Thursday, May 30, 2013

Bila Pak Ali Eksyen Sangat!

Kalau Sebut je Jeruk Pak Ali, memang Gah satu Malaysia  la kan
Sana sini orang cakap Jeruk Pak Ali tu sedap
Jeruk Madu la itu la ini la..
Semalam/kelmarin aku pergi la ke gerai Jeruk Pak Ali yang terletak kat Baazar Chowrasta
sebelum ni aku tak pernah pun masuk, this is the first time aku masuk kedai tu
My Biras suruh aku beli, jeruk asam campur campur
suh dia buat sebungkus RM10. beli 2 bungkus
then beli lagi Jeruk buah pala bagai.
Bila aku masuk je, aku mintak le seperti my biras order tu
Dorang cakap. 
'mmmm Tak de la kak, ambik yang packing dah je la..harganya RM 12.00
kalau nak pilih buah utk packing ?
mmmm... semua dha siap packing kak, 
aku tengok, dorang tu asyik dok packing je.. nape tak boleh nak pilih pulak.
kalau tak kerana my biras ckp "Jeruk Pak Ali"
aku pilih je kedai lain.
Then aku nampak la Jeruk Buah Salak
aku nak RM 10.00 jugak
dia ckp lagi
mmm... kalau kak nak ambik je yg packing tu RM8.50 /500 gram
Bila aku nak ambik yg baru di packing tu ( nampak fresh sikit kan)
selamba dia ckp 
ambik je la yg dah packing, yang tu tak seal lagi
susah sangat ke nak seal. aku tengok kat kaunter tu ada je org dok seal.
Aku memang tak puas hati dengan mutu layanan dorang
Dah le harganya mahal.
Aku ke kedai Nasir dan Aisyah, boleh pulak dorang buatkan untuk aku.

hai.. gitulah kan bila dah femes, mula nak hidung tinggi
esok esok ni bila jatuh merudum, mula la dok fikir silap kat mana.


***Tapi aku refer kat "JERUK PAK ALI" baazar Chowrasta je la
kat gerai lain aku tak sure la layanan dia
kalau kat bayan lepas tu aku pernah pergi dorang ok jer..***



** memang le boleh je beli jeruk campur yg korang pack tu. Tapi ada jugak sesetengah jeruk yang  pelanggan tak makan, so kalau di paksa membeli kan ka membazir**


Hari ni  aku spend banyak jugak le kat kedai jeruk.
tapi yang pastinya bukan di kedai "PAK ALI"


Note:Sedikit Sebanyak nama Pak ALi ga terpalit.


Aku Jujur ..Tak Tipu.

Dok lepak lepak kat umah Hari ahad lepas
dari pagi layan rumah dan putera puteriku saja.
Masa aku kat dapur Amirul bawa Phone aku, sebab ada call masuk

Perbualan bermula
Dia- Hello..siti..siti... hang ambik sawi kat aku sat. Suara seorang perempuan 
Aku-Sawi apa? 
Dia- Ni siti ke ni?
Aku : Ya la siti.. sape ni?
Dia- terus mati kan talian telefon.

Pas semua kerja siap. Aku tonton TV sambil Sterika baju
Tetiba ada SMS masuk

memandangkan aku received call tadi, suara pompuan kan. 
so, aku layan je la SMS ni.
Mana la tau kawan lama boleh  eratkan semula persahabatan.

Aku mcm dah boleh agak umur dia melalui cara dia sms tu
kalau dah berumur tak de na nak tanya budak mana bagai tul tak?

Aku jujur tak tipu ok.
aku jawab sebetulnya
tapi still nak tanya jugak aku kawin ke idak..

seyes aku memang caya yang penghantar SMS ni pompuan
Amirul pun cakap pompuan sebab dia loudkan speaker masa aku jawab phone tu.

perbualan sterusnya. 
Aku dah mula rasa pelik. Kenapa tadi yang call perempuan
suruh orang lain call ke?
Apa motif dia sesaja suruh orang lain call, pas tu buat buat tanya sawi bagai?

Last.. aku tak layan pun sms tu
akhir sekali dia sms lagi nak dapatkan kepastian.
may be nak try the last chance kot.

See.. my answer is very jujur. 
sebab aku memang jujur dan tak tipu ok..

