Tuesday, December 11, 2012

resipi Biskut clearance stock

ok.. sebagai memenuhi permintaan mimi najib
aku nak bagi gak la resipi biskut campakcampakaku tu.

satu ketul butter
400 gram tepung gandum
100 gram tepung beras
secawan gula
secubit garam
secubit serbuk penaik
3 sdu serbuk koko
badam hancur/biji kuaci, raisin atau apa jenis bahan yg korang suka.

pukul butter dengan gula
pastu masukkan tepung dan semua bahan tadi
pukul dengan perlahan
kemudian masukkan badam dan segala bahan tu

jemput bulat bulat dan lenyek
kemudian bakar
dah siap boleh makan.

senang kan...


Note: aku ni suka buat yg mudah mudah je,kalau renyah
adei... tak kuasa aih..

Perlukah tukar Nama Blog?

Memang dah lama aku terfikir akan perkara ni
Tapi asyik tangguh dan tangguh aje.

apa yang aku fikirkan tu?
blog aku ni la " Love Is All Around"
rasanya tak sesuai kot.
sebab bila aku buat search engine, memang tak appear pun bloh aku tu
sebabnya aku terpaksa fight dengan lagu Love is all around kat youtube

Dah le tu, bila aku pilih nama wantie
banyak pulak ek, tag name wantie kat dunia ni.
hehehe.. ingatkan aku jer.
ada maksud tertentu ke " Wantie tu?"

Jadi percubaan pertama aku untuk menukar "Love Is All Around"
kepada Wantie's Life

bila aku tukar kepada Wantie's Life
cuba le buat search engine.
alhamdulillah ada la naik blog address
tapi kat line ke dua. tak pe la..

at least ada daripada tak de langsung.

So, apa pendapat korang?
ok tak aku tukar Nama blog aku ni?


Picnic bersama keluarga- Last

Semalam Amirul baca blog ni
dia baca ttg berpic berasama keluarga-2.
belek belek gambar dia tak de. merajuk le...
ok.. dah ada tu. bukannya apa
gambar ni tak menjadi sebab chaya flash tu kot. 
pak tih tak setting betul betul.


 Dalam perjalanan naik boat tu, kami nampak le pengkalan menternak ikan dalam sangkar
mengikut pemandu boat tu cakap
kat sini la tempat ikan ikan segar yang di supply untuk pengusaha restoren makanan laut
di sekitar penang ni.

 Nampak tak rumah kecik kecik tu
itu sebenarnya chalet utk para pemancing
kalau nak memancing kat sini kena sewa sebiji chalet tu RM100.00

Tu dia mahal benor kan,
sekali pandang nampak mcm tandas terapung la pulak
kalau memancing dalam sangkar tu kena exrtra bayaran lagi tau.

Tapi, semua tu bukan hak milik bumiputra ok.
Taukey dia cina. Orang melayu mana ada modal ratus ratus ribu nak usahakan
kata pemandu boat tu la..

 Bila kami patah balik
nampak lah jajaran rumah  orng kaya yang cantik tu
sea view la katakan.. 

rumah pun harga juta juta..
hanya mampu tengok je lah. ngeee

 Ada orang nek payung terjun ni. payung terjun ke?
masa melepasi bot kami tu, tetiba my BIL ckp kuat kuat
"Wei... nampak Teloqqq"
semua satu bot tu dok gelak..
hahahaha.... tetiba jadi 18sx.


 Dah sampai kat pantai ni.
last dah ni.. dorang pakat pakat terjun mandi sekali lagi
dari kiri. shahiran,Emi ipoh, Emi Pendang,Ti not, Paija, Ayen, Mak Tam, Amirul, Pak Tek, Alif
dan membelakang tu Atikah.

( nanti bila dah tua tua, tengok balik gambar ni. kahhhhh)

 Sejak tadi asyik dok grille je, time ni aku pulaklah nak makan ayam tu
dapat makan seketul. sedap..
Rasa mcm pas ni nak buat lagi la piknik cam ni. bestttt

Aleesya ni bukan setakat main pasir
dah tahap makan terus pasir tu.

Adei.... Bila semua dah selesai, kami pun bersiap siap dan pulang.

Malam tu dah plan nak pergi PESTA reramai la..
alahai hujan lebat selebatnya turun mencurah curah
apa lagi lepak kat umah aku le, 

Dinner kat umah aku, pas tu baru dorang bertolak balik pendang


ok. tamat,

christina aguilera gemuk dan Naked

Hari tu ada la terbaca yg si Aguilera ni dah gemuk.
Ingatkan photoshop punya kerja
Rupanya betul la..dia dah gemuk..


baru baru ini beliau di wawancara tentang isu dia bergambar bogel pada kulit albumnya
dengan selamba dia menjawab yang dia selesa berbogel.
hahaha.. apa kes selesa berbogel tu.

dalam album tu di gambarkan yg aguilera berada di dalam sekuntum bunga 
dan payudaranya hanya ditutupi oleh rambutnya sahaja.

beliau berkata lagi bahawa berpakaian sedikit adalah lebih baik.
lagi aku nak gelak...
mcm orang primitif la pulak kekdahnya



adoi......


note: Say no to naked.

