Wednesday, May 8, 2013

Beruntungnya Jadi Wantie

Hari ni sejak pagi ada appointment ngan Pegawai Socso
Pas tu, dating ngan beberapa orang customer yang sangat sporting
sekali je aku explain tentang company prosuder terus faham.
senang kerja aku.

Dalam pukul 2.45 cam tu aku kena gerak pergi Bank, TM, Pos office
sebab ada hal dan sekalilalu aku nak bayar bil bil mana yang patut.

sampai je kat TM, tension bebenor aku bila Machine is
"Temporary Out of Service"
terpaksalah aku ambil number dan tercongok kat kerusi tu
name je ada wifi. aku nak tengok e-mail pun tak boleh
adei...
 
then, ada la 2 orang lelaki dia nampak kawannya yang duduk sebelah aku.
so, dorang dok borak borak sambil duk tunggu number
then lelaki yang sebelah aku tu pun tanya le number berapa? nak bayar cash ke nak bayar by cek
bayar tuk sendiri ke tuk company?

Aku ni kalau kena cara org tanya aku jawab le leklok
kita kan rakyat Malaysia
aku nampak dia pakai baju Uniform IJM
sure la dia kerja kat IJM kan..kan..

"No saya lepas ni jer, maih saya tolong bayaq
tak yah la nak tunggu lama lama kan.."
alahai.. ni kira sempoi la ni. tak yah la aku tercongok kan..
pucuk di cipta ulam mendatang ko.
Masa aku tengah dok tunggu dia bayar kat kaunter tu
tetiba kawan dia cakap,(slanga Penang)  nampak pompuan muda kalau, semua nak tolong la..
Ni.. berapa banyak Apek la, Nyonya la, Achi achi dok nganga kat sini
hang tak mau nak tolong bayar.
( sila baca guna slanga Penang K) 

BTW, aku rasa beruntung hari ni sebab ada jugak insan yang nak tolong
jgn le pandang sebab aku ni pompuan dia nak tolong
mungkin sebab aku duduk kat sebelah dia, so senang la dia nak tolong
takkan le dia nak pusing satu TM tu nak tanya those nak bayar bill pass je kat dia kan..kan,,
( ini sebagai jawapan kepada kawannya yang dok usik usik tu)
**** lepas setel bill TM aku ke Library nak sambung  pinjam buku , tapi tutup la pulak
dorang ganti cuti Umum pilihanraya. Apalagi just guna drop box je la .***



Note :Allah yang gerakkan hati lelaki tadi tuk tolong aku benornyer. betul tak?

PRU13- Berpelukan di hadapan Suami

PRU13  kan kah panas panas belaka
So, tajuk entry aku pun mesti mau panas jugak.

Ni satu hal pulak. Ade ke patut berpelukan dengan lelaki lain 
di hadapan suami pulak tu.
Yang si suami pulak rilek je
tak de nak marah marah..

hehehe...jgn marah ar..
Aku berpelukan ngan My Abang Chaq ok.
Nape lak my hubby nak marah marah kan...kan..kan..

Setiap kali sebelum balik aku mesti singgah umah abang chaq
salam salam dan peluk cium bagai.
Aleesya ni kalau jumpa buku kat mana pun dia nak menyonteng
kalau aku panggil abang aku "Abang Chaq"
Anak anak aku panggil my abang chaq as "Abah"

abang kedua as "Ayah"
Abang ketiga as "Abi"

harap harap besar nanti dapat la dorang bezakan yang mana pak long, pakngah dan Pak Lang.
usha jap ayam itik my abang. tetiba rasa nak makan itik la pulak.
kalau aku bersuara nak makan itik. confirm my abang akan korbankan untuk aku
tapi tak pe la lenkali la wat manja manja ngorat itik dia ni.