***  korang mesti ingat, nape la aku layan sms ni, wat tak tau dah le, dah nombor pun tak kenal**
okey.. Ini memang sikap aku, aku tak nak sesuatu yang meragukan tergantung dan bakal menyusahkan aku di masa hadapan. Lain rumahtangga lain le cara dan percaturannya.Inilah caraku mengekalkan keharmonian rumahtanggaku.
sape yang pandai judge maksud tersirat aku tu, terima kasih ye..


Buat callers tu, siapa jua pun kamu, kamu kenal aku ke tidak, kamu sengaja ke tidak
aku tetap tak marahkan kamu
sekurang kurangnya, kamu masih ada perasaan respect dan menghormati
rumahtangga orang lain.. Cari yang single ok.
Aku doakan kamu temui jodoh yang baik dan beriman.


Note: I know my limits ok.

Wednesday, May 29, 2013

Tak Ada Orang sayang Aku Mcm Dia

Hari tu balik kampung tak sempat pun nak jumpa my third abang
windu wooo.... My third abang ni tinggal ngan my ayah.
temporary la sebab my ayah tak bape sihat..
 
tak puaih ati, aku pergilah umah ayah tuk jumpa my third abang.
 
Aku paling rapat ngan my third abang ni. beza umur kami 2 tahun je
tape aku jeles ngan dia. Cam no la dia leh menten badan kurus tu
kikikikik... abang abang aku semuanya kurus, cuma haku je yang gemoks dalam
semua adik badik aku.

Mak aku citer dodulu kalau mak beli rambutan, kena kira seorang dapat bape biji
bila dapat sorang 5 biji. abang abang aku akan makan 4 biji je
lagi sebiji dorang akan bagi kat aku

maknanya aku akan dapat extra 3 biji la. 
apa apa yang dorang makan dorang mesti akan simpan tuk aku
akhirnya, aku jadi cengginilah, gemuks.. muahahahaha..
 
Dodulu kalau nak apa pun abang aku akan belikan ( yang dia mampu la)
Yang paling aku tak lupa, bila abang aku ni beli Handphone kat aku
masa tu tahun 1997. Best giler sebab dalam kegawatan ekonomi tu
aku mampu pakai handphone. muahahaha..

Sayang betul abang aku ngan aku tau,
tiap tiap minggu dorang akan datang jenguk aku kat Penang ni
Best woo.. rasa di layan mcm puteri.
maklumla kan... adik pompuan sorang....


my third abang ni layan aku masih sama walaupun aku dah kawin dan beranak pinak tau
ingat lagi.. masa aku keguguran tu. Pukul 5.00 pagi dia speed dari seberang
datang jumpa aku semata mata nak bawa aku gi spital.

Ni rahsia okey!
"Lepas kawin baru aku dapat tau yang my third abang ni, sangat sangat risau
kekalau aku terpikat kat Bangla. That Why la dorang tak jemu jemu datang jenguk aku"
hahahahaha..


Aku manja sangat ngan abang, mintak itu ini. abang pulak layan je kan
Then..suatu hari my Hubby cakap " kalau nak apa apa awak minta lah dengan saya
saya kan suami awak".
Gulppp... tetiba aku tersedar tau.So.. pelan pelan la aku ubah pangai ni.


Note: Untung jadi anak perempuan tunggal



Tuesday, May 28, 2013

mati kutu

Rindu benor aku nak updated blog ni
5 hari tau aku tinggalkan blog ni usang

Actually line tenet office buat hal
Balik umah  plak. Anak asyik main je  note


Dah call tm suh settle
Harap harap esok boleh ok.

Ok. Aku lepak jap kat  sini
Sori kat korang sebab tak sempat nak jengok
Umah korang yer..


Nanti aku bertandang yer
Klu yg tak sempat aku jengah jgn majuk tau.


Note. Sepinya hidup tanpa tenet. Mati kutu weih......

Thursday, May 23, 2013

Menikmati Sunset Sepenuhnya.

   
Huh..bukan senang nak dapat nikmati sunset 
kebetulan, time kami sampai kat atas ferry untuk balik rumah
dah dekat Magrib..
sambil Ferry bergerak..sambil main tembak tembak

Ni baru kat area Ferry nak berlepas dari Chain Ferry Ke Welq Quey

ok . ferry dah bergerak. hampir 1/2 perjalanan.
dapat lah menikmati rentangan Jambatan Pulau Pinang


Dari kejauhan , dapat lihat ada lagi satu ferry yang bakal berselisih

 

dari kejauhan kami meninggalkan Chain Ferry
nampak sayup sayup je..

