Thursday, September 13, 2012

Nurul Syuhada resign



 Saya hantar notis letak jawatan sebulan lalu - Nurul Syuhada

mmm.. lepas ni susah la kan nak tengok wajah comel NSNA. ( nurul Syuhada Nurul Ain). Dia dah letak jawatan le.

Tadi pagi ( 13/09/2012) sempat lagi la aku tengok dia kat rancangan MHI kot. Dia nampak mcm dah beisi sket, but still sweet dengan bertudung.

tetiba nampak Artikel ni:

Saya hantar notis letak jawatan sebulan lalu - Nurul Syuhada

  

pelbagai spekulasi yang timbul bila dia letak jawapan. apa apa pun she  might do the best for herself right?

 

Sementara itu, personaliti TV3 berkata, kini sudah tiba masanya untuk membina keluarga dan menimang cahaya mata selepas enam tahun lebih bekerja tanpa pernah mengambil cuti. 

Wow!!!! 6 tahun lebih kerja tak pernah ambil cuti cik jah oi.. dasyattttttttt.. tabik spring. toink toink! 

Kari Kepala Ikan Baik Punya

Terima Kasih Ustaz lah atas nasihatmu. Alhamdulillah dah  praktik pun, 
Jiwa ku kembali tenang..
Happy sesangat hari ni, dah tak marah marah tau
 Nanti Aku wat special Entry ttg Petua Ustaz Lah yerr...

Ok nak citer contribution aku utk husband & anak anak hari ni.

Hubby aku memang suka sangat dengan kari kepala ikan hasil air tanganku
dengan kari kepala ikan ni jugaklah cinta kami berputik. hehehe...

Jadi, dia dah beli kepala ikan, santan dan bagainya hari ni
so, faham fahamlah.. mesti lah before aku datang kerja kena masak kari kepala ikan tuk dia

kari kepala ikan ni kalau beli kat luar memang mahal, tapi kalau aku masak pun mahal jugak
sebab air tangan aku memang mahal dan kasih sayang ku juga mahal
tak de yang boleh beli tau.. ( tak Jual k)


Korang pernah tak pepagi masak kari? hehehe
Aku ni selalu tau..
Bila My hubby kerja malam, dia akan balik pepagi then tido
bila lunch time dia mesti lapar
so, aku prepare siap siap utk dia
panaskan aje bila dia lapar. ngeee...


Boleh aja kan, kalau dia pergi beli makan kat luar
tapi, dah 9 tahun dia makan masakan aku. dah sebati

aku pulak suka manja manjakan familly dengan masakan.
Masak yang simple simple je
yang pasti lebih berkat tul tak?


Note:- kasih sayangku di transform melalui masakan.

Cara elakkan bergaduh dengan suami

Semalam, tetiba aku jadi moody
hati rasa panas je, mcm nak marahkan seseorang
tanya dalam hati, kenapa rasa rimas? nak marah tak tentu pasal
tadi okey je kat office?
Nak period kot... mungkin korang pernah alami situasi ni..
perubahan hormon la kata kan...

Hubby pulak pergi kerja lambat
ckp ngan hubby pulak, dia mcm dengar tak dengar
rasa geram, tapi tak patut la mungkin aku ckp pelan that why dia tak dengar & tak jawab.
rileks kejap kat sofa
pas tu hubby suruh masak. geram lagi
dalam hati dok ingat, kenapa rasa nak marah
hari hariu pun aku masak. Ntah le
rasa mcm ad yang menghasut suruh aku jerit & sergah orang je

Masak pun mcm lipas kudung sebab dah nak maghrib
hubby sembahyang dulu, pas tu baru aku sembahyang
aku elakkan dari bercakap dengan suami
bimbang terlepas cakap
Lepas sembahyang, aku berdoa agar Allah hilangkan rasa amarahku
tenangkan hatiku, pelihara lidahku dan .....

selesai sembahyang, dalam pukul 8.00 mc tu le
tetiba aku terlena, Aleesya pun tertidur kat sebelah aku
bila aku sedar dah pukul 12.00 mlm
hubby pun dah pergi kerja

mungkin dia tengok mood aku tak baik
jadi dia pergi kerja pun tak kejutkan aku

Aku bangun & solat Isya' pas tu tido balik
pagi tadi, ok je bila hubby balik bawak raw material utk aku masak


Mungkin Allah tidurkan aku sebagai makbulkan doaku.
ye la kan kalau aku tak tertidur,ntah ntah hubbylu yang jadi mangsa.
Syukur padamu ya Allah kerana pelihara kesejahteraan rumahtanggaku. amin...
 

Note:-Orang lain tak boleh tidur kalau rimas & marah.

