Thursday, February 14, 2013

Segmen Menang RM 200 by Putry Mirah

when come to money
sape tak nak kan..kan..
    

saja nak cuba nasib
kalau untung sabut aku dapat RM 200.
wow banyak.. boleh shopping..

sapa nak join click banner

cepatttttttttttt

Lepak

assalamualikum....

hai korang.. tengah wat apa tu.
tengah kerja ke? hehehehe...kerja baik baik ok.
eden? alolololo... eden sekarang tengah lepak,
tengah kuak lentang dan yg sewaktu dengannya le..

sobab eden tengah cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
cuti panjang wooooo...
minggu depan baru kojer tau.

esok, pegi office kejap
sebab bos bukak pintu,so... ang pau lai lai lai...
pas kutip ang pow,sembang sembang makan kacang
kuaci minumairkotak bagai
blah balik ar


memang gini lah setiap tahun
syssssss..... nak korek duit bos sikit
nak pergi makan angin selasa depan. hahahahaha...

bos janji dah..
ala...sebelah tangan pun ok ar..
tak faham apa tu sebelah tangan? nanti eden kobarkan yer..


okey guys..
gua nak sambung kuak lentang jap
sat gi nak hantar anak ke fardu ain.


Note: sebelah tangan = RM 500/= 

Tuesday, February 12, 2013

Dua Ranjer Hutan Di Serang Komodo

Sebut saja Biawak Komodo mesti kita ingat Indonesia kan..
sebab haiwan ini banyak terdapat di kepulauan Indonesia

Terbaru, Komodo telah menyerang 2 orang ranjer hutan
renjer tersebut sedang duduk di hadapan pejabatnya di Pulau Rinca 
tetiba seekor Komodo datang dan menyerangnya.

Rajner tersebut, Heru Rudiharto,50 tahun terkejut apabila melihat komodo tersebut dan 
melompat naik ke atas sebuah kerusi, malangnya Komodo tersebut berjaya menggigitnya.
kemudian rakannya, mendengar jeritan Heru datang untuk memberi bantuan, beliau juga di gigit oleh haiwan tersebut.

edua-duanya berada dalam keadaan stabil selepas menerima beberapa jahitan di sebuah klinik kesihatan berdekatan, ujar Heru.



sedikit info:
Komodo adalah biawak terbesar di dunia.
panjangnya boleh mencapai 3 meter dan berat sehingga 150kg

komodo adalah haiwan karnivor, dia makan apa sahaja haiwan yang berjaya di tangkap
seperti rusa, babi hutan, kerbau dan juga Manusia.
 
Biawak komodo juga mempunyai gigitan yang kuat, dan air liurnya mengandungi sekitar 50 jenis bakteria menjadikan gigitan mereka mampu membawa maut kerena jangkitan bakterianya

Bagi sebagian penduduk di Pulau Komodo, haiwan ini dianggap lebih merbahaya terhadap manusia daripada buaya, karena biawak komodo mampu memanjat pohon, sedangkan buaya tidak boleh memanjat pokok.
 
Para saintis di Universiti Liverpool  di England utara mendapati komodo betina  tidak mendapat bantuan daripada komodo jantan selepas menggunakan ujian genetik pada ketiga-tiga telurnya yang jatuh selepas diletakkan dalam satu inkubator. 
Sseekor Komodo di Zoo London, bertelur pada awal tahun 2006 selepas diasingkan daripada komodo jantan bagi lebih dari dua tahun. Pada mulanya ahli sains berfikir bahawa ia mungkin dapat menyimpan sperma daripadanya selepas bertemu dengan seekor komodo jantan, dirujuk sebagai superfecundation, tetapi, selepas mendengar telur-telur , penyelidik-penyelidik mengendalikan ujian-ujian yang menunjukkan telurnya dihasilkan tanpa bantuan komodo jantan.


Note: Boleh bertelur tanpa bantuan Komodo Jantan? Amazing..

Friday, February 8, 2013

Sidang Media Pelancaran Pi Mai FM di E&O Hotel Pulau Pinang

Hello..hello.. mai sini cheq nak cherita. Tau dak Siaran "Pi Mai FM" 90.2 fm tu..
la... tak tau ka? tak pa ...tak pa.. nanti cheq habaq noh...

Ni.... dok dengaq hari hari.. dok gelak suka ria hari hari tak kira dalam kereta ka, dalam pejabat ka
Pi Mai FM ja la yang dok teman.
Ingatkan dah lama rasmi, Rupanya selama ni cheq dok dengaq 
baru dalam tempoh percubaan...
dalam tempoh percubaan pun dah best dah...
kalau dah rasmi lagi la best noh...