abang dok  bising sebab aku tak pergi ngundi lagi
sabar le kan, nak pergi time akhir akhir
masa tu baru la orang sambut ngan kompang  kapet merah bagai
(hahaha,, perasan kejap)
 
mana tak nya kan, satu undi pun berharga kalau ada saki bagi pengundi yang tak mengundi.
nak le jadi perhatian di saat akhir. kwang..kwang..kwang...
kat umah abang chaq ada telaga a.k.a perigi.
saja la abang korek perigi ni. tuk waktu awasan.
mana la tau tetiba air tak de ka, bill kena potong .(kedah kan selalu tak de air)

sejuk tau air perigi ni.
Amirul pulak gedik gedik nak mandi air perigi
dah cakap seluar tinggal yang tu je, yg lain tak basuh lagi.
dah le bawa balik seluar sikit je.
 
huh.. ada dia kesah. sekali dia basahkan jugak seluar tu
dah le abang chaq tu ramai anak perempuan
mana nak ciluk seluar lepas ni.

Dah teruja sangat Amirul nak mandi air perigi
baldi yang berat tu dia ceduk sampai dapat jugak
dalam hati " kuat jugak amirul ni noh.."
 
sampai nampak semua tulang rangka.
punya la semangat nak mandi air perigi.

Dia mandi ni sebab dah belemuih " kotor" habis satu badan
sebelum tu dia ikut kazen dia pergi sauk anak ikan kat belakang umah  abang aku tu.
tak de la aku snap photo dia sauk ikan tu.
ala..sauk ikan guna penapis santan kakak ipar aku. hahahaha..
belasah je asal dapat ikan udah le..


cari seluar semua tak de.last aku recyle balik seluar kotor tu
hambek.. hahahaha....


aku je ralat sangat bila baju anak kotor. 
anak sedara aku kat kampung tu rilek je, baju kotor ke 
pijak taik ayam taik itik. dorang tak de la geli geleman bagai.
saja la aku ni kan.. 
 
ala.. aku dulu pun sama. mana tali air yang aku tak jelajah
mana hutan belukar yang aku tak redah...
time anak anak...nak bising. pe hal le kan aku ni.. hehehehe..


Note: sekali sekala pecah anak tekak bila jumpa abang abang.

Tuesday, May 7, 2013

Dari Kuala Nerang Ke Pendang

Kalau orang tanya kenapa aku masih lagi nak balik mengundi kat kampung
sedangkan dah lama aku menetap di Penang ni.
Jawapannya sangat mudah..
Aku sayangkan kampung halamanku. cintakan keluargaku.
 Kami bertolak dari Kuala Nerang pukul 2.00 ptg.
keadaan Jalan masa tu ok je tak de la sesak mana pun.

Setibanya kami di kawasan Tanah Merah Pendang
keadaan tiba tiba menjadi sesak..
Banyak betul kereta dan motor yang berarak membawa sepanduk

 Tengoklah kereta bersusun susun.
yang pastinya, kawasan ni kawasan panas. 
kenapa? Jgn tak tau.. ni le kawasan Mat Sabu Vs. Man Abdul

Begitu panasa aura Mat Sabu. berkepul kepul rakyat mengibarkan bendera.

 kalau nak cepat leh la naik cooper tu. kui kui kui..
kami yang tengah sedap sedap drive ni heran jugak
kenapa la org dok bagi lampu, pas tu angkat tangan , hon hon bagai

setahu aku tak de pun sign apap apa kat keta aku yg menunjukkan aku ni sokong mana mana
parti.
Sekali aku pusing belakang. nah hambek... kat belakang kami
ada kereta yang bawa besar punya sepanduk.
then 2 biji keta di hadapan kami pun sama. bawa sepanduk!
hapa lagi, mungkin dorang ingat kami pun satu geng

Dah le tu, aku pulak dalam keta siap angkat kamera gedabak ni
dok klik klak klik klak


Amirul yang panas punggung sebab nak tunggu orang berarak Bendera BN
punya le susah.. siap merajuk merajuk lagi.
adei... susah betul nak fahamkan budak sekor ni..


