Monday, September 24, 2012

Umat Islam memang pemurah

Sapa yang menonton Majalah 3. pengacaranya Mazidul Akmal Sidik tu?
Aku tengok ok, tapi tak rasa mcm tonton Majalah 3 la pulak
rasa mcm tengok 999. hahaha.. tak pe la kan yg penting isinya mesti bagus.

Umat islam di malaysia ni memang benar benar pemurah
walaupun hanya 10sen kita menderma yang pasti Allah dah tetapkan pahala kan..
bukan jumlah yg di nilai tapi sekeping hati yang iklas dan jujur.



Terkejut aku dengan pendedahan Makcik yang nanyi lagu burung kakak tua ni
pakaian yg melambangkan dia tu orang islam
tapi dia sebenarnya free thinker

Jgn menuding jari ke arahnya, bimbinglah dia, sesungguhnya dia tidak di bimbing dengan baik

aku tak pasti dia berbangsa apa
yang pastinya dia sendiri yg mengatakan yg dia free thinker

Aku rasa mak cik ni dia mempergunaan kemurahan hati umat islam utk meraih keuntungan
dia tahu yg orang islam tu pemurah
jadi dia pun mengubah cara pemakaiannya kekonon dia tu islam
dan meminta sedekah

tak nak citer banyak
aku cuma nak berikan pendapat kat sini

petama:-
Mungkin Allah gerakkan hati Mak cik ni utk menipu. Mungkin kerana sumber ( wang) yang disedekahkan oleh org islam tu, adakah dari sumber yang bersih. Jika wang yang di perolehi tu tak bersih, maka memang susahlah untuk ianya sampai di tangan orang yang baik baik.
fikir fikirkanlah...

Kedua :-
Jika pemberian sedekah orang islam itu adalah dari sumber yang sememangnya baik, Maka I'allah dengan wang yang sedikit cuma, digunakan oleh mak cik ni di makan dan menjadi darah dagingnya.
Jika diizinkan Allah berkat sedekah kita akan mengubah hati Mak Cik ni memeluk Islam
Sesungguhnya, walaupun usianya sudah senja, jika diizinkan Allah dia akan memeluk islam.


Note: terngiang ngiang kata kata suami
"Bila sampai suatu masa kita sudah ketandusan orang susah, si pengemis pun dah hidup mewah
di mana lagi kita nak bersedekah utk mengutip pahala
itulah tandanya kiamat dah semakin hampir."

Main Bunga Api Masuk Angin

Dah last last syawal, masih ada lagi aktiviti bermain bunga api
Ni citer masa minggu akhir syawal
tapi lupa nak update kat sini.
mahap yer..

ini anak jiran aku
dorang panggil Amirul tuk clearkan stock bunga api
apa lagi main la ramai ramai

Nama pun dah hujung hujungkan
bunga api pun ada le yang masuk angin
tak de percikan..
menyala mcm api pelita pun ada..
hahahaha.... tak pe janji leh main udah le..

ada le yang masih ala ala percikan

tengok ni, tak nak jadi percikan
kat belakang budak ni masih ada lagi sekotak
kenduri bunga api la malam tu

Amirul pun apa lagi
lepas satu satu dia cucuh/nyalakan
tak pe ada gak gambar main bunga api
at least besar nanti jgn claim kata ibu tak kasi main tau.

kusyuk benor.
ada yang meltup ke langit tu
dorang nak cucuh kejap lagi
nak cucuh kat kawasan lapang di belakang area umah aku
best.. best...
dorangsiap ajak aku & aleesya pi tengok.

best nye dorang main. Aku & Aleesya tengok je la

dah nampak aku dok snap gambar 
budak budak tu apa lagi nak jugak bergambar

ala... pose ni Aleesya tak pusing  tengok kamera la.

photo google
  masa dorang cucuh bunga api yang cenggini.
meletup dua tiga kali je
pas tu terus diam

kami semua jadi takut dan ambil kayu panjang 
tolak je bongkah bunga api tu ke tempat tongsampah
nak wat cam na kan, dah masuk angin. bahaya kalau pergi dekat

mana la tau tetiba ada api yg sedang mendap . meletup tetiba
tak ke naya.

ok. sekian ttg bunga api.

Maybank - Legoland Bloggers Contest

Bukak blog tu citer legoland Malaysia. blog ni pun sama. lgoland legoland legoland
sedih tau sebab aku tak mampu nak bawak anak anak aku ke sana.
sib baik Maybank buat contest . Nak cuba , mana tau ada Luck!

 sesiapa nak join boleh klik kat SINI
 Kenapa aku harus menang contest ni?

