Sunday, June 10, 2012

Somaly ubah nasib pekerja seks




DIJUAL ke rumah pelacuran sejak kanak-kanak, aktivis Kemboja, Somaly Mam menjadi seorang yang paling dikenali dengan isu kontroversi yang diperjuangkannya iaitu antipenghambaan seks.
Dia yang begitu lantang dan bertenaga ketika berkempen menyebabkan semakin ramai yang menyatakan sokongan termasuk pihak selebriti. Malah, dia dinamakan sebagai hero terbaik sepanjang tahun oleh Cable News Network (CNN).
Somaly amat berbeza dengan aktivis-aktivis antipemerdagangan lain menyebabkan dia amat disukai oleh pihak wartawan antarabangsa.
Namun, disebabkan pekerja seks di Kemboja tidak diklasifikasikan sebagai melanggar undang-undang di negara itu, maka ramai pejuang hak asasi mengkritik tindakan Somaly.
Ini kerana ketika Somaly mahu semua wanita dibebaskan dari rumah-rumah pelacuran, pejuang hak asasi pula melihat ada wanita yang dengan rela memilih kerjaya itu.
Jadi pejuang hak asasi merasakan adalah tidak wajar semua pelacur ditangkap dan dilarang bekerja di rumah pelacuran.
Antara serbuan yang menaikkan kemarahan pejuang hak asasi termasuklah serbuan polis ke atas sebuah rumah pelacuran utara Kemboja, Anlong Veng pada November lalu.
"Kanak-kanak perempuan telah diselamatkan tetapi masih lagi berada dalam ketakutan. Paling muda berusia 13 tahun dan diseludup dari Vietnam," kata seorang wartawan New York Times, Nicholas Kristof melalui Twitternya yang menyokong perjuangan Somaly.
Para pakar pemerdagangan berkata, perbuatan tersebut telah mencetuskan persoalan mengenai isu keselamatan dan persetujuan pihak pekerja seks.
Bagi Somaly yang menubuhkan organisasi antipemerdagangan, Bertindak untuk Wanita Dalam Situasi Membimbangkan (AFESIP), tidak ada wanita yang wajar bekerja sebagai pelacur.
Bagaimanapun, Tania Do Carmo dari Chab Dai yang juga sebuah kumpulan antipemerdagangan di Kemboja menyifatkan liputan media antarabangsa terhadap serbuan itu tidak beretika. Ia melanggar undang-undang antipemerdagangan Kemboja dan hanya mahu mensensasikan isu yang sememangnya sangat kompleks.
"Melakukan liputan terhadap kanak-kanak yang berada dalam situasi sangat traumatik tanpa persediaan dianggap sebagai tidak beretika. Tidak sesuai dan memiliki sifat voyerisme (keseronokan mengintip atau melihat sesuatu yang memberikan kepuasan seksual) apabila melakukan perkara tersebut di negara sedang membangun seperti Kemboja," ujar Do Carmo.

Selamatkan pelacur
Menurut AFESIP yang terlibat secara langsung dengan operasi menyelamat, pihaknya telah melepaskan kira-kira 7,000 orang wanita dan kanak-kanak perempuan di Kemboja, Laos dan Vietnam sejak tahun 1997.
Di Kemboja sahaja, terdapat lebih 34,000 pekerja seks berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2009.
Amat sukar untuk membezakan antara mangsa dan pekerja seks dengan rela.