Sampai umah Tok kat Pendang, Amirul kibar bendera BN
kazennya kibar bendera PAS.
tu la namanya budak budak.. tak denya nak gaduh gaduh walaupun berbeza Bendera. hehehehehe...



Restoren Bunga Naga-Daging Rusa

Orang dok sibuk nak buat preparation mengundi
aku pulak bawa mak ngan ayah pergi makan daging rusa
Mula tu kami ke batu 16, pokok sena untuk nikmati daging rusa
tapi tersalah info, kedai tu bukak siang hari aje.
kena la ikut Bukit Tembaga untuk ke Wang Tepus.
Maka sampai la kami ke Restoren Bunga Naga
My mom and My step father. sabar menanti menu daging rusa
Actually my Ayah tu tengah sibuk sebab dok wat preparation kat khemah mengundi
nak prepare makan makan bagai..
aku curi dia kejap. bawak lari pergi makan rusa. hehehehe..

Makanan tak sampai lagi
Aleesya dah siap baca doa.
berkali kali baca doa. makanan tak sampai lagi. sian dia
asyik dok amin..amin... amin... jer.

time aku posing ni pun tak habih lagi aminnya.
 Aleesya  tu bukan nak minum air pun
nak main ketul ais dalam gelas air buah naga tu le.
ibunya yang gedik nak bergambor
anak tak layan pun.. ngeee
tetiba dorang hantar eskrem dulu
hape da.. selalunya eskrem ni di hantar last!!
aku ada jugak bagitau kat waiter tu yang eskrem ni hantar last
Tapi dia wat muka kelat kelat je.
aku pun malas la nak bising,kang hilang mood happy pulak.hehehehe..
Amirul ni asyik berdempek je ngan Tok
Tok ke mana pun ngekoq je.
kalau ngan tok wan, tak mau.. nak kawan ngan Tok je.
Udang ni memang besar gabak.
Udang kertas pulak tu. 
Yang ni my step father punya. Dia memang hantu Udang..
suka le tu.. suka le tu.. suka le tu..
Ha.. ni le daging rusa masak black pepper.
datang dengan hot plate
wah laju je my parent makan...
sedap wooo... rasa mcm tak cukup je..
Aku makan sikit je malam tu.
sebab happy sangat tengok mak ngan ayah makan.
licinnnnnnnnnnnnnnnn
wajah kekenyangan my Hero. 
nampak tak air buah naga tu. 
kami main pasing pasing je.. sebab tak bape suka taste dia.
Amirul la gedik sangat. bila dah minum tak mau pulak
suka sebab kalenya je.. hampeh tul.
sebelum balik, sempat jugak my parent posing 
Moga bahagia selalu dan sihat sejahtera..

*** terlupa bawak DSLR. kalu idak gambar mesti clear kan..
Amirul bisik kat my hubby cakp aku nangis sebab tak bawa DSLR.
hahahaha... pepandai je kan dia tu*****


Mak merungut sebab harga makanan tu mahal.
Aku cakap" mahal pun tak pe bukan selalu" kalau mahal untuk
mak dan ayah apa salahnya, Nanti Allah bagi rezeki lebih lagi daripada ni. Tul tak?


Note:  Aku tak kaya, tapi aku cuba kayakan diriku dengan kasih sayang..
kalau aku ni nampak mcm kaya . itu satu bonus!!!


Sunday, May 5, 2013

Happy Election Day !

Yeay.. dah tak sabar nak tunggu hari ni
Dah terkulat kulat kulat mata ni tengok bendera tu la, bendera ini la

kalau boleh satu Penang ni nak di balut dengan bendera.
hahahaha...


