ini pula persoalan aku tentang macam mana nak stop BF si Aleesya tu
kalau dah umur 2 tahun lebih still tak stop mcm mana? apa nak buat
mula la nak buat itu buat ini kan..kan..kan...
So, ada satu komen yang aku rasa, actually tak yah la dok risau sangat
kembali lah diriku kepada fitrah Allah
kalau Allah yang menetapkan yang Aleesya tu minum susu aku yang mencurah curahnya banyaknya ni
Maka sudah pasti Allah jua yang akan menyelesaikan bagaimana Aleesya akan stop dari BF tu kan..
hmm.. inilah komen dari orang yang berpengalaman.
dan aku rasa ada logiknya pada komen Haryati ni.
kalau sebelum ni, aku sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya banyakkan susu untuk
santapan Aleesya, kenapa pula aku tak sabar untuk Aleesya selesaikan proses penyusuan yang
telah di tetapkan oleh Allah itu.
nampak sangatkan betapa Aku tak bersyukur.
Ya Allah ampunilah hmbamu yang leka ini.
terdetik lagi di hati ini bila Si Ann Ishak pula bertanyakan soalan ini.
ya.. kenapa aku nak stop BF?
seharusnya aku merelakan saja supaya Aleesya BF sampai habis tempoh
dan sudah pasti Allah akan ceraikan susu badan darinya
bila tiba waktunya.
***Kakak Iparku, pernah bertanyakan kepada ustaz, kenapa anaknya yang berusia 3 tahun, masih tak
mau pisah dari BF, sedangkan dia dah ada adik.
bila tengok adik menyusu dia pun nak juga.**
Ustaz menjawab " jgn bimbang dan ragu,. tiada istilah minum susu adik, Ini adalah rezeki dia, biarlah dia minum. Suatu hari nanti, pasti dia akan rasa malu dan berhenti dengan sendirinya"
sudah pasti perasaan malu itu belum lagi terdetik di hatinya dengan izin Allah"
*** Lagi seorang my kakak ipar, pernah berjumpa dengan, mak bidan untuk menceraikan susu anak pertamanya. Setelah mendapat anak kedua, anak keduanya itu langsung tak mau susu badan. Menyesal kemain kakak iparku kerana sebelum ini telah menceraikan susu si anak sulung dengan cara yang salah.
Akibatnya si anak kedua menjadi benci pada susu ibu.*** ( ini adalah satu teladan yang aku memang tak pernah lupa dalam lubuk ingatan)
****tindakan sekarang,***
Aku dah tak nak peningkan kepala tentang mcm mana nak leraikan BF Aleesya
selagi rezeki Allah itu untuknya, aku turut bersyukur.
sekurang kurangnya Allah dah bagi aku peluang untuk menyusukan anak
di mana org lain yang memang nak menyusukan anak mereka tapi tak dapat.
Note: Ya Allah, terima kasih padamu kerana kealpaanku ini, aku lupa seketika tentang kekuasaanmu.
ye betui tu..
ReplyDeleteyakin dgn rezeki Allah..
biar dia berhenti sdiri..insyaAllah jika Aleesya dh taw nnti...dia sdiri yg stop..
sethn lg jerr, nti mesti rindu nk bf lagi...
ReplyDeleteka tie, yg band snood kat n3 nureen tue, juz hat kepala tue
baju bukan la hehehe...
dia tutup kepala n tengkok.. utk yg pakai shawl sesuai la :)
mungkin setiap org, nasibnya berbeza..tp selagi Allah nk beri, kita terima je kan kak..rezeki anak...siapalah kita utk menafikannya...
ReplyDeletebetullah tu kalau masih ada susu, baik berikan saja ! kalau agak2 dah x bersesuai lagi dan kena pada tempatnyer tapi masih nak BF lagi, leh cubalah petua yang KA bagi tu hari heheheh
ReplyDeleteHmm... kan kuasa Allah semuanya, tak payah pening2 fikir, tapi I strongly believe we as human still kena usaha jugak if nakkan sesuatu. For now mmg la kita still bf, tapi... hmmmmm. Lets doa semoga segalanya dipermudahkan untuk kita D:D
ReplyDeletehihi...malu ai....
ReplyDeletekdg2 kita pun tak brp nak arif dlm satu2 bab tu so, apa gunanya kawan klu tak saling memberi pendapat...kan?