Dibantah pertubuhan hak asasi
Apa yang dibuatnya turut menaikkan kemarahan beberapa aktivis lain seperti Rangkaian Pekerja Seks Asia Pasifik yang mempertikai tindakan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat keperluan hak asasi pekerja seks untuk tidak diselamatkan.
Menurut laporan Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia 2010 yang berpusat di New York, operasi serbuan penyerbuan dan anggota polis berada di jalan-jalan tempat pekerja seks bekerja adalah tidak efektif, malah merupakan pencabulan hak-hak pekerja seks.
Organisasi yang diketuai oleh Somaly, AFESIP turut dikritik kerana menerima kaedah polis Kemboja menahan pekerja seks. Malah, Kumpulan hak asasi antarabangsa, Human Right Watch (HRW) melihat ia satu penahanan sewenang-wenangnya ke atas individu yang tidak bersalah.
Namun, Somaly tidak mengendahkan penilaian HRW itu.
"Apabila seorang kanak-kanak perempuan dibunuh di rumah pelacuran, adakah HRW pergi menyelamatkan mereka? Jadi, siapa mereka sebenarnya? Ketika saya berada di rumah pelacuran, salah seorang rakan saya dibunuh. Ada HRW ke sana? Tidak!" bentaknya.
"Pertama kali tiba ke rumah perlindungan, mereka tidak mahu tinggal kerana mereka tidak kenal kami," cerita Somaly menambah wanita itu sungguh tertekan disebabkan kerja-kerja seks.
Mereka mahu tinggal bersama-sama rakan-rakan yang rapat di rumah pelacuran.
"Saya selalu berkata, 'Tolong tinggal di sini untuk satu atau dua hari, anggap seperti sedang bercuti'," katanya dan menambah, jika wanita terbabit memilih untuk terus tinggal di rumah pelacuran, dia akan menghormatinya.
"Saya tidak akan memaksa mereka, saya memberi mereka peluang," tambahnya. - AFP

Saturday, June 9, 2012

Ecewah.. Diet la konon

Ecewah... Puan El, sila gelak guling guling yer. Puan siti berdiet hari ni,
ingat nak ikut jejak langkah Puan El berdiet, uh.. mimpi la ko wantie oi..
pepagi lagi, hubby yang baru balik dari shift malam siap suruh aku masak

then, bos plak kelmarin suruh aku datang kerja kul 10.00 pagi
ishhh... aku ni kalau sabtu, suka buat half day 2.00 smapai 6.00 ptg
kena datang pagi ni yang leceh!

bila bos suh datang tu aku ya kan lah aje
ok lah kul 10.00 ai datang yer

mana nak sempat kalau kena masak dulu baru nak datang kerja
nak kena masak gulai bagainya, last jam dah kul 10.00 aku masih kat umah
then sms bos ckp 10:30 ai sampai
lasttttttt 10:55 baru aku tercongok kat office. ngeee
marah le kalau berani!
kang ai balik kang.. baru tau


ada kerja urgant, punya kusyuk buat kerja jam dah kul 2.00 pth
perut dah nyanyi nyanyi
nak pergi beli makan, dah mak cik jual nasi tu tak jual le pulak
haishhhhhhhh


last, suh dak dak bawah tu gi beli .
beli la apa apa pun lapar ni
then.. dorang beli kepci. oklah.. bos banjer
sapa suh paksa ai datang kerja awal.

ni pun ada lagi saki baki kerja yang dok tengah buat
huh.. kena balik lambat le jawabnya ni
menci ai. tau tak sabtu I cuti tau!


dah le tu, beli seketul je hot & spicy
2 lagi tu original
Ai tak suka original ok!
ewahhhhhhhh demand plak. org kasi makan free makan je lah

note:- maaf le, ai memang tak leh nak Diet!!!
happy weekend :D

cak!!!

Friday, June 8, 2012

Sami Tipu?

pernah tak korang terjumpa dengan Tok Sami yang mintah sedekah?
Dalam seumur hidup aku ni baru pertama kali 
aku mengalaminya

gambar kat bawah ni tak de kaitan pon. sesaja aku letak wat korang cuci  mata
    
citer dia cam ni.

masa kami sedang enak bersarapan kat sui wah tu, tetiba aku nampak seorang sami telah
datang minta sedekah
dari seorang ke seorang yang sedang makan

mula la aku rasa pelik. Nape plak nak datang kat gerai orang islam ni?
kompom la tak dapat apa apa.
pas semeja semja dia pi mintak sedekah tu tak dapat
dia datang le kat meja aku
terus aku tunduk je. then hubby angkat tangan yang bermaksud memang kami tak akan bagi.


      
pas tu aku datang le office & tanya my bos
sebelum ni tak pernah pun I tengok Sami mintak Sedekah
Why sekarang ada pulak?

then my bos ckp itu sami tipu
kalau betul betul sami dia tak akan mintak duit kat orang
sekarang ni memang banyak sami tipu. di mana dorang ni dari luar negara
mungkin kat negara asal dorang bukanlah tok sami pun

huh... 
mana la aku tau ada sami tipu sekarang ni
bagi aku  kalau dah nampak mcm tok sami tu. tok sami la
ngeeee....