Sebab pertama
sebelum  ni tak de sebab pun untuk aku melancng ke Johor. Tapi kalau aku menang contest ni. bukankah ini satu penyebab untuk aku menjejakkan kaki ke Johor.

Sebab kedua
 salah seorang pereka logo untuk Legoland Malaysia bernama Siti Fatimah Binti Ibrahim. hmm... nama aku pun Siti Fatimah Binti Ibrahim jugak tau. Tak caya  tengok gambar kat bawah ni

aku tengok dalam majalah 3. banggga jugaklah. Biarle rupa tak sama asal nama sama pun jadilah.
Namaku terpahat di persada dunia. wah perasannya aku.eh ini boleh jadi sebab ke?
kira boleh la. Dapat jumpa dia lagi aku suka.


Sebab ketiga:-
Aku ada akaun kat Maybank. Aku ada loan kat Maybank. Hello... tanya le maybank,  loan aku record cantik tau. Tak de tangguh tangguh. tak caya? nak aku bagi account No? upssss... mana boleh. kang tak pasal pasal di attack dek penjenayah Cyber pulak. tul tak?

Sebab keempat:-
Mungkin ini adalah hadiah terbaik utnuk anak anak aku. dorang pun minat lego. Tak caya? pernah tak korang pergi klinik check up baby korang , Nurse tu mesti kasi lego tuk baby korang . Masa ni le anak korang sambung sambung lego. Lego ni boleh mengukur perkembangan otak anak korang tau.

Good Luck for me!



Sunday, September 23, 2012

Who Is the Culprit?

Pernah kah anda rasa anda di perhatikan?
maklumat diri anda telah di ceroboh..
record kewangan anda sedang di attack?

  
Aku tak tau la orang lain, tapi perkara ini telah berlaku kepadaku sendiri
rimas tu jangan cakap la kan. rasa mcm teknlogi hari ni telah di ambil kesempatan oleh sesetengah pihak

baru baru ini, aku ada apply satu loan, Masa aku berjumpa dengan pegawai bank tu, dia dengan selamba menunjukkan screen komputernya yg tertera maklumat kewangan aku.


Aku ada berapa loan, berapa banyak  dan jenis jenis loan yang aku buat. Loan aku masih ada berapa banyak balance untuk di jelaskan.

Tak mustahilkan, kalau bank lain pun boleh jugak track record kewangan aku.
Bukan nak bangga la kan. Syukur Alhamdulillah, aku adalah pembayar loan yang berhemah. kalau lewat pun sehari dua ke. Nama aku tak pernah kena black list atau apa jenis black pun la dalam dunia ni.

Ok.. ada le satu bank ni, aku memang simpan duit dalam tu. Tapi tak berapa aktif le akaun aku tu. Dalam setahun sekali dua je aku simpan duit dalam tu. Aku simpan je, tapi tak pernah pun aku ambil. Jadi account ku tak berapa aktif  sangat.

Card Credit aku pun dah lama aku tak swipe. cuma simpan untuk masa awasan/kecemasan je. kalau cash dah cukup wat pe nak bazirkan duit tuk bayar interest kan..

Aku rasa dorang ni mcm rasa rugilah kalau tak grab aku utk membeli plan plan insurance yg dorang tawarkan. Ecewah.. perasan la pulak. Caranya pulak adalah dengan auto payment dengan saving account aku. Mentang la aku tak guna duit dalam account tu, korang dah siap dok plan nak auto payment dan suh aku beli apa kejadah plan yer.. Cara mudah nak isap duit orang. betul tak?



kalau tak suruh beli insurance ada jugak yg call suh beli privilage card la. Yang best tu dorang siap mention nama bank . Ni kes bank bocorkan maklumat ke? maxis ke? celcom ke? digi ke? TNB ke? PBA ke? hahaha... susah jugak jadi orang yang clean record.



Dulu sibuk dok citer CITOS tu telah ceroboh maklumat. Sekarang apa TOS pulak?

Note: Lepas ni kena simpan duit bawah bantal la kekdahnya.