Dan.. Ferry yang  dari arah welq quey ke Chain Ferry pun berselisih dengan Ferry 
yang aku naik.
Tak de la teruja mana pun, sebab dah lali naik ferry ni.


Dah gelap. Baru sampai ke Pulau.


Sebenarnya semua orang yang naik ferry tu akan nampak apa yang aku nampak
cuma nak kongsi view sunset kat sini aje.


Note: from all the photo I like the first Picture View. ngeee

Allah Makbulkan Doaku dan Memudahkan Urusanku

Malam kelmarin adalah hari yang paling touching bagi aku
Ingat tak entry aku tentang tips Ceraikan Susu Ibu 
dalam entry tu aku ada titipkan
tentang aku berserah pada Allah untuk Aleesya ceraikan dari breasfeeding dengan sendirinya.

Lagi 2 bulan Aleesya akan menginjak usia 2 tahun
setelah mcm mcm kerisauan, aku mengambil langkah untuk tidak
melakukan apa apa pun melainkan berdoa agar Allah permudahkan segala urusanku
untuk menceraikan susu ibu dari Aleesya.

I'm doing my home work ok. ( ha..sampai terkangkang menulis)

So, malam kelmarin, Aleesya mcm tak puas je BF
BF kejap berhenti, pas datang lagi, smapai aku pun naik letih dok layan karenahnya
sampai dah pukul 11.00 malam still duk mintak nak BF.
Last, my hubby cakap " pergi ja bancuh susu botol tu"
mana tau dia nak pulak kali ni.

Aku pun pergilah bancuh. Selalunya Aleesya akan tepis je botol susu
atau dia akan golekkan botol tu masuk ke bawah sofa
dan yang paling dia suka buat.. tunggang botol tu biar susu menitik sampai habis sebotol
yang pasti dia tak kan minum ok.

Tapi kan kali ni
hmm... selamba je dia ambik bantal busuk dia
ambil susu botol dan lepak kat toto abang
dia minum sepuasnya sampai habis sebotol.

tetiba aku ngan hubby jadi terkedu. Memang tak sangka dia akan minum
Ya allah.. Aku sangat sangat bersyukur kerana mempermudahkan segala urusanku
sesungguhnya  engkaulah yang lebih mengetahui.


Dan semalam aku try lagi, Dia mcm nak tak nak jugak
last, aku suruh je Amirul ambik botol susu tu
hah.. mau hangin dia.. cepat cepat la grab dari tangan abang
tau takut...


Note: Syukur...syukur...syukur..

Wednesday, May 22, 2013

KKM cadang lanjut waktu rawatan pesakit luar

     


 Satu berita baik bagi rakyat malaysia!!
Hanya sesuai untuk mereka yang gemar mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan
Yang swasta tak ada apa apa perbezaan okey!

NIBONG TEBAL - Kementerian Kesihatan bercadang untuk melanjutkan waktu rawatan di bahagian pesakit luar di semua hospital kerajaan seluruh negara sehingga malam bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di bahagian itu.

*** Memang betul pun. walaupun kat Penang ni ada banyak hospital , klinik bagai, tapi asal pergi je mesti sesak dengan pesakit.***

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, kesesakan itu berlaku disebabkan orang ramai semakin mempercayai tahap rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Teik di sini pagi tadi.

*** Ya memang betul. kalau orang ramai tak percaya Hospital kerajaan, masakan ianya sesak selalu kan. ***

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih diperingkat cadangan dan kementerian itu perlu melakukan kajian terperinci termasuk jumlah kakitangan yang diperlukan bagi melaksanakannya supaya ia benar-benar dapat mencapai objektif pelaksanaannya.

*** Moga moga cadangan dan kajian yang terperinci dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Lagi cepat lagi bagus****

Tambahnya, setiap tahun bahagian pesakit luar hospital kerajaan menerima hampir 40 juta pesakit dan kementeriannya harus melakukan penambahbaikan di bahagian rawatan itu agar dapat memenuhi keperluan rakyat. -