Pagi Ahad kami

Ini citer ahad lepa, 
haish.. dah jumaat baru nak leh wat keluarkan N3 ni
saja la aku bangun lambat then langsung tak wat breakfast
pas tu ajak hubby keluar breakfast kat luar sebab aku nak makan bihun sup pagi

Ini roti jala untuk Aleesya punya. 
banyak keping jugak le, yang lebih tu aku yang bedal
sedap jugak kari dia

sori sori ok, lupa nak habaq... kami pi makan kat Sui Wah Bayan Baru
tempat ni dodulunya adlah tempat pebret my hubby sarapan
masa zaman bujang nya

huh.. masa cintan cintun idak nyer bawak aku sarapan kat sini pon. sob sob
tak pe tak pe dah kawin selalu jugak datang 
hehehehe
Amirul nak koay teow kerang udang 2 ekoq
dia makan pun tak habis jugak
papa yang habiskan.

ha.. mc mana ibu & papa tak gemuksssssss
asyik jadi MPPP( majlis perbandaran) anak anak je
kalau tak habiskan rugi la pulak.
rezeki allah jgn di bazirkan. tul tak
bior le ibu ngan papa simpan dalam perut ni. ngeeeeee

Aleesya makan roti jala tak sampai sekeping. pas tu dah start nak main
tapi kan Aleesya ni baik tau
dia pun baby yang pemurah tau.

nganga tak hengat
tapai seyes, koay teow dia sedap.
sesuai benor kalau budak budak makan.

ha.. ni la sifat pemurah Aleesya tu.
sambil aku makan bihun sup aku kasi la aleesya roti jala sikit sikit
dan terus makan, bila habis je dia mintak lagi
ishh.. ingat laju je dia makan
rupenya dok bagi kat kucing.

bila bagi makan kat kucing, siap angkat angkat kaki dia
risau le tu kekalau kucing tu cakar kaki dia yang berjuntai

banyak keping jugak la roti jala tu di makan dek kucing
baik noh kucing ni, roti jala pun dia makan
kalau kucing kat umah aku tu, ada ke dia makan roti jala

kalau makan, aku masak roti jala je lah bagi makan
boleh gitu jah? kahhhhhhhhh


Thursday, June 7, 2012

Kalau dah rezeki dapat jugak


Berhubung dengan N3 aku tempohari tentang 

tak de la ingat apa apa. so aku tak la tag si Amal ni
Tapi kan, mungkin nak jadi kan habuan aku jugak la kot
cik amal google dan jumpa N3 aku ni
ngeeee....

jadi dia komen seperti kat bawah ni le
 


apa lagi jah? tak reti reti nak click kat link yang di kasi tu ke?
hohohoho
sepantas kilat aku klik & menjelmalah satu doodle yang cute mcm aku . kikikikik.
perasan tak ingat. ( ok what puji diri sendiri)

chak!!!!... 
nenatilah eden nak pikiau mcm mana nak suh dak doodle ni parking kat blog eden ni ye

thanks sekali lagi tuk Amal
cayang kamooo
 


Suami Nurul Wahab Warga Perancis

Fuh.. baru la aku dapat nengok suami si Nurul ni
Selamat Pengantin Baru Nurul, semoga kekal bahagia hingga ke syurga

Suami si Nurul ni adalah usahawan "Herbalife"
wah.. wah.. selim melim la lepas ni.
ngeeee



gambar kahwin nurul ericc dep   
nice shoot


gambar kahwin nurul ericc dep   


gambar kahwin nurul ericc dep   

gambar kahwin nurul ericc dep  

hmmm... suami Nurul ni nama Eric Daniel Depp, 47 tahun.

sumber
sumber