Apa apa pun laksanakan tanggungjawab anda.
kalau yang balik mengundi di kampung, berhati hati di jalan raya
Aku sekali. sebab aku mengundi kampung!
Boleh lepaskan rindu kat Mak sekali . ngeee


Tak mau la nak cakap banyak tentang mengundi ni
sebab dah banyak dah blog yang dok panas berapi citer kan..

"Parti apa pun yang anda sokong, lambang mana yang anda pangkah
yang penting hidup harus bersatu, jgn smapai bergolok berparang, bermasam
muka dan tak bertegur sapa pulak"


HAPPY ELECTION DAY!!!!


**** jgn marah, jgn merungut, jgn mencebik dengan demam PRU13 kali ni
anggaplah ini semua asam garam PRU, kita perlu lihat dan hadapi
ala...  tahun sekali je pun, Lima tahun akan datang pulak kita tengok mcm mana hebatnya
demam PRU.****


Note: Bangga jadi rakyuat MALAYSIA!

Friday, May 3, 2013

Cara Muncung Yang betul.

ada orang tunjuk ngan dengan jari telunjuk
ada orang tunjuk dengan ibu jari
Ada orang tunjuk dengan mata
dan ada orang tunjuk dengan mulut.

Hari ni Aleesya nak tunjuk Cara muncung dengan betul
tapi Aleesya muncung bukan bertujuan nak tunjuk
tapi......
nak try buat mulut ni mcm mulut ikan tu la
mcm best je
muncung gini ok kot.
ok..ok.. rapat sikit ke akuarium. 
tengok boleh sama tak muncung ni..
ish.. tak sama jugak lah..
Nah. hambek ko..
payah sangat nak muncung 
picit je la pipi ni biar muncung panjang sikit.
hahahaha....


Tak tahan la tengok gelagat dia sekarang ni
semua benda dia nak buat.


Meninggal Dalam Perut

Semalam dalam footNote entry aku ada cakap yang pepagi aku pergi ziarah jiran
Hari ni baru sempat nak syer ngan korang.

Baby sitter call aku cakap yang ada mayat . So dia nak pi ziarah kejap
aku tanya le, mayat siapa
dia ckap anaknya si Anati anak kepada kak Amnah.
Terkejut aku  ni...
ye la, memang aku tau yang Anati tengah tunggu hari je
jangka pulak 10.05.2013.
Tak sangka pulak yang anaknya meninggal dalam perut.

gambar sekadar hiasan
So, Masa aku ziarah tu mayat baby dah di bawa ke tanah perkuburan
Tak de la aku dapat tengok babay tu
cuma dapat tau yang berat baby 3.5kg. 
anak anak aku tak de pun sampai 3kg masa di lahirkan.

menurut kak Amnah
sehari sebelum tu Anati ada le pergi Check up kat klinik
baby gerak semua ok. 
Tapi dalam pukul 3.00 pagi, Anati  rasa yang babynya  tak bergerak

Terus dorang pergi Hospital
dan doktor sahkan babynya meninggal dalam kandungan.
walau bagaimanapun, baby tu di lahirkans ecara normal.
Bila pihak hospitak nak buat bedah siasat ke atas bayi
Dorang tak izinkan...
 

*** aku turut bersedih di atas apa yang berlaku, tambahan pula  sebelum ni Anati pernah 
keguguran Ini kandungan kali kedua, dah meninggal pulak anaknya tu. Aku berdoa agar
 Anati tabah tabah menghadapi ujian  Allah ini***

Tu le, banyak jugaklah nasihat yang di berikan oleh orang yang berpengalaman
agar pulihkan semangat si Anarti tu. Ada yang cakap baju baju baby semua tu jgn di tunjuk.
sentiasa ada di sisi dia la. mcm mcm..
Ye la kan, Sedih jugak, kalau org berpantang ni dok ikut ati je, lain pulak jadinya.

 


Marilah kita sama sama berdoa agar Anarti tabah 
dan jauhi dari perkara perkara yang tak baik.