Meh lah layan gambar sepanjang majlis perasmian "Pi Mai FM " tu.
yang di adakan di Hotel E & O, Penang 
 
Dengan Rasminya  Sebuah stesen radio swasta baharu "Pi Mai FM"  dipancarkan khas untuk warga Negeri Pulau Mutiara ( Pulau Pinang)

Pada akhir tahun lepas, Pi Mai FM memulakan operasi percubaannya , dengan menggunakan loghat utara sebagai medium komunikasi  dan  menggunakan slogan, 'lagu mana pun untuk hangpa' boleh didengar menerusi gelombang 90.2FM.
Najwa Latif Pun ada..
Pengurus Besarnya, Hawa Abdul Hamid berkata Pi Mai FM yang berpangkalan di Kuala Lumpur akan ke udara 24 jam sehari dengan menampilkan empat juruhebah, David Low, Lie Cuit, Azmir Cuit dan Mamak Cuit .
                                                          
Hawa berkata stesen radio itu mempunyai matlamat mempromosi lokasi menarik, artis, tokoh kebudayaan, serta segala-galanya berkaitan negeri ini di samping menjadi radio rasmi Persatuan  Bola Sepak Pulau Pinang

Jimmy pun ado...
                                                                             
Katanya lagi, Pi Mai FM turut menyediakan rancangan aduan khas untuk pendengar menyuarakan masalah dan pandangan mengenai isu semasa di negeri ini dan pihaknya akan cuba membantu mereka menyelesaikan masalah itu.




bagi Mereka yang belum mengetahui tentang Pi Mai FM Ini bolehlah melayari www.facebook.com/PiMaiFM dan twitterhandle@PiMaiFM. Pendengar juga boleh memberi cadangan untuk penambahbaikan siaran radio itu.

  


Para Juruhebah yang Awesome..
Loghat Pulau Pinang yang best
" Lagu Mana Pun untuk Hangpa"

Note: Serious tak percaya sampai hari ni. David Low tu Fasih benor berloghat Penang.
meh la pakat pakat dengaq 90.2fm

Pizza Hut - Golden Harmony Feast

dag 2 minggu pizza Hut hantar e-mail kat aku ttg menu baru dorang
rasa malas la kalau nak makan sengsorang
last aku makan Pizza pun dengan gieyana tahun bila ntah. lupa dah..
sebab si harmony punya pasal aku ajak Zura
syer syer la kan.. kalau makan sorang mana nak habis.

 
 Tapi kan.. kalau sorang lagi pun berbaloi jugak
sebab kalau dah order set  yang ini ( gambar bawah)
 
boleh dapat  golden variety Box dengan harga RM 10.90 
tak de pulak belek apa yg ada dalam Box tu
masa dia offer kat kami
tapi, kami tak beli la... Try le pergi tanya dorang k.
minum soup dulu pape hal pun kan.. hehehehe
poyo.... minum sup sambil senyum ape da....
teruja betul aku. siap ada side order lagi tau
Triple Pleasure ( nama eskrem tu).
 Ni tengah tunggu Pizza tu di hantar
sib baik tak lama .
wow.. panas panas.. tersangat la sodap..
lain tahun la aku diet. ngeeee..
Nama Pizza ni
" Golden Crab Claw Pizza" 
hmmm... makan sampai licin...

Nak ajak hubby makan kat sini, dah dia tak makan pizza la pulak.
nanti lah dating berdua dengan Mirul. Boleh gitu?





Thursday, February 7, 2013

Selatan Mexico- kanak kanak 9 tahun melahirkan anak

Aduh .. semakin  hari semakin mencabar kita yang bergelar ibu bapa ni
Nak tanya? Dimanakah anak korang yang berusia  8-9 tahun .
tentu ramai yg jawab di sekolah bukan..
gambar sekadar hiasan
sungguh menggejutkan bila terbaca news
Budak umur 9 tahun di selatan Mexico telah selamat melahirkan anak
secara pembedahan.
Bayi tersebut berat 2.7kg. 

Tak dapat aku nak gambarkan, tat kala budak berusia 8 tahun itu
sedang mengandungkan bayinya.
8 tahunnnnnnnnn... seusia anakku si Amirul.
see.. berat baby tu 2.7kg. Sama berat dengan Aleesya ketika aku melahirkannya

gambar sekadar hiasan

Di fahamkan bahawa bapa kepada bayi tersebut berusia 17 tahun
Dan remaja lelaki tersebut telah melarikan diri
Remaja lelaki tersebut di cari bagi menentukan sama ada ini adalah kes rogol
atau kes kekejaman seks.

kalau kat Malaysia, gadis bawah umur di kira kes rogol lah kan
tapi, mcm mana pulak ye kes ni
sebab bapa kepada bayi tersebut juga bawah umur..


Berapa beza umur korang dengan Mak korang?
mesti 20 tahun lebih kan..kan.. (majority la)
Bayangkan beza umur baby tu dengan ibunya cuma 8 Tahun


Note: Tak Percaya.. kena percaya sebab ianya kisah benar.

Meletup.. Kebabom!!!!

Berita terkini
sebiji tayar depan kereta kepunyaan tuan tanah telah meletupkan dirinya
sebagai tanda protes 
sebab tuan tanah asyik shopping baju dier je
so, rim tu pun nak jugak rasa baju baru tayar baru

 
time ni la ko nak meletup ye cik tayar
kau bukan tak tau yang aku baru je tukar raya tahun lepas
saja le nak habiskan $$$ aku
Sib baik ada org cover 1/2 harga..
adei...

Saja le tu, dah tau kami nak jenjalan
ko pun nak rasa baju baru ek?


Note: Ni Pipe washer tank pulak wal hal. tak mo kuar air. 
tukar lagi... $$$ lagi