Wednesday, September 12, 2012

Dinner Bersila

selepas membawa hati yang lara sebab tak dapat makan di D'King
kami drove out & usha usha kot kot kalau ada restaurant yg sesuai 
perut kami masing masing dah berdangdut

 Lastly kami , kami jumpa satu Restaurant
maf sesangat sebab terlupa nak usha nama restaurant tu
maklumlah dah lapar sangatttt..
sian kat kami noh..

 kami pilih bahagian yang boleh bersila
senang sikit sebab Aleesya ni aktif
kejap duduk kat bawah kejap kat atas

puas jugak le papa main tut chak
kalau idak bawah meja tu dia explore

 The best of Aleesya ni ialah.. dia suka minum air masak
air yang berperisa dan manis kurenggg sikit
minum dalam cawan terus tak payah sediakan botol susu
senangkan..

 memang duduk tak diam la budak kecik ni

 ok.. makanan dah sampai 
is the time for us to eat.

 daging goreng apa ntah

 sup burung puyuh.
sedap tau burung puyuh ni...

 sambal sotong. kami tak order pun yg ni
sebenarnya MIL yg bekalkan sambal sotong tuk di bawa pulang
kami mintak extra plate 
hehehe... leh la makan sambal sotong 

 telur dadar, mcm wajib je order tiap kali kami makan
nape ek? 
aku pun tak tau

 licin si puyuh kami bedal
rasa sedap. Sedap sebab kami lapar ke atau sedap yang sememangnya sedap
hehehe....
 licin kami makan.
tak cakap pun dah tau kan kami tengah kelaparan

ha.. ni muka merajuk sebab tak boleh main  pinggan & tuang air sana sini
dah pandai dok merajuk merajuk noh...

ok. sekian cerita makan.
sambung drive balik Penang.

Cara Menasihati anak perempuan

Ayat Mak mak zaman dulu

" Kau ni kena la pandai masak,nanti senang bila dah kawin"
terus ke dapur masak itu ini,  hafal semua jenis resipi
diam & monyok langsung tak menjawab..
"kalau malas sekolah, Mak bagi kawin baru tau"
cepat cepat la ke sekolah & belajar rajin rajin
takut benor kalau parent nak kawinkan kita

Ayat  Mak mak Zaman Sekarang

dah tak boleh nak nasihat anak anak guna ayat tu dah
Kalau kita suruh masak, dorang mesti jawab,
"Kawin besok belilah apa susah, kedai makan berlambak

Kalau kita ckp dah malas sekolah sangat, bagi kawin
dorangakan jawab:
Kawin? nak nak nak... 


Oleh itu, budak budak sekarang kena cakap mcm ni ok:


Kau kena pandai komputer, nanti ketinggalan zaman. Kalau tak tau masak search kat internet
cari resipi masakan. kalau tak kenal rempah ratus, google je.

kalau ko malas sekolah, tak payah kawin, duduk umah jadi tukang masak mak & ayah.

hahaha...


Note: saja je wat N3 ni. terlupa bawak memory card tuk transfer gambar.

.

Tuesday, September 11, 2012

D' King Mee Udang Banjir

Oleh kerana ada hal penting, jadi kami terpaksa bertolak pulang  ke Penang
Jadi lepas je balik dari rumah Krie tu, kami terus bertolak balik Penang

Dah hampir magrib tapi hubby tak berhenti pun kat R&R Gurun
dia ckp ada satu tempat, kit aberhenti sembahyang kat sana
then terus dinner sekali.

 Sampai je kat sana. Punya la ramai org
tapi kami solat dulu, memang tak endah dengan meja penuh ke idak
Selesai sembahyang, nak duduk makan le kan.
fully book la pulak
ramai betul manusia

Tak tercapai nak makan Mee Udang Banjir kat D'King ni. sob sob sob..
kiranya kedai tu tak de rezeki la nak merasa duit kami. ngeee

Terpaksalah mencari kedai lain untuk sendatkan perut yg sedang kelaparan ini

Aleesya tertidur la pulak
letih berjalan kot. 

akhirnya dapat la kami singgah kat satu kedai
ok.. next entry citer.

Note: sesapa pernah makan kat sini, meh kongsi  boleh..

Girl seat for UPSR 2012

Semalam received SMS dari biras aku yang berbunyi begini:-
T, esok Girl exam UPSR, tolong doakan untuk dia yer
anak sedara suami yang perempuan tu, si Girl nak duduki UPSR hari ni

  
 aku punjust reply ok.
then remind husband suruh dia doakan untuk anak sedaranya juga
selitkan le sikit doa tu disamping doa tuk diri sendiri bila lepas sembahyang nanti
tak susah pun kan..

 
Memang anak anak sedara husband ni bijak bijak semuanya
tapi tak tau la yang perempuan seorang ni
2 orang lelaki dah masuk UPM & UITM
yang lelaki ke 3 tu ada kat MRSM
yang ni yang ke empat la...

Harap harap briliant otaknya mcm abang abangnya jugak le.
 

Bila aku nak berdoa, tetiba aku rasa mcm pelik la pulak
ish.. selalu panggil dia Girl je
apa nama penuh dia ek?
Tak kan nak sebut girl pula dalam doaku.

Last, cuma sebut anak saudara perempuan suami je la dalam doaku.
Pas tu call Biras & tanya nama penuh
Namanya kemain Cantik Lagi
Siti Nor Afrina Alani

Ha.. masa solat isya' & subuh tadi baru leh guna nama tu tuk berdoa.
haish,.. ni le kalau suka letak nama samaran kat anak anak


*Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang, kau mudahkan segala urusan peperiksaan UPSAR kepada Siti Nor Afrina Alani B. Nazri di hari peperiksaannya.
Kau lapangkan dadanya, kau tenangkan hatinya untuk menjawab soalan dengan penuh yakin dan betul.
semoga beliau peroleh kejayaan yang cemerlang. amin...*