Monday, December 10, 2012

Berpicnic bersama keluarga -2

sambungan berpicnic bersama keluarga.
hehe.. Aleesya dah kena tanam
Amirul ke mana ek?
 Aku dan hubby tak mandi sebab nak buat pemantauan
biarlah anak anak je yang mandi

 Jadi.. aku cuma jadi tukang masak je la that day
sib baik ada AJaib pan!.
then dapur gas kecik yang gasnya mcm ridsect tu..
cepat gak la ayam tu masak..

 tukar  turn ok...
lepas aku grille, hubby pulak..

ada mcm mcm makanan hari tu
aku tak sempat nak snap.
ntah le sibuk apa pun tak tau la.

Aku buat coklat dan dadih.
Then MIL aku masak bihun 
pas tu kopok kopok la, asam la
mcm mcm makanan la..

 Then my biras sewa boat.
apa lagi aku pun gedik la nak join sekali.
Aleesya aku tinggal kat hubby..

Hubby dah izinkan aku join dorang ni okey
thanks.. abang..

 Lihatlah semuanya hhappy je
nak merasa naik boat dari pantai teluk bayu tu menuju ke Taman Negara

Adei.. jauh jugak tu.
hehehe.. semua berkaki ayam
ada rasa mcm PATI tak?
kahhhhhhhhh

 Ni my BIL, adik kepada my hubby
dia ni le yg buat ayam, perap..
chef familly my hubby..

cakap je nak masak apa, berdesup dia buat
aku pun tak teror masak mcm dia...


akhirnya kami sampai jugak ke pengkalan Taman negara, Penang
Tapi tak de lah turun
cuma boat tu berhenti kejap
suh kami usha... pemandangan kat situ..


Note: Ada lagi tau, nanti sambung k

simple je buat biskut ni

That day pergi umah biras aku kat Alma
BIL bagi aku makan satu biskut yang sangat sedap
katanya biskut tu dia main campak campak aje..
last menjadi jugak.

 kat umah aku ni banyak betul lebihan badan kecik, besar cincang dan juga kuaci
memang rasa mcm nak buang je, sebab dah bercampur aduk
tak sesuai dah kalau nak buat coklat yang orang tempah tu..

so, bila dah biras aku buat biskut tu, idea pun datang lah

 ok.. Amirul yang kaypoh nak tolong .
tak pe la kan, let him have fun
tak le boring cuti sekolah duk rumah je..

mix bagainya aku campurkan serbuk koko
pas tu baru aku masukkan segala jenis badam
acuan yang sangat simple aku guna..

kepal kepal pas tu, pas tu leperkan dan bakar.
senang kan..
ala.. anak anak je nak makan.
Amirul pun tolong kepal.
Masa tengah aku bakar biskut tu kat dalam oven
Amirul lak nak makan nasi.. nak aku suapkan la pulak
oklah.. layan anak anak ni memang best
sebab dapat return dari segi pahala dan feedback dorang ngan kita..

tetiba..
oven dah berasap.. hangit semua biskut aku.
Amirul ketawa guling guling.. 
then dia ckp, ralit sangat makan ngan ibu sampai lupa biskut dalam oven..
tak pe bake lagi sekali ok..
ok.. yang ni dah tak rentung dah..

 Amirul enjoy dengan cookies tu
maklumlah dia sendiri yang gigih tolong
Aleesya.. tido time kami dok sibuk sibuk kat dapur ni. 

Bangun je tido terus dia ngap biskut ni..

Then Amirul pun apa lagi
tak sabor nak kasi kat Mak dia sikit.


Note: Best bila tengok anak anak makan dengan apa yg kita masak . Puas!!

Home Made Icecream- Wantie Style

Setelah tahap jeles yang membuak buak di jiwa ini
dek kerana Kak Alona telah menayang homemade aiskrimnya.
sekaligus memberi resipi yang sangat sangat gojes.
tapi aku combine dengan beberapa resipi yang pernah org lain berikan jugak.
ada yang ckp campur air masak bagainya.

caraku.
1 tin susu pekat manis
sekotak susu cair jenama apa pun tak pe ( galmour jenama duthch lady la)
1 sudu tepung jagung
2 sudu creamer ( serbuk)

masak sampai mendidih.( kejap je)
pas tu masukkan dalam peties dalam1-2 jam gitu
bekas tu kena besar walaupun bancuhan tu sikit je
bila dah agak agak nak beku mcm tu
keluarkan dam  putar dengan mixer pada kelajuan yg maksima
campurkan sesudu ovelet.

bila kembang..campur la perisa apa yg korang suka.
aku tunggu semalaman gak la untuk dapat hasil yang memuaskan cam ni.
selamat mencuba

ni hasil olahan Amirul
dia nak makan dengan taburan love
then coklat rice tu memang tersedia ada kat rumah
ish.. rumah pun dah jadi mcm kedai pekakas kuih la pulak.
hehehehe...


then petang semalam, aku teringin nak minum ais blended.
aku blen ketul ais+susu+ kordial strawberry yang gieyana bagi

pas tu scoope icecream , taburkan coklat rice dan sedikit coklat topping
topping tu aku buat sendiri la
senang je cuma perlukan serbuk koko dan sirap glucose je..


Note: sib baik tak demam kami anak beranak. hahahaha...