangat kat umah.. ate mak ngan ayah je kan...

Mak dah pergi pagi tu, tapi cepat cepat balik katanya
siap bagitau yang nak tunggu aku balik, so nanti datang semula bawa aku datang makan
tuan umah pun aku kenal so memang aku dialu alukan lah
ecewah.. perasan tok menteri la pulak.ngeeee



Rasa malas pulak nak gi ngadap pengantin.
Aku snap dari kejauhan udah le..
dorang pun dah tak duduk kat pelamin dah, dah turun ke tanah bertemu sanak saudara.

Aleesya ni tak nak makan nasi ke apa, cuma nak makan Sunkist ni je..
bukan dia makan semua tu ye..
tu kulit yang kazen dia makan isinya tau.

 Kazen kazen si Aleesya suka nau melayan dia.
Suka le tu...
ye la kan, side aku anak sedara perempuan ramai, so gang bermain tu meriah la sikit
Sian pulak si Naiim, kena bermain ngan kazen pompuan.
kazen lelaki side aku dah remaja pun...

My SIL aku yang sulung ngan Mak aku..
Aku sayang sangat sangat kat SIL ni tau.
ye la.. aku kan jauh, nak tengok sakit demam mak sekreap dia tu tak bolehlah

Kak Zai ni selalu je jenguk mak aku 
sibuk mcm mana pun dia akan curi curi masa jengok mak aku tau
bertuah rasa dapat SIL mcm Kak Zai ni..
Dah tak rasa mcm SIL..
Aku anggap dia mcm kakak aku sendiri..

Menu tambahan untuk kenduri kali ni
"Roti Canai"
aku tak sempat nak rasa sebab perut dah kenyang sangat..
pandai kakak tu tebar roti canai.. kalau aku yg tebar ntah ke mana mana la roti tu lending kan..
ke tanah le gamaknya..

 hehehe.. puan pinky pun nak nyebok jugak kat sini yer..
pinky la sangattttttttttttttttttt.....



Note: ok.. simpan ruang sikit kat perut, banyak lagi yang nak kena jamah lepas ni. ahakssss



*** A hug for you means I need you. 
      A kiss for you means I love you. 
    A call for you means I'm missing you.
   

Alhamdulillah : Pak dah Sihat

Aku tak sempat nak pergi melawat FIL admitted kat Hospital
sebab time Pak admitted tu, ada lagi dua hari nak cuti for CNY
so, my hubby je yang balik kedah sengsorang melawat Pak..

Doa bebanyak semoga Tak de apa apa yang serious ke atas Pak
walau bagaimanapun Pak kena menjalani minor operation.


Pak alami kencng berdarah, kami tak sure la sakit buah pinggang ke hape ke kan
so my BIL decide bawa Pak pergi ke Hospital.
Pak kena admitted kat sana..

Then doktor sahkan Pak ada ketumbuhan kat pundi kencing
selepas menjalani minor operation, Pak dah dibenarkan pulang

Picture ni sehari selepas Pak Discharge. 
Pak Cakap tak sakit dah, then Pak pun tak rasa sakit masa operation
mestilah kan, sebab kena bius.
rasa mcm tak kena operation pun kan..
hehehehe... tu la namanya teknology kan..kan..

 Then last week, Pak datang Penang kami jumpa jumpaan..
kesihatan Pak dah bertambah baik. Alhamdulillah...



Jawapan untuk  Anies , 
 
 
 
Perkataan Nat berasal daripada bahasa Thai yang bererti 'janji' atau 'menetapkan hari'. Pekan pula bererti 'bandar kecil' tempat pertemuan. Jadi Pekan Nat boleh didefinasikan sebagai persetujuan untuk bertemu antara dua golongan iaitu penjual dan pembeli bagi menjalankan perniagaan





Note: Kami anak anak doakan Pak sihat selalu ye..
Jaga makan tau.








**** “I’ve learned that waiting is the most difficult bit, and I want to get used to the feeling, knowing that you’re with me, even when you’re not by my side.”



Wednesday, February 12, 2014

Suami Yang Macam Mana?

Semalam my hubby datang fetch aku..
Rasanya tahun 2014 ni, semalam le pertama kali dia datang jemput aku kat office
pendek citer, all the while orang sekeliling memang tak pernah nampak my hubby la kan
then masa my hubby datang jemput tu, dia tunggu aku kat kedai kopi hujung sinun..
so, dari office aku jalan je pergi kat dia..


Aku kalau jumpa orang kat area office, senyum je..
kalau dorang tanya aku jawab le, 
Tapi tak de la conversation tu meleret leret... sepatah dua je...
dah lama kerja kat area sini kan. 12 tahun beb


Then tadi aku punya 3 in 1 coffee dah kehabisan stock, so.. kena la pergi kedai beli kopi kan
Then ada la seorang lelaki, pernah la tegur aku sebelum ni
so, dia tanya aku, semalam yang datang jemput tu siapa?
Aku cakap le, suami
sekali dia tanya aku "Suami yang macam Mana?



Dah rasa lain mcm pulak soalan tu kan..
lepas dia tanya mcm tu, aku rasa mcm tak der perlunya aku nak menjawab soalan dia
rasa mcm dah le soalan tu soalan bodoh, 
tak payah la aku nak memperbodohkan diri aku untuk menjawab.
 betul tak?

 

wahai mamat yang ntah apa apa tu..
kalau org cakap suami, suamilah kan. nak yang mcm mana lagi
ada ke suami angkat? 
suami tiruan? 



*** Ada dinner malam ni, tak nak pergi pun tak boleh, dah kena hukum paksa la pulak***



Note: He just spoil my mood today !!




*** I thought I could handle the pain, but I can't
       Still need you right now..
       feel so hurt..
       Just wanna to lay on your arm 
       make me feel better...