Saturday, September 22, 2012

HanifIdrus Segmen Menerjah

hanifidrus 

memang kenal dengan blog hanif Idrus ni.
sebab saya selalu lepakkat blog budak Boni kacak tu

dia wat segmen menerjah.
mana mungkin saya tak join.
mesti la kan. Suka benor saya kalau ada orang terjah blog saya yang ntah apa apa ni

kekadang ada yg ckp blog saya ni blog syok sendiri
asyik nak citer tentang dia je
mcm la dia best sangat. hiksss
bior le kan... 

mana tau tetiba hilang ingatan ke apa ke
leh la refer blog tuk kembalikan memori .

ok lah melalut je aku ni.

sesapa yang nak join boleh klik kat banner ni di atas atau Kat SINI pun boleh

saya tag:-


 

Nak Lambatkan Hari Kiamat


keletah anak bujangku memang tak pernah boring kami suami isteri
Bila dengar je mikrofon di Masjid di ketuk ketuk
Amirul dah faham, kejap lagi Azan bakal berkumandang


So, aku akan cepat cepat suruh dia slow TV dan diam
Tapi, mcm biasa la budak Amirul tu
diam kejap je
pas tu mula la nak cakap itu ini
pas tu mula la aku nak menengking
last dua dua orang pun tak hormatkan azan
senang je kan si Iblis tu wat angkara

 

Tapi.. sejak dia ada belajar sesuatu di kelas Fardu Ain
lain pulak jadinya.
Asal Azan je, Amirul pun akan Azan juga
kekadang dah bercelaru, nak dengar dia azan ke nak dengar Tok Bilal Azan

Bila aku suruh diam
selamba je dia cakap:-
" Mirul nak lambatkan Hari Kiamat"
Ustaz kata  selagi Azan berkumandang, tak akan berlakunya Hari Kiamat.

ish..ish... memang la selagi ada Azan tak berlaku hari kiamat
tapi bukan kena azan saja, kena la terus sembahyang nak oi..
sabor je la..

Tak pe la, mungkin sekarang dia faham setakat itu je
nanti bila besar, dia akan faham maksud sebenar kiasan ustaz dia tu.


Friday, September 21, 2012

Cara Elak Suami Berbohong

Perkara normal bagi sesetangah pasangan  di mana isterinay mencium tangan & mencium pipi bila suami keluar rumah atau pergi bekerja.
Tapi, jgn hairan bila ada pasangan yang tak pernah pun mengamalkan sedemikian
Alhamdulillah... kerana aku jua mengamalkannya.

gambar google
 ok, hari ni aku nak bagi tau satu petua untuk kebahagian rumahtangga
bukan petua 18sx tau. yang 18sx tu korang pergi cari sendiri. ngeee

Pernah tak kengkawan korang ke, sedara mara korang ke yang dok mengadu begini:-
Husband I tu asyik keluar je, tak pernah lekat kat umah, pergi mana pun tak mau cakap.
sebagai isteri mestilah nak tau husband ke mana kan...
kalau dah selalu sangat keluar, lama lama isteri pun boleh fikir yg bukan bukan
risau pun ada jugak. kot kot kalau terjadi apa apa

Suami ni kalau asyik tanya itu ini dorang pun rimas
Jadi minta tolong dengan Allah
gerakkan hati suami utk memberitahu sendiri

Caranya begini yer.

gambar google

salam  dan cium tangan suami bila dia hendak keluar rumah. Setelah selesai sbersalam, berdiri di belakang suami sambil memerhatikan dia berjalan ke luar. Kemudia berdoalah. Doalah agar suami di beri hidayah. dijauhi malapetaka, memelihara lidahnya, tingkah lakunya dan apa jua yg nak kita doakan.

Jika anda rasa dia suka berbohong pada anda, doalah agar Allah membuka pintu hatinya untuk bercakap benar agar kegusaran di jiwa anda terungkai.

Sesungguh doa isteri itu begitu mustajab. kata ustaz lah lagi, Nabi S.A.W  juga menyuruh isterinya mengamalkan kaedah ini bila saja beliau  keluar rumah.


* cara ini juga dfi amalkan oleh seorang wanita, di mana suaminya selalu ckp keluar meeting walhal keluar berdating. Di takdirkan Allah suatu hari, suaminya berpatah balik kerana tiba tiba dia rasa bersalah terhadap isteri sebab selalu berbohong.*

Jangan paksa suami bercakap benar, biarlah Allah sendiri yg membuka pintu hatinya untuk bercakap benar. Sesungguhnya Allah lebih berkuasa dari segalanya...yang penting kita harus bersabar dalam menjalankan amalan..


Bila marahkan suami elakkan berkata begini di belakang suami:
"lantak engkaulah kau nak ke mana ke, nak balik ke tak balik ke kau punya pasal" walaupun kita ckp dalam hati tapi ianya seolah olah berdoa." maka lagi keruhlah keadaan.

Nota:- pesan untuk semua dan diri sendiri jugak. PETUA DARI USTAZ LAH