Tuesday, December 27, 2011

Bila Anda Lahir mengikut Bulan Islam?

Tadi masa aku dok baca reading list kat N3, tetiba aku tertarik ngan satu N3 ni

Dia ada citer ttg Tarikh lahir kita mengikut tahun islam

tertarik la aku rasa.

Sila klik kat SINI.... untuk link ke sana jika korang nak dapatkan jawapan

ini tarikh lahir suamiku, dia lahir pada 29/11/ bulan Dzul-Qaidah

Lahir pada hari jumaat tue.


Ni plak hari lahir anak sulungku, Amirul Naiim
Lahir pada 6/12 Bulan Dzul hijjah
Lahir pada hari Isnin.

Ni plak tarikh perkahwinan kami

Kahwin pada 16/11/ Bulan Dzul- Qaidah
Sama bulan ngan kelahiran suami ku
kami berkahwin pada Hari Ahad. ngeee

Ni pulak kelahiranku.

jatuh pada 15/08 Bulan Sha'ban
Lahir pada Hari Rabu


Ini pulak kelahiran Aleesya Dania
Lahir pada 25/08 Bulan Sha'ban jugak sama denganku
dan pada hari Rabu jugak sama denganku



Nampaknya Aleesya ada banyak persamaan denganku.
Adakah perangai dia jugak mcm perangaiku?
hehehe... tengok la nanti. kalau sama, sabor jer la.

I am 5 Month Old today

Hai, Saya Aleesya Dania.

Umur saya 5 bulan hari ini ( 27/12/2011)

Saya sangat notty sekarang


My mum dah letakkan saya di dalam walker ni

sebab saya asyik dok ngukur umah

segala ruang yang ada saya pergi

My mum, tak de masa nak tengok saya 24 jam jer

So, saya kena la duduk dalam walker ni. ngeee

walker ni bukannya baru beli, tapi pakai yang abang punya
sebab my mum cakap still ok lagi.

Topi ni plak, Mak mengasuh saya yang bagi. cantik tak?

dulu, abang saya si Amirul tu asyik dok kaco
Sekarang, is my time nak kaco kaco dia.
I tak kan bagi dia chance. dia tido, dia makan, dia main bagainya
siap la, saya akan kaco dengan walker ni.
muahahahahaha....


syhhh..... my mum dah trauma nak letak I dalam cradle tau
sebab... saya dah pandai turun sendiri
ada satu hari tu, saya jatuh cradle
waaaa... nangis nangis sebab kepala ni sakit sangat

So, sejak hari tu, saya memang susah nak dapat tido dalam cradle.
Padan muka saya kan... ngeeeee

Friday, December 23, 2011

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

LinkKita selalu mengucapkan selamat kepada kengkawan yang tidak seagama bila dorang sambut perayaan. Contohnya. Happy New year, Gong Xi fatt Choy, Hppy Depavali dan bagainya.

Tapi aku ucap sebagai dasar kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial. tak lebih dari itu.

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Keputusan (English):

The Ruling On Muslim Wishing and Greeting On Non Muslim Religious Festival

Decision:

The 78th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th June 2007 has discussed on the ruling on Muslims wishing and greeting on non Muslim religious festivals. The Committee has decided that:

1. Any Muslim practice or behaviour with respect to non-Muslim festivals and celebrations that involve the questions of aqida or conviction such as acknowledging other religion or believing that all religions are same, are prohibited in Islam

2. However, if the stated practice or behaviour is done on the basis of societal or social relationship between Muslims and non-Muslims for the purpose of harmony is permitted in Islam

3. To give congratulatory and good wishers or to send greetings using cards or telecommunication devices such as e-mails, short messaging system (sms) or etc to non Muslims during their religious festivals is permissible, on the condition that the greetings do not recognise, praise, glorify the religion of non-Muslims and also do not use any of their religious symbols in the greetings sent.

Text from:- link

Gelak Orang Sangat

2 hari lepas, ada sorang customer tu datang
cam biasala aku ni, attend je la customer tu
buat apa yang patut.

then end of the process tu, customer pun nak balik then dia ckp kat aku
"You know Elleycats"? aku ckp aku kenal la, lagu dia pun aku minat
Look at my name, A/L Arumugum!!
so, the David Arumugam is my brother. He is the singer
I am the guitarist.

Aku tengok nama tu memang la A/L Arumugam. Tapi, naper muka dia tak sama cam penyanyi Alleycats tu pun. Especially rambut dia tu. hehehe...

if thy all your brothers, why your hair like this? then dia ckp memang rambut tak sama.
Pas tu bila dia dah balik, aku citer la kat kawan aku. kami dok gelak kuk kik kuk kik..
mati mati aku kata dia tipu. lagipun aku bukannya dok belek ahli kumpulan tu
cuma penyanyi tu yang outstanding ( rambutnya)


Semalam tengok Advertisement ckp dorang dijemput utk rancangan "Nasi lemak Kopi O"
Sekali pandang. Mak Aiiii tul la dia tu
tak baik lak aku kata dia perasan, wal hal memang betul dia guitarist. jahat aku noh
maaf yer. nak wat cam na dah tak kenal.
lenkali kena outstanding, baru leh kenal. ngeeee

Aku pergi kat sini, untuk rujuk list.

Members include:

David Arumugam on vocals
Loganathan Arumugam on vocals
Tan Chin Hock on drums
Shunmugam Arumugam on lead guitar
Chester Anthony Passerella on saxophone
Khoo Fook Sin and Grenville Pereira (Gren) on keyboards
Frank Ong on bass guitar.
Alleycats' music is said to be influenced by Air Supply, Phil Collins, Bee Gees, Billy Joel, David Gates & Bread, Santana and Paul McCartney.[citation needed]

Most of Alleycats albums were produced by Eric Yeo. Most of their hit songs were penned by music supremo M. Nasir with the lyrics most done by S.Amin Shahab. M.Nasir/S.Amin combination were most noticed with hit songs such as Hingga Akhir Nanti, Andai Aku Pergi Dulu, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Setahun Sudah Berlalu, Seribu Bintang, Nota Terakhir

Note:- Lenkali jgn main gelakkan org. selidik dulu.

Thursday, December 22, 2011

Tak leh Jenjalan Jalan Meletup

huh.. baru lega segala migrain, ribut taufan & angin puting beliung kat dalam badan ni

3 hari hidup penuh bergelora


Kepada kengkawan & blogger di luar sana jgn marahkan ai yer

sebab tak leh nak pergi jenjalan ke umah korang

sebabnya Jalan untuk ai pergi umah korang dah meletup!!!!!!!


kisahnya begini, tenet line kat office ni kejap kejap disconet.

naik lenguh aku dok connect, pas tu disconnest plak

Bila aku call "100". 2 hari lepas, ada la operator mesin tu ckp ada masalah

kena tunggu 2 hari.


hari ni dah 3 hari. tak selesai jugak

last dorang hantar teknician



ni ler bentuk modem kat office aku. modem pun dah lama bangat

sebab tak rosak tak der la ditukar tukar.


Tadi, technician tu ckp modem rosak, so modem yg sama tak dak stock plak

jadi dia tukar dengan modem yang ada wifi


hehe.. aku suh dia on kan wifi tu, leh gakla aku guna tuk Hand phone. ngeee

wat pe nak blog wifi kan, kalau dah harganya sama jer. seronok la aku

sebab ada wifi...



haaa... modem yg cenggini la.


tak lama lepas tu, ada org call dia ckp, bukan masalah modem. sebenarnya ada satu kabel dah meletup ke hapa ntah kat jalan perak sinun.


bukan aku je kena, ada 2-3 org lagi yg alami masalah yg sama. then dia tukar balik ke modem lama tu. PADAN MUKA AKU!!!!! sonot sangat nak ber WIFI bagainya.



moral of the story :-


1) aku tak leh pi terjah umah korang semua sebab line tenet ni yang tak mo bawa aku pergi.huhuhuhu...


2) Jgn nak suka suki guna tenet free yg office punya, pergi apply sendiri cik adik oiii. hahaha..nantilahaku nak apply tenet utk phone aku. tapi sebelum tu kena block mana yg patut.

Wednesday, December 21, 2011

Saya Akan Kekal Muslim Sehingga Meninggal Dunia – Ariff Alfian Rosli



Ramai yang terkejut dengan penyebaran gambar perkahwinan sejenis Ariff Alfian Rosli baru-baru ini. Dan ramai yang tertanya-tanya status agama yang dianuti oleh Ariff selepas perkahwinan tersebut. Dan rasanya ramai yag boleh menarik nafas lega apabila Ariff yang dihubungi oleh IrishTimes menyatakan yang agamanya tetap Islam daripada dulu sehinggalah dia meninggal dunia kelak.





Kata Ariff:-

Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya

Ariff juga menjelaskan yang dia tidak menghubungi ayahnya kerana berlaku sedikit salah faham dan dia tidaklah hilang selama ini.

Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain. Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,





Namun agak misteri kerana Ariff tidak mahu langsung memberikan maklum balas tentang kesahihan gambar perkahwinan sejenisnya yang tersebar luas. Adakah benar-benar perkahwinan tersebut telah berlaku atau ia sekadar satu gimik oleh Ariff untuk menarik perhatian orang ramai? Kalau benar-benar berlaku, Ariff perlu sedar yang agama Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Sama-sama kita doakan agar Ariff sedar akan perkara ini.

Kisah Lirik Lagu TANYA SAMA

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”


Rasulullah (s.a.w ) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian
hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana
berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama
mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau
golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau
mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga .’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu
itu, ya Rasulallah (s.a.w )?’
Sabda Rasulallah (s.a.w ): ‘Iaitu yang mengikut jalanku
(yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-
sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah
(a.w ).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)


Kisah Burung.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang
paling fenomenal dari Fariduddin Attar . Kitab itu berisi
pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari
makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya
itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar
lebih mudah dimengerti.

Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan
sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut
sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung.
Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung
di dunia untuk bermusyawarah.

Tujuan mereka hanya satu
yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang
dipimpin oleh Hud-hud .
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi
tujuh lembah yang penuh halangan.

Lembah pertama adalah lembah keinginan . Di sini semua
burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak
duniawi.

Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua
burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka
terbakar.

Lembah seterusnya adalah lembah makrifat , di sini semua
burung harus memilih jalan sendiri lantaran “ terlalu banyak
jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa
yang sesuai dengannya .”

Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi
harus ditanggalkan dari hati.

Di lembah kesatuan , yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah
kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan
kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan , dan
mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi,
“ aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu
dari diriku.” “ Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga
itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah
yang sebenarnya aku dambakan? “

Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan
fana , di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri
mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran,
menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila
mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan
menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah
mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si
Muraq.

Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan,
hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah
jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan
kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan
raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja
segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam
cermin diri .

Si Muraq, ataupun sirmurgh , adalah perkataan parsi yang
bermaksud tiga puluh ekor burung . Maka di sini, di
penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan
realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka
telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah
jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘ diri mereka
sendiri ‘ dan ‘ diri sebenar diri ‘.

Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan
kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah
kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan
diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28 )
*“Lang mensilang, Kui mengsikui” bermaksud Orang tak
macam orang, hantu